Catatan : Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih Masih Di Awangan

1:16:00 PM Noor Akma 3 Comments

Semalam, dapatlah aku pergi menjenguk tapak tanah yang di cadangkan untuk bina rumah @ teratak kasih yang menjadi impian kami sekeluarga. Seronoknya tak terkata. Kawasannya dah lapang dan rata di bersihkan dan  semak samun yang merimbun tu dah tiada. Masih  ada saki baki pokok-pokok renek yang terdapat di situ. Nanti boleh cangkul dan ketepikan je tu. Terbayang-bayang di mata dah rekabentuk teratak kasih aku tu.

Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih
Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih 

Ada letak gambar-gambar tapak tanah tu di Facebook dan Intagram sesaja  nak kongsi sedikit rasa di sana. Banyak komen yang dapat dari situ. Seronok baca komen dorang. Untuk yang belum tahu, tapak tanah teratak kasih tu terletak di Shah Alam juga. Tak jauh dari rumah sewa yang sekarang ni dalam 15 ke 20 minit perjalanan dari rumah ni.

Puluhan tahun dahulu, tanah tu terletak dalam daerah Klang. Apabila persempadan Shah Alam diperbesarkan, kawasan yang dulu di panggil Kampung Jalan Kebun, Klang di tukar menjadi sebahagian kawasan Seksyen 30, Kota kemuning Shah Alam. Kawasan tu masih dalam suasana kampung. Nyaman dan redup saja kawasan tu di kelilingi oleh pokok-pokok. Macam rasa duduk di kampung halaman rasanya.

Catatan : Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih Masih Di Awangan 


Tanah di kawasan ni pun dah menjadi sangat bernilai. Dulu en. suami beli tanah ni murah sahaja. Dalam beberapa ribu saja. Sekarang tanah ni dah menjadi ratus ribu dua  kali lipat. Ada yang sangat berminat dan beria-ria  nak beli tanah ni. Tapi kami sekeluarga takkan jual dah. Mana nak cari lagi tanah atau rumah di Shah Alam yang murah sekarang ni. Takkan kami nak hidup di rumah sewa dan tak berumah sendiri sampai bila-bila.

Memanglah modal nak buat rumah ni tak ada lagi sekarang ni. Tapi dengan cara apapun kami akan berusaha. Dalam facebook ada yang suruh mohon rumah mesra rakyat. Tapi kami tak layak sebab tak ada kerja tetap dan anak-anak semua masih belajar. Nak buat pinjaman apatah lagi. PPRT dah cuba tanya tapi itu peruntukan untuk di luar bandar saja. Lembaga zakat pun dah isi borang tapi katanya tak ada peruntukan untuk buat rumah sekarang ni.

Catatan : Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih Masih Di Awangan
Catatan : Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih Masih Di Awangan 

Tak apalah... kami sekeluarga akan usahakan walau masih tak nampak lagi cara. Kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sikit-sikit, lama-lama jadilah bukit kan! Itulah... cerita berangan-angan dan bermimpi nak buat rumah. Kalau ada masa terluang aku nak selalu datang ke situ bercucuk tanam. Tapi kekangan masa amat terbatas. Al maklum, sibuk mencari rezeki untuk mencukupkan rezeki kami sekeluarga yang asyik tak berkecukupan je.. hurm!

Untuk yang bagi semangat dan komen yang sangat bermanafaat di facebook dan instagram tu aku ucapkan berbanyak terima kasih. Sebenarnya jarang kongsi cerita kat situ tapi entah kenapa tergerak hati nak kongsi cerita tu. Seronok dapat macam-macam komen dan like yang banyak. Terasa ada yang ambil tahu dan beri perhatian... hahaha!

Nak baca catatan merepek  lagi di blog ni.. klik SINI

p/s: Yang pasti kena bekerja lebih kuat lagi untuk menambah rezeki...  tanam pokok-pokok tu tak taulah jadi ke tidak sebab en. suami pegang cangkul pun dah kekok... hehe!



3 comments:

Semoga usaha dipermudahkan.. Aamiin..

Puan Wawa said...

Alhamdulillah, untung dah ada tanah..

Uyul Rosli said...

Terima kasih sebab sudi tinggalkan link blog dekat Fb Uyul untuk diletakkan dalam bloglist pada bulan lepas. :)
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...