Rahsia Awet Muda Dari Pespektif Islam

12:49:00 PM Noor Akma 1 Comments

Awet muda sinonim dengan kecantikan wajah yang tak terjejas akibat penuaaan. Macam-macam cara, petua dan produk yang boleh di manafaatkan untuk awet muda ini. Tapi daripada pelbagai cara, petuaa dan produk ini ada rahsia awet muda yang sepatutnya di ketahui oleh orang Islam. Ia lebih afdal dan pastinya tanpa risiko, tulen dan sangat-sangat barakah.

Rahsia Awiet Muda Dari Pespektif Islam
Rahsia Awiet Muda Dari Pespektif Islam

Tanpa perlu bergantung pada produk yang melimpah ruah di jual di pasaran, rahsia awaet muda tersedia untuk umat Islam. Wajar di jadikan amalan seharian yang pastinya sangat ampuh. Di sertai pula doa ke hadrat Allah dan puji- pujian ke atas rasulullah s.a.w. Jadi jom amalkan untuk mendapat syafaat dan manafaat yang tak terhingga.


Rahsia Awet Muda Dari Pespektif Islam


-Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

-Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

-Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

- Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

-Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

-Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

-Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

- Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


- Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

- Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

- Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

- Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

-. Amalkan solat tahajud.

-. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

-. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

- Maafkan semua orang sebelum tidur.

Perkongsian yang biasa-biasa je. Semoga memberi manafaat pada pembaca semua. Salam Jumaat, semoga hari-hari yang mendatang akan jadi lebih indah apabila kita emgikuti landasan Islam yang sebenar-benarnya. Sharing is caring... :)

p/s : Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu esok... :)

1 comments:

Petua Tampal Periuk Bocor Dan Boleh Di Gunakan Kembali Tak Perlu Beli Baru

9:52:00 AM Noor Akma 6 Comments

Apabila periuk kesayangan bocor memang bercintalah nak beli yang baru.  Apatah lagi periuk bocor tu adalah periuk kesayangan yang hari-hari di gunakan. Barang-barang seperti periuk ni apabila dah lama di gunakan lambat laun akan rosak dan berlubang. Tak boleh nak di elakkan lagi bila dah lama dan buruk tapi selagi boleh nak menjimatkan kos, mesti nak cuba perbaiki apabila periuk bocor dah... 

Petua Tampal Periuk Bocor Dan Boleh Di Gunakan Kembali Tak Perlu Beli Baru
Petua Tampal Periuk Bocor Dan Boleh Di Gunakan Kembali Tak Perlu Beli Baru
Ada tips dan petua yang telah di amalkan sejak dulu kala yang boleh memanjangkan jangka hayat periuk belanga tu. Tips dan petua ini sangat berkesan sehingga periuk itu boleh di gunakan lagi bertahun-tahun lamanya.  Sampai tak sedar yang periuk itu pernah bocor sebelumnya. Tak membazir sebab bertahun-tahun tak payah fikir nak beli periuk baru. 


Petua Tampal Periuk Bocor Dan Boleh Di Gunakan Kembali Tak Perlu Beli Baru


Caranya senang saja iaitu dengan menggunakan kapur makan yang biasanya di gunakan makan dengan daun sireh dan buat kuih tu. Sapukan saja kapur makan itu di tempat yang bocor di dalam dan di bawah periuk iaitu di bontot periuk. Cuma pastikan ia melitupi tempat yang bocor tu. Panaskan sekejap di atas dapur. Selepas tu, periuk boleh di gunakan semula seperti biasa. 

Di jamin tak bocor sebab kapur di perbuat dari karang laut yang bersifat keras. Cara menggunakan kapur dah biasa aku guna untuk periuk belanga aku di dapur. Sangat berkesan menggunakan petua ini. Ada satu cara lagi yang aku jumpa di internet. Ini boleh di gunakan kalau tiada kapur makan tu. Iaitu menggunakan kulit pisang. 


Panaskan dahulu periuk dengan api kecil, selepas tu tonyoh-tonyohkan kulit pisang itu berulang kali ke tempat yang bocor. Biarkan seketika di atas api dapur. Periuk yang bocor boleh di gunakan berkali-kali. Ini di sebabkan getah dari kulit pisang telah melekat dan menutup kebocoran periuk itu. 

Jadi jangan buang dulu periuk bocor yer. Gunakan petua di atas, pasti periuk tak bocor lagi dan menjimatkan kos serta tak membazir sebab boleh di gunakan lagi. Harap perkongsian ini memberi manafaat pada semua yang membaca... yer!

Nak tau lebih banyak petua... klik SINI

p/s : Boleh je guna stiker aluminium tapi nak gunanya seciput tapi kena beli segulung. Melibatkan kos juga tu. Cara mudah, gunakan bahan di dapur... kan!

6 comments:

Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah

11:34:00 PM Noor Akma 6 Comments

Assalamualaikum...
Klik banner untuk join....

Syarat yang di perlukan untuk join Giveaway MD ialah...:

1) Kena Follow Blog Anugerah Tetindah

2) Kena Add Facebook Mardiah Diana 

3) Buat entri mengenai First Giveaway ini dengan tajuk (Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah)

Cukup hanya 3 syarat yang di perlukan untuk join First Giveaway MD ni....dan hadiah yang MD sediakan sederhana jak tapi comel tetap ada tau....hhi...

Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah

1) 5 keychain nama yang comel untuk 5 pemenang


2) 5 Brooch nama yang comel untuk 5 pemenang (hanya boleh 4huruf dan 2reben/6huruf tak ada reben)

Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah

3) 2 inner lace untuk 2 pemenang...

Ok....selamat menjoinkan First Giveaway MD pemilik blog Anugerah Terindah....Semoga dengan giveaway ni kita akan dapat lebih mengeratkan ikatan persahabatan di alam maya ini...dan First Giveaway MD ini bermula 24/09/2017 sehingga 15/10/2017 jam 11.59malam...

P/S: Nak order Keychain atau Brooch  atau Inner Lace korang boleh jenguk FB https://m.facebook.com/sayaxiiemaya.samaroxy


6 comments:

Tips Memotong Daging Dengan Betul Agar Tidak Liat Dan Masakan Menjadi Lazat

9:38:00 AM Noor Akma 3 Comments

Memasak dan memotong daging ada cabarannya. Kadang-kadang daging yang di beli penuh berurat dan berlemak jadi sudah pasti kalau salah cara memotng dan memasaknya daging akan menjadi liat dan sukar di makan. Lain lah kalau beli daging batang pinang, urat pun halus dan licin tapi harganya lebih mahal dari daging bahagian lain.

Tips Memotong Daging Dengan Betul
Tips Memotong Daging Dengan Betul

Bukan semua orang tau macam mana nak membezakan urat daging yang mana melintang dan yang mana pula menegak. Lebih-lebih lagi anak gadis sekarang. Rupa urat daging pun tak tahu dan tak pernah tengok. Mana tidaknya, jarang nak menjenguk ke dapur. Dah siap masak saja tiba-tiba dah duduk kat meja makan. Itulah realitinya.. hmmm!

Kali ni aku nak kongsi cerita cara-cara memotong daging pada yang belum tahu dan yang tak pernah ambil tahu pasal ni. Jangan tak tahu, dengan cara memasak yang betul, rasa masakan dan makanan  pun akan menjadi lebih sedap dan lazat walaupun yang di masak tu resepi yang biasa-biasa je... tau!

Tips Memotong Daging Dengan Betul Agar Tidak Liat Dan Masakan Menjadi Lazat


- Sebelum daging di potong, buang dulu lemak atau serat  berwarna putih yang menempel pada daging. Yang beewarna putih tu lah. (Kalau tak di buang gigi pun boleh patah, apatah lagi gigi palsu)

- Potongan yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging. Potong dengan cara urat daging melintang. Kalau tersilap potong ikut urat tu, memang liat sesangat lah daging tu nanti.

- Cara mudah memotong daging ni dengan senang adalah sewaktu daging separa beku. Urat daging akan lebih senang di lihat dan senang untuk di potong.

- Untuk lebih jelas, boleh lihat gambar yang di sertakan.. sebab ramai yang terkeliru dan kurang pengetahuan cara memotong daging dengan betul ni.


Ada pula cara melembutkan daging yang liat selain dari cara-cara di atas. Pada para isteri yang baru berkahwin mesti mencari pelbagai cara nak memikat hati suami dan mak mertua dengan belajar memasak walaupun semasa belum berkahwin segan nak ke dapur. Jadi boleh gunakan tips ini... hehe!

- Cara yang paling mudah dan moden, gunakan pressure cooker.

- Cara lain, rice cooker pun boleh, tapi  ambil masa lebih lama.

-  Rendam daging dalam air teh pekat, 30 minit sebelum proses memasak. Bahan dalam teh dapat melembutkan daging.

- Rendam sejam dalam air hirisan halia, enzim proteolitik dalam halia boleh meleraikan ikatan protin daging supaya lebih empuk

- Pukul daging dengan  meat tenderizer, yang stainless steel kepala segiempat tu. Tak ada meat tenderizer pukul dengan rolling pan pun boleh... hahaha!

- Masukkan sudu dalam masakan daging. Jangan masukkan sudu plastik pula. Sudu besi yer... Dipercayai sudu ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.!

Ada banyak lagi petua dulu-dulu yang di percayai dapat melembutkan daging seperti memasukkan daun nangka, batang ubi kayu, daun pisang, daun betik, tebu dan ada beberapa benda lagi. Tapi ada juga petua agak tak masuk akal dan rasanya berbahaya iaitu dengan menggunakan panadol. Kalau ada yang alah dengan ubat.. bahaya tu..!

Walaupun  sedap dimakan dan salah satu sumber protien , kurangkan pengambilan daging dalam diet seharian untuk mengelakkan daripada pelbagai masalah kesihatan. Antara kesan pengambilan daging secara kerap dan berlebihan adalah penyakit jantung, kalesterol tinggi, risiko kanser usus, gangguan sistem pencrnaan dan beberapa lagi.

Untuk dapat lebih lagi tips dan informasi di blog ni, klik SINI

p/s : Jadi, makanlah daging berpada-pada... Tapi kalau makan rendang daging yang sedap, lupa tak hinggat... hehe!

#kredit FB Farah Ramly

3 comments:

SUPPORT ME!! POKUCU Contest

4:37:00 PM Noor Akma 4 Comments

Assalamualaikum...


Klik Banner Untuk Join...

