Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tingkatkan Follower Instagram Dengan Mudah Cara Aku

5:51:00 PM Noor Akma 3 Comments

Selain dari FB, pasti ramai dari kita yang ada akaun laman sosial instagram. Bukan senang nak Tingkatkan follower instagram ini. Tapi kalau kena caranya cepat sahaja follower instagram ini meningkat. Yang penting ikuti caranya dengan betul Proses tingkatkan follower instagram pasti meningkat dengan cepat.

Tingkatkan  Follower Instagram Dengan Mudah Cara Aku
Tingkatkan  Follower Instagram Dengan Mudah Cara Aku
Ada saja cara yang lebih mudah tapi memerlukan mengeluarkan sedikit duit modal. Iaitu menggunakan apps tertentu atau khidmat orang-orang tertentu. Cuma follower yang dapat tak relevan dengan kita. Nanti dapat follower yang dari luar negara yang tak sama bahasa dan budaya dengan kita. Tak seronok jadinya dan nampak tak realisitik.


Untuk kita yang tak di kenali ramai ni, memang lambat sikit follower nak bertambah. Apatah lagi kawan tak ramai. Jadi nak meramaikan dan mepertingkatkan follower kena ada sedikit usaha. Pada awal aku buat instagram ni, tak kisah sangat pasal follower. Dapat dalam ratus-ratus dah cukup banyak bagi aku.

Rupanya sebagai blogger dan nak berkecimpung dalam dunia media ni memerlukan lebih ramai yang ikuti sosial media aku. Barulah ada kekuatan dan boleh dapat banyak peluang meningkatkan pendapatan. Jadi aku mulalah praktik untuk meningkatkan follower instagram ini.

Tingkatkan  Follower Instagram Dengan Mudah Cara Aku


Cara yang mula-mula aku buat adalah follow instagram orang-orang yang di kenali ramai seperti artis, selebriti dan tokoh serta pemimpin negara. Selepas tu follow orang-orang yang follow instagram orang-orang terkenal tu. Tak perlu follow semua. Follow dalam 20 orang orang sahaja. 

Buat selalu dan berulang kali. Mesti ada di antara orang-orang tu akan follow balik instagram kita. Selain tu setiap beberapa hari, unfollow balik instagram orang-orang terkenal tu dan follow balik selepas tu. Teknik ini untuk memastikan kita sentiasa berada di atas sebagai follower diorang. Nanti ramai lah yang follow. 

Selepas tu kita bolehlah menapis follower yang telah follow kita untuk memastikan mereka follower yang benar-benar berkualiti untuk kita follow diorang. Selain tu, pergi ke gambar paling terkini orang terkenal atau artis, follow  orang yang like gambar tu dan kita like sekali gambar tu. Macam tu lah cara yang biasa aku lakukan. 

Follower aku dari ratus sahaja dah naik ribu sikit. Cara ini, kenalah rajin buat selalu. Tapi dalam  sekali buat tu, jangan terlampau banyak terus. Takutnya instagram detect spam, nanti langsung tak boleh follow dah. Kena berpada-pada sikit. Biasalah kengkadang follower turun balik tapi taklah banyak hingga ke balik asal. 

Sentiasa kena klik-klik dan klik follower selalu. Biasanya aku buat masa nak masuk tidur. Waktu lain tak ada masa terluang dah. Untuk mengekalkan follower di blog, jangan lupa kena rajin like gambar-gambar yang cantik. Ini cara aku sendiri, mungkin cara orang lain tak sama.. hehe!

Nak lihat pelbagai informasi dan tips di blog aku, klik SINI

p/s : Aku paling tak suka private instagram. Jadi pada yang instagramnya keluar requested, walau dia follow aku, aku takkan follow dia balik... haihhh!

3 comments:

Woowww, tips berguna niii ^_^ nak try jgklaa

Yeah menarik tips- tips ni , tak perlu tunggu orang lain follow instagram kita dulu kan

mamapp said...

Tq for tips kak

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...