Tips Untuk Mengelakkan Dehidrasi Ketika Cuaca Panas

10:12:00 PM Noor Akma 1 Comments

Sekarang ni cuaca terasa sangat panas. Bagi aku yang tak tahan panas, mulah berpeluh-peluh sentiasa dan tubuh aku pula alergi dengan peluh sendiri. Mulalah tumbuh ruam-ruam panas di tubuh aku. Lebih-lebih lagi apabila tubuh aku terhidrat dan kulit akupun menjadi kering.  Jadi untuk mengelakkan dehidrasi ini, kenalah aku bersedia dengan air minuman yang mencukupi untuk menyejukkan badan. Di sini aku kongsi tips untuk mengelakkan dehidrasi dari pembacaan di internet. 

Tips Untuk Mengelakkan Dehidrasi  Ketika Cuaca Panas
Tips Untuk Mengelakkan Dehidrasi  Ketika Cuaca Panas

Cuaca panas membahang sekarang ini, menurut yang aku baca adalah disebabkan kesan tempias Taufan Lan yang menggegarkan timur Filipina pada munggu lepas. Memang panas sampai ke malam cuaca ini. Walaupun sesekali ada turun hujan tapi tak dapat benar-benar menyejukkan cuaca yang ada ini. Sabar je lah. 

Ini antara tips untuk mengelakkan dehidrasi :

- Minum dengan lebih kerap. Walaupun tidak berasa begitu dahaga. Jangan tunggu berasa haus baru nak minum.

- Lebih banyak minum air putih. Elakkan banyak mengambil minuman bergula yang mengandungi kalori yang mana meningkatkan tahap glukosa dalam darah dan sekaligus menambahkan berat badan.

- Bawa botol air kemana sahaja. Memudahkan mengisi air pada bila-bila masa. Walaupun tiada sebarang rancangan untuk melakukan aktiviti luar, membawa sebotol air di tangan dapat memastikan diri sentiasa minum sebelum berasa dahaga.

- Tambah perisa dalam minuman. Jika tak berupaya untuk minum air putih begitu saja, boleh di masukkan sedikit perisa semulajadi seperti potongan lemon, strawberi atau mungkin sedikit potongan timun segar. Ia adalah salah satu cara menambah rasa dalam minuman anda tanpa perlu meningkatkan kalori.


-  Elak minuman berkafien. Ini kerana ia bertindak sebagai diuretik yang mana membuatkan akan kehilangan lebih banyak air dalam badan.

- Minum minuman yang menyejukkan sekali sekala. mengambil minuman sejuk  bukan hanya membantu tubuh untuk kekal sejuk, ia juga mampu memastikan tubuh akan kekal hidrat.

- Ambil makanan yang tinggi kandungan mineral. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan mineral dapat membantu untuk mengelakkan hidrasi seperti tembikai, oren, air kelapa, timun dan bayam.

Inilah antara perkara yang perlu di lakukan untuk mengelakkan tubuh badan dehidrasi. Kalau tidak, dahlah berpeluh dan gatal-gatal ruam satu badan, tambah pula dengan pening dan loya. Jadi kena sentiasa beringat minum air dengan banyak. 

Nak dapatkan pelbagai tips dan informasi.... klik SINI

p/s: Apatah lagi aku nak elak dari sakit tekak, batuk dan demam teruk. Sabar banyak2 dan teruskan ikuti tips ini.. huhu!

#kredit SINI

1 comments:

Peluang Memenangi RM150 Ribu Yang Tak Releven....

9:45:00 PM Noor Akma 3 Comments

Minggu lepas dapat surat dari satu syarikat ni mengatakan aku berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150 ribu ringgit sekiranya mengikuti beberapa langkah yang di berikan. Langkah dan syarat-syarat untuk mendapatkan RM150 ribu itu  adalah aku di kehendaki membeli beberapa barangan dari syarikat itu dengan suatu nilai yang diberikan. Cehhhh,  nak mengenalah ni, tak relevan langsung!

Peluang Memenangi RM150 Ribu Yang Tak Releven....
Peluang Memenangi RM150 Ribu Yang Tak Releven.... 
Barangan yang di tunjukkan dalam katalog di beri tu mahal sekali ganda dari harga di luar. Tak ada satu pun barangan dalam katalog tu menarik minat aku. Juga bukan barang keperluan yang aku inginkan. Jadi, macam mana aku nak berminat masuk peraduan ni. Dah la nak kena beli barang-barang yang mahal dari biasa. Tak ada kualiti pula tu...

Dah tertulis di situ, berpeluang dan bukannya pasti lagi boleh dapat... kan! Untuk aku yang setiap sen pendapatan yang dapat tidak  ada lebihan selepas di belanjakan untuk keluarga dan kehidupan.  Jadi kalau aku membazirkan duit dengan perkara yang tak tentu pasal, boleh lari bajet dan silap hari bulan kena berpuasa pula sementara menanti mendapatkan rezeki baru.

Peluang Memenangi RM150 Ribu Yang Tak Releven.... 


Siapa yang tak nak duit puluhan ribu, apatah lagi ratusan ribu tapi betul ke mudah sangat nak dapat rezeki terpijak macam tu. Aku dapat merasakan ini adalah taktik syarikat ini untuk memanipulasi orang ramai demi mendapatkan wang dengan cara memancing menyertai peraduan yang kononnya boleh dapat hadiah durian runtuh. 


Untung atas angin je syarikat ini. Memanglah tak nampak macam penipuan tapi mesti besar harapan setiap pembeli barangan syarikat ini untuk menang hadiah. Terpaksalah beli barangan yang entah apa-apa tu dengan harga tinggi. Itu yang aku tak mau, dapat barangan murah yang tak ada kualiti, entah boleh di gunakan ke tak..... !

Aku tak rasa teruja dan berminat dengan peluang ini. Tak rasa aku ni orang yang bertuah untuk memenangi duit sebanyak tu. Pastinya syarikat ini untung besar apabila ramai yang menyertai peraduan ini dan membeli barangan . Dia boleh saja tak bagi hadiah cabutan ini pada sesiapapun. Syarikat dia, ikut suka dialah... kan!

