Buat Ikan Pekasam Sendiri Dan Ikan Pekasam Goreng Yang Sedap!

1:19:00 PM Noor Akma 6 Comments

Hari ni aku nak bercerita tentang antara makanan orang kampung yang aku suka. Sekarang sukar nak cari orang jual ikan pekasam. Kalau ada pun mahal yang amat, tak padan dengan harganya tu Dahlah tak sedap dan tak sesuai dengan tekak aku. Ada kadang-kadang dapat beli ikan pekasam yang sedap tapi sesekali je aku jumpa. Penyelesaian terbaik aku buat sendiri. 

Buat Ikan Pekasam Sendiri Dan Ikan Pekasam Goreng Yang Sedap!
Buat Ikan Pekasam Sendiri Dan Ikan Pekasam Goreng Yang Sedap!

Dah banyak kali aku buat sendiri ikan pekasam ni... Puas makan bersahur waktu bulan puasa ari tu.Tapi aku buat pakai ikan gelama jer. Biasanya di kampung orang buat pakai ikan sungai. Lagilah sedap ikan sungai seperti ikan loma, ikan sepat, ikan lampan dan banyak lagi ikan sungai yang boleh di buat pekasam. 

Manalah nak cari ikan sungai kat tempat aku ni. Kalau ada pun mahal. jadi aku pakai ikan yang paling senang dapat dan harga yang murah. Masa kecil dulu biasa tengok opah dan mak aku buat ikan pekasam ni. Masa tu ikan sungai memang banyak dan mudah dapat.  Jadi, tak ada sebab aku tak tau buat. Senang sangat... !

Buat Ikan Pekasam Sendiri Dan Ikan Pekasam Goreng Yang Sedap!


Ada dua cara buat ikan pekasam ni, Guna nasi dan beras goreng. Cuma guna nasi baunya busuk sikit. Lebih mudah buat cara yang guna beras goreng. Kalau guna nasi, ikan pekasam perlu di basuh waktu nak goreng tapi bila guna beras, tak perlu di basuh dan boleh makan serbuk beras tu.. sedappp! 

Bahan-bahan untuk  membuat ikan pekasam ringkas saja. Cuma ikan, garam kasar, asam keping dan beras goreng yang di tumbuk. Biasanya saya buat macam ni... Bersihkan ikan, gaul dengan garam kasar. Susun ikan dalam bekas bersama asam keping. Pastikan asam keping  kena pada ikan. Seeloknya masukkan juga cebisan asam keping dalam perut ikan.

Jumlah garam dan asam keping tu aku main agak saja. Dalam 5 ekor ikan gelama tu aku masukkan 2 sudu besar garam kasar dan 10 asam keping. Simpan semalaman dalam 24 jam untuk menjadikan ikan itu kecut dan kesing. Sementara tu buat beras goreng dengan cara sangai beras dalam kuali sehingga keperangan. Lepas tu tumbuk atau kisar separuh hancur. Simpan untuk langkah seterusnya.

Keesokan harinya selepas semalaman, keluarkan ikan kembali dan buang air yang terdapat dalam ikan yang di perap itu. Gaul ikan tadi dengan beras yang telah di goreng dan di kisar itu. Campurkan sekali dengan lebih kurang setengah sudu garam. Lepas tu susun kembali dalam bekas bersama dengan asam keping. Lupa nak beritahu, simpan di luar yer.. Bukan dalam peti ais.

Selepas seminggu, ikan pekasam dah boleh di goreng. Cara menggoreng iaitu dengan menggoreng bersama bawang merah dan cili api. Goreng dahulu ikan bersama beras hancur sekali dengan minyak yang cukup-cukup untuk mengoreng ikan tu. Bila ikan dah separuh masak, terbalikkan ikan dan ketepikan sedikit untuk menggoreng bawang dan cili api bersama. 

Kacau-kacau sedikit bawang dan cili api agar tidak hangit. Ikan boleh di balik-balikan dengan perlahan-lahan untuk menyesuaikan kegaringannya. Dah masak, boleh di angkat bersama minyaknya sekali. Sedap di makan bersama nasi panas yang di percik kicap. Tak perlu lauk lain dah....!

Untuk lihat informasi dan resepi klik SINI dan SINI

p/s : Masa bersahur bulan puasa ari tu.. inilah makanan peberet kami sekeluarga. Siap bertambah-tambah makan tu. Buat sendiri jer... senang cerita... hehe!


6 comments:

Lia Hasty said...

menariknya. favorite lia juga ikan perkasam. mana tau boleh buat sendiri lepas ni.

AimNub Haris said...

Kegemaran saya jugak. Pernah buat sendiri tapi tak jadi..! hahahahaaa.. membazir je ikan tu akhirnya dibuang.. aduhhhh.. Sebab tu selalu beli je ikan pekasam dan goreng di rumah.. memang bertambah-tambah nasi jawabnya.. hihihihiiii..

lepas ni nak try la resipi ni.. thanks for sharing.. :)

...

Amanda Suria said...

SA sesekali layan gak pekasam...sedap...

sedap.
adik ipar aida org perak.
mak dia buat & jual ikan pekasam tau.
dlm fridge aida sentiasa ada ikan pekasam.
makan sgn nasi panas. fuiyoh :-)

bertambah nasi bila ada ikan pekasam ni ..marvelouss !!

sedaaapnya..!! pagi2 scroll sini dok telan ailio..
pekasam suka yang salut2 tu kadang ikan x makan pun hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...