Ketahui Istilah Rempah 3 Beradik Dan 4 Beradik Dalam Masakan

2:19:00 PM Noor Akma 3 Comments

Kelmarin dalam group whatssap timbul cerita pasal rempah-rempah masakan ini. Termasuk juga pasal cerita rempah 3 beradik dan 4 beradik ni. Ada juga yang belum tahu rupanya ada istilah macam ni. Kadang-kadang ada resepi yang menggunakan istilah ini pada rempah yang di gunakan. Kalau tak tau, pening juga memikirkan apa ke bendanya  3 beradik dan 4 beradik tu... hehe!

Ketahui Istilah Rempah 3 Beradik Dan 4 Beradik Dalam Masakan
Ketahui Istilah Rempah 3 Beradik Dan 4 Beradik Dalam Masakan

Rempah 3 beradik dan 4 beradik ni di panggil begitu sebab sentiasa bersama di dalam banyak jenis masakan yang menggunakan bahan rempah. Aku selalu guna 4 beradik ni dalam masakan sup, kari, rendang, kurma, kerutup, masak kicap dan banyak masakan lagi. Kadang-kadang masukkan hanya 3 beradik saja, ikut kesesuaian masakan juga lah.


Biasanya rempah 4 beradik dan 3 beradik ni di tumis bersama bahan tumbuk atau bahan hiris. Oh yer... lupa pulak nak beritahu rempah 3 beradik tu adalah kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih dan adik beradik mereka yang ke 4 tu adalah buah pelaga yang macam biji limau tu. Ingat orang je ada adik beradik, rempah pun rupanya ada adik beradik juga... hahaha!

Ketahui Istilah Rempah 3 Beradik Dan 4 Beradik Dalam Masakan


Banyak terjumpa dalam buku masakan, tertulis rempah 4 beradik atau 3 beradik sahaja. Pada yang tak tau, pening kepala memikirkannya. Untuk yang tak tau, sila ambil tau. Nanti terkial-kial nak memasak bila tak tau  rempah ratus yang nak di gunakan. Nasib baik aku dah tau sejak dulu dan kalau aku tulis resepi mesti tulis terus nama rempah tu sekali. 

Tapi ada juga yang tak suka dengan rempah ni. Kalau tergigit, hilang selera nak makan dek rasanya yang pelik. Apa pun, kalau tak ada rempah-rempah ni, kurang rasalah masakan sebab rempah-rempah inilah yang memberi rasa sedap dan wangi pada makanan. Jadi, pada yang tak suka, tak nak tergigit dan terkunyah selepas masakan siap, keluaarkan je lah 3 beradik atau 4 beradik tu sebelum menghidang ... Senang cerita!

Ada juga yang menggunakan istilah 3 sekawan dan 4 sekawan pada rempah-rempah ni... Dan ini benda yang sama jugalah. Nak tengok lebih informasi di blog ni... boleh klik SINI

p/s : Ada satu lagi istilah rempah iaitu rempah 3 serangkai iaitu jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar. Ini pun penting juga dalam masakan... Pening... huhu!

3 comments:

Unni Anje said...

kalau kat sini 6 sekawan...

mamapp said...

Ha ah selalu org ckp tempah 4 badik org faham kan

yg 3 serangkai tu aida biasa guna utk sup tulang. tumis darat.
and 4 sekawan tu aida mudah beli pek kecik kat family store.
tiap kali gi memang akan beli 1 pek. kalau teringat :)
sekali masak, 1 pek.
dulu kala beli 1 tu 1 pek. ya Allah. bertahun tuh nak menghabiskan nyer ha ha ha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...