Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

11:01:00 AM Noor Akma 4 Comments

Selamat Hari Merdeka.... ! Wish yang tercepat sehari lebih dan hampir kelewatan aku nak join contest ni. Tapi masih ada sehari lagi.... kan! Dah 60 tahun berlalu kemerdekaan ini berlaku. Semoga Malaysia akan terus mengekalkan keharmonian dan kemakmuran sehingga bila-bila dan terus maju berjaya di persada dunia. Ramai blogger dah join contest ni, sedangkan aku terkedek-kedek ketinggalan... Tak mengapa, Lazada Merdeka! Merdeka! Blogger Contest tetap ku sertai juga


Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Lazada,  satu platform jual beli online yang paling tersohor di Malaysi ini menawarkan  Merdeka Sale yang betul-betul memerdekakan kita dari segi harga yang di tawarkan sehingga 80 peratus ke atas. Tawaran ini bermula dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Hari ini dan esok hari terakhir, Cepat, cepat masih ada masa lagi masa sebelum tamat. 

Tiada di tempat lain tawaran macam ni. Di Lazada inilah satu-satunya. Barangan yang di tawarkan pun banyak dan menyeluruh pula tu. Dari barangan A hingga Z ada di Lazada dan semestinya macam-macam ada. Klik je kat SINI untuk membeli belah... yer!

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest


Apabila di tanya mengenai apa yang saya suka  menjadi rakyat Malaysia dah tentulah aku katakan ini tanahairku... Tanah tempat aku berpegsng dan berpijak. Tiada tempat lain lagi di dunia ini adalah rumah dan kehidupanku. Keseluruhan tentang Malaysia sentiasa tampak indah di mata dan di jiwa tau. Semoga Malaysia akan terus aman dan sejahtera.... aminn!


Jenama tempatan atau Malaysia brands yang aku suka dah tentunya Pensonic. Dah lama Pensonic menjadi teman setia aku sekeluarga di rumah. Dari tv, kipas angin, blender dan oven  berjenama Pensonic di rumah aku ni. Jenama yang boleh di percayai dan tahan lama.

Dua produk pilihan jenama Pensonic dan memang dah lama letak dalam senarai nak di beli adalah :

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
Pensonic Mixer PM-214

Pensonic Mixer ni memang sangat aku perlukan sebab mixer aku dah lama rosak. Selama itu jugalah aku tak dapat membuat kek yang memerlukan peralatan tersebut. Rindu nak membakar kek yang sedap macam red velvet dan pavlova. Harga pun mampu milik untuk penggunaan di rumah secara mudah. Tengah kumpul duit... !

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
Pensonic PBM2000 Bread Maker 

Pensonic Bread Maker ini memang sangat-sangat aku idamkan. Bolehlah buat roti selalu. Lagi pun keluarga aku sangat menggemari roti. Ada juga sesekali buat roti tapi sebab tak larat nak uli lama-lama, roti jadi agak liat. Kalau buat roti guna bread maker ini mesti roti aku jadi lembut, gebu dan sedap. Letak dalam senarai nak di beli dah lama tapi tak berkeupayaan nak membeli lagi... sob..sob...cedey!

Nak tengok jenama Malaysia yang ada di Lazada, boleh klik https://www.lazada.com.my/malaysian-brands/ Banyak barang dan jenama Malaysia yang hebat dam mampu milik oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia. Tinggal pilih dan beli ikut kesesuaian, keperluan dan keinginan anda.

Kenapa bayar lebih untuk barang-barang impot dan mahal. Barang-barang buatan Malaysia kan ada. Kualiti pun bagus dan setanding dengan barang-barang jenama terkenal. Boleh berjimat dan berhemat sementara tu kita sokong barangan buatan Malaysia dan pastikan Malaysia maju dan terus megah di persada dunia. Jom terjah laman shopping lazada sekarang.... klik SINI

p/s : Selamat Hari Merdeka...  Dan Merdeka bersama Lazada!!!

4 comments:

Minyak Angin Jadi Peneman Setia ..... Pening Dan Sakit Kepala

4:26:00 PM Noor Akma 2 Comments

Minyak angin dah jadi peneman setia aku sekarang ni.... Bila sakit kepala, pening, dan sakit tekak inilah jadinya. Sekejap-sekejap sapu minyak angin di dahi, colek sikit di hidung dan ambil hidu-hidu sikit buat bau.Untuk tekak yang perit, sapu-sapu sikit di leher.  Adalah rasa kelegaan serba sikit bila minyak angin di gunakan macam tu. 


