11 December 2017

Petua Ubat Batuk Cara Tradisi

Antara penyakit biasa yang selalu menyerang selain selsema adalah batuk. Ia sangat mengganggu bukan sahja pada individu itu sendiri, tapi bunyi batuk itu boleh mengganggu orang di sekeliling. Apatah lagi batuk boleh berjangkit pada orang lain. Selain minum  ubat batuk yang biasa, ada petua ubat batuk tradisi yang boleh di cuba.

Petua Ubat Batuk Cara Tradisi
Petua Ubat Batuk Cara Tradisi

Cerita berkenaan ubat batuk ni, baru-baru ni aku batuk teruk, pergi hospital dapat ubat batuk yang berbau sangat teruk, hancing dan meloyakan. Aku minum hanya sekali sahaja. Terus ajak en. suami beli ubat batuk lain di farmasi. Itupun tak mau hilang. Akhirnya aku minum air lemon suam baru batuk aku reda secara perlahan-lahan.


Baru-baru ni aku dapat petua ubat batuk dari FB group MAHN. Tergerak hati aku nak kongsi dalam blog aku ni. Kalau batuk lagi, boleh guna petua ini. Kalau tak kongsi di tempat yang mudah aku nak cari, dah tak jumpa dah perkongsian ini nanti.

Petua Ubat Batuk Cara Tradisi


Petua ini kata yang kongsi di group FB tu, di beri oleh doktor yang merawat dia setelah batuk yang dia alami tak berhenti walaupun dah minum ubat.  Aku pun pernah di beri petua oleh seorang perempuan China tua. Tapi hanya guna 3 bahan sahaj iaitu halia, gula batu dn lemon. Rebusan halia campur gula batu campur perahan lemon dan minum.

Resepi dari FB ini lebih banyak bahan. Itu sebab resepi yang dia bagi ini bermanafaat untuk menyihatkan badan juga dan pastinya menguruskan badan. Aku letakkan resepi dari group MAHN ini di sini. Nanti boleh aku rujuk balik apabila di perlukan. Tak gituuuu...!

Bahan-bahan:

3 cawan air
3 batang serai
Sebesar penumbuk halia
(lagi banyak lagi bagus-biar terasa)
2 helai daun pandan
1 ketul gula batu @ gula kerek
7 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
5 hiris lemon
(dalam 1/2 biji)

Cara-cara:

Serai di ketuk hujungnya. Halia di bersihkan dan di hiris. Daun pandan di simpul kemas. Bunga  cengkih dan kulit kayu manis tu adalah penambahan oleh orang yang kongsi petua ni di FB. Kalau tak nak letak pun tak apa. Tapi herba ini bagus untuk mewangikan bau mulut dan badan tau. 

Rebus semua bahan kecuali lemon selama setengah jam. Untuk minum, perahkan  lemon di dalam air minuman. Minum ketika masih suam. Baki air rebusan boleh simpan di peti sejuk. Nak minum, panaskan sebentar dan ulangi proses yang sama untuk meminumnya iaitu dengan perahan lemon.

Hanya guna bahan-bahan di dapur untuk memasak, boleh menghilangkan batuk. Kesihatan terjaga, kulit menjadi cantik  dan badan berbau wangi... apa nak lagi. Seperti kata perkongsian ini iaitu kak Sha, sihat itu penting, cantk itu bonus. kalau tak sihat macam mana nak cantik. 

Lihat lebih banyak petua di blog ini di SINI

p/s: Petua tradisi yang berharga tak patut luput di telan zaman... kan!

#kredit FB group MAHN

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...