Tumbuhan Ulam Raja Yang Sedap Di Buat Ulam Cicah Sambal Belacan

1:44:00 PM Noor Akma 8 Comments

Tumbuhan ulam raja banyak tumbuh melata di kampung. Ulam yang sangat sinonim dengan orang kampung. Tapi sekarang dah biasa ada di jual di pasar. Kalau makan di restoran pun dah ada di sediakan ulam ni. Sedap ulam raja ini di cicah dengan sambal belacan. Buat kerabu gaul dengan sambal belacan campur kerisik dan perah limau kasturi pun sedap.

Tumbuhan Ulam Raja Yang Sedap Di Buat Ulam Cicah Sambal Belacan
Tumbuhan Ulam Raja Yang Sedap Di Buat Ulam Cicah Sambal Belacan

Dulu kat kampung banyak mak aku tanam di tepi rumah. Selain cantik buat hiasan daunnya bila tergerak nak makan buat ulam atau kerabu, terus petik dan di makan segar  terus buat hidangan. Tapi sekali kambing jiran terlepas masuk halaman rumah aku habis gondol di kerjakannya. Memang bengang di buatnya tapi takkan nak marah kambing yang tak tau tu. Tuan kambing buat tak tau jer.. huh!

Nasib baik pokok ni senang  di tanam. Tanam balik dengan biji benh atau keratan batang pun boleh. Siram 2 kali sehari dan dapat cahaya matahari yang cukup, sekejap saja dah tumbuh merimbun kembali.  Kebiasaanya, ulam raja yang mempunyai bunga berwarna unggu atau pink dijadikan sebagai ulam. Namun terdapat pokok ulam raja yang berbunga kuning tetapi jarang dimakan sebagai ulam. Pokok yang bunga kuning tu orang panggil pokok bunga tahi ayam... hehe!


Tumbuhan Ulam Raja Yang Sedap Di Buat Ulam Cicah Sambal Belacan


Pokok ulam raja dikenali juga dengan kenikir atau nama botaninya cosmos caudatus. Ia adalah tumbuhan herba tropika yang berasal dari Amerika Latin. Malah dikatakan tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikatl, Malaysia dan negara Asean. Berdasarkan kajian, ulam raja mengandungi tiga peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. 

Daunnya digunakan secara tradisi untuk melancarkan peredaran dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya dikatakan mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) sangat tinggi iaitu setiap 100 gram ulam segar mengandungi lebih 20 jenis bahan antioksida.Malah keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Itulah serba sedikit info yang aku dapat tentang tumbuhan ulam raja ni dari pencarian di internet.

Di sini aku sertakan resepi kerabu ulam raja yang biasa aku buat. Resepi ni ambil dari blog masakan aku juga. Resepi sangat ringkas, Sekelip mata boleh jadi dan siap. Nak tengok resepi di blog sana klik SINI ...!

Kerabu Ulam Raja
Kerabu Ulam Raja

Bahan-bahan: 

Secekak ulam raja 
5 biji cili cili api 
Seinci belacan bakar 
3 biji bawang merah 
2 sudu besar kerisik 
3 biji limau kasturi 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara: 

Ulam raja dibersihkan dan dicincang kasar. Cili api ditumbuk lumat bersama belacan. Bawang merah dihiris halus. Limau kasturi di ambil airnya. 

Semua bahan tadi digaul bersama kerisik dan perasakan dengan garam dan gula. Dah siap, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh di halaman rumah atau di dalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dan tidak memerlukan air yang banyak menyebabkan tanaman ini mudah untuk dibiakkan mahupun membiak sendiri dengan cepat. Ianya sesuai dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian terutamanya bagi mereka yang tinggal di apartment kerana ia amat sesuai ditanam di dalam pasu.

Kalaulah  aku ada tempat nak menanam. Rumah flat yang aku tinggal sekarang tak sesuai nak menanam apa-apapun. Flat aku ni tak ada balkoni depan atau belakang. yang ada pun tempat cuci kain yang gelap tanpa cahaya matahari terus. Kena tunggu pindah rumah dulu kalau nak bercucuk tanam. kalau teringin nak makan tunggu balik kampung atau beli kat pasar ajelah.. hurm!

Nak baca cerita tentang tumbuh-tumbuhan berkhasiat, lihat SINI

p/s : Teringat nak buat sambal belacan lah tengahari ni, tak ada ulam raja, timun pun jadilah.... kecur liur la plak!


8 comments:

Mazni Azmi said...

Assalamualaikum Wrmbth

Salam isnin sis akma

Ulam raja memang bagus di makan

Kalau makan dengan sambal belacan dan lauk lain

Boleh jadi serat yang akan bantu lawaskan ke tandas

Jadi dapat elak sembelit

Kandungan vitamin dan mineral dalam ulam raja pun baik untuk kesihatan

Dapat ulam raja yang tanam sendiri lagi bagus

Tak de racun

Makan pun hati rasa lega sahaja

anum suka sgt ulam nie

Kat rumah saya pun memang ada tanam pokok ulam raja sebab mmg suka sangat mkn ulam raja nie.. saya xde cicah apa2, cuma mkn dgn nasi jea..sedap..

Aisya Ismail said...

Ai tak suka ulam raja.. sebab tekstur dia berbulu.

mamapp said...

Ulam raja mmg feberet mama. Jom mkn ulam nnti awet muda

nini said...

Sedappnya...Saya memang sangat suka ulam raja ni....fav tau..hihi

iffah hussin said...

Fav Bonde nih....

Auni Afeeqa said...

Menelan air liur malam2 ni bila terbayang aroma belacan dengan limau kasturi tu. Kena pulak ulam raja memang best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...