Beberapa hari ini badan sangat tak bermaya apabila sakit ini menerjah diri ku. Nak berfikir lebih-lebih buat entri pun rasa tak larat. Mata rasa kuyu nak ketiduran sahaja, Masaalahnya bila pejamkan mata, tak mau tidur pula. Mata terpejam tapi telinga masih terdengar macam-macam dan masih sedar suasana keliling. Jadi, menambahkan pening kepala lagi adalah.

Minyak Angin Jadi Peneman Setia ..... Pening Dan Sakit Kepala


Baik sapu minyak angin bagi mengurangkan kepeningan dan cari kerja yang boleh di buat. Minyak angin biru, minyak angin legen yang aku suka nak sapu di hidung. Bau dia pun taklah kuat dan menyengat sangat. Tak memedihkan hidung dan mata. 

Minyak angin hijau tu lebih kuat baunya. Boleh letak di dahi dan leher tapi kalau letak di hidung agak menyengat sikit di buatnya. Seeloknya campur kedua-duanya untuk memberi rasa yang serasi. Minyak angin hijau ni sesuai juga untuk aktiviti urut mengurut. Baunya yang agak menyengat  lebih jugalah. Dalam ertikata lain lebih panas dari yang biru.


Bila aku dah terlebih pening dan sakit kepala ni... dah jadi alahan loya-loya macam nak muntah pun ada. Mengalahkan orang yang sedang mengandung pun ada. Tapi dah tentu aku tak mengandung... proses dah lama tutup tau. Itulah sebabnya minyak angin ni sangat berguna dan di perlukan.

Ini sakit yang sesekali singgah pada aku. Biasalah, tapi sebab aku ni ada asthma jadi sakit macam ni lebih teruk dari orang yang biasa. Itu sebab kalau boleh, aku nak elak sangat terkena jangkitan sakit ni.Tapi kali ni tak dapat aku nak mengelak dah. Anak-anak dah kena berkali-kali.. Akhirnya aku kena jugak... hmm!

Minyak angin mana.... minyak angin mana... Tak boleh tinggal jauh minyak angin ni dari aku. Walau tak dapat menyembuhkan terus sakit aku ni, dapat melegakan sekejap-sekejap pun jadilah. Moga sakit aku ini akan segera terus berlalu pergi. Dan hidup aku akan jadi seperti sediakala.... amin!

Lihat entri catatan dalam blog ini di SINI

p/s: Selain kedua-dua minyak angin ni... satu lagi benda yang mesti ada kat aku adalah tuala good morning.... !


2 comments:

MINI GIVEAWAY BY NADIA

11:23:00 PM Noor Akma 1 Comments

Assalamualaikum....


Klik banner untuk join....

Syarat-syarat nya mudah dan senang je...


1. Follow blog ini
2. Add, Follow media sosial kat bawah nie,


3. Buat satu entri bertajuk "MINI GIVEAWAY BY NADIA:,
    letak banner di atas dan link-kan ke post ini.

4. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen post ini sahaja.

5. Done

TAMAT : 31 AUGUST 2017


1 comments:

Bila Sakit Kepala ..... Sakit Itu Rahmat Dan Penghapus Dosa

11:22:00 PM Noor Akma 3 Comments

Hari ini sakit kepala, sakit tekak dan lenguh-lenguh badan semua menerjah pada aku sekali gus. Ku paksakan diri juga melakukan rutin harian. Kepeningan ini bukan boleh di layan sangat nanti sakit kepala makin menjadi-jadi. Tapi tu lah bila sakit kepala ini hadir, idea dan mood menulis blog pun ke laut sudahnya.

Bila Sakit Kepala ..... Sakit Itu Rahmat Dan Penghapus Dosa
Bila Sakit Kepala ..... Sakit Itu Rahmat Dan Penghapus Dosa

Maka terjadilah entri merepek ini. Sebagai tulang belakang keluarga, seorang isteri dan ibu, selagi masih berdaya bergerak ke sana kesini kiranya masih bertanggung jawab menjaga keluarga. Jadi aku mesti kena kuat dan bersemangat mengerjakan apa yang perlu. Kalau tidak, pincang jadinya rumah dan akan terjadilah  sedikit huru-hara di buatnya.

