Cara Halau Lipas, Cicak Dan Semut Tanpa Bahan Kimia

5:36:00 PM Noor Akma 1 Comments

Tetamu kecil yang tak di undang ini biasa sangat di jumpai di rumah kita. Puas membersihkan rumah untuk menghalau serangga-serangga ni tapi tetap bersembunyi terutamanya di ceruk dapur. Nak mencari cara halau lipas, cicak dan semut ni secara semulajadi. Cara halau lipas yang biasa, spray sahaja bahan kimia dari dalam botol tu. Tapi kesannya merosakkan diri dan  alam sekitar.

Cara Halau Lipas, Cicak Dan Semut Tanpa Bahan Kimia
Cara Halau Lipas, Cicak Dan Semut Tanpa Bahan Kimia 

Serangga-serangga ni kecil je tapi boleh jadi kecoh satu rumah walau terjumpa seekor jadilah. Anak-anak kegelian yang amat dengan serangga terutama yang merayap seperti lipas ni. Cicak pula membuatkan jadi terkejut sebab tetiba je menjenguk dari satu-satu tempat. Kalau semut tu, habis makanan di hurungnya. Terbuang makanan di buatnya. Itu sebab serangga kecil ini sangat menjengkelkan. 

Cara mudah adalah guna spray serangga yang biasa jual di pasaran. Baunya memang dah menusuk hidung. Ada kesan sampingan kalau tak di uruskan dengan baik. Sekarang harga dah melambung naik pula tu. Jadi, apa kata bertukar ke bahan-bahan semulajadi untuk menghalau serangga yang berkeliaran di rumah.


Cara Halau Lipas, Cicak Dan Semut Tanpa Bahan Kimia 


Bahan-bahan yang biasanya di gunakan seperti serbuk kunyit, daun sirih, kulit telur, minyak masak, lemon daun pandan, buah pelaga, kulit kayu manis, serai wangi dan bawang. Samada nak elak atau menjauhkan serangga, kita kena tentukan dengan bahan-bahan ini. Bahan-bahan ini mudah di dapati, selamat dan semulajadi. 

Untuk semut, tabur serbuk kunyit pada  sarang dan kawasan laluan semut. Juga boleh siat-siat daun sirih dan letak pada kawasan yang banyak semut. Untuk bekas makanan manis, lap sekeliling bekas dengan minyak masak untuk menjaukan semut dari menghurung makanan. Kulit telur pula, hancurkan dan taburkan pada tempat dan laluan semut. 

Untuk lipas boleh menggunakan daun pandan sebab lipas tak suka dengan bau daun pandan yang wangi. Caranya hiris dan tabur hirisan daun pandan di tempat banyak lipas. Hirisan lemon juga boleh di gunakan. Elok guna cara ini di kabinet  dapur sambil menyegarkan bau di dapur. Boleh juga guna buah pelaga dan kulit kayu manis. Selain tu, daun serai wangi pun boleh di gunakan dengan cara yang sama.


Untuk cicak, boleh guna kulit telur kerana cicak tak suka bau telur. Letak di tempat-tempat cicak bersembunyi atau di tepi-tepi tingkap tempat laluan cicak. Dengan cara ini juga boleh guna bawang. Guna gelang getah pun boleh juga. Guna untuk lastik cicak yang berlegar di syiling....hahaha!

Dah guna semua cara ni, Nanti tengok keberkesanannya pula. Dah tak nampak dah serangga dan cicak menjenguk. Aman rasanya.. Kan! Inilah  cara tradisi orang dulu-dulu guna sebenarnya. Orang sekarang nak mudah saja dengan spray dan spray. Tak tau dia cara tu merosakkan diri dan alam sekitar... Nak jimat, nak mudah gunalah cara semulajadi tanpa bahan kimia..

Pelbagai tips dan info di SINI...

p/s: Back to the nature, itulah yang sepatutnya... jom!

1 comments:

Bermanfaatnya.. t.kasih. selama ni guna racun serangga pun masih ada lagi cicak dan lipas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...