Menang Hadiah Cabutan Bertuah Katanya, Ada Aku Kesah Heh!

1:44:00 PM Noor Akma 4 Comments

Tetiba satu hari sebelum raya haji hari tu aku dapat whatssap mengatakan menang hadiah cabutan bertuah. Entah kenapa aku tak teruja langsung. Nampak sangat penipunya sang penipu ni. Eh.. korang, tipuan macam ni dah ramai orang tau. Eleh.. menang hadiah cabutan bertuah konon. Cik tipah pun takkan tertipu, apatah lagi aku... keh, keh, keh!

Menang Hadiah Cabutan Bertuah Katanya,  Ada Aku Kesah Heh!
Menang Hadiah Cabutan Bertuah Katanya,  Ada Aku Kesah Heh!

Biasanya aku dapat menang hadiah macam ni melalui mesej di telefon dan emel tapi diorang sekarang ni dah buat melalui whatssap pula. Dah maju selangkah lagi lah yer. Kalau ada yang boleh tertipu dengan mesej haprak macam ni, memanglah orang tu tak mengikuti perkembangan media sosial lah tu. Tak semudah itu kita nak dapat rezeki terpijak. Mesti di siasat perkara macam ni dan di sebaliknya


Dah terang lagi bersuluh, tak perlu lagi pakai lampu picit. Terus pakai lampu kalimantang jer. Zaman sekarang, semua akses di hujung jari. Kalau menang sesuatu dengan sesebuah syarikat tu mudah saja dapat di ketahui. Boleh tengok di FB dan website syarikat tu. Lagi pun apasal syarikat tu nak bagi hadiah tetiba je.  Jadi kita  semua kena berjaga-jaga dan mesti ada kesedaran sendiri agar tak mudah tertipu...!

Menang Hadiah Cabutan Bertuah Katanya,  Ada Aku Kesah Heh!


Bahagian yang paling menanpakkan penipuannya tu suruh tebus hadiah kat mesin ATM. Apa hal nak ke mesin ATM pula. Kalau nak bagi hadiah, minta no. akaun penerima hadiah dan pindah kan ajelah wang hadiah tu ke akaunnya. Akses hanya di hujung jari sahaja. Ini mesti ada muslihat tertentu ni. Apa kena mengena dengan no. pin pula. Sesuatu sangat...!!!

So, ada aku kesah dengan hadiah cabutan bertuah ni... Buat aku menyampah dan meluat ada. Macam-macam cara penipu, penyangak dan perompak nak mengambil duit kita. Ini adalah antara cara yang di gunakan. Jadi kita kena berhati-hati dan sentiasa peka dengan segala macam perkara yang berlaku di sekeliling kita tau..

Nak baca segala tips dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Dah banyak kali dapat mesej macam ni dan ini pertama kali melalui whatssap.. huh!!

4 comments:

Dila said...

bahaya sungguh mereka nih, silap haribulan, duit lesap !!!

Mazni Azmi said...

Assalamualaikum Wrmbth

Selamat hari selasa. Hati hati sekarang ni penipu dah makin pandai

Depan Allah nanti merasalah

Uyul Rosli said...

kahkahkah.. selalu tau dapat mcm tuh. chait scammer betul.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

mamapp said...

Byk betul Akim penipuan mcm ni mmg kena hati2 zaman sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...