Kata orang sakit-sakit ini biasalah...  sakit itu rahmat dan penghapus dosa.... gittuuu...!

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada semasa sihat dan pada semasa waktu senangnya.” 


Ujaran Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : 

“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.” Allah memerintahkan : 

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah. 

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya. 

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah pesakit menjadi pucat lesi. 

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah pesakit menjadi suci dari dosa. 

Bila Sakit Kepala ..... Sakit Itu Rahmat Dan Penghapus Dosa


Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba. 

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?” 

Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut”

Dari apa yang dapat di ketahui  di atas...  redholah aku dengan rasa sakit yang di beri Allah sesekali dalam hidup ku. Letih rasanya sehingga otak pun rasanya tidak berkeupayaan nak berfikir lebih untuk menyiapkan kerja yang ada. InsyaAllah setiap penyakit akan Allah sembuhkan, selama kita berharap hanya pada-Nya dan senantiasa memohon pada Allah.... Aminnn!!!

Hanya sebuah catatan inspirasi sendiri ... Untuk lihat lagi klik SINI

p/s: Harap esok dah betul-betul sihat... nak melawat tapak tanah nanti...!


3 comments:

Kaklongchan.com Merdeka Giveaway!

7:30:00 PM Noor Akma 4 Comments

Assalamualaikum...
Cara-cara menyertai:

1) Follow Kaklongchan.com
2) Follow IG Kaklong: instagram.com/kaklong
3) Follow Blog  www.yunfila.com
4) Follow IG Ayuni : instagram.com/ayunirafilah
5) Buat 1 entry mengenai Giveaway ini
6) Masukkan link giveaway ini dalam entry tersebut
7) Tampal banner giveaway ini
8) Letakkan URL blog kat ruangan komen


Okey itu aje.
Simple je kan...

Jom beramai2.. Muah!




4 comments:

Daun Selom Sedap Di Buat Kerabu Dan Sebagai Ulam

1:05:00 PM Noor Akma 6 Comments

Pada penggemar ulam-ulaman daun selom memang tidak asing lagi bukan saja dikalangan orang melayu, malah kini orang Cina, India dan kaum yang lain turut menggemarinya. Daun selom atau nama botaninya Oenanthe javanica  ini boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, terutamanya India, Pakistan, Jepun, Taiwan dan China. Ianya tumbuh liar dikawasan bertanah lembap seperti paya dan tepi sungai. 

Daun Selom Sedap Di Buat Kerabu Dan Sebagai Ulam
Daun Selom Sedap Di Buat Kerabu Dan Sebagai Ulam

Daun dan batangnya berwarna hijau dan bunganya bersaiz kecil dan berbunga kecil. Rasanya yang lemak-lemak dan sedikit pedas memang menambat hati pengemarnya. Sedap di buat kerabu atau ada yang panggil urap. Boleh juga di cicah sambal belacan, budu dan cencalok. Tak kisahlah bagaimana cara daun selom ini di makan tapi yang sebenarnya daun selom ini juga mempunyai khasiat dan manafaat kepada kesihatan kita. Antara khasiatnya adalah:



Daun Selom Sedap Di Buat Kerabu Dan Sebagai Ulam


 - Mengandungi banyak air  iaitu  91.6 % air, 1.1 % protein, 0.4 % lemak, 4.4 % karbohidrat, 1.0 % serabut dan 1.5 % abu. 

- Meredakan penyakit seperti bisul, terkena gigitan kuda, ular, kala jengking, dan bengkak kerana kanser. Caranya: dengan melumatkan daun dan batang kemudian sapu pada bahagian yang sakit atau terkena gigitan. 

-  Rebus daun selom dan airnya diminum sebagai penawar demam selesema, batuk, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah. 

Semalam ada kawan buat kerabu daun selom ni. Dia tunjuk gambar dan siap bagi resepi cara-cara buat kerabu ni di group whatssap. Sebelum gambar dan resepi hilang di telan angin lalu dari handphone, aku nak abadikan gambar dan resepi tu di blog ini. Nanti nak pergi pasar beli daun selom buat kerabu tapi hujung minggu baru dapat pergi. Minta en suami belikan... katanya tak kenal yang mana satu daun selom. hurm!