Biarlah aku jadi diri sendiri... Cari dan usaha mencari rezeki dengan bersusah payah akan menjadikan aku lebih menghargai setiap sen rezeki yang ada. Walau pun hidup aku tak sesenang kehidupan orang yang serba ada dan berharta tapi alhamdulillah rezeki sentiasa datang  dan mencukupi. 

Jadi tak perlu aku nak berharap lebih dari biasa iaitu begitu luarbiasa sehingga boleh mendapat duit terpijak dan runtuh seperti dalam surat yang aku dapat dari syarikat ini. Kalau ada orang lain berminat, biarkanlah. "Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya"... heh!

Nak baca lagi cerita dan catatan dari blog ini... klik SINI

p/s : Surat dari syarikat ni dah sampai kali kedua kelmarin... Tak jemu memujuk dan nak mengenakan aku lah tu... Esok lusa mesti sampai lagi besar punya godaan memujuk tapi buatlah apapun, takkan  ada bajet nak aku bazirkan...

3 comments:

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

11:55:00 PM Noor Akma 10 Comments

Assalamualaikum...

Klik banner pada sesiapa yang nak join...

Nak join, follow syarat berikut;

1. Follow fb saya. Klik button dibawah ni,
  
2. Follow blog AkuSeorangTraveler

3. Like page @kedaiom

4. Buat entry dalam blog korang, bertajuk "Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler"

5. Copy banner dan link kan sekali post ini di blog korang.

6. Repost entri ini dan tinggalkan url post anda di ruangan komen kat bawah ni.


Hadiah-hadiah nya!

3x Pemenang, Topup RM10 setiap sorang
2x Pemenang, Topup RM5 setiap sorang
2x Pemenang, sebuah buku terpilih setiap sorang
2x Pemenang, **Tunggu 2 tambahan lagi hadiah!

Tarikh tutup: 20 November 2017

Good luck semua!


10 comments:

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

3:33:00 PM Noor Akma 5 Comments

Kali ni nak kongsi salah satu resepi kegemaran aku dan keluarga. Resepi itu adalah ikan cencaru sumbat kelapa. Boleh juga buat pakai ikan yang lain tapi ikan cencaru sumbat kelapa inilah yang paling kena dengan resepi ini. Dah jemu buat ikan goreng biasa dan buat masak gulai ikan, boleh tukar selera buat macam ini pula. 

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Masak ikan cencaru macam ni, boleh di bakar dalam oven, di bakar dalam kuali, bakar dengan arang, bakar dalam pressure cooker pun boleh. Ada tu juga yang buat dengan sumbat kelapa dalam perut ikan tu dan ikat badan ikan tu dengan benang bagi kelapa tak terkeluar, goreng dalam kuali. Boleh jugak tapi minyak jadi hitam di buatnya.

Kalau bakar dalam oven, tak perlu balut ikan tu, hanya susun dalam bekas berlapik aluminium foil. Kalau bakar dengan arang pula akan nampak dan terasa garingnya. Membakar dengan cara membalut taklah terasa garingnya tapi rasanya tetap sama. Tak ada perbezaan langsung cuma cara masaknya berbeza.


Wangi bau serai, daun kunyit dan kelapa bila bercampur dengan perencah dan ikan bila di buka aluluminium foil apabila dah masak. Kalau bakar dalam oven dan atas kuali dalam 30 minit selepas di balik-balikkan boleh masaklah. Tapi kalau dalam pressure cooker, 15 minit dah masak. Di sini aku kongsikan resepi yang biasa aku buat.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa


Bahan2 :

5 ekor ikan cencaru
1/2 biji kelapa parut
4 biji cili api
1 biji cili merah
2 batang serai
1 cm isi kunyit
2 biji bawang merah
1 sk pes asam jawa
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Aluminium foil secukupnya

Cara2 :

Ikan cencaru dibelah belakang daan dibersihkan. Jgn buang kulit kerasnya. Cili api, cili merah, serai, isi kunyit dan bawang merah ditumbuk lumat. Selepas tu, tumbuk kelapa parut dengan bahan2 tadi. Tak  perlulah sampai lumat. 

Cukup hanya bergaul sebati.Tambahkan bahan ini dengan pes asam jawa, garam dan gula. Gaulkan sekali dengan 1 helai daun kunyit yg dihirs halus. Gaul sebati. Sediakan aluminium foil dan Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. 

Selepas tu masukkkan dan sumbatkan bahan kelapa parut kedalam perut ikan yg berbelah dibelakang. Buat sampai habis dan susun atas alumonium foil. Balut ikan yang dah berisi kelapa itu dengan aluminum foil seperti membalut lepat pisang atau membungkus nasi lemak. 

Bakar atas kuali yang di kecilkan apinya. balik-balikkan sentiasa iaitu dalam 5 minit sekali. Ikut kesesuaian. Selepas 30 minit, Bolehlah di buka bungkusan dan tengok samaada dah masak ke belum. Utk pastikan ikan masak tengok matanya kalau dah terjojol atau daging ikan lembut bila ditarik menandakan ikan dah masak.

Untuk yang menggunakan pressure cooker, masa menmasak hanya 15 minit. Setkan fungsi manual dan pressure. Dalam 15  minit dah masak. Untuk memastikan dah masak, kena buka bungkusan. Biasanya mesti dah masak.

Ikan cencaru sumbat kelapa ini boleh di makan dengan nasi begitu saja atau pun di buat cicah sambal kicap. Iaitu bawang hiris, cili api potong, asam jawa atau cuka dan kicap digaul rata. Itu saja bahan-bahan resepi sambal kicap yang mudah.

Nak tengok lagi pelbagai resepi dalam blog ini.... klik SINI

p/s : Terasa-rasa kesedapannya gittew... heheh!

5 comments:

Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook, Apabila Kita Sudah Tiada...

