Kemeriahan G67 Di Majlis Perkahwinan Kelmarin...

12:51:00 PM Noor Akma 0 Comments

Kelmarin menghadiri majilis perkahwinan walimatul urus anak teman persekolahan bersama teman lama G67. Meriah sungguh,  ditambah lagi dengan kemeriahan G67 di majlis perkawian itu. Walau tak semua G67 hadir tapi yang ada itu dah cukup menjadikan majlis perkahwinan ini begitu hangat dengan gurau senda, gelak ketawa, usik mengusik melepas rindu ala-ala zaman budak sekolah dulu... hehe! 

Kemeriahan G67  Di Majlis Perkahwinan Kelmarin...
Kemeriahan G67  Di Majlis Perkahwinan Kelmarin...
Bak kata teman yang seorang ni iaitu Ipah... bila gadis-gadis G67 ini bertemu memang ada saja yang nak di bualkan. Ada juga perkara yang mencuit  hati dan macam-macam lagi. Tak cukup masa bertemu melepas rindu kalau setakat 2- 3 jam saja, Tapi jadilah, melepas rindu dendam ingatan persahabatan tu. Al maklum semua dah banyak urusan dan tanggungjawab dalam kehidupan kini.

Rombongan gadis-gadis dari Perak memang sangat di nantikan. Buat pertama kali sejak akhir persekolahan 3 dekad dulu aku dapat bertemu kembali dengan 2 orang sahabat lama iaitu Zaiton dan Saudah. Lama betul masanya baru dapat bertemu kembali. Kalau rombongan tu tak hadir ke majlis ini. tak dapatlah buat jejak kasih... hurm!


Tak lupa juga dapat makan lemang dan rendang yang sedap di bawa oleh kawan lama juga yang baru kini dapat bertemu. Roswati, taukeh lemang dari kelang je. Tapi sejak zaman sekolah dulu baru ini dapat bertemu dia kembali. Tak jauh rupanya tempat tinggalnya. Kalau tak ada group ni, jangan haraplah dapat bertemu. Entah-entah, berselisih tengah jalan pun tak kenal.

Hampir semua dari kami hadir ke majlis perkahwinan ini memakai baju sedondon kembar berwarna hijau. Baju rasmi G67 tahun ini. Bila aku nak pakai baju ni, en suami gelakkan... katanya macam kumpulan marhaban datang majlis perkahwinan... Aku buat selamba jer, dah janji nak pakai sedondon nak buat macam mana. Memang terasa macam orang pandang-pandang je. Agaknya heran, bilalah  marhaban nak mula... hahaha!

Kemeriahan G67  Di Majlis Perkahwinan Kelmarin...
Kemeriahan G67  Di Majlis Perkahwinan Kelmarin...
Yang hadir ke majlis tu selain aku lah... Ecah dan Ipah bersama Lie teruna cekal G67. Selain tu dari Perak usahawan wanita Eni yang setia menjadi pemandu kepada gadis gadis G67 iaitu Biam, Mon, Odah dan Ton. Selain itu, Nora dari Penjara Sungai Buluh, Atin dari Ulu Langat, Leha dari Kepong dan Ana sekeluarga dari Batu Gajah Perak. Ros dari Kelang yang sanggup bawa lemang dan rendang yang sedap tu.

Ada lagi.... Ramli dan Isa. Norasiah @ Yati dari Damansara pun ada. Kalau ada yang tak di sebut jangan mare yer... Maklum ingatan dah lemah. Kan dah lupa sorang lagi... iaitu Sala yang comel dan suaminya yang sporting pun ada bersama di majlis ni. hihi!

Pada mak pengantin Norazah Samad @ Eno, Selamat menerima menantu. Tahun depan tambah cucu lagi. Anak kacak bergaya, menantu pun cantik jelita.... Semoga berbahagia hingga ke jannah. Satu majlis yang hebat dan gilang gemilang pada diri ku. Seronok sesekali menghadiri majlis perkahwinan ni.... Semuanya cantik dan tampak indah belaka... huhu!

Nak baca cerita dan catatan peribadi di blog ini lagi.... klik SINI

p/s: Kalau ada lagi majlis perkahwinan anak kawan-kawan, mesti nak pergi... Selain dapat menghadiri majlis, dapat juga jumpa teman-teman lama... Seronok.. :)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...