Kisah Batuk Dan Seterusnya....

10:17:00 PM Noor Akma 4 Comments

Kelmarin, akibat batuk yang berterusan sampai sakit dada menahannya aku akhirnya pergi ke klinik kesihatan yang biasa aku jengah iaitu Klinik Kesihatan Seksyen 7. Tak terfikir dari batuk teruk aku ni, boleh kena suspek sakit jantung. Aku betul-betul ingat nak dapatkan sedut gas, ubat batuk dan antibiotik saja.

Kisah Batuk Dan Seterusnya....
Kisah Batuk Dan Seterusnya.... 

Kebetulan hari kelmarin juga aku ada kena ambil ubat yang setiap bulan tu. Jadi pergi sekali untuk dapatkan rawatan. Tapi lain pula jadinya. Aku kena buat ujian ECG dan selepas  tu kena pergi bahagian kecemasan Hospital Shah Alam. Dah la aku sensorang je kat sana. En. suami hantar saja aku ke sana sebab dia ada hal lain.

Nasib baik hospital tu kat sebelah je. Boleh juga aku  jalan kaki. Sebenarnya doktor dah tanya aku sebelumnya, kalau tak boleh pergi sendiri, klinik akan hantar naik ambulan. Cepat-cepat aku jawab tak nak dan boleh pergi sendiri. Aku tak rasa sakit mana pun cuma batuk dan sakit dada tu je yang menganggu.

Kisah Batuk Dan Seterusnya.... 


Ouhhh.... sampai bahagian kecemasan.. aku kena lagi ujian ECG, X-ray dan ambil darah. Masa ambil darah tu dapat pula jururawat yang tengah praktikal. Apalagi tangan aku jadi bahan di orang belajar cucuk jarum la. Dah 2 kali tak menjadi baru di orang panggil jururawat bertugas. Redho ajelah, budak baru belajar macam gitulah... Masa tu tak tau nak marah ke tidak... hurm!

Setelah selesai bahagian ujian itu ini, waktu menunggu tu yang paling membosankan sangat pada aku. Ada dalam 3 jam aku menunggu sambil baring-baring tu kat katil wad kecemasan tu. Memang sangat tak selesa dengan keributan yang kedengaran sekeliling aku, walau aku mengantuk sangat sebab kurang tidur dek batuk ni. Dengan langsir yang mengelilingi aku tu pun , aku tak dapat tidur memejamkan mata walau sekejap.


Akhirnya bila keputusan dah keluar dan doktor beritahu aku yang aku tak apa-apa dan sakit dada yang aku alami ni bukan serangan jantung dan boleh balik rasa lega sangat. Apa lagi macam lipas kudung aku kemas barang aku. Masa tu en suami dah ada dengan aku. Selepas tunggu surat keluar dan surat ambil ubat dan beberapa urusan lagi... baliklah! Lega sangat-sangat!

Tapi lepas ni aku kena buat temujanji ujian jantung kat hospital dan beberapa hari ni kena hantar spesimen kahak aku untuk ujian TB kat Klinik Kesihatan Seksyen 7. Hish! takkan ada TB pulak. Tapi ikutkan saja lah. Tak nak ada soal jawab dan nak diri sendiri sentiasa sihat jugalah. Faktor penting adalah untuk menjauhkan diri dari sakit yang tiba-tiba dan biar semuanya berjalan dengan baik. 

p/s: Terasa kurang sakit dan batuk selepas makan antibiotik tapi masih rasa tak sihat dan batuk masih berbaki. Harap aku akan sembuh seperti sediakala nanti.. Doakan yer!

4 comments:

Aefa said...

Semoga cepat sembuh ye.. sy selalu kena cocok ni smpi lebam jugak tangan. hihi

Ibu Zaid said...

Ibu doakan supaya akma cepat sembuh

Mungkin akma banyak pergi tempat yang ramai orang

Sekarang ni warga asing datang malaysia ramai yang tak ada ambil program vaksin

cuba bayangkan mereka kerja di bahagian makanan

Kena hati hati juga

Mummydearie said...

Salam singgah!

Semoga cepat sembuh ya. Tak sangka pulak sekadar batuk-batuk aje boleh sampai suspect sakit jantung. Takut pulak mendengarnya. Saya ni jenis yang batuk memang tak boleh baik sehari, dua. Mahu makan dua, tiga minggu barulah elok walaupun dah berliter makan ubat batuk katanya.

dah ok ke now?
aida cukup ngelak utk batuk selsema.
hadoi lah! tak tahan :(
ni pon hah da start sakit tekak skit-skit.
do togok air suam bebyk. moga tak le batuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...