9:28:00 PM Noor Akma 0 Comments

Zaman sekarang ni hampir semua orang ada akaun facebook. Kalau tak ada akaun facebook macam tak ikut perkembangan semasa la pulak. Secara tak langsung sebagai pengguna facebook memudahkan mengetahui perkembangan semasa dan berinteraksi bersama kawan-kawan dan saudara-mara. 

Apa Akan Jadi Pada  Akaun Facebook, Apabila Kita Sudah Tiada...
Apa Akan Jadi Pada  Akaun Facebook, Apabila Kita Sudah Tiada...

Apatah lagi dengan adanya akaun media sosial ini menjadikan hidup lebih mudah. Laman sosial ini juga bukan saja digunakan sebagai medium komunikasi bersama teman rapat, bahkan ia juga menghubungkan pelbagai perkara berkaitan dunia di persekitaran kita. Berita dan informasi semasa boleh di dapati melalui facebook.

Pernah tak terfikir apa akan jadi pada akaun facebook apabila kita sudah tiada nanti? Sememangnya ia menjadi persoalan yang bagaikan tak terjawab. Mungkin kita boleh bagi password siap-siap pada saudara terdekat. Seterusnya meminta dia menguruskannya apabila kita sudah tiada. 

Apa Akan Jadi Pada  Akaun Facebook, Apabila Kita Sudah Tiada...


Sebenarnya kita boleh mewasiatkan akaun facebook ini. Facebook menamakan sokongan untuk mewasiatkan akaun ini sebagai Legacy Contact, di mana penama yang anda namakan ini boleh pin kan sesuatu perkongsian pada susur masa profil anda, kemas kini gambar profil dan berinteraksi dengan friend request yang baru.

Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh membuat sebarang posting update atau membaca mesej anda. Untuk mewasiatkan kepada orang lain, caranya anda hanya perlu membuka aplikasi mudah alih, pergi ke halaman settings dan kemudian, pilih Security > Legacy Contact.

Seterusnya, anda boleh memulakan proses memilih penama wasiat dan menjadikan mereka sebagai waris untuk menguruskan akaun anda setelah meninggal dunia. Selain itu, pihak Facebook juga memberikan pilihan buat anda untuk memadamkan akaun tersebut setelah sudah tiada. 


Pewaris perlu memberitahu pihak Facebook berkenaan dengan kematian anda, dan Facebook akan membuang profil anda daripada laman sosial tersebut. Selain daripada menggunakan handphone, anda juga boleh mengakses page Legacy Contact pada desktop.

Jadi, apa tunggu lagi. Aktifkanlah page legacy Contact tu  mewariskan akaun facebook kesayangan  ini. Kalau tidak pun untuk memadamkan akaun facebook bila dah tiada nanti. Bukan apa, tidak mahu dikenang-kenang orang yang dah tak ada, so baik kita padam saja profil tu kan?

Nak baca informasi di blog ini?? Klik SINI

p/s :  Tiada kehidupan yang kekal abadi, sampai masanya pasti akan pergi... Yang tinggal hanya kenangan... hurm!

#kredit amanz.my

0 comments:

Gerai Gelas Besar, Makanan Sedap, Harga Menakjubkan....

10:17:00 PM Noor Akma 1 Comments

Sempena Konvokesyen anak ari tu, tergerak hati nak belanja anak-anak makan. So, aku memilih kedai makan yang tak jauh dari rumah iaitu Gerai Gelas Besar di Seksyen 24, Shah Alam. Dah lama tau kewujudan gerai gelas besar ni  ni tapi seringkali tak berkesempatan makan di situ. Al maklum aku jarang sekali makan-makan di kedai. 

Gerai Gelas Besar, Makanan Sedap, Harga Menakjubkan....
Gerai Gelas Besar, Makanan Sedap, Harga Menakjubkan....

Ini di sebabkan dah nak meraikan anak gadis yang konvo ni, nak buatlah sesuatu yang luarbiasa bersama keluarga sikit. Sesekali makan-makan di luar, barulah meriah. Nak makan di luar, beg duit kenalah tebal. Bukan apa, takutnya terlebih bajet nanti. Tapi kat sini tak perlu risau. Harga makanannya membuatkan aku terbeliak di buatnya. Murah dari biasa...!

Gerai Gelas Besar, Makanan Sedap, Harga Menakjubkan....


Disebabkan seharian tak menjamah nasi, aku order nasi goreng lamb chop. Anak-anak ada yang order grilled lamb chop, nasi goreng chicken chop, spaghetti chicken chop dan spaghetti napolitano. Air pula 2 gelas besar air buah iaitu tembikai dan epal dan 2 gelas sirap limau. Sky juce @ air kosong kat sini percuma kalau tak cukup minuman tu.

Tak sabar nak menjamu selera sebab terasa bagai nak kebuluran waktu konvo sebelum tu. Ambil gambar pun tak sempat nak posing makanan tu elok-elok dah. Gambar tengah makan pun tak berapa nak bersedia... Muka kepenatan yang amat. Nasib baik makanan di sini memenuhi selera dan sedap di tekak kami semua. Aku dengan rela hati bagi 5 bintang.


Masakan western ni yang paling penting sosnya lah. Sos barbequenya sedap dan nasi goreng pun memenuhi citarasa juga. Kandungan makanan pun banyak dan sangat mengenyangkan. Kalau di kira, tak padan dengan harganya yang murah tu. Anak-anak  pun sangat memuji dan mengatakan makanannya  sedap. 

Dengan semua makanan dan minuman yang aku makan di sini... bayarannya cuma RM40 je. Aku bagi RM70 pada anak bujang aku tu suruh dia pergi kaunter buat bayaran. Eh.. terkejut dan di luar jangkaan bagi aku. Jauh tersasar pengiraan aku sebab merasakan mestilah mahal. Huiyyo... !