Jom join Giveaway ni... Seandainya berminat, ualls boleh sertai contest ini dengan memenuhi segala syarat-syarat yang telah di tetapkan di bawah ini... jangan risau, syaratnya mudah jer..


SYARAT-SYARAT

  • 1 - Follow blog POKUCU.COM , SISHAWA.COM dan SISHAWADESIGN
  • 2 - Like fanpages rasmi POKUCUDOTCOM dan SISHAWADOTCOM 
  • 3 - Follow IG @Kaymieyarahman
  • 4 - Buat sebuah entry yang bertajuk SUPPORT ME!! POKUCU Contest 
  • 5 - Letakkan banner di atas ke dalam entry terbabit dan berikan pendapat, ulasan atau apa saja kata-kata yang bernas terhadap blog POKUCU.COM dengan seikhlas hati mengikut kreativiti masing-masing.
  • 6 - Publish entry terbabit dan tinggalkan link entry berserta dengan email di ruangan komen post ini.


CARA PEMILIHAN PEMENANG

Para pemenang akan di pilih sepenuhnya oleh PokUcu sendiri dengan mengambil kira semua syarat-syarat yang telah di tetapkan tadi. Make sure ualls betul-betul follow semua syarat yang di tetapkan tu  yer sebabnya memang kami berdua akan check satu persatu... Sekiranya blog ualls sudahpun mempunyai domain, ualls masih boleh ikut serta untuk cuba memenangi hadiah untuk tempat ke dua, ke tiga dan saguhati.


TARIKH PENYERTAAN

Contest ini akan berlangsung dari 15 Sept 2017 sehingga 15 Oktober 2017.


TARIKH PENGUMUMAN PEMENANG

Para pemenang akan di umumkan pada 20 OKTOBER 2017 - 25 OKTOBER 2017, InshaaAllah.


Jom sama-sama kita support POKUCU dan semoga dengan adanya contest ini akan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan kita semua sesama blogger.


GOOD LUCK!! =D

*********************************************************************************

Ulasan untuk blog POKOCUDOTCOM

Blog yang biasa-biasa je. Boleh lebih improve dan rajin-rajinlah update blog. Bukan mudah nak membangunkan sebuah blog. Ibarat membina sebuah rumah dan memasukkan segala peralatannya. Temasuk segala rencah-rencah kehidupan yang ada seiring dengan putaran waktu. Begitu jugalah dengan blog ni. 

Banyak masa akan di perlukan dan di korbankan untuk memperbaikan, mempertingkatkan dan teruslah menimba ilmu seterusnya untuk menjadikan blog lebih pro aktif dan produktif. Teruskan berblog dan berusaha lagi dan lagi. Semoga berjaya menjadi blogger famous dan di kenali ramai... eh...ehehee! ...Amin! 

***********

4 comments:

Cara Senang Masak Nasi Goreng Menggunakan Pressure Cooker

9:23:00 PM Noor Akma 4 Comments

Biasanya bila nak masak nasi goreng, kena tanak nasi dulu atau ada nasi sejuk yang berlebihan. Bila menggunakan pressure cooker dah tak perlu macam tu lagi. Boleh terus masak nasi iaitu dengan dan bersama semua bahan yang di perlukan macam masak nasi biasa tapi dalam pressure cooker lah. Menjimatkan masa, tenaga dan sangat sedap seperti masak nasi goreng di dalam kuali... gituuuu!


Mula-mula tu cuak juga. Takut tak menjadi dan rasa tak seperti di harapkan. Aku pernah masak nasi macam ni dalam periuk nasi elektrik yang biasa. Rasanya ada sesuatu yang aku tak suka dan tak sedap. Tapi dengan pressure cooker ni amat berlainan. Rasanya memang sedap dan en. suami pun tak ada komplen apa-apa.  Anak-anak pun kata sedap dan laju diorang makan.

Hari tu, aku masak nasi goreng ni waktu tengahari sebab en. suami tak sempat nak singgah pasar beli barang nak masak seperti di janjikan. Tempat kerja dia ada hal yang mendadak. Tunggu punya tunggu barang nak masak tak kesampaian. Malam sebelumnya dia sibuk juga dan  tak sempat nak bawa aku pergi beli barang masakan. Janji dia nak pergi pasar tak menjadi juga.


Akhirnya aku masak apa yang ada di dapur dan dalam peti sejuk. Itulah kejadiannya, maka terjadilah nasi goreng pressure cooker ni. Sayur yang aku guna untuk nasi goreng ni cuma yang ada di dalam peti sejuk iaitu 1 bekas kecil  sayur lebihan masak sup 2 hari lepas. Di dalamnya ada lobak merah, bunga kobis dan seleri yang dah siap di potong. jadilah...!

Masak nasi goreng ni ikutlah bahan sayuran apa yang korang nak letak. Aku biasa letak kacang panjag, kacang buncis, kangkung, sawi atau kobis bila masak nasi goreng. Tapi kali ni yang itu saja ada dalam peti ais aku ni. Bolehlah untuk resepi campak-campak aku yang serba simple ni. Di sini aku perturunkan resepi yang tak seberapa ini... yer!