Resepi Kerabu Daun Selom


Bahan-bahan:

Daun selom
Udang kering
Cili api
Cili Merah
Bawang besar
Kerisik/kelapa parut
Limau kasturi

Cara-cara:

Daun selom di racik kasar. Udang kering, cili api, cili merah di tumbuk halus, Bawang besar di hiris nipis. Gaul bahan tumbuk, bawang besar hiris bersama daun selom dan kerisik/ kelapa parut. Perah limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula. Siap dan boleh di hidangkan.

Semua bahan-bahan ikut banyak yang di pelukan. Tiada specifik banyak mana yang di perlukan. Ikut sesedap rasa sendiri. Nak banyak, nak pedas atau kurang pedas atau nak lebih masam, masin dan manis pun ikut pilihan sendiri.

Dan lagi kalau nak letak belacan pun boleh. Kalau nak letak kerisik pun boleh, kelapa parut pun boleh atau kelapa sangai pun boleh ikut citarasa sendiri juga. Menurut kata kawan yang bagi resepi dan gambar ni semalam,  kerisik masih beku jadi dia letak kelapa parut sebab nak cepat makan.

Pokok selom ini senang di biakkan. Ia boleh ditanam di dalam bekas, di atas batas atau pun secara hydroponik. Pokok selom memerlukan tanah yang mempunyai bahan organik dan kelembapan yang tinggi untuk hidup subur. Ia boleh dituai selepas dua bulan ditanam dan tahan tumbuh bertahun-tahun lamanya.

Nak lihat berbagai resepi dan informasi dari blog ini... klik SINI dan SINI  Oh yer lupa plak... Nak kredit kat empunya gambar ni... terimakasih ipah bagi izin gambar dan resepi tayang di blog ni.

p/s : Nanti mesti nak tanam pokok selom, senang nak buat ulam dan kerabu. Tunggu rumah siap la...


6 comments:

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89

10:10:00 PM Noor Akma 1 Comments

Assalamualaikum....


Klik banner untuk join

SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:
1. Follow Blog ini
2. Follow instagram INI
3. Like FB Page INI
4. Buat satu entry ' FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89',  paste banner dan backlink ke entri ini.

5. Pilih nak Mask yang mana satu
6. Kalau rajin like la iklan tu sikit. hehe ^_^
7. Letak link entry penyertaan dalam komen box bawah ni.


Pemenang akan dipilih menggunakan random.org
TARIKH TUTUP : 5 SEPTEMBER 2017


HADIAH

Ada 3 orang bertuah yang akan dapat Face Mask ni. Eh bukan Fask Mask je tau, dapat sekali Eye Mask. Nah pilih nak yang mana satu :

Hadiah 1:
Ferment Water Resilient Hydrating Mask 
+
Bye bye 'Panda Eyes'



Hadiah 2:
Seed Water Daily Care Mask

+
Bye bye 'Stressful Eyes'

Hadiah 3:
Beaute Blizz Aloe Vera Leaf Water Refreshning Facial Mask
+
Bye Bye 'Tired Eyes'


P/S: 
Selain pemenang bertuah yang dapat Mask, semua blog yang join GA ni akan dimasukkan sebagai bloglist  jugak (:

Done!

Seee so simple je kan? Penyertaan pun tak lama, 14 hari je! So kalau nak Face Mask free,rajin-rajinkanlah join GA ni tau. 

Nak hadiah 3



1 comments:

Buah Tin: Buah Syurga Yang Banyak Khasiat Dan Manafaatnya...

1:58:00 PM Noor Akma 0 Comments

Antara nama buah yang terdapat dalam Al Quran dan biasa di sebut buah syurga. Buah tin ini di katakan sudah di temui sejak ratusan tahun dahulu. Habitat asal pohon tin berada di kawasan Timur Tengah yang tersebar luas dari sana sehingga ke seluruh dunia. Khasiat buah tin, buah syurga ini sudah cukup luar biasa sekali. Tidak hanya popular di kalangan masyarakat umum saja, tetapi manafaat buah tin juga telah disebutkan dalam Al-Qur'an, tepatnya di surah At-tin 1-2.

Berikut ini firman Allah SWT dalam Al-Qur’an dan hadis berkaitan khasiat buah tin bagi manusia.