Jadi pada sesiapa yang mencari makanan sedap dan setanding dengan hotel 5 bintang bolehlah memilih tempat ni. Untuk yang tak kisah makan di gerai.. ya tak! Kengkadang ada yang aku jumpa orang tak pandang tempat-tempat macam ni. Tak ada kelas katanya. Tapi yang ini ada kelas yang tersendiri.

Gerai Gelas Besar, Makanan Sedap, Harga Menakjubkan....
Gerai Gelas Besar, Makanan Sedap, Harga Menakjubkan....

Lokasi di Jalan Petola 24/8 bersebelahan dengan surau. Kami di Seksyen 24 panggil surau hijau sebab warnaya. Behadapan dengan sederet kedai setingkat. Kalau dari Seksyen 17 melepasi bulatan dan masuk menghala seksyen 24 dari lampu isyarat. 

Jalan terus lihat sebelah kiri hingga sampai simpang kiri, masuk dan nampak surau hijau sebelah kiri dan kedai sederet sebelah kanan. Tak jauh dari situ nampak sekelompok gerai. Di situlah letaknya gerai gelas besar tu. Selain tu ada beberapa gerai lain. Rasanya dah nampak papan tanda di situ. Harap boleh faham yer...

Aku tulis ni pun suka-sukanya.  Ikut sesedap rasa hati dan jiwa sebab dapat makan sedap. Jadi boleh kongsi sama dengan orang lain. Dalam pada tu tolong bisnes bangsa sendiri... apa salahnya kan...! Kalau nak dapat lebih info, boleh tengok di FB. Di orang ni ada FB page nya sendiri tau.

Nak lihat antara catatan merapu di blog ini.... klik SINI dan SINI

p/s : Oh yer... en.suami tak di sebut di entri ini sebab dia tak pergi makan-makan ni sebab tetiba je kena kerja walau dah ambil cuti. Bengang jugak tapi apa nak kata ...!



1 comments:

Cerita Konvokesyen Diploma Di UITM Shah Alam....

12:55:00 PM Noor Akma 2 Comments

Nak buat catatan sikit cerita konvokesyen anak perempuan yang ambil diploma mass.com di UITM.  Sabtu kelmarin dapatlah diplomanya. Macam biasa demi anak, aku pun turut teruja nak tengok majlis konvikesyen ni. Ini kali pertama tengok anak sendiri. Biasanya dengar cerita konvokesyen anak kengkawan dan saudara mara je.

Cerita Konvokesyen Diploma Di UITM Shah Alam....
Cerita Konvokesyen Diploma Di UITM Shah Alam.... 

Aku paling teruja sebenarnya nak ambil gambar studio kami sekeluarga. Jadi, kami ambil keputusan ambil gambar studio sebelum konvokesyen berlangsung di kedai gambar tak jauh dari rumah. Apa salahnya ambil gambar dulu.... kan! Di kedai gambar tu fail transkrip tu yang olok-olok memang dah sedia ada dan sejambak bunga pun dah di sediakan.

Lebih mengujakan anak perempuan aku ni adalah pekerja kedai gambar tu juga. Dah beberapa tahun dia bekerja di sana secara sambilan, setiap kali cuti semester dan kini setiap kali hujung minggu juga. Dulu sewaktu diploma dia belajar di UITM Lendu, Melaka. Sekarang ambil degree di UITM Shah Alam. 


Jadi, alkisahnya dapat layanan terbaiklah di sana. Nama kedai tu Foto Unigraduate di Seksyen 24, Shah Alam. Apa lagi, Berkeping-kepong gambar di ambil dan berbagai posisi juga. Bukan kami yang minta. Diorang yang suruh kami posing banyak kali. Katanya semua gambar tu akan di cuci dan di beri pada kami percuma... Huiyyyo, bestnya.!

Ada beberapa keping gambar yang aku nak framekan dan gantung di dinding nanti. Kemungkinan frame tu pun dapat percuma je. Tapi aku tak lah kisah sangat kalau kena bayar sebab dah ada bajet untuk gambar-gambar tu. Tapi kalau percuma lagilah bagus.... hehe!

Cerita Konvokesyen Diploma Di UITM Shah Alam....
Cerita Konvokesyen Diploma Di UITM Shah Alam.... 

Itu cerita di studio, selepas habis di studio kami bergerak ke UITM. Tapi kami masuk UITM melalui bas shuttle dari parking bertingkat seksyen 7. Dulu-dulu aku berniaga di kiosk bawah parking bertingkat inilah... Biasa tengok orang ramai pergi konvokesyen dari situ. Kini sampai giliran aku pula menaiki bas di situ... Bangga la jugak!

Cerita Konvokesyen Diploma Di UITM Shah Alam.... 


Sampai dewan konvokesyen tu seperti di jangka, punyalah ramai orang. Tak larat nak menunggu giliran naik lif, kami memilih naik tangga.  Tak apalah, boleh exercise, gittew... Kena menunggu lagi sehingga sesi pagi keluar sebab masa tu belum pukul 1 tengahari. Dah masuk... puas pula menunggu giliran anak sebab anak giliran yang ke seribu lebih sikit.  Hmmm...!

Tunggu konvkesyen degree pula untuk anak aku yang ini di sini lagi . Selepas ni tahun depan konvokeyen anak bujang pula. Dan seterusnya besar harapan aku untuk  anak-anak perempuan aku yang lain beberapa tahun lagi. Insya'allah...

Ini hanya catatan merapu seorang mummy sesaja untuk anak-anaknya. Terima kasih pada yang sudi membacanya. Biasalah seorang emak yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kesemua anak-anaknya. Sesekali nak berbangga dengan pencapaian anak... hihi! Lihat lagi catatan merapu aku di SINI.

p/s : Kenangan menerjah dan mengeletik jiwa, semua ada... Letih dan sakit lutut turun naik tangga tapi gembira  :)

2 comments:

Cara Simpan Cili Api Dalam Peti Sejuk Tahan Lebih Sebulan

9:26:00 PM Noor Akma 4 Comments

Rupanya ada cara simpan cili api yang boleh membuatkannya tahan lebih lama sambai lebih dari sebulan. Tinggal di bandar macam-mana nak tanam cili api atau ada yang panggil cili padi. Lebih-lebih lagi yang tinggal di rumah tak bertanah macam aku ni. Kalau tidak, tak kisah pun, sebab nak guna boleh terus petik je dari pokok.