Bahan-bahan :

2 cawan beras
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 bji telur
Secawan sayur (anggaran)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu makan kicap
1/4 dari seketul kiub ayam (jika suka)
Segenggam ikan bilis goreng 
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.
Segenggam ikan bilis goreng 

Cara-cara: 

Bawamg merah dan bawang putih di hiris halus. Sayur di potong-potong dan di bersihkan. Beras di bersihkan dan di sukat airnya secukupnya di dalam bekas (ikut kesesuaian beras). Masukann minyak masak ke dalam pressure cooker dan mulakan fungsi stir fry atau menggoreng.

Setelah minyak panas, masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga naik bau dan hampir kekuningan. Selepas itu masukkan cili kisar bersama kicap dan kiub ayam. Kacau berterusan sehingga pecah minyak iaitu apabila cili kisar hampir garing. 

Setelah itu, masukkan sayur. Aku masukkan sayur cepat sebab aku guna lobak merah seleri dan bunga kobis. Kalau guna sayur berdaun seperti sawi, kobis, kangkung dan sayur lembut boleh ketepikan sayur tu dulu untuk di masukkan kemudian nanti. Kalau sayur kekacang pun seperti kacang buncis, kacang panjang atau kacang botol rasaya kena masukkan awal juga sebab agak keras.


Kacau, kacau, kacau,  selepas tu pecahkan telur telur ke dalam pressure cooker bersama bahan-bahan tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga telur mengeras dan sebati. Langkah seterusnya, masukkan beras dan air sekali gus. Masukkan garam dan gula dan kacau sekali lagi,

Tutup pressure cooker dan tukar fungsi tekanan dan set selama 7 minit. Apabila selesai, biarkan selama 5 minit. Selepas tu, keluarkan tekanan dan buka tudung dan kacau nasi. Jika menggunakan sayur berdaun lembut, masa inilah kena letak sayur. Jika tak cukup perasa, boleh juga tambah garam. Jangan lupa kacau sebati. Bolehlah di hidangkan bersama taburan ikan bilis goreng. Sedappp!

Nak lihat resepi masakan aku di blog ini... klik SINI

p/s : Alhamdulillah, rasamya tak mengecewakan. Untuk pengetahuan, aku guna pressure cooker jenama philips. Tapi, jenama apapun pressure cooker tu, penggunaannya sama je... yer!

4 comments:

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤

11:38:00 PM Noor Akma 5 Comments

Assalamualaikum...


Klik banner untuk join...

Its time for giveaway! Kali ini MellyaMrs PipShafyqahAiraSyahirahValiant, dan Siqahiqa nak cari seorang pemenang beauty box bertuah. Yes bertuah! Sebabnya beauty box ni bukan biasa-biasa, memang meletop! hehe Nak ke? With simple conditions, korang wajib join giveaway ni sebab you could win this beauty box worth RM 250 (dalam box ni ada facial foam, toner, lotion, hair mask, facemask, liquid powder, dan macam-macam lagi), i think more! Dont worry, I will reveal the prize in the next post. But first, kena follow syarat dibawah ni 




Syarat :
Follow  Mellya dan para sponsors;

Follow Instagram:

Like page:

Done semua syarat? Tahniah ! Tapi belum siap lagi. Create entry "First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤" bonus pada yang CREATIVE dan letak link Facebook dan Instagram korang dalam entry tersebut. Senang nak check sapa yang tak jujur. hehe Nak di follow back, comment je mana2 entry yang korang berkenan 🤗

This giveaway starts now, 20 September 2017 until 20 October 2017.

***********************************

Link  Facebook : SINI

Link Instagram : SINI

^^^^^ walla ^^^^^


5 comments:

Rupanya Ini Rojak SS15 Subang Jaya Yang Di Kenali Ramai Tu....

10:16:00 PM Noor Akma 3 Comments

Dah 2 kali aku makan rojak di Rojak SS15 Subang Jaya kat Kompleks PKNS Shah Alam iaitu di stall berhadapan Restoran KFC tu. Selepas shopping yang lebih kepada window shopping dan beriadah di Plaza Alam Sentral, SACC Mall dan kompleks PKNS, aku singgah di Rojak SS15 Subang Jaya menghilangkan penat lelah dan dahaga. 

Rojak SS15 Subang Jaya
Rojak SS15 Subang Jaya 

Rasanya macam pernah aku makan rojak ni lama dulu, tapi bukan di Shah Alam. Hmm.. pernah en. suami bawa ke Subang Jaya waktu tu. Makan rojak dan cendol kat tepi jalan ada lori jual. Dah ingat-ingat lupa...Waktu tu anak pun baru dua orang. Dah maju rojak mamak ni rupanya sekarang. Sampai dah ada cawangan di Kompleks PKNS.


Rupanya Ini Rojak SS15 Subang Jaya Yang Di Kenali Ramai Tu....


Seperti kebanyakan orang Malaysia yang lain, makanan mamak ni dah sebati dengan jiwa orang kita. Macam aku juga yang suka makan rojak mamak. Rasa rojak SS15 Subang Jaya ni menepati selera aku tapi aku pernah rasa yang lebih sedap dan hebat dari ini masa menetap di Pulau Pinang masa bekerja di sana selepas habis sekolah. 

