Menjaga Kecantikan Dengan Bahan-bahan Dari Sumber Semulajadi

1:36:00 PM Noor Akma 0 Comments

Korang.. kalaulah ada cara untuk menjaga kecantikan dan berjimat dari  membeli set pencuci muka yang mahal, tentu nak kan....! Menggunakan bahan-bahan yang senang  dan mudah di dapati serta dari sumber semulajadi. Dapat menjaga kecantikan tanpa risiko menggunakan kosmetik yang mengandungi bahan yag tidak di ketahui kesannya. Apatah lagi halal dan haramnya. Tinggal lagi memerlukan sedikit kerajinan dan kemahuan sahaja. 

Menjaga Kecantikan Dengan bahan-bahan  Dari Sumber Semulajadi
Menjaga Kecantikan Dengan bahan-bahan  Dari Sumber Semulajadi

Sesunguhnya cantik secara semula jadi itu lebih menawan sebenarnya berbanding cantik yang bergantung pada bantuan kosmetik. Penjagaan kulit wajah agar lebih sihat dan anjal biar pun umur sudah meningkat antara yang menjadi keutamaan buat semua wanita kini. Siapa yang tak nak mempunyai wajah yang cantik serta awet muda.... kan!

Menjaga Kecantikan Dengan bahan-bahan Dari Sumber Semulajadi


Mari kita tengok bahan-bahan, cara-cara dan kegunaannya :

- PELEMBAP WAJAH
Campurkan madu, lemon dan minyak sayuran sebagai pelembap wajah kepada kulit kering. Biarkan selama 10 minit dan kemudian cuci bersih.

- KULIT CANTIK BERSERI
Panaskan 4 sudu besar minyak badam, 2 sudu besar lanolin, jeli petroleum serta minyak zaitun. Biarkan sejuk seketika dan kemudian sapu rata pada kulit. Boleh juga digunakan untuk badan.

- MENANGGALKAN SEL KULIT MATI
Rumusan terbaik untuk mereka yang baru pulang dari bercuti dan terkesan dengan kulit gelap akibat selaran matahari. Buat pupur wajah dengan campuran putih telur dan madu. Sapu pada muka dan biar kering, kemudian tanggalkannya perlahan.

- UNTUK KULIT BERMINYAK
Gunakan hirisan epal halus dan gosok pada wajah perlahan. Ia dapat membantu mengelakkan kulit kelihatan berkilat akibat minyak.

- UNTUK KULIT SENSITIF
Gunakan susu segar yang di sedikit campur tepung jagung. Gosok secara lembut di kulit wajah. Bagus untuk mencerah dan memutihkan kulit.

- SKRUB WAJAH DAN BADAN
Campurkan oat, madu, yogurt dan serbuk badam. Sapu pada wajah dan biar kering selama 5 minit, kemudian gosok perlahan agar dapat menyingkir sel mati pada kulit. Cuci dengan air suam.

Haa.. jom la kita mencuba.  Nampak macam senang sangat cara ni. Tapi tu la, sekarang orang semua nak senang je. Tapi berbaloi ke menggunakan produk-produk yang bersepah di pasaran tu. Dah la mahal, kesan sampingan pun tak ketahuan lagi. Nanti tak pasal-pasal rosak kulit dek mencuba produk yang terlarang... hurm!

Nak lebih dapat info kecantikan... klik SINI

p/s : Aku guna produk yang dah lama di pasaran yang di ketahui tak memudaratkan. Nak juga mencuba cara semulajadi ni.. Nanti nak buat jugalah...!

#kredit SINI

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...