Buat Masker Dari Tumbuhan Lidah Buaya @ Aloe Vera

3:40:00 PM Noor Akma 5 Comments

Dulu-dulu masa aku kecil, tumbuhan lidah buaya @ aloe vera ni ada mak aku tanam dalam pasu buat hiasan kat depan rumah. Masa tu belum tau lagi tumbuhan tu ada khasiatnya. Bila meningkat remaja melalui pembacaan baru tau lendir lidah buaya @ aloe vera ni boleh di sapu di muka untuk mencantikkan wajah. Ada lah juga buat sekali dua sapu di muka masa tu.


Tapi mak aku geli katanya dengan lendir-lendir tu. Masa kecil di dulu, dia ingat ttumbuhan ni beracun. Tapi rupanya banyak khasiatnya. Bermacam-macam khasiatnya tumbuhan ni dan boleh di buat jus juga. Sudah ada bahan dari tumbuhan lidah buaya ini di kormesialkan di pasaran. Tapi, aku di sini nak beritahu cara buat masker lidah buaya dari tumbuhan daun lidah buaya yang segar.


Buat Masker Dari Tumbuhan Lidah Buaya @ Aloe Vera


Bahan-bahan:
2 potong daun lidah buaya 
Separuh dari sebiji buah lemon.

Cara: 

- Cuci bersih daun lidah buaya dengan air.
- Potong hujung-hujung berduri di kedua belah daun. 
- Sayat dengan pisau tajam secara memanjang lapisan atas daun sampai mengeluarkan lendir.
- Letakkan lendir lidah buaya ke dalam mangkuk.
- Perah separuh buah lemon menggunakan tangan atau alat pemerah.
- Masukkan lendir lidah buaya dan air perahan lemon ke dalam blender. Kemudian blender selama 1 minit.
- Letakkan hasil campuran tersebut ke dalam mangkuk dan jadilah masker lidah buaya yang siap digunakan pada wajah. Boleh juga di gunakan pada rambut

Cara Menggunakan Masker Lidah Buaya @ Aloe Vera


Untuk masker wajah, oleskan ke seluruh wajah dan bahagian leher agar warna kulit merata. Biarkan selama 10-15 minit lalu bilas sampai bersih. Untuk masker rambut, anda boleh oleskannya ke seluruh rambut, biarkan selama 20 minit, lalu bilas sampai bersih.

Waktu terbaik untuk menggunakan masker lidah buaya ialah pada petang hari sesudah mandi dan malam hari sebelum tidur. Bila digunakan malam hari, Anda boleh membiarkan masker semalaman dan baru esok hari dibersihkan. Dan seeloknya dalam seminggu digunakan sebanyak 1-2 kali.

Peringatan: Penggunaan lemon yang kerap boleh mengubah warna rambut, jadi sesekali gantikan lemon dengan madu. Kombinasi antara madu dan lendir lidah buaya akan semakin menyihatkan rambut mahupun kulit Anda.

Manafaat-manafaat Lain Lidah Buaya @ Aloe Vera


• Lendir lidah buaya merupakan pelembap asli yang sangat baik bagi kulit kerana mampu menyegarkan, meremajakan, serta melembapkan kulit.
• Masker lidah buaya merupakan cara asli untuk melambatkan proses penuaan kulit kerana mengandungi banyak antioksidan.
• Lidah buaya juga berkhasiat mengubati luka. Anda dapat memanafaatkannya untuk mengubati luka melecur, dan juga digigit serangga.

Ini antara tumbuhan yang biasanya ada di tanam di dalam pasu di halaman rumah kebanyakaan orang sebagai hiasan kerana rupanya yang unik sangat. Tapi kita selalu terlupa akan khasiatnya, Selepas ni, bolehlah ambil saja daun-daunnnya tu untuk di buat masker. Bukan susah pun. Senang dan cuma memerlukan sedikit kerajinan. Hmmm...!

p/s : Daunnya ni boleh buat jus juga. Dah ada jual dalam kotak.. Tak pernah rasa lagi...!

#kredit FB petua ibu

5 comments:

siapa ada tanam pokok aloe vera kat rumah memang untung.. boleh guna yang raw terus..

Tiap2 malam CCL sapukan lendir lidah buaya pada muka ..

Uyul Rosli said...

bestnyaaaa. skincare dari bahan organic memang tak dinafikan keberkesanannya.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Sheila Adziz said...

kat rumah mak saya byk pokok lidah buaya ni berpasu-pasu, bila ditenggelami bah kuning 2014 semua pupus... bgs sangat khasiat lidah buaya ni...

Az said...

Ws sy utk dptkn benih pokok lidah buaya atau aloe vera 0107079200 (azrin) tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...