Apa pun rojak ini menang jugalah pada tekak aku sebab nak buat sendiri tak berapa nak rajin. Pernah buat sendiri tau... Telur sebiji dapat dalam sepinggan. Kuah pun pekat, dan kuih kelapa goreng yang rangup tu memang sedap bila mengunyahnya. Harga pun sangat berpatutan. Jadi buat apa susah-susah masak sendiri. Renyah sebab banyak langkah dan bahan kalau nak buat sendiri.


Makan rojak ni bersama dengan menghirup semangkuk cendol lagi sedap berkali ganda. Nak tu pula dengan cendol pulut. Ternganga-nganga menyuap cendol dam merasai kesejukannya yamg menyegarkan tekak. Uhhhh... sejuknya ... huhu!

Selain cendol, kat dalam tu ada kacang dan jagung juga dan semestinya ada pulut. Rasa lemak manisnya pun sedang elok saja. Lain kali boleh datang dan singgah lagi ke Rojak SS15 Subang Jaya di Kompleks PKNS Shah Alam. Tak payah ke Subang Jaya kalau nak merasa makan rojak dan menghirup cendol macam ni. 

Selfie Di Tasek PKNS
Selfie Di Tasek PKNS

Selesai makan aku berehat di tasik PKNS sekejap. Ambil gambar dan selfie lebih kurang  kat situ. Selepas tu baru beransur balik ke rumah naik grab car je. Itu cerita hari sabtu lepas. Seronok juga sekali sekala pergi jalan-jalan cari makan ni dan jalan-jalan window shopping... hahaha!

Nak lihat lebih banyak cerita  di blog ni klik SINI

p/s : Ini bukan entri review berbayar... hanya entri suka-suka dan santai-santai jer... yer!

3 comments:

Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung Menyelerakan Walaupun Batuk...

2:46:00 PM Noor Akma 0 Comments

Beberapa minggu lepas aku batuk teruk sehingga aku kebahagian kecemasan Hospital Shah Alam. Batuk tu menyebabkan aku sakit dada jadi para doktor nak kepastian takut aku ni kena serangan jantung. Alhamdulillah tak apa-apa, cuma sakit dada tu di sebabkan batuk yang berterusan. Akibat dari batuk tu, aku kehilangan  selera makan. Jadi, beberapa hari makan bubur nasi saja. Ada satu hari aku tergerak hati buat bubur nasi yang special sikit iaitu bubur nasi campur ayam dan jagung.

Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung
Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung 
Aku nak kongsi sikit kisah aku buat bubur nasi yang lebih special  dari biasa ni. Nak buat dengan cepat, sudah semestinya aku guna pressure cooker philips  yang ada ni. Jadi memasaknya akan lebih mudah dan santai saja. Bubur ni aku letak santan sikit bagi rasa lebih lemak dan sudah tentunya menyelerakan. Tapi untuk yang sihat bolehlah yang sakit tak rasa apa-apa... hurm!

Kebetulan santan tu aku dapat dari setengah cawan kelapa parut beku dalam peti sejuk. Lebihan kelapa parut sewaktu memasak tu aku simpan untuk pelbagai kegunaan. Letak dalam blender, campur dengan secawan air panas. Tunggu sejuk sikit dan blender halus. Lepas tu tapis kelapa tu dan ambil air santannya saja. 


Tambah setongkol jagung yang kebetulan ada terperuk dalam peti sejuk lebihan buat jagung rebus minggu sebelummya. Ada isi ayam dalam peti ais, aku potong dadu kecil-kecil. Letak bawang merah, bawang putih dan halia. Campur sekali serbuk lada hitam. Perasakan dengan garam dah siap. Di bawah ni aku letak juga lah resepi penuh.. yer!

Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung Menyelerakan Walaupun Batuk... 


Bahan-bahan: 

2 cawan beras
12 cawan air 
1 cawan santan
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan isi ayam
Setongkol jagung
Garam secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara:

Bawang merah, bawang putih dan halia di mayang halus. Isi ayam di potong dadu. Beras dibersihkan dan di toskan. Jagung di hiris dari tongkolnya dan dibersihkan. Masukkan beras, jagung, air, bawang merah, bawang putih halia dan ayam ke dalam periuk.

Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung
Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung 
Renihkan sehingga menjadi bubur yang lembut. Jika menggunakan pressure cooker, gunakan fungsi tekanan selama 30 minit. Selepas selesai, masukkan santan dan serbuk lada hitam. Gunakan fungsi stir fry untuk yang menggunakan pressure cooker. Perasakan dengan garam. 

Gaul rata dan renihkan sebentar. Dah siap, bolehlah di hidangkan bersama bawang goreng yang di taburkan di atasnya. Anak-anak kata sedap. Aku je masa tu terkulat-kulat nak makan sebab tak ada selera. Satu periuk tu ingatkan tak habis. Sekali, habis daaa...!

Nak pelbagai resepi dari blog ni.. klik SINI

p/s: Anak-anak suruh buat lagi.. tapi tak ada jagung la pulak... nanti lah yer!


0 comments:

Tips Penjagaan Bulu Kucing Dengan Kuning Telur

1:47:00 PM Noor Akma 3 Comments

Hari ni nak cerita pasal kucing la pulak.  Walaupun sekarang ni aku tak bela kucing tapi dulu aku pernah bela kucing sampai 9 ekor. Baru-baru ni dapat tips cara nak jaga bulu kucing agar sihat, lebat dan tak gugur. Dulu aku ada masalah dengan bulu kucing yang berterabur sekitat rumah. Jadi aku nak kongsi pasal tips ini untuk aku praktikkan nanti. Senang nak cari tips ni nanti.

