17 July 2017

Antara Teknik Berkesan Halau Tikus Dari Rumah

Apabila ada kesan-kesan kehadiran tikus di rumah membuatkan aku sangat risau. Ini pernah berlaku pada aku masa tinggal di kediaman lama dulu. Seksa rasanya nak halau tikus dari rumah. Boleh saja guna racun tikus tapi aku paling tak suka nak membunuh binatang ni. Aku cuma nak halau saja. Jadi cari petua dan tenik berkesan halau tikus di internet la... apalagi!

Antara Teknik Berkesan Halau Tikus Dari Rumah
Antara Teknik Berkesan Halau Tikus Dari Rumah

Sebelum tu aku nak cerita perkara yang agak mengerikan waktu di rumah lama. Waktu pulang dari kampung bercuti hari raya pada suatu hari raya beberapa tahun dahulu.... masuk je dalam rumah semerbak bau tikus mati. Puas mencari, lama jugalah mencari tapi tak jumpa. Bau tu amat dekat dengan rak pakaian aku. Tiba-tiba ternampak ekor yang amat panjang tergantung... Aku melompat ketakutan.... 

Rupanya bangkai tikus tu elok terletak atas tudung aku yang berwarna hitam. Itu pasal la tak nampak. Warna tikus tu sama hitam dengan warna tudung. Besar sungguh tikus tu sebesar seekor kucing dewasa. Itu sebab ekornya panjang sangat... Ngeri dan baunya menusuk walau dah di buang jauh-jauh. Puas sembur minyak wangi dan letak daun pandan dalam bilik.

Aku rasa tikus tu mati sebab termakan racun dari rumah-rumah sebelah yang menggunakan racun untuk membunuh tikus. Aku cuma halau atau buat perangkap lepas tu en. suami lepaskan di tempat yang jauh. Inilah sebab aku tak suka guna racun. Nanti mati kat tempat-tempat yang tak di jangka. Pernah rumah kawan en. suami... air paip dia rasa lain dan berbau semacam. Bila di periksa tangki, rupanya ada tikus mati dalamnya.... Geli  geleman aku mendengarnya. Jadi, mari kita cari teknik halau tikus....!

Antara Teknik Berkesan Halau Tikus Dari Rumah


- Bela kucing
Dengan adanya kucing tikus tak berani masuk ke rumah. Takut jadi makanan kucing nanti. Tapi pastikan kucing tu jenis agresif. Jangan pula dapat kucing pemalas.

- Lada Hitam
Ambil lada hitam, tumbuk lumat dan jadukan serbuk. Taburkan di laluan dan kawasan tikus selalu berada.

- Kulit durian
Bau durian yang tajam membuatkan tikus tidak suka. Boleh cuba letak sehari dua di kawasan tikus. Tapi siap sedia dengan bau semerbak seluruh rumah dengan durian.

- Serai wangi
Serai wangi sememangnya berfungsi untuk menghalau haiwan perosak. Selain  tikus, lipas dan semut juga boleh di hindarkan.

- Daun pandan
Letak daun pandan di sekitar rumah. Keharuman bau pandan menyebabkan tikus tak suka untuk mendekati. Juga rumah berbau wangi dek bau daun pandan tu.

- Daun pudina
Racik atau lumatkan daun pudina. Campur air dan tapis. Ambil airnya dan sembur di sekitar kawasan tikus berada. Tikus tak suka bau ni.

- Buah mengkudu
Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.

- Daun durian belanda
Ambil beberapa helai daun durian belanda yang sederhana matang. Siat-siatkan dan ramas-ramas daun untuk mengeluarkan bau dia. Letakkan di kawasan dan tempat laluan tikus. Bau yang terhasil dari daun durian belanda tidak di gemari tikus dan membuatkan ia tidak lagi datang.

- Uncang teh
Dapatkan beberapa uncang teh yang telah di gunakan. Letakkan di tempat dan kawasan laluan tikus. Bau yang terdapat dalam teh akan menyebabkan iritasi atau kegatalan pada hidung tikus lalu membuatkan deria bau mereka terganggu dan berasa tidak selesa. Dengan ini, tikus tersebut akan segera meninggalkan kawasan itu.

Inilah antara cara yang dapat aku google untuk aku cuba di kediaman aku ni. Banyak cara rupanya yang boleh di gunakan. Cuma perlu pilih saja cara yang mana nak di gunakan. Aku ingat nak guna semua cara yang ada. Bukan apa, geram dengan kehadiran binatang ni. Seboleh-bolehnya tak nak tengok binatang ni menepek kat rumah aku...

Baca lagi informasi di blog ini... SINI

p/s : Cik ti... gi la main jauh-jauh, geli la kat engko ni...  hahaha!


8 comments:

  1. ada pengalaman jugak dekat rumah sewa lama , mula2 bagi racun makan biasa tapi tak mati tikus tu..letak gam pun tak lekat..last2 MIL bg ubat serbuk racun tikus punya gaul dengan nasi dengan lauk lebihan letak atas suratkhabar lepas tu letak air dekat tepi , bukan niat nak membunuh tapi kalau dah berak merata-rata..siap buat pusingan dekat pinggan mangkuk tu dah melampau huhuhu tak daya nak cuci belum bau air kencing tikus lagi..

    ReplyDelete
  2. ya, saya letak lada hitam dekat hiway cik ti lalu dan berkesan. dua hari je dah hilang sekarang dah tak datang dah :D

    ReplyDelete
  3. Boleh lah cuba nanti, senang jer... Harap2 berkesan...

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yangbaik..
    Boleh try nanti..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  5. Kena selalu pastikan sampah kat rumah kita dibuang

    Insyaallah tikus tak datang

    Dan ajaibnya, jangan sebut nama binatang ni. Sama macam monyet

    Selalu sebut je mesti datang

    ReplyDelete
  6. Wah kalau dh besar mcm tu mmg menakutkan. Cikla pun ada cerita dgn cik ti ni. Ada ke patut dia merayap kat tgn Cikla masa cikla nk tidur... mmg nk kenalah. Cikla pasang jerat, mujur dia kurang cerdik masuk jugak jerat. Lega... Huhu

    ReplyDelete
  7. Tq cik atas infonya. Boleh saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk mengatasi masalah ni sekiranya cara2 lain yang digunakan tak berkesan. Ada satu Produk menarik yg saya lihat di internet.
    Produk menghalau Tikus dari berasal dari Jepun. Produk “Rat Repellent”. Produk ni bila letak akan mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus menjadi tak selesa dan segera lari.
    Yang Penting bukan saja murah dan mudah, tapi tak menyeksakan binatang . Bagi yang geli dengan haiwan ni lagi mudah sebab tak Perlu Berhadapan dengannya. Produk ni ada saya nampak di website ni
    www.tenringgitshop.com

    Selamat mencuba & Harap2 selesai masalah semua. Tq



    ReplyDelete
  8. saya skrg tgh bergelut dgn "cik Siti " nihh.. Balik dari bercuti terus dorg dtg "beraya" di rumahhh... last few days, jari saya di gigit oleh Cik siti .. pergi klinik dpt 1 Injection ... bahaya wooo!! ada few tips saya da guna tp tak berkesan sgt..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...