” Demi buah tin dan buah zaitun, demi gunung thursina,” (at-Tin: 1-2)

Riwayat dari Abu Zar r.a :-

Nabi SAW bersabda: ' Kalau aku perkatakan tentang buah yg diturunkan dari Syurga, nescaya aku katakan ini lah dia. Kerana buah2an syurga tidak berbiji. Oleh itu, makan lah buah ini. Sesungguh nya dia menhentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit2 badan...'

Buah Tin: Buah Syurga Yang Banyak Khasiat Dan Manafaatnya...
Buah Tin: Buah Syurga Yang Banyak Khasiat Dan Manafaatnya...

Waktu pertama kali tengok  buah tin ni, memang pelik sangat nampaknya. Macam segumpal kayu kering sahaja. Waktu itu beberapa tahun lepas seumur hidup saya belum pernah mencubanya. Jika dilihat daripada rupa bentuk buah tin kering ini, ia seperti tidak menyelerakan langsung. 

Bila sudah merasainya,  Rasanya masya a'llah!  Seperti rasa semua buah-buahan beri (strawberi, blueberry, blackberry, mulberi dan semua keluarga berry kot)! Sebiji buah tin kering dengan seribu rasa buah berry! Agaknya bagaimana rasa buah tin yang segar ye! Belum pernah rasa dan cuba lagi yang segar. Rupanya buh tin kering ni lebih banyak khasiat dari yang segar. Bagus sangatlah, yang segar pun tak pernah jumpa lagi.

Suka sangat dan telah jatuh cinta dengan buah tin ni. Bila jumpa di mana-mana buah ni, mesti beli lepas tu makan selagi tak habis tak mau berhenti mengunyah. Baru-baru ini dapat harga yang berbaloi nak membeli iaitu sepaket hanya RM3 di outlet jualan produk Arab yang baru di buka di Kompleks PKNS. Apa lagi, tak berhenti makan sampai habis. Nanti boleh beli lagi... hihi!

Buah Tin: Buah Syurga Yang Banyak Khasiat Dan Manafaatnya...
Buah Tin: Buah Syurga Yang Banyak Khasiat Dan Manafaatnya...

Antara khasiat buah tin yang di temui setelah buat carian di internet

- Mencegah serangan jantung
Buah tin tinggi dengan kandungan kalium yang sangat bermanfaat untuk menurunkan kadar natrium yang berlebihan. Pakar kesihatan mencadangkan makan sebiji buah tin dalam sehari mampu menurunkan risiko serangan jantung.

- Menurunkan kadar kolesterol
Buah tin boleh membuang kolesterol jahat (LDL) di dalam tubuh dengan cara proses ekskresi (dalam bentuk air kencing dan peluh).

- Bagus untuk pengidap diabetes
Kajian menunjukkan bahawa buah tin menjadi sumber yang baik untuk melakukan pesakit diabetes. Ekstrak dari buah tin mampu meningkatkan sensitiviti insulin, dan juga bersifat antidiabetes.

- Mencegah kanser
Buah tin ada zat polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan tubuh untuk mencegah serangan radikal bebas ke dalam tubuh. Konsumsi buah tin mampu mencegah beberapa jenis kenser seperti kenser payudara, kanser serviks, kanser otak, kanser kolon dan pelbagai lagi.

- Mengatasi tekanan darah tinggi
Amalan memakan buah tin boleh menurunkan kadar tekanan darah tunggi.

- Membantu pertumbuhan tulang
Di dalam buah tin terdapat bermacam-macam mineral penting seperti magnesium dan kalsium yang bermanfaat untuk membantu pertumbuhan tubuh dan tulang, agar tubuh boleh menjadi lebih tinggi secara optimal. Kalau tak suka susu, boleh la makan buah tin banyak banyak ok.

- Untuk kesuburan
Buah tin kaya dengan serat yang bermanfaat meningkatkan kualiti sperma lelaki.

- Mencegah tulang reput
Osteoporosis sering menyerang orang yang berumur 50 tahun keatas. Makan banyak banyak buah tin boleh membantu menguatkan tulang sebab kandungan kalsium nya amat tinggi.


- Menurunkan berat badan
Menurut para pakar kesihatan seperti dr. Oz, kandungan serat terlarut yang terdapat di buah tin memiliki fungsi yang cukup penting, iaitu untuk cairkan lemak yang berlebih di dalam tubuh, pastu buang melalui sistem pencernaan dan peluh.

- Mengatasi sembelit
Makan buah tin boleh membantu mengatasi masalah sembelit.