 Tips Penjagaan Bulu Kucing Dengan Kuning Telur
Tips Penjagaan Bulu Kucing Dengan Kuning Telur
Sekarang tinggal di flat jadi agak menyusahkan kalau membela kucing.  Apabila pindah ke kawasan rumah yang bertanah aku akan bela kucing kembali. Teringat lagi kemeriahan rumah aku apabila aku balik dari mana-mana di sambut dengan kucing-kucing kesayangan yang manja. Bila tengah stress pun boleh hilang apabila melihat keletah kucing yang melucukan.  

Tinggal kenangan memori indah bersama kucing-kucing kesayangan aku tu. Ada kucing yang mati, ada yang hilang entah kemana. Tak boleh buat apa, bila tinggal di rumah flat ni. Nak di kurung 24 jam di dalam rumah, tak sampai hati. Bila di lepaskan, dalam sebulan tu hari-hari balik rumah minta makan. Selepas sebulan, adalah dalam 3 - 4  kali pulang.  Bulan berikutnya  hilang lenyap tak nampak lagi dah. Cuba cari dah tak jumpa dah sehinggalah kini.

Tips Penjagaan Bulu Kucing Dengan Kuning Telur


Dah hampir lupa la pulak nak kongsi tips penjagaan tu, asyik membebel ke lain saja. Iaitu beri makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus. Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing makan. Cuba campurkan pada makanannya. Beri makan masa dia lapar lagi senang.


Ini cara mudah dan jimat untuk  menjaga bulu kucing agar sihat, lebat dan tak gugur. Boleh saja beli ubat dan vitamin untuk penjagaan bulu kucing ini. Tapi cara ini lagi senang dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Hanya dengan bagi kucing makan kuning telur. Mudah kan!

Kucing pun jadi sihat, bulu lebat dan tak adalah bulu-bulu bertaburan sekitar rumah. Apatah lagi sewaktu mendukung dan membelai kucing tidaklah terbersin bila bulu-bulu kucing berterbangan. Kucing pun jadi cantik lebih-lebih lagi kucing yang bulu panjang tu... terurus je bulu dia... huhu!

Nak dapatkan informasi dari blog ni... klik SINI

p/s: Rindu rasanya  nak peluk dan belai kucing macam dulu... :)

#kredit FB bapa kucing

3 comments:

Teknik Dan Ilmu Pemakaian Kain Batik Zaman Dulu

2:16:00 PM Noor Akma 6 Comments

Kain batik sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Ramai yang masih memakai kain batik sebagai pakaian harian sewaktu di rumah walaupun golongan muda dah mula meninggalkan kebiasaan ini. Al maklum tak reti nak pakai dan tak pernah cuba memakainya. Kalau sesekali pakai kain batik pun, main belasah je pakai dan tak kisah tentang kedudukan coraknya... kan!

Teknik Dan Ilmu Pemakaian Kain Batik Zaman Dulu
Teknik Dan Ilmu Pemakaian Kain Batik Zaman Dulu
Kali ni aku nak cerita sikit berkenaan corak pada kain tu. Pasal tentang pemakaian kiri ke kanan dan cara mengikat tu aku rasa ramai yang dah tau cuma tak berani nak pakai sebab takut terlucut. Ya tak? Bak kata omputih... praktis make perfect. kalau rajin memakainya baru kita tau macam mana nak jaga bagi kain tidak terlucut dan cara yang kita selesa ikut longgar dan ketatnya ikatan itu. Tak kisahlah, bukan suka dan minat nak pakai.. kan.. hehe!

Sebenarnya corak pada kain itu dan susunan semuanya ada makna tersendiri tau. Kena tengok betul-betul. Kena hati-hati memakai dan tengok kepala kain dan kaki kain. Ada yang bercorak menaik dan ada yang bentuk pokok seperti pokok menjalar dan macam-macam lagi. Jadi jangan pula terbalik pula pokoknya.  Akar di atas bunga di bawah. Nak lebih selamat, beli yang bercorak abstrak.. hahaha! 

Teknik Dan Ilmu Pemakaian Kain Batik Zaman Dulu


Perkara yang ini baru aku tau... Rupanya zaman dulu ada makna susunan letak selisih kain tu waktu memakainya. Anak dara lain, mak dara berteman pun lain, mak dara tak berteman pun lain juga letak kepala kainnya. Baik-baik  nanti yang anak dara terpakai macam mak dara kan dah terlepas peluang. 

Anak dara kepala kainnya duduk di selisih depan. Mak dara berteman kepala kainnya di bahagian belakang. Mak dara tak berteman kepala kainnya bawa la semula ke selisih depan mana la tahu kot ada yang berkenan. Nampakk?? Bijak tak seni bahasa dulu-dulu tak payah nak risik-risik sangat sudah berpunya ke belum. Tengok kain pun dah tahu statusnya.


Hoho... pengetahuan aku pun tak sampai ke situ. Aku memang hari-hari pakai kain batik bila duduk di rumah. Lepas ni kena tengok sendiri susunan kain yang biasa aku pakai ni. Biasanya aku tak pernah kisah pasal ni tapi yang corak kain, kepala kain dan bunga di kain tu memang aku pastikan tak menonggeng ke bawah.