Cara Simpan Cili Api Dalam Peti Sejuk Tahan Lebih Sebulan
Cara Simpan Cili Api Dalam Peti Sejuk Tahan Lebih Sebulan
Beberapa tahun lepas aku hanya dapat tahu nak panjangkan jangka hayat cili api tu hanya balut dengan suratkhabar lama saja dan simpan dalam peti sejuk tapi hanya tahan dalam seminggu lebih je. Kalau letak saja dalam plastik dan simpan peti sejuk, 4 - 5 hari cili api dah lembik dan membusuk. 

Baru ku tahu petua dan cara penyimpanan cili api yang lebih efisyen lagi kini. Caranya iaitu  bersihkan cili api dan buangkan tangkainya. Basuh dan tos dan keringkan airnya. Masukkan dalam bekas yang sudah di alas dengan tisu. Kegunaan tisu ni adalah untuk memerangkap kelembapan. 

Letakkan sekali dengan beberapa biji bawang putih. Guna bawang putih adalah untuk melambatkan  pembiakan bakteria yang boleh meyebabkan cili api membusuk dengan cepat. Boleh tahan sampai lebih sebulan. Pada waktu tu pun cili api dah habis di gunakan... hahaha!

Wah.. bagus sangat petua ni. En.  suami kalau membeli cili, tak reti nak beli sikit-sikit. Macam nak kenduri satu kampung di buatnya. Tahulah dia suka makan masak lemak cili api. Kalau boleh, pada dia, hari-hari nak ada masak lemak cili api. Itu sebab asyik membeli cili api je kerjanya.


Tak terbuang sudah cili api yang telah menjadi lembik benyek lagi. Jadi amat sangat menjimatkan perbelanjaan dan kos. Boleh juga di gunakan untuk penyimpanan cili merah dan cili hijau. Aku jadi teruja pula nak tahu petua dan cara penyimpanan bahan-bahan dapur yang lain. 

Nanti nak mencuba buat segala cara penyimpanan bahan dapur yang lain pula. Jika menjadi dengan jayanya, boleh di kongsikan sini. Tunggu sajalah perkongsian dan petua dan cara-caranya. Mesti sangat berbaloi-baloi dan pastinya menjimatkan perbelanjaan dapur. 

Nak tengok beberapa petua dan informasi klik SINI

p/s :  Jadi suri rumah memang kena kreatif dengan segala cara yang ada.... kan!

#pic fr google (gambar cili api sendiri seciput je..)

4 comments:

Guna Produk Tropika Face Cleansing Oil Bagaikan Menerjah Ke Alam Semulajadi

1:19:00 PM Noor Akma 1 Comments

Nak cerita pasal satu produk ni, Tropika Face Cleansing Oil nama di beri. Kenapa Tropika? Jangan tak tau... bahan utama produk ni adalak minyak kelapa dara. Sudah pastinya kelapa sinonim dengan tempat dan kawasan beriklim tropika. Jadi, dari situlah terciptalah Tropika Face Cleansing Oil.... gittew!

Guna Produk Tropika Face Cleansing Oil Bagaikan  Menerjah Ke Alam Semulajadi
 Produk Tropika Face Cleansing Oil 

Bila di sebut minyak kelapa dara atau nama saintifiknya VCO ini sudah pastinya terhasil dari buah kelapa yang biasanya tumbuh di tepi pantai dan kawasan kampung. Jadi apabila  menggunakan produk ini bagaikan menerjah ke alam semulajadi  yang bebas dari bahan kimia yang berbahaya. Bukankah bahan asasnya di perbuat kelapa... kan!

Kini produk Tropika Face Cleansing Oil ini menjadi regim wajib penjagaan wajah aku. Setelah memakainya, kulit terasa lebih lembut dan gebu. Aku sering gunakanya untuk menanggalkan mekap selepas kembali dari keluar beriadah dan membeli-belah.

Guna Produk Tropika Face Cleansing Oil Bagaikan  Menerjah Ke Alam Semulajadi


Cara penggunaan, basahkan kapas muka dengan Tropika Face Cleansing Oil. Lapkan kapas ke seluruh wajah sehingga seluruh mekap tertanggal. Basuh muka dengan air bersih. Sekejap saja muka dah bersih dari mekap dan kulit pun terasa sangat lain dari biasa iaitu lembut dan flawless je.

Untuk penggunaan biasa pada waktu pagi dan malam, picitkan sedikit Tripika Face Cleansing Oil ke tapak tangan dan usapkan keseluruh muka. Setelah basahkan tangan dengan sedikit air dan usapkan lagi keseluruh muka dengan rata. Selepas tu cuci muka seperti biasa. 


Dari pemerhatian aku yang menyeluruh, kini struktur kulit menjadi lebih halus, lebih cerah dan kulit tampak menjadi lebih anjal. Paling bagus produk ini di perbuat dari bahan alami dan menjadikan diri kita lebih dekat dengan alam semulajadi. Yang pastinya tanpa bahan kimia yang memudaratkan kulit wajah.

Produk ini berfungsi untuk penggunaan 3 dalam 1 ini iaitu sebagai penanggal mekap, pencuci muka dan pelembap ini adalah produk bagus untuk yang benar-benar menjaga kecantikan diri dan berminat dengan bahan- organik dari alam semulajadi. Apatah lagi produk ini berasaskan kelapa iatu dari minyak kelapa dara yang telah terbukti mempunyai banyak khasiat dan manafaat.

Sekiranya berminat nak mengetahui lebih lanjut dan mengenali produk ini serta ingin membuat pembelian, boleh hubungi di :





p/s : Ada juga produk lain jenama tropika ni. Macam-macam ada tau. Semua bahan asas pembuatannya dari minyak kelapa dara tau. Boleh klik link ini, yer! www.tropikabeauty.com.my

1 comments:

2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC

10:31:00 PM Noor Akma 1 Comments

Assalamualaikum...