- Mengatasi susah tidur
Kandungan bahan semulajadi dalam buah tin boleh timbul kan rasa tenang secara alami.

- Membantu mengatasi anemia
Penderita anemia akan merasakan tubuh yang lemas, lesu dan mudah lelah. Bua h tin sangat bermanfaat sebagai penambah darah. Kandungan mineral zat besi menjadi ‘bahan baku’ untuk pembentukan hemoglobin darah.

- Mengatasi masalah buasir
Kajian juga menunjukkan bahawa buah tin bagus untuk pengidap buasir.

- Mencegah perkembangan tumor
Kandungan di dalam buah tin memiliki manfaat untuk mencegah pertumbuhan parasit, kuman, dan virus yang sehingga menyebabkan tumor. Kandungan antioksidan di dalam buah tin juga berperanan untuk mencegah perkembangan tumor di dalam tubuh.

- Meningkatkan imunisasi badan
Kalau terasa nak demam, makan buah tin banyak banyak. Demam segan nak dekat.

- Sakit tekak
Makan buah tin boleh mengurangkan sakit tekak.

- Mencegah kanker prostat
Di dalam buah tin bermanfaat untuk mencegah kanser prostat, terutama pada orang yang berumur diatas 30 tahun.

- Kesihatan dan kecantikan kulit
Buah tin juga kaya dengan vitamin C yang cukup bermanfaat untuk membantu proses regenerasi sel kulit baru, dan mencerahkan kulit.

- Membersihkan pori-pori kulit
Kulit wajah yang tersumbat di pori-pori oleh minyak dan kotoran yang menempel pada wajah, mengakibatkan timbulnya jerawat pada wajah. Makan buah tin untuk bersihkan kulit secara alami.

- Baik untuk ibu hamil
Khasiat buah tin bagi ibu hamil juga amat tinggi sebab pada buah tin memiliki folic acid, serat, protein, kalsium, dan lain lain yang penting untuk pertumbuhan janin di dalam kandungan sang Ibu.

Banyak sungguh khasiat buah tin ini. Sehingga tak terkirakan dah rasanya. Rugilah pada sesiapa yang tak memanafatkan buah ni untuk kesihatan. Rasanya pun sedap dan lazat. Jangan pandang pada rupanya... Lihat pada khasiatnya yer...!

 Informasi yang sangat berguna.... lihat di SINI

p/s : Berangan-angan nak menanam pokok buah ni nanti di teratak yang akan di  didirikan nanti.. dah letak dalam senarai...

0 comments:

MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

12:59:00 PM Noor Akma 0 Comments

Bersempena dengan Hari Malaysia 2017, pada 16 September 2017, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) mengadakan program Hi-Tea Hari Malaysia. Marilah kita bekerjasama untuk menjadikan negara ini lebih baik dan lebih adil untuk semua. Justeru itu, Royale Songket Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam, menyediakan hidangan bermula dari RM68.00 + untuk dewasa, RM55.00 + untuk warga emas dan RM35.00 + untuk kanak-kanak. Tersedia pada 16 September 2017, dapat menikmati semua makanan ini mulai jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang hari tersebut.


MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

“Malaysia is a country unlike any other: Full of promise and fragility. Its history, cultural and religious diversity make it a rich, compelling and surprising land” – Tariq Ramadan



MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Serving you with a variety of appetizers, expect to be spoilt with our Assorted Finger Sandwiches and Mini Open Face Sandwiches, Assorted Cheese Platter with Cracker, Cold Chinese Salad of the Day, Sotong Kangkung Padang Kota and other appetizers. While those who prefers warmer starters, treat yourself with our Mushroom Soup and Oxtail Assam Pedas Soup and Assorted Rolls and Butter.

MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

As for this promotion, Royale Songket Restaurant offer an interesting hot dishes such as Laksa Johor, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Devil Curry, Ikan Patin Masak Tempoyak, Burasak and many more. We also offer Show Kitchen with Satay Ayam Serai Wangi Kuali Leper with Peanut Sauce and Condiments and Otak-otak Kempas. In addition, Kids Corner also available for kids which we have Fish Finger with Tartare Sauce, Golden Chicken Nugget, and many more. Lastly, for the dessert, we have Assorted French Pastries, Assorted Fresh Fruit Platter, ABC Stall with Condiments and so much more.

MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
Raikan Hari Malaysia ini dengan kenangan indah yang berharga kerana kebersamaan kita bersama. Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi Royale Songket Restaurant 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613.

Harga: 
RM 68.00+ (Dewasa) 
RM 55.00+ (Warga Emas) 60 tahun ke atas  
RM 35.00+ (Kanak-kanak) 4 - 11 tahun 

Tarikh: 16 September 2017 (Sabtu) 

Masa: 12.00 tengahari - 4.00 petang 

Tempat: Restoran Royale Songket, Ground Floor


p/s : Masakan kampung dari seluruh negeri dan dari hampir setiap etnik di Malaysia  di tengah bandaraya... jom rasa!!


0 comments:

Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Bersama Tulang Ikan Masin

4:07:00 PM Noor Akma 3 Comments

Dua hari lepas lauk masak lemak cili api nenas bersama tulang ikan masin inilah yang jadi hidangan keluarga aku. Dah lebih ratusan, mungkin dah ribuan kali aku masak lauk ni. Kesedapanyan dah tentulah dari masam-masam manis nenas di tambah kemasinan ikan masin dan lemak santan kelapa. lebih-lebih lagi berperisa pedas citarasa masakan Negeri Sembilan yang sinonim dengan masak lemak cili api yang pedas meletup. 

Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Bersama Tulang Ikan Masin
Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Bersama Tulang Ikan Masin

Macam biasa, en suami yang paling suka akan masakan ini. Maklumlah dia anak Negeri Sembilan jati. Itulah masakan yang mesti ada sekurang-kurangnya 2 - 3 kali seminggu atau mungkin lebih tapi tukar-tukarlah bahan-bahannya walau masih di panggil masak lemak cili api juga. Memang bertambah-tambah nasi di pinggan di buatya.

Kepedasan ikut citarasa sendiri tapi boleh di sesuaikan rasanya untuk yang tak nak terlalu pedas. Kalau orang Negeri Sembilan memang nak terasa kepedasannya. Barulah sedap terangkat rasanya. Ikan masin tu, kali ini en suami beli yang besar gedabak tulangnya. Tapi masih banyak lagi isi pada tulang-tulang tu. Keras betul tulang-tulang tu sehingga bersusah payah nak memotongnya.


Pastikan santan betul-betul pekat. nanti kalau cair memang pecah dia punya kuah tu dah tak cantik dan rasa pun jadi kurang. Faktor mengacau masa memasak pun penting iaitu kena kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah minyak. Jadi jangan tinggalkan dapur walau sekejap. Marilah kita tengok resepi pula.


Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Bersama Tulang Ikan Masin


Bahan-bahan:

1 biji nenas sederhana
1 keping tulang ikan masin
15 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang merah
1 batang serai
2 cawan santan pekat 
1keping asam keping
1 atau 2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Nenas di buang kulit dan hidungnya serta di hiris nipis dan kecil. Tulang ikan di potong ikutlah besar mana yang di kehendaki. Cili api di tumbuk lumat bersama kunyit hidup dan bawang merah. Serai di titik sahaja.

Masukkan bahan tumbuk, serai dan asam keping ke dalam periuk. masukkan secawan santan pekat dan secawan santan cair. Panaskan api dan masakkan bahan sehingga hampir mendidih.

Masukkan nenas dan tulang ikan kacan sentiasa dan tunggu sehingga mendidih lagi. Masukkan secawan santan pekat. Sekiranya nak kuah banyak, boleh masukkan air lagi. Kalau rasa ok, tak perlu. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Pastikan gulai sentiasa di kacau untuk mengelakkan terjadinya pecah minyak. Bila gulai dah mendidih sekali lagi dan sudah pasti gulai elok kejadiannya... bolehlah di angkat tapi truskan mengacau sehingga suhu panas menjadi agak suam agar gulai tak pecah minyak.

Dah siap semua, bolehlah di hidangkan. Nak tengok resepi lagi.... klik SINI

p/s : Rasanya, ummph... sedap macam biasa... hihi !

3 comments:

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

12:22:00 AM Noor Akma 4 Comments

Assalamualaikum

Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com



Syarat-syarat Giveaway 




1) WAJIB Follow Blog/Instagram/Fanpage Sponsor disini

2) WAJIB komen salah satu Entry ini Panduan percuma produk elektrik

3) Add Friend Noridayuzan

4) Buat Entry bertajuk "Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com" .

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017


JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.



4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...