Sekarang ni ramai golongan muda atau mak-mak muda yang pakai kain batik masa dalam pantang saja. Anak dara sekarang ni lagi lah tak nak pakai kain batik. Nak pakai dengan cara senang saja diorang ni. Orang dulu macam arwah opah aku selamba  pakai jalan-jalan kain batik ni. Tapi bila keluar berjalan, dorang pakai tali pinggang. Ingat lagi tali pinggang besi opah aku tu. 

Nak baca tentang informasi di blog ni... klik SINI

p/s: Aku pakai kain batik kat rumah je... Dengan sedikit pengubahsuaian seperti buat skirt labuh atau seluar baru generasi muda mahu memakainya kot... ! Dah ada dulu tapi fesyen sekejap je dah berubah... hurm!

#kredit FB Farah Ramly

6 comments:

Petua Mengelakkan Pedih Mata Mengupas Dan Menghiris Bawang

12:34:00 PM Noor Akma 8 Comments

Hari ni nak cerita pasal petua pula. Petua ni bagus untuk sesiapa yang tak suka menangis-nangis mengupas bawang. Jadi petua ni dapat mengelakkan pedih mata mengupas dan menghiris bawang. lebih-lebih lagi bila di buat dalam kuantiti yang banyak. Serius, bila guna petua ni pedih mata mengupas dan menghiris bawang tak ada. Boleh buat kerja dengan selesa.

Petua Mengelakkan Pedih Mata Mengupas Dan Menghiris Bawang
Petua Mengelakkan Pedih Mata Mengupas Dan Menghiris Bawang
Anak perempuan aku, perkara yang paling di orang tak suka bila tolong masak, kupas bawang dan hiris bawang. Sensitif  yang amat pada di orang pasal ini. Terus tak jadi nak tolong memasak. Memasak hampir semua masakan Melayu, kalau tak ada bawang... apa ke hal. Nak tak nak kena juga kupas dan hiris bawang. 

Petua Mengelakkan Pedih Mata Mengupas Dan Menghiris Bawang


Haaa... aku nak kongsi petua ini dengan semua orang. Lepas ini, kupas dan hiris bawang sebesen atau seguni sekali pun dah tak pedih mata lagi. Caranya, simpan bawang yang nak kupas dan hiris tu dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam. Selepas tu, keluarkan dan mulakan proses mengupas dan menghiris. 

Insya'allah gas yang memedihkan mata yang membuatkan mata menjadi pedih tak memedihkan mata lagi. Mungkin gas tersebut telah beku dek kesejukan. Untuk yang nak mengupas dan menghiris bawang dengan segera boleh ikut cara ini pula iaitu masukkan bawang ke tempat beku selama lebih kurang 10 minit. Jangan lama nanti beku pula. Selepas tu boleh melakukan proses seperti biasa.

Ada satu lagi petua sampingan iaitu kupas dan hiris bawang di bawah kipas yang sedang berputar. Ini pun boleh menjadikan gas tak dapat memasuki mata tapi orang lain yang tak mengupas dan menghiris bawang yang duduk jauh sikit dari kipas yang terasa pedih. Gas dah beralih ke tempat lain.. hahaha!


Selepas ni, bila saja nak memasak, letak dulu bawang dalam peti sejuk. nanti bila nak di gunakan kerja mengupas dan menghiris bawang akan jadi lebih mudah. Tak ada lagi sebab anak perempuan aku nak mengelak tolong  memasak di dapur. Kalau tidak, ada saja alasan dia tak nak buat kerja itu dan ini. 

Tapi tak boleh simpan lama bawang dalam peti sejuk. Letak sekejap saja sebab nak bagi gas dalam bawang tak berfungsi. Kalau simpan terus bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan bawang bertunas dan kadang-kadang merosakkan rupa dan rasa bawang itu. 

Nak baca beberapa petua lagi di blog ini... lihat SINI

p/s : Bawang yang di maksudkan tu bawang merah yer... :)

8 comments:

Giveaway Blog Bycikrenex

11:51:00 PM Noor Akma 3 Comments

Assalamualaikum...


Klik banner untuk join....

Syarat-syaratnya :

Wajib:
1. Follow Blog Bycikrenex

Tak wajib tapi digalakkan: *hahahaha

7. Buat entri bertajuk "Giveaway Blog Bycikrenex", letak banner di atas di dalam ruangan entri  dan backlink sekali


8. Jangan lupa tinggalkan URL entri anda dalam ruangan komen post ini ye.


Cik Renex mencari TIGA ORANG PEMENANG BERTUAH. Apa hadiahnya??

Cash RM10 + Keychain Nama

Pemenang dipilih melalui http://www.random.org

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017. 

3 comments:

Hadiah Menang GA Kak Long Chan ..... Yeayh!

9:57:00 PM Noor Akma 2 Comments

Hari ini aku nak tunjuk hadiah menang GA Kak Long Chan Merdeka Giveaway hari tu. Waktu terima hadia tu  aku memang tengah tak tertahan demam, batuk dan selsema. Tapi bila dapat hadiah GA Kak Long Chan ni seronok rasanya. Hadiah ni di taja oleh sponsor dari ayuni rafilah dari blog yunfila.com Bagaikan hilang sekejap rasa sakit yang ada. Bukam mudah aku nak dapat hadiah ni. Entri di blog kak long chan tu ... SINI. Yeayhhhh!!

