Kenapa Aku Terjebak Jadi Blogger

4:01:00 PM Noor Akma 6 Comments

Entah kenapalah aku boleh terjebak jadi blogger ni.  Bila dah ada blog, maksudnya dah boleh di katakan dah jadi blogger. Tapi nak meneruskan dan menetapkan blog akan berterusan dan mencari idea pengisian blog tu sangat mencabar. Aku bukannya ada bakat dan skill dalam penulisan. Tapi  yang pasti aku suka membaca. Apa juga jenis bahan bacaan aku boleh baca dan menghayatinya.

Kenapa Aku Terjebak Jadi Blogger
Kenapa Aku Terjebak Jadi Blogger

Satu lagi kesukaan aku adalah menonton tv. Selain cerita drama dan filem, aku suka dokumentari. Satu lagi sebabnya aku terlalu obses dengan komputer dan sudah tentunya media sosial. Jadi terjebaklah aku dengan dunia blogger ini. Diam tak diam dah hampir lebih 7 tahun aku menjadi penulis blog blogger.


Walaupun sebelumnya ada pasang dan surutnya, tapi dalam 3 tahun kebelakangan aku memang aktif menulis blog sehingga kini iaitu selepas aku dah tak berniaga di expo, kiosk dan event lagi. Walaupun bukan seorang blogger yang di kenali dan hanya seorang blogger picisan suam-suam kuku, aku tak kisah pun. Tujuannya pun bukan untuk mengejar nama dan populariti tapi hanya untuk kepuasan diri sendiri seadanya.

Kenapa Aku Terjebak Jadi Blogger


Memasuki ke dunia blog ini kena yang betul-betul ada kemahuan dan kehendak yang kental. Kenapa aku kata begitu... ? Sejak melihat aku dah boleh menapak di dunia blogger ni  ada kawan-kawan dan kenalan aku yan beria-ria nak ada blog macam aku. Bila aku dah tunjukkan cara, mereka awal-awal lagi dah kecundang dan belum sempat buat apa-apa pun. Ini sebab mereka tak dapat betul-betul memahami macam mana cara blog itu sendiri berfungsi dan berinteraksi.

Aku hanya boleh tolong tunjukkan cara buat blog yang mudah. Pengisian blog kenalah buat dan cari sendiri. Itu yang tak mudah di fahami oleh orang yang tak berjiwa seorang blogger. Sukar sungguh nak fahamkan mereka yang blog kena di bangunkan dan di isi dulu... Baru ada tetamu @ trafik yang hadir...  Aku pun belajar sendiri dari internet dan google dan masih terus belajar untuk memperbaiki pengetahuan berkenaaan blog ni.

Seterusnya barulah blog berkembang seiring dengan peningkatan  masa dan usaha. Juga akan bernasib baik bila hadir sekali bersama pendapatan yang lumayan . Bagi ku walaupun tak  sebanyak mana, tapi  memberangsangkan juga. Ini membuatkan aku lebih berdaya usaha untuk terus berkecimpung di dunia blogger ini.

Jadi, dari terjebak dengan secara tak sengaja kini menjadi kerjaya sambilan aku. Kalau dah ada jiwa blogger tu, walau gaya penulisan caca marba, pasti boleh di asah seiring dengan waktu berlalu. Lagipun bukan ada sesiapa yang nak tick tanda soal atau telinga gajah apabila ayat tergantung atau terbalik macam kat sekolah.... Kan!

Nak baca catatan merepek aku sebelum ni... klik SINI

p/s: Redah dan hentam je... janji siap satu entri... hihi!

#pic fr google

6 comments:

Eeca Shyaa said...

echa mula-mula buat blog dulu sbb nak ada tempat meluah perasaan ja. lama-lama tu rasa mcm best ja menulis dan teruslah sampai ke harini jadi blogger. isi blog pun tak ada dah yg jenis2 meluah perasaan over gitu. hahah.

sis gee said...

dulu fefeeling tulis diary dah jadi blogger syok sendiri.. sekarang tak dah..haha!bila tau cara jadi semakin best tulis blog..

Wani Sukarno said...

setuju jugak bukan senang bila seseorang tu nak jadi blogger, dia kena semai dulu jiwa nak blogging, lama2 nampak la hasilnya

Banyak manfaatnya

Abam Kie said...

Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai salah seorang pemenang SPM Fever Giveaway! Untuk makluman lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

http://www.zukidin.com/2017/12/senarai-pemenang-spm-fever-giveaway.html

Semoga sentiasa istiqomah dan konsisten update blog dan menjadi blogger tegar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...