Tips Penjagaan Bulu Kucing Dengan Kuning Telur

1:47:00 PM Noor Akma 3 Comments

Hari ni nak cerita pasal kucing la pulak.  Walaupun sekarang ni aku tak bela kucing tapi dulu aku pernah bela kucing sampai 9 ekor. Baru-baru ni dapat tips cara nak jaga bulu kucing agar sihat, lebat dan tak gugur. Dulu aku ada masalah dengan bulu kucing yang berterabur sekitat rumah. Jadi aku nak kongsi pasal tips ini untuk aku praktikkan nanti. Senang nak cari tips ni nanti.

 Tips Penjagaan Bulu Kucing Dengan Kuning Telur
Tips Penjagaan Bulu Kucing Dengan Kuning Telur
Sekarang tinggal di flat jadi agak menyusahkan kalau membela kucing.  Apabila pindah ke kawasan rumah yang bertanah aku akan bela kucing kembali. Teringat lagi kemeriahan rumah aku apabila aku balik dari mana-mana di sambut dengan kucing-kucing kesayangan yang manja. Bila tengah stress pun boleh hilang apabila melihat keletah kucing yang melucukan.  

Tinggal kenangan memori indah bersama kucing-kucing kesayangan aku tu. Ada kucing yang mati, ada yang hilang entah kemana. Tak boleh buat apa, bila tinggal di rumah flat ni. Nak di kurung 24 jam di dalam rumah, tak sampai hati. Bila di lepaskan, dalam sebulan tu hari-hari balik rumah minta makan. Selepas sebulan, adalah dalam 3 - 4  kali pulang.  Bulan berikutnya  hilang lenyap tak nampak lagi dah. Cuba cari dah tak jumpa dah sehinggalah kini.

Tips Penjagaan Bulu Kucing Dengan Kuning Telur


Dah hampir lupa la pulak nak kongsi tips penjagaan tu, asyik membebel ke lain saja. Iaitu beri makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus. Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing makan. Cuba campurkan pada makanannya. Beri makan masa dia lapar lagi senang.


Ini cara mudah dan jimat untuk  menjaga bulu kucing agar sihat, lebat dan tak gugur. Boleh saja beli ubat dan vitamin untuk penjagaan bulu kucing ini. Tapi cara ini lagi senang dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Hanya dengan bagi kucing makan kuning telur. Mudah kan!

Kucing pun jadi sihat, bulu lebat dan tak adalah bulu-bulu bertaburan sekitar rumah. Apatah lagi sewaktu mendukung dan membelai kucing tidaklah terbersin bila bulu-bulu kucing berterbangan. Kucing pun jadi cantik lebih-lebih lagi kucing yang bulu panjang tu... terurus je bulu dia... huhu!

Nak dapatkan informasi dari blog ni... klik SINI

p/s: Rindu rasanya  nak peluk dan belai kucing macam dulu... :)

#kredit FB bapa kucing

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...