Hadiah Menang GA Kak Long Chan ..... Yeayh!
Hadiah Menang GA Kak Long Chan ..... Yeayh!
Dapat pula beg comel berwarna merah jambu @ pink. Memanglah aku suka sangat-sangat. Bagaikan tahu-tahu saja ini warna kegemaran dan menepati citarasa pada aku yang meminati warna pink. Dah lama sebenarnya aku mengidam nak cari beg lebih kurang macam ni. Bila aku nak pergi jogging takkan nak bawa beg besar aku tu sambil berjogging. Dah ada beg ni boleh padam rancang beli beg kecil dari senarai barang yang nak di beli. 

Hadiah Menang GA Kak Long Chan ..... Yeayh!


Nanti bila jogging, boleh lah aku letak telefon, beg duit dan beberapa barang kecil macam bedak, tisu, minyak angin dalam tu dan bawa sambil berjogging. Lebih praktikal daripada aku bawa beg tangan besar sambil berjogging. Janggal rasanya pula heret beg besar kan.... Ini aku tengah cari masa untuk jogging sebab nak jaga kesihatan aku ni. Dah umur meningkat ni, kesihatan jantung kena jaga dengan banyak bersenam... kata doktor.


Lain kali kalau macam ni mesti kena rajin join GA. Bersemangat  pula rasa sejak dapat hadiah. Baru boleh dapat hadiah lagi, lagi dan lagi. Rasa keseronokan dapat hadiah ni semacam je... Menusuk jiwa, hahaha! Harap-harap ada peluang aku akan dapat hadiah GA lagi. Jom, join GA mana yang ada... dan semoga rajin-rajin lah  para blogger buat GA.. hihi!

Nak baca lagi entri merapu di blog ni... klik SINI yer...

p/s: Kengkadang tu dek kesibukan melampau, tak sempat join GA. Tapi bagusnya bila kering idea nak update blog boleh join GA.... ya tak?

2 comments:

Resepi Bingka Pandan Pressure Cooker

3:07:00 PM Noor Akma 3 Comments

Beberapa hari sebelum Aidiladha, aku buat kuih bingka ni. Teringin nak makan punya pasal. Maka inilah kejadiannya bila buat menggunakan pressure cooker ini. Sama je dengan buat cara biasa dalam oven tu. Resepi kuih bingka ni aku ambil dari resepi biasa dan aku buat versi  pressure cooker. Menjadi dan dapatlah aku melepaskan rasa kempunan yang ada .... hehehe!

Resepi Bingka Pandan Pressure Cooker
Resepi Bingka Pandan Pressure Cooker 

Mak kat kampung biasa buat menggunakan acuan yang ada bulat di tengah tu dan letak terus atas api dapur gas yang paling kecil. Tapi aku pun tak tahu kat mana nak dapatkan acuan macam tu. Biasanya aku buat kuih bingka dalam oven saja. Inilah pertama kali aku buat guna periuk tekanan @ pressure cooker ni. 

Aku malas nak keluarkan oven pun sebenarnya. Dah lama oven terperuk kat ceruk bilik. Lagi pun, periuk tekanan atau pressure cooker kan tengah hot dan viral sekarang ini. Akhirnya menjadilah kuih bingka dengan segala kejadiannya. Aku buat manis-manis buah saja. Itu sebab elok buat sendiri. Boleh tentukan kemanisan yang di kehendaki.

Resepi Bingka Pandan Pressure Cooker 


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (1 kotak santan kecil campur air)
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 cawan air pandan 
2 sudu besar mentega/marjerin
1/2 sudu teh garam
Bijan untuk tabur

Resepi Bingka Pandan Pressure Cooker
Resepi Bingka Pandan Pressure Cooker 

Cara :

Campurkan kesemua bahan dan blend kesemuanya kecuali bijan. Tapiskan adunan untuk mengelakkan adunan berketul-ketul. Lengser kawasan dalaman pressure cooker dengan minyak dan tuang adunan yang telah di tapis. Tabur bijan di atas adunan. 

Setkan pressure cooker dan letakkan ke fungsi membakar atau bake. Ada pressure cooker letak fungsi manual atau steam. Mana-mana pun boleh. Setkan waktu membakar selama dalam 30 - 35  minit. Kalau bahagian bawah tak cukup garing, ulangi prosess membakar 5 -10 minit lagi. Dah siap, sejukkan dulu baru dipotong. 

** Aku buat ni tak letak air pandan hanya pewarna hijau campur esen pandan. Jadi air esen pandan secawan dan setitik dua pewarna hijau je lah jadinya... hihi!


Apapun, siap jugalah juadah bingka pandan pada hari tu untuk di buat juadah minum petang. Orang kampung aku panggil kuih bingka tu kuih bengkang. Entah macammana lah dapat nama tu. Aku pun tak faham. Uhhh... nasib baik kuihnya sedap. 

Nak lihat resepi yang ada di blog ni.. klik SINI

p/s: Lepas ni bolehlah buat kuih bingka pelbagai versi lagi macam bingka jagung, bingka susu, bingka ubi, bingka labu dan  macam-macam lagi... ya tak?

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...