Klik banner untuk join...

CARA-CARANYA :


1 :  LIKE FANPAGE :

2 : FOLLOW INSTAGRAM :

3 : SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL :

4 : buat satu entri kat blog korang yang bertajuk "2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC"

5 : follow blog kakak ya !! ada kat sidebar nun.. hee~


dah siap semua ? haa.. share link korang kat ruangan komen eh.. nanti kakak cek satu satu.. hee~ kena jaga sponsor maa.. tanak la nanti ade yang ngelat tapi rezeki dia plak menang.. unfair pada yang betul betul ikhlas support giveaway kakak ni..

HADIAH

pihak penganjur 1st Dental Clinic berbesar hati nak bagi RM 50.00 untuk 6 orang pemenang !! maksudnya jumlah keseluruhan adalah RM 300.00 !! wah !! kalau 6 orang pemenang maksudnya besarlah peluang korang nak menang ni.. hee~
RM 50.00 X 6 orang pemenang !!!

kakak akan buat pilihan pemenang secara rambang la macam yang sebelum ni..

BACA SINI --> RAJIN BETUL KAKAK SIAP PRINT NAMA AWAK ADE KALER TAU !!

16hb OKTOBER 2017 - 30hb OKTOBER 2017

kakak dan pihak penganjur akan mengumumkan pemenang dan buat transaksi seminggu selepas tamat ( 1hb - 7hb November 2017 ) giveaway ni..

okeh !!

let's start !!

*********************************

p/s : Jom ler join ..... :) 


1 comments:

Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...

12:46:00 PM Noor Akma 0 Comments

Teringin makan kuih koci tapi terjadi kuih badak berendam pula... Pelik tapi itu yang terjadi pada masakan aku ini. Kuih ini aku panggil begitu sebab kalau kuih badak berendam yang biasa aku buat di kukus. tapi yang ini berlainan sekali. Versi stail sendiri punya. Tak taulah cara orang lain pernah buat macam ni kot atau panggil nama kuih lain ... hihi!

Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...
Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...

Terjadinya macam ni sebab aku nak buat kuih koci. Tapi tak dapat cari daun pisang sebab kalau tak ada daun pisang macam mana nak balut kuih koci tu. Dah beberapa kali pesan en. suami kalau pergi pasar, belikan daun pisang. Tapi tak di belinya sampai ke sudah. Pergi pasar malam lagi la tak jumpa daun pisang.. hmmm!

Jadi, tergerak hati nak buat kuih koci berkuah, ala- ala kuih badak berendam gittew!. Kuih ni inti macam kuih koci juga iaitu kelapa gula merah. Kuahnya buat bagi rasa masin-masin manis sikit. Barulah terasa lemak kuahnya tu, Nak bagi pekat kuah tu campur sikit tepung jagung. 

Kuih tu selepas di letak inti bulat-bulatkan macam biasa dan rebus dalam air mendidih macam buat kuih buah melaka. Bila kuih terapung dan menandakan dah masak, angkat dan letak dalam kuah yang telah di masak terlebih dahulu. 

Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...
Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...

Senang sangat membuatnya tapi ada 3 langkah yang perlu di buat. Nak resepi mudah yang tak terjangka ni, di sini di sertakan. Sayugia di ingat, resepi ini di buat tak tak ada sukatan yang tepat. pandai-pandailah laraskan ikut kehendak sendiri yer...!

Bahan-bahan:

Untuk inti:
2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula putih

Untuk Kuah:
2 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan air

Untuk kuih badak berendam:
1/2 paket tepung pulut
Air secukupnya
Secubit garam

Cara-cara:

Untuk membuat intinya kacau kelapa parut, gula merah, dan gula putih di dalam periuk dengan api yang kecil. Kacau sehingga inti menjadi sebati dan bergaul serata. Dah siap bolehlah di sejukkan.

Untuk membuat kuahnya pula, campurkan santan pekat bersama gula dan garam halus di dalam sebuah periuk. Di sebuah bekas, cairkan tepung jagung bersama air sehingga tidak bergentel. Campurkan sekali ke dalam periuk dam masak di atas api sehingga kuah menjadi pekat. Ketepikan

Untuk membuat kuih badak berendam @ kuih koci pula, Campurkan tepung pulut dengan air dan garam sehingga menjadi doh yang boleh di bentuk. Masukkan air sedikit demi sedikit agar adunan tak menjadi lembik.



Selepas tu ambil sedikit doh, bulatkan sebesar bola pingpong dan leperkan sedikit. Dengan berhati-hati, masukkan inti dan tutup perlahan dengan cermat agar inti tak terkeluar. Buat sehingga habis. Sediakan bekas yang di tabur tepung untuk meletakkan bebola adunan yang telah siap.

Sementara tu didihkan air dalam sebuah periuk. Masukkan bebola kuih ke dalam air panas itu. Apabila bebola timbul, bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam kuah yang telah disediakan sebelum ni. Buat sampai habis. Dah selesai, tunggu sejuk....bolehlah di hidangkan. 

Alhamdulillah, lepas kempunan aku nak makan kuih koci. Anak-anak pun suka sangat. Berkali-kali mengulang makan. Lepas ni nak cari tepung pulut lagi. Buat ini pun dari tepung pulut lebihan buat kuih buah melaka bulan puasa ari tu. 

Nak tengok resepi dari blog ni... klik SINI tau.

p/s:  Resepi sedap yang tak terungkap asalnya tak dapat daun pisang jer... !


0 comments:

First Giveaway Dari Ronaldmohoni.Com

10:04:00 PM Noor Akma 1 Comments

Assalamualaikum...


Klik banner untuk join...

