Bermulanya Sebuah Blog | Blog Dan Blog lagi...

8:36:00 PM Noor Akma 1 Comments

Bermulanya sebuah blog aku ni secara tak sengaja. Mula-mula buat blog hanya sekadar untuk menjual produk. Selepas tu, bermula pula sebuah blog resepi dan masakan. Tujuan sebenarnya untuk mengumpul resepi dan mencuba resepi baru. Akhirnya barulah bermula sebuah blog yang ini, begaya santai menceritakan tentang kehidupan sendiri, informasi, tips, petua dan apa saja terlintas di fikiran.

Bermulanya Sebuah Blog | Blog Dan Blog lagi...
Bermulanya Sebuah Blog | Blog Dan Blog lagi... 

Pada permulaan semacam ada banyak cerita nak dituliskan. Tapi perkara yang pasti, aku ni masa tu  paling tak suka tunjuk gambar sendiri di alam maya dan blog. Pemalu yang amat aku pada masa tu. Terasa diri ku ni banyak sangat kekurangan dan langsung tak ada rupa. Elemen rendah diri masa tu di level paling bawah sekali. Keyakinan diri apatah lagi...

Oh ya... Aku memang buat blog sendirian berhad sahaja. Maksudnya belajar sendiri dari internet. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Sedikit demi sedikit blog aku ini di bangunkan. Puas juga mencari ilmu di internet untuk menaikkan lagi imej blog. Sedikit demi sedikit dapat tau cara untuk mendapatkan pendapatan dari blog.

Bermulanya Sebuah Blog | Blog Dan Blog lagi... 


Aku mula mengumpul teman-teman blogger di alam maya. Akhirnya keyakinan diri mula tumbuh. Mula memberanikan diri, tunjuk rupa sebenar di alam maya. Susah tapi penyudahnya elemen rendah diri dah terhakis. Walau masih rasa tak berani tapi dek ingin meredah cabaran, kuturutkan jua. Kalau tidak sekarang, bila lagi? Usia dah semakin senja... hurm!

Sekarang job sebagai blogger dah mula menghadirkan diri. Walau tak banyak seperti blogger-blogger yang lain tapi ada jugalah merasa. Kalau banyak sangat job blogger yang dapat pun, bukannya semua boleh aku ambil. Kena tengok tempat  dan masa juga. Nanti rumahtangga dan anak-anak terabai, kena marah dengan en. suami pula. 


Berkat masuk group kengkawan blogger, pengiklanan adsense pun dah aku dapat. Banyak ilmu juga dapat aku pelajari. Kengkadang job pun aku dapat dari situ. Jadi aku bersukur sangat-sangat dengan apa yang dah aku perolehi sekarang. Cuma kengkadang otak dah semacam susah nak mengeluarkan idea, Terfikir juga, mungkin ini faktor usia?

Tapi takkan ku jadikan ini sebagai penghalang. Korek je lah idea ni mana-mana. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam... kan! Setiap usaha pasti ada ganjaran. Tak payah fikir tentang keuntungan semata, fikirkan mesti teruskan mencari idea menulis setiap masa. Semestinya tulis yang bermanafaat dan berilmiah... boleh juga.. huu!

Jom baca pelbagai catatan diriku di SINI

p/s : Jom terus mencari ilham menulis blog... dengan jayanya!

#pic fr google

1 comments:

Yasmin Aris said...

Takpe..usia tu bukan penghalang .hihi
Selamat berblog sis ;)


Jemput join :)
https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...