Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 By HASRULHASSAN.COM

12:33:00 PM Noor Akma 4 Comments

Berangan nak masuk dalam bloglist blog otai blogger yang di kenali ramai iaitu hasrulhassan.com. Jadi kenalah berusaha sikit dengan bercerita serba sikit. Nak bercerita tentang blog picisan dan suam-suam kuku ni agak payah la. Nak kena redah jugalah asal dapat menerjah masuk dalam blog hasrulhassan.com yang power dan glamour tu,.. huhu!

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

Sepertimana nama blog ni blog santai-santai jer, dah semestinya gaya penceritaan kat blog aku ni di buat sesantai yang boleh tapi masih berinformasi. Selain tu nama huhahuhajerr yang aku pilih untuk domain blog aku ni sebab blog ni untuk suka-suka dan sesedap rasa, hati dan jiwa aku sahaja  masa mula-mula aku berblog dulu. Tak sangka kini aku terus bertahan tanpa jemu selama 7 tahun dengan blog ni. Tapi kadang-kadang rasa nak muntah juga perah otak mencari idea untuk pengisian blog.

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 By HASRULHASSAN.COM


Blog otai @ sifu  blogger hasrulhassan.com ni banyak membantu aku terus survive dalam dunia blogging. Kiranya blog inilah yang menjadi inspirasi untuk aku terus setia berblog sehingga ke hari ini. Jangan tak tau, masa mula-mula nak ada domain sendiri di blog ini aku tanya terus dengan hubungi blogger hasrul hassan. Untuk belajar dan dapatkan iklan adsense pun aku mesej personal dengan dia ni... kan en. hasrul!!

Mula-mula aku buat blog ni suka-suka, tapi sekarang dah serius pula. Lebih-lebih lagi blog dah dapat menjana pendapatan serba sedikit. Tengah berusaha nak mendapatkan pendapatan yang stabil dengan blog. Jadi aku kena bekerja keras macam otai blogger ni. Kalau tak terus berusaha tanpa jemu, manakan nak dapat hasilnya... ya tak?


Sekarang ni aku banyak kongsikan apa saja aktiviti yang aku buat untuk kenangan kemudian hari dan meletakkan macam-macam informasi yang aku telah dan baru ketahui dalam blog. Tujuannya bila aku nak guma info dan tips tu senang nak cari di blog sendiri. Dengan sendirinya bermanafaat juga untuk orang lain.

Harap angan-angan nak masuk bloglist jadi kenyataan. Biar blog aku ni yang berstatus suam-suam tak masak ni naik sikit uv dan pvnya. Bolehlah dapat lebih rezeki nanti. Kalau dapat beribu-ribu lemon lagi lah bagus... kan! 

p/s:  Rajin baca blog hasrul pasal tips blogging dan adsense. Selain tu suka baca tentang kawasan di Perak Tengah... Parit tu kampung teman tau.. sekampung.. hehe!

4 comments:

goodluck!

keep up the goodwork~!

Anonymous said...

Gdlak awk...salam kenal.meh la lawat blog saya y tak seberapa. https://cararesepi.blogspot.my/. Kalau tak kisah, masukkanlah blog saya lam bloglist awak. huhu

Uhh... alhamdulillah, suka ketahui bila ada blogger terinspirasi membaca blog saya. Memang antara niat saya nak bantu rakan blogger yang lain. Saya dah lalui rasa perit dalam dunia blog ni.

Bab mencari income menerusi blog. Kenalah banyak bersabar dan bijaklah bereksperimen.

Moga terus sukses, dan jadi blogger dari PARIT yang hebat, in Sha Allah.

Saya dah masukkan ke dalam bloglist :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...