Pemakaian Bedak Sejuk, Khasiat Dan Cara Membuatnya

1:19:00 PM Noor Akma 8 Comments

Ramai yang tau tentang pemakaian bedak sejuk. Lebih-lebih lagi setelah drama Mak Cun di tayangkan di tv. Bedak yang comot bertepek putih di muka tu . Itu sebabnya  pemakaian bedak sejuk biasanya di buat pada waktu malam sebelum masuk tidur. Boleh juga di tepek nipis dimuka sebentar dan apabila kering di sapu perlahan-lahan keseluruh muka sehingga kesan bertepek di muka itu hilang. 

Pemakaian Bedak Sejuk, Khasiat Dan Cara Membuatnya
Pemakaian Bedak Sejuk, Khasiat Dan Cara Membuatnya

Jangan fikirkan comot dan buruk muka apabila memakai bedak sejuk ini. Mari kita fikir tentang khasiat bedak sejuk ini yang semestinya tiada kesan sampingan yang boleh merosakkan kulit. Malah, pemakaian secara berterusan dapat mengembalikan kelembapan dan kesegaran kulit wajah. Namun, kesan pemakaian bedak sejuk ini mengambil masa yang agak lama berbanding produk kecantikan di pasaran.

Hasil pemakaian bedak sejuk ini dapat melicinkan kulit wajah. Tambahkan bedak sejuk yang dicairkan bersama limau nipis. Ianya mampu menghilangkan jerawat yang menjengah di pipi yang gebu tuuu. Apabila kerap penggunaan bedak sejuk dan limau nipis ini maka jerawat pon mula mengecut. 

Selain itu, Pemakaian bedak sejuk dapat memelihara dan memelihara kulit wajah yang kusam di samping memberi kesegaran pada kulit. Nama pun bedak sejuk, bila pakai saja nyaman jer terasa. Stress pon kurang apabila kesegaran menusuk kulit pipi terus menembusi liang-liang kulit wajah lalu sampai ke otak penyampaian maklumat kesegaran ituuuuu............ 

Pemakaian Bedak Sejuk, Khasiat Dan Cara Membuatnya

.
Haaa.....bedak sejuk ini juga mampu mengurangkan penghasilan minyak di kulit wajah. Kulit yang berminyak memudahkan kulit muka terdedah kepada jerawat. Bedak sejuk kaya dengan kandungan beras disamping dapat mencerahkan kulit wajah ternyata mampu menghalang penghasilan minyak di kulit wajah. 

Kulit berminyak menyebabkan ketidakselesaan dan merimaskan terutamanya ketika berada di bawah terik matahari. Keyakinan seseorang boleh hilang disebabkan oleh wajah yang berminyak. Justeru, penggunaan bedak sejuk dapat mengimbangi semula kondisi kulit wajah yang berminyak.
.
Jangan tak tahu pulak....bedak sejuk ini boleh menanggalkan sel kulit mati. Selepas pemakaian bedak sejuk secara teratur ianya pasti menampakkan hasil yang positif seperti kulit yang lembut dan gebu. Bedak sejuk juga menjadi agen kepada pembersihan kulit dan menegangkan kulit wajah. 

Tak percaya????? boleh amalkan selalu kalau nak dapatkan hasilnya. Apapun yang kita lakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik perlulah di amalkan secara teratur dan berterusan. Bedak sejuk juga sangat bagus untuk meredakan ruam pada kanak-kanak. Sifat bedak yang sejuk dapat melegakan ruam yang panas dan gatal.

Untuk pengetahuan semua bedak sejuk ini dihasilkan daripada beras. Beras (nasi) yang kita dok makan hari2 tu.... Beras tu direndam selama 3 bulan sebelum dijadikan bedak sejuk sangat bagus untuk melembutkan kulit wajah. Nenek moyang dahulu sering mengunakan beras sebagai agen mencantikkan kulit wajah. 

Opah aku dulu buat sendiri bedak sejuk ni.. Rendam lama sampai berbulan-bulan. Tapi kena selalu tukar air rendaman. Kalau tidak, airnya akan berbau busuk. Tukarlah dalam beberapa hari sekali. Bila beras dah mereput, bolehlah dibuat bedak iaitu dengan menitiskan titik-titik beras hancur tu atas kain bersih. Lepas tu jemur sekejap. Dah kering, boleh di simpan bersama daun pandan yang di racik halus.

Cara nak pakai.. ambil 2 ke 3 biji... letakkan sedikit air atas tangan dan sebatikan. Kemudian boleh la ditepek ke muka. Seeloknya lepais semua orang tidur sapu la bedak sejuk tu kat muka... Takut ada yang terkejut tengok memutih di muka.. yang di sangka hantuuuu!

Boleh tengok berbagai informasi di blog ni.... klik SINI

p/s : Tengah fikir nak buat bedak sejuk sendiri sebab anak-anak suka pakai untuk menghilangkan jerawat yang muncul. Beli ari tu boleh tahan mahalnya. 

#kredit FB Petua Kecantikan Nenek

8 comments:

kakak IQ masa remaja dulu suka pakai, IQ xpernah pakai di muka

SalbiahM said...

selalu pakai tapi tak pernah buat.memang nampak rumit tapi lagi bagus sebab takde bahan kimia kan

orang dedulu nye amalan insyallah ada khasiat tu..
tapi da tepek bedak sejuk jangan plak siar2 kluar rumah malam2..
sian abang2 aji balik mesejid terkejut =P

ye la teringat zaman remaja

Sheila Adziz said...

ms kecik slu duk tgk org2 tua buat bedak sejuk... skang dh tak de lg...

Uyul Rosli said...

Masa kecik dulu pernah tolong nenek buat bedak sejuk tapi sekarang buat sendiri je rendam air beras dengan kunyit pastu blend. Sebelum tidur je pakai.

bedak sejuk ramuan terbaik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...