Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung Menyelerakan Walaupun Batuk...

2:46:00 PM Noor Akma 0 Comments

Beberapa minggu lepas aku batuk teruk sehingga aku kebahagian kecemasan Hospital Shah Alam. Batuk tu menyebabkan aku sakit dada jadi para doktor nak kepastian takut aku ni kena serangan jantung. Alhamdulillah tak apa-apa, cuma sakit dada tu di sebabkan batuk yang berterusan. Akibat dari batuk tu, aku kehilangan  selera makan. Jadi, beberapa hari makan bubur nasi saja. Ada satu hari aku tergerak hati buat bubur nasi yang special sikit iaitu bubur nasi campur ayam dan jagung.

Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung
Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung 
Aku nak kongsi sikit kisah aku buat bubur nasi yang lebih special  dari biasa ni. Nak buat dengan cepat, sudah semestinya aku guna pressure cooker philips  yang ada ni. Jadi memasaknya akan lebih mudah dan santai saja. Bubur ni aku letak santan sikit bagi rasa lebih lemak dan sudah tentunya menyelerakan. Tapi untuk yang sihat bolehlah yang sakit tak rasa apa-apa... hurm!

Kebetulan santan tu aku dapat dari setengah cawan kelapa parut beku dalam peti sejuk. Lebihan kelapa parut sewaktu memasak tu aku simpan untuk pelbagai kegunaan. Letak dalam blender, campur dengan secawan air panas. Tunggu sejuk sikit dan blender halus. Lepas tu tapis kelapa tu dan ambil air santannya saja. 


Tambah setongkol jagung yang kebetulan ada terperuk dalam peti sejuk lebihan buat jagung rebus minggu sebelummya. Ada isi ayam dalam peti ais, aku potong dadu kecil-kecil. Letak bawang merah, bawang putih dan halia. Campur sekali serbuk lada hitam. Perasakan dengan garam dah siap. Di bawah ni aku letak juga lah resepi penuh.. yer!

Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung Menyelerakan Walaupun Batuk... 


Bahan-bahan: 

2 cawan beras
12 cawan air 
1 cawan santan
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan isi ayam
Setongkol jagung
Garam secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara:

Bawang merah, bawang putih dan halia di mayang halus. Isi ayam di potong dadu. Beras dibersihkan dan di toskan. Jagung di hiris dari tongkolnya dan dibersihkan. Masukkan beras, jagung, air, bawang merah, bawang putih halia dan ayam ke dalam periuk.

Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung
Bubur Nasi Campur Ayam Dan Jagung 
Renihkan sehingga menjadi bubur yang lembut. Jika menggunakan pressure cooker, gunakan fungsi tekanan selama 30 minit. Selepas selesai, masukkan santan dan serbuk lada hitam. Gunakan fungsi stir fry untuk yang menggunakan pressure cooker. Perasakan dengan garam. 

Gaul rata dan renihkan sebentar. Dah siap, bolehlah di hidangkan bersama bawang goreng yang di taburkan di atasnya. Anak-anak kata sedap. Aku je masa tu terkulat-kulat nak makan sebab tak ada selera. Satu periuk tu ingatkan tak habis. Sekali, habis daaa...!

Nak pelbagai resepi dari blog ni.. klik SINI

p/s: Anak-anak suruh buat lagi.. tapi tak ada jagung la pulak... nanti lah yer!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...