Syarat-Syarat untuk menyertai Giveaway ini ialah:-
1) Sila buat post di blog anda, yang bertajuk First Giveaway Dari Ronaldmohoni.Com copy paste banner kat atas nih di blog anda dan linkkan post First Giveaway Dari Ronaldmohoni.Com di post anda.
2. Sila follow blog Ronaldmohoni.Com.
3. Sila komen kedua-dua post ini, iaitu:-


Hadiahnya ialah:-
1. Wang tunai Rm10 untuk 3 pemenang (ditentukan oleh cabutan tiket nombor peserta)
3. Kupon Reload Rm5 untuk 2 pemenang (ditentukan oleh cabutan tiket nombor peserta)
2. Top Refferal Rm10 untuk 1 pemenang (ditentukan oleh sistem statistik blogger.com)

Ok, First Giveaway Dari Ronaldmohoni.Com akan berlangsung dari 10/10/2017 hingga 10/11/2017 (sebulan). Penyertaan mestilah melebih 20 penyertaan, jika kurang, giveaway ini terbatal. Sila sent link penyertaan anda dibahagian komen. Sebarang pertanyaan sila tanya dibahagian komen, jangan malu jangan segan. 

1 comments:

Amalkan Jamu Kunyit Asam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Dalaman Wanita

9:50:00 PM Noor Akma 0 Comments

Jamu sangat sinonim dengan wanita Indonesia. Oleh kerana Malaysia dan Indonesia yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama, tempias pemakanan jamu pun turut di amalkan di Malaysia. Salah satu jamu yang paling terkenal adalah jamu kunyit asam. Kenapa kunyit? Sebab kunyit salah satu rempah anti inflamatori (peradangan) dan anti oksida. Kebanyakan wanita yang amalkan jamu ini  adalah untuk menjaga kesihatan dan kecantikan aset dalaman wanita.

Amalkan Jamu Kunyit Asam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Dalaman Wanita
Amalkan Jamu Kunyit Asam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Dalaman Wanita
Selain itu ada beberapa lagi manafaat dan kebaikan jamu kunit asam yang sangat bagus untuk kesihatan. Tak perlu lagi berbelanja besar membeli produk kecantikan dan kesihatan yang belum tentu keberkesanannya. Boleh menjimatkan kos dan wang ringgit juga.  Antara kebaikan dan manafaat itu adalah: 

- Menyingkirkan toksik dari badan 
Kandungan senyawa kurkumin dalam kunyit boleh mengeluarkan racun dalam badan dan meneutralkan toksik hasil dari pemakanan dan badan yang terdedah pada bahan kimia.

- Pengubat natural luka infeksi
Kunyit salah satu anti peradangan dan boleh membantu mengatasi luka infeksi bakteria secara alami dan semulajadi.


-  Melancarkan kitaran haid
Jamu kunyit asam boleh melancarkan kitaran haid wanita, malah boleh mengurangkan sakit senggugut. Boleh ditambah dengan daun sireh untuk kurangkan nyeri sakit senggugut dan menghilangkan keputihan.

- Mencerahkan kulit 
Bila toksik dikeluarkan dari badan, secara otomatik badan akan sihat, kulit akan kelihatan cerah, bersih dan sihat.

- Membakar lemak dan menguruskan badan
Selain dapat mengurangkan selera makan, jamu kunyit asam dapat membakar lemak berlebihan dalam badan. Seterusnya menguruskan badan dan melangsingkan badan selepas bersalin.

Amalkan Jamu Kunyit Asam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Dalaman Wanita


Di sini di  kongsikan cara buat jamu kunyit asam ini....

Bahan-bahan:

100g kunyit
1 liter air 
200g gula merah
50g asam jawa

Cara-cara:

Bersihkan kunyit kisar bersama 1 liter air. Rebus kisaran kunyit bersama gula merah dan asam jawa. Rebus sehingga menjadi pekat dan likat.

Selepas tu tapis dan bolehlah di minum 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang. Boleh buat banyak-banyak simpan dalam peti sejuk. 

Sekarang dah ada orang komersialkan jamu asam kunyit ini. Tapi kalau dah boleh buat sendiri, buat apa membeli. Lagi pun bahan-bahannya mudah dan senang di dapati..  kan!

Nak tengok pelbagai informasi dan tips, klik SINI

p/s: Untuk yang rajin menjaga kesihatan dan kecantikan saja.. Almaklum, rasanya tu, payau... hehe!

#kredit FB Norihan Abd Halim

0 comments:

Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious

10:04:00 PM Noor Akma 1 Comments

Hidup akan lebih indah dengan segala pemberian hadiah yang di beri dan di terima oleh yang tersayang seperti keluarga dan sahabat handai. Jadi jika anda berniat ingin memberi hadiah yang istimewa kepada yang tersayang anda di hari jadinya atau hari bahagianya bolehlah lihat di sebuah laman web ini iaitu https://www.printcious.com/my 

Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious
Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious

Di Printcious nda boleh pilih dari T-shirts, mugs, puzzles, phone cases, cushions, mousepads, ceramic tiles dan  mini tees serta beberapa barang lagi. Seterusnya anda bole reka dan letakkan gambar yang cantik, kata-kata yang indah ,gambar kenangan anda bersama yang tersayang atau gambar diri sendiri. Apa saja boleh dicatatkan pada hadiah ini... Menarikkan!


Sudah tentu ia akan menjadi momen-momen indah yang dapat di kenang hingga ke akhir hayat nanti. Pastinya si penerima akan sangat-sangat menghargai anda jika dapat hadiah sebegini. Tak kisahlah nak hadiahkan pada harijadi, ulang tahun perkahwinan atau pun saja-saja untuk mengejutkan yang tersayang anda.

Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious


Berminat....?? Apa lagi, teruslah ke website INI untuk mendaftar sebagai member. Lepas tu boleh pilih hadiah yang berkenan di hati. Selepas tu bolehlah reka sendiri rekabentuk dan warna apa yang perlu di cetak pada hadiah anda tu. Ikut suka korang lah apa saja asalkan cantik di mata dan di jiwa anda.... ya tak?

