Cara Buat Baja Ikan Untuk Kesuburan Pokok @ FAA (Fish Amino Acid)

11:01:00 PM Noor Akma 2 Comments

Terjumpa cara buat baja ini dalam satu FB ni. Minat pula aku dengan pembuatan baja dari bahan-bahan laut atau di panggil baja ikan atau di kenali FAA (Fish Amino Acid). Nanti bila nak bercucuk tanam dan menjaga pokok-pokok bolehlah aku buat sendiri baja ikan ini. Sangat mudah dan tak perlu lagi guna baja kimia.

Cara Buat Baja Ikan Untuk Kesuburan Pokok @ FAA (Fish Amino Acid)
Cara Buat Baja Ikan Untuk Kesuburan Pokok @ FAA (Fish Amino Acid)
Antara  satu hobi yang paling aku suka adalah menanam pokok-pokok. Tak kiralah pokok bunga, pokok sayur atau pokok buah. Tapi hobi tu pada waktu ini terbantut Dah pastilah sebab aku tinggal di rumah yang tak bertanah dan tak ada beranda. Aku dalam perancangan nak pindah ke rumah yang di kelilingi kawasan yang bertanah. Jadi informasi ini sangat berguna untuk aku simpan dan dokumentasikan dalam blog.

Apa itu baja FAA?.. Fish Amino Acid ( FAA ) adalah cecair dari proses pereputan ikan yang menghasilkan asid amino,dan ianya merupakan bahagian penting dari protein. FAA merupakan penghasilan yang baik untuk kehidupan dan pertumbuhan mikrob dan juga pokok tumbuhan, kerana mengandungi pelbagai nutrient dan berbagai jenis asid amino dan komponen protein lain untuk kebaikan pokok.


Juga info yang aku dapat dari FB ni mengatakan kelebihan baja ikan ini kaya dengan kalsium dan unsur2 micro yangg lebih kecil dan diperlukan oleh pokok. Penggunaan baja ini  membuat pokok akan lebih rintang penyakit dan tumbuh lebih subur. Kalau macam tu, memang baja ini sangat bagus untuk tumbesaran pokok. Di sini aku letak cara-cara buat baja ni. Senang nak cari nanti bila nak di gunakan... huhu!

Cara Buat Baja Ikan Untuk Kesuburan Pokok @ FAA (Fish Amino Acid)


Bahan-bahan:
2kg ikan
2kg gula merah

Cara-cara:
- Cincang ikan dan gaulkan dengan gula merah dan masukkan dalam bekas (Isikan 2/3 bahagian bekas)
- Tutup dengan kertas/kain
- Simpan ditempat kering dan gelap selama 2 minggu
- Selepas 2 minggu tapis airnya dan boleh digunakkan untuk semburan pokok. Baja ini peram lama lagi bagus. 

Cara guna:
- Campurkan baja ikan(FAA) dengan kadar 50ml kepada 10liter air. Kacau campuran tersebut.
- Sembur campuran ke daun atau/dan jirus di sekeliling pokok. ( Seeloknya waktu pagi, tanpa sinaran terik matahari. )
- Guna mengikut keperluan pokok tersebut. Biasanya 1 minggu sekali.

Dari informasi yang aku dapat, baja ikan ini penggunaan FAA atau amino asid amat baik untuk menentukan kesuburan pokok yang maksima dan ketahanan dari penyakit, serta untuk penghasilan buah/bunga yang berkualiti dan meningkatkan produksi. Semoga perkongsian ini memberi manafaat pada semua yang meminati hobi tanaman.

Nak baca informasi di blog, klik SINI

p/s: Menjimatkan kos dan tanpa penggunaan bahan kimia....

#kredit FB group kebun kampung

2 comments:

Penah terbaca tentang tips ni . Tapi tak pernah cuba. Selalu air basuhan ikn disiram sebagai baja untuk pokok

Aina said...

Pernah juga pergi MAHA dulu, orang pertanian cakap air ikan paling bagus untuk jadikan baja. Boleh la try cara ni. Seronok juga nak bercucuk tanam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...