Orang Tak Tahu Dan Tak Berada Di Kasut Kita...

1:00:00 PM Noor Akma 4 Comments

Nasib setiap orang tak sama. Orang tak tahu dan tak berada di kasut kita... Abaikanlah apa mereka kata. Orang tak tahu apa yang menimpa kita. Ujian dan rezeki yang  kita dapat  sehari-hari. Jadi jangan cuba bandingkan diri kita dengan orang. Redha dengan ketentuan dan teruska usaha sedaya mungkin. Insya'allah ujian akan di tempuhi dengan sabar dan rezeki sentiasa tak salah alamat dan masih ada untuk kita...

Orang Tak Tahu Dan Tak Berada Di Kasut Kita...
Orang Tak Tahu Dan Tak Berada Di Kasut Kita... 

Ujian dan dugaan hidup setiap dari kita berbeza-beza. Allah swt berfirman, 'apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dimasukkan ke syurga sedangkan kamu belum diuji? Nah.... Redhalah dan terimalah segala apa jua ujian yang menimpa kita kerana sesungguhnya, setiap apa jua yang Allah ciptakan, tiada apa yang dijadikan sia-sia. 

Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah swt. Buruk pada pandangan kita mungkin baik pada pandangan Allah swt, kita ini hamba, ada banyak yang kita tidak tahu sedangkan Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ilmu Allah, jika digunakan seluruh lautan sebagai dakwat, dan apabila habis di tambah lagi sebanyak seluruh lautan, masih belum cukup untuk menulisnya. Allah Maha Besar. Kita ini hanyalah hamba yang kerdil.

Benarlah, ujian kita berbeza-beza. Nescaya lelahlah kita, sekiranya kita cuba membanding-bandingkan ujian kita dengan ujian orang lain. Usahalah, mencuba sedaya upaya kita untuk tidak berkata "Masalah aku, beban aku, ujian aku lagi besar daripada kau. Kau bukan aku, kau tak rasa! Kalau kau duk kat tempat aku pun mungkin kau tak mampu kuat macam aku."

Orang Tak Tahu Dan Tak Berada Di Kasut Kita... 


Ya benar, kita tidak berada di dalam kasut orang, mustahil kita dapat merasa kesakitan atau keselesaan yang sama. Dan jika sekalipun kita memakai kasut yang sama serupa, saiz kaki kita berbeza-beza, rupa bentuk kaki kita juga berbeza-beza, penyakit yang kita tanggung juga berbeza-beza, makanya, apa yang kita jangkakan? Berpada-padalah dalam setiap apa yang kita kerjakan.. 

Di dunia ni cuma sekejap saja. Jangan kata masalah orang lebih ringan. Jangan kata orang lain lebih kuat. Jangan kata ujian kita lebih besar. Tak ada apa pun yang terjadi dalam dunia ini, bahkan di akhirat kelak, tanpa izin dan pengetahuan Allah taala. Walau sehelai daun yang gugur sekalipun.

Apa yang terjadi pada kita. Memang kita layak. Memang kita berhak. Kerana kita ini cuma hamba, terserah pada Dia untuk menentukan segalanya. Cumanya.. Kita ini perlu berusaha dan banyak berdoa.. Agar sentiasa dalam redha Allah, walaupun tersesat ditunjukkan jalan pulang. Walau berdosa diberi peluang untuk bertaubat. Dan kembali kita kelak ke hadrat Tuhan dengan jiwa yang tenang.

Moga kita, sentiasa positif dan optimis, tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersangka baik, memohon petunjuk dan kekuatan dari Allah taala. Dari Allah kita datang, kepadaNya jualah kita akan kembali. Semoga aku akan terus muhasabah diri... Haaa...!

4 comments:

Sheila Adziz said...

erm... betul tu sis kena selalu positif kan... InsyaaAllah stp yg kita alami ada hikmahNya...

betul.. diorang x pakai kasut kita depa x jalan laluan yang kita tempuh. jadi maafkan saja mereka dengan niat berlapang dada. semoga kita semua baik2 saja..

Betul . Orang takkan tahu laluan hidup kita, mungkin dari pandangan mata diorang luar sana laluan hidup kita sentiasa terbuka dan sentiasa mudah belaka, tapi hakikatnya kita nak kena lalui cabaran onak duri

mamapp said...

Be positive Dan xyah layan sgt org lain. Kita hidup bukan utk happykan Hati diorg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...