Nak pilih dan buat rekaan sendiri sangatlah mudah. Jika tak ada idea nak rekabentuk sendiri pilihan anda itu, sudah tersedia rekaan yang ada. Cuma perlu letakkan nama dan apa saja tulisan. Boleh juga di letakkan gambar yang sudah pastinya... kan! Untuk membuat rekaan sendiri pilihlah yang bertulis "YOUR DESIGN HERE" pada gambar barang yang di pilih. 

Seterusnya, ikut saja arahan yang di beri. Untuk lebih memudahkan ada video disertakan untuk memudahkan anda mengikut arahan yang di berikan. Seterusnya klik "Start Designing".  Dari situ ada paparan add text, image, background. Pilihlah yang tampak cantik di mata anda. Nak bagi hadiah, kenalah yang cantik dan indah belaka. Tak gittew...!

Dah selesai memilih dan merekabentuk design bolehlah seterusnya "add to cart" dan seterusnya lengkapkan alamat untuk di  hantar barang ini. Selepas tu bolehlah buat pembayaran melalui perbankan online. Nak membeli barang secara online wajiblah ada perbankan online ni  seperti yang paling meluas sekali iaitu maybank2u dan cimbclicks la.

Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious
Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious

Episod menunggu poslaju sampai pula lepas ni. Sekarang tengah ada promosi besar-besaran MyCyberSale 2017  iaitu promosi diskaun sehingga 70% tu.... ! Sangat-sangat mengujakan sekali tau. Itu sebabnya "Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart".Sememangnya menusuk hatiku dek harga yang di tawarkan. 

Apa lagi, jom gembirakan orang-orang kesayangan anda dengan hadiah berperibadian tersendiri dari anda. Pasti insan-insan tersayang anda tersenyum lebar kegembiraan dengan kejutan yang anda berikan. Jangan tunggu lama-lama, nanti promosi tamat.

p/s : Juga boleh hadiahkan untuk diri sendiri, untuk reward atas pencapaian... kan, huhu!

1 comments:

Be My Lucky Followers By Seindahcerita

12:03:00 AM Noor Akma 3 Comments

Assalamualaikum...


- Buat satu entry bertajuk "Be My Lucky Followers By Seindahcerita"

- Wajib tinggalkan sekurang-kurangnya 1 komen di setiap blog yang korang follow di atas.

- Copy banner dan link kan semula ke entri ini.

- Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

- Pemenang di pilih secara Random.org



    Hadiah
    1. Wang Tunai RM20x1 pemenang
    2. Wang Tunai RM10x8 pemenang
    3. Pakej Print Gambar + Random Stuff  x 1 pemenang

p/s : Join ler.... :)


3 comments:

BBQ BUFFET DINNER @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

3:31:00 PM Noor Akma 3 Comments

Pada Jumaat lepas, buat sekian kalinya lagi aku datang singgah di Grand Bluewave  Hotel Shah Alam. Kali ini menjenguk promosi BBQ Buffet Dinner dan menjamah segala hidangan yang di sediakan. Kali ini makan waktu dinner pula. Kebiasaannya waktu lunch hour atau high tea. Macam biasa hidangan di Grand Bluewave  Hotel Shah Alam di hias cantik sesuai dengan rasanya yang memukau selera mata ... huhu!

BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Dengan ini Grand Bluewave  Hotel Shah Alam, telah memperkenalkan menu terkini iaitu BBQ Buffet Dinner yang di sajikan pada Jumaat dan Sabtu.  Hidangan yang lazat dan beraroma ini di bermula dari RM78.00 + untuk orang dewasa, RM55.00 + untuk warga emas dan RM39.00 + untuk kanak-kanak.


Sajian ini di buat setiap minggu dari pukul 6.30 petang - 10.30 malam. di Royale Songket Restaurant, Grand BlueWave Hotel, Shah Alam. Hidangan yang di tawarkan iaitu ayam, kambing, daging lembu dan makanan laut yang sangat segar yang di hidangkan panas dari dapur chef. Jom menikmati pelbagai piliha hidangan BBQ Buffet Dinner yang khas di sajikan ini.

BBQ BUFFET DINNER @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Banyak sungguh hidangan yang di sediakan boleh menjadi pilihan. Pilihlah mengikut citarasa sendiri. Ada hidangan citarasa Malaysia dan citarasa barat juga. Hidangan kegemaran ramai seperti satay pun ada. Hidangan ayam dan daging pastilah termasuk makanan laut seperti NZ green mussels, crab, oysters, prawn dan black mussels. Boleh lihat gambar yang di sertakan di sini. Menggiurkan dan menyelerakan belaka.

BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Seperti biasa di sediakan hidangan pencuci mulut @ dessert yang sedap-sedap penuh 3 meja. Macam-macam ada sehinggakan pengat pisang yang menjadi kesukaan aku pun ada. Apa lagi, aku makan dan siap tambah 2 kali tu. Berbagai jenis kek dan puding boleh juga di nikmati di sini. Sedap dan lazat sudah pastinya.... tau!

BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Pada sesiapa yang mencari tempat makan dan bersantai bersama keluarga, kawan-kawan dan rakan prniagaan, aku syorkan makanlah di sini. Tak jauh dari kesibukan kotaraya Kuala Lumpur tapi yang pasti laluan ke sini tak menempuh kesesakan jalanraya. Aman dan damai di bandaraya Shah Alam ni.

Sebelum ni ada beberapa promosi dari GBWHSA yang pernah aku letakkan di blog ni... Untuk membaca kesemuanya, boleh klik SINI. Seterusnya, untuk informasi dan tempahan, boleh lihat di bawah ini :

Harga : 
RM 78.00 ++ (dewasa)
RM39.00 ++ ( kanak-kanak ) 4-11 tahun

Waktu Operasi : 
6.30 pm - 10.30 pm
Setiap Jumaat & Sabtu

Untuk Tempahan :
03 5511 8811 ext 2612 atau 2613

Alamat :
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor

p/s : Selamat menjamu selera yer.... :)


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...