Petua Tercekik Tulang Ikan Yang Tak Relevan Tapi berkesan

2:07:00 PM Noor Akma 0 Comments

Telah menjadi perkara biasa sesekali tercekik tulang apabila makan berlaukkan ikan. Walaupun sudah berhati-hati menangani perkara ini, adakalanya terjadi juga. Memang menjadi satu kegelisahan apabila tercekik tulang sewaktu makan. Aku bukan saja nak menceritakan tentang petua yang boleh di buat tapi tentang tidak relavannya petua ini tapi berkesan juga.... heh!

Petua Tercekik Tulang Ikan Yang Tak Relevan Tapi berkesan
Petua Tercekik Tulang Ikan Yang Tak Relevan Tapi berkesan
Antara petua yang tak masuk dek akal adalah minum air dari dalam senduk dan minum air dari dalam tudung periuk. Tak relevan sungguh tapi mungkinkah sebab apabila nak minum dari senduk kena menganga luas-luas jadi air tu dapat terus ke tekak dan melanggar tulang tu. 


Kalau dalam tudung periuk tu aku tak pasti tapi dari agakkan aku, mungkin sebab terpaksa menghirup air dengan cepat tak bagi tertumpah. Bila hirup laju-laju, air akan melanggar tulang dan tercabut. Kreatif juga cara orang orang dulu-dulu ni... kan! Tapi tang mana relavannya, tak taulah.....

Ada lagi petua yang tak relevan ni, iaitu pusing pinggan 3 kali dan berselawat. Berselawat tu bagus sambil berdoa agar tulang tercabut. Pusing pinggan tu, tak taulah fungsinya macam mana tah, mungkin nak menenangkan orang yang tercekik je kot. Kadang-kadang cara ini semua walaupun tak relevan macam berkesan juga, tapi mungkin juga dah memang nasib masa tu nak tercabut... hehe!

Petua Tercekik Tulang Ikan Yang Tak Relevan Tapi berkesan


Selain tu, kepal-kepal nasi menjadi bentuk bebila kecil dan telan dan makan pisang, nampaklah relevan petua ini. Bila telan kepalan nasi akan melanggar tulang yang melekat dan akirnya tercabut. Makan pisang pun begitu juga cerita dan caranya. 

Cara lain adalah minum cuka dalanm sesudu dua. Di katakan tulang dapat mereputkan tulang dengan cepat, tapi rasanya ambil masa dalam 6-12 jam jugalah. Apapun cuka tu masam tak hinggat lah. Elok guna pelbagai cara dulu sebelum cuba cara minum cuka. Rasa loya, nak muntah dan sakit perut semua ada. Dah pernah rasa...hahaha!

Kalau  macam-macam cara dah tak boleh dan tulang yang tercekik tu sangat menggangu kehidupan, pergilah ke klinik. Para doktor pasti ada cara dan ubat untuk mengeluarkan tulang yang melekat dan tercekik itu. Bertabahlah... 

Aku pernak tercekik dulu, tapi tak sampai pergi klinik. Walaupun dah buat macam-macam cara, rasa tercekik tu masih ada. Buat sibuk dan tak tau, dalam beberapa hari rasa tercekik hilang dengan sendirinya. Alhamdulillah... hurm!

Nak tengok petua yang kongsi di blog ini... klik SINI

p/s: Petua paling tak masuk akal adalah tarik telinga kiri dan kanan serentak (macam dah buat salah la plak)....  Jangan jadi telinga rabbit dah... hihihi!

#pic fr google

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...