Jauhi Produk Kesihatan Merepek, Ikut Nasihat Pakar

8:42:00 PM Noor Akma 0 Comments

Ngeri aku dapat tau ramai pesakit yang mencari perubatan alternatif iaitu produk kesihatan merepek yang berleluasa di pasaran. Kononnya nak menyembuhkan penyakit tetapi sakit makin teruk. Ada yang mengalami kerosakan buah pinggang kronik hingga terpaksa menjalani dialisis seumur hidup. Seeloknya di jauhi produk kesihatan merepek yang entah apa-apa ni, mudarat je yang dapat.

Jauhi Produk Kesihatan Merepek, Ikut Nasihat Pakar
Jauhi Produk Kesihatan Merepek, Ikut Nasihat Pakar

Produk kesihatan biasanya memanglah ikut iklan yang di war-warkan tu semuanya bagus dan baik-baikbbelaka. Bila di amati semuanya sama sahaja. Cuma kotak pembalutnya sahaja lain-lain. Testimoni produk nampak sangat meyakinkan padabproduk supplemen dan jus merepek yang entah tak ketahuan isi kandungannya. Tapi macam ada sesuatu yang tak kena je... korang rasa?

Jauhi Produk Kesihatan Merepek, Ikut Nasihat Pakar


Kau ada penyakit, ikut nasihat pakar perubatan iaitu doktor. Makan ubat ikut preskripsi yang diberi oleh klinik kesihatan.   Ikut semua nasihat dan saranan yang diberikan oleh doktor. Tak perlulah dengar dari pihak lain dengan mengatakan tak perlu makan ubat doktor, minum jus atau makan supplemmen sekian-sekian penyakit boleh baik. Tak boleh macam tu....

Doktor ni dah terlatih. Belajar bidang perubatan bertahun-tahun dan kos belajar sangat mahal. Jadi, takkanlah nasihat dan saranan doktor tu tak betul...ya tak? Tak perlulah membazir dengan membeli produk merepek tu. Jagalah kesihatan diri dengan sepenuh hati demi orang tersayang.

Nak baca lagi tentang kesihatan klik SINI

p/s: Tapi kalau nak beli dan makan atau minum juga, tak perlulah sampai ketepikan ubat doktor... itupun kalau nak menambahkan kekayaan jutawan produk.... ish ish!

 #kredit SINI


0 comments:

GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA

11:52:00 PM Noor Akma 5 Comments

Assalamualaikum....

GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA
GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA

~ JOIN ~
*klik SINI untuk join...

CARA-CARA SERTAI GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA:


1- FOLLOW instagram Nik Ainaa (@nfa.nikainaa)

2- LIKE FB Page 'Ainaa Azlan Page'

3- FOLLOW blog Nik Ainaa

4- Buat satu entry dengan tajuk "GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA" dan letak banner kat atas (jangan lupa back link banner ke ENTRY INI)

5- Tinggalkan LINK ENTRY di ruangan komen sahaja.

CARA PEMILIHAN PEMENANG:


Pemenang di pilih berdasarkan TOP REFERRAL dan sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta, Ainaa akan tambah seorang lagi pemenang berdasarkan RANDOM.ORG

HADIAH

Minyak Sephia by Janna Nick


5 comments:

Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair, Juadah Tengahari....

7:10:00 PM Noor Akma 1 Comments

Nak sambung cerita semalam. Cerita makan tengahari yang lazat berlaukkan pucuk ubi rebus dan sambal belacan cair. Pucuk ubi tu dapat dari tapak projek  teratak kasih di Seksyen 30. Dah habis sessi beriadah dan berkelah di Tasik Shah Alam semalam, En. suami ambil kami anak beranak dan terus ke tapak projek teratak kasih. Paling seronok ramai-ramai meredah belukar kutip pucuk ubi. Boleh makan pucuk ubi  rebus dan sambal belacan cair. Sedapppp...!

Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair, Juadah Tengahari....
Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair, Juadah Tengahari....


Seronok dapat bawa anak-anak semua tengok tempat yang kita orang akan tinggal suatu hari nanti. Anak-anak pun dah tak sabar menjadikan impian ni suatu kenyataan nanti. Macam-macam angan-angan ada. Setinggi langit, setinggi gunung.... ingat macam nak buat banglo siap kolam renang ke apa...! Payahlah macam tu...hehe!

Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair, Juadah Tengahari....
Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair, Juadah Tengahari....

Apapun,  rebus pucuk ubi  dan cicah sambal belacan cair juga yang masih aku terasa. Juadah tengahari semalam itu juadah utama. Hidangan sampingan ayam goreng jer. Itupun dah terangkat habis. Masak nasi punyalah banyak. Habis licin tak sampai ke malam. Pucuk ubi tu basuh dan rebus macam tu saja. Kerja senang sangat... Resepi sambal belacan cair aku letak sini....

Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair


Bahan-bahan:

7 biji cili api
Sebesar ibu jari belacan bakar
1/3 makan sudu garam kasar
2 sudu makan gula
2 sudu makan pes asam jawa
1/4 cawan air masak

Cara-cara:

Cili api, garam kasar dan gula halus di tumbuk lumat. Masukkan belacan. Lenyek sebati. Masukkan asam jawa dan air. Gaul sebati. Dah siap.

Bolehlah di cicah dengan sayur-sayuran rebus. Sedap hingga menjilat pinggan tau.

Inilah  dia  resepi  sambal  belacan  turun  temurun  keluarga  aku.  Ada  macam-macam  cara  dan campuran sambal belacan ni.  Semuanya sedap dan menepati selera. Apapun sayur pucuk ubi segar jugalah yang sedap. Yang kat pasar tu daun ubi yang keras kematu. Sesuai bagi makan kambing jer. Nanti bila cuti lagi nak pergi  tapak projek kutip pucuk ubi lagi. Bila dah  tinggal  sana, boleh tanam pokok ubi banyak-banyak. Huhu!

Nak baca cerita semalam... klik SINI

p/s: Sebenarnya aku alergik dengan belacan tapi pantang jumpa, bila dah makan... siap sedialah ubatnya...hihi!


1 comments:

Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti...

8:13:00 PM Noor Akma 0 Comments

Cuti Tahun Baru Cina, dah bosan duduk baring-baring bergolek jer. Maka, aku dan anak-anak beriadah, berkelah di hari cuti ni di tasik Shah Alam sahaja. Jadilah kan... buat menghilangkan bosan yang tak terkira ni. Anak-anak boleh berjogging sambil beriadah, berkelah di hari cuti ni. Macam tak biasa lepak di tasik tu... hahaha!

Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti...
Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti...

Pagi-pagi lagi aku dan anak-anak berkampung di tepi tasik. Seawal 7.30 pagi tu....... Semua ke empat-empat anak ada kali ni. En. suami macam biasa balik kerja malam, terus hantar kami semua ke sana. Dia tak ikut sekali....  balik tidur la...!!

Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti...


Juadah berkelah kali ni adalah macoroni goreng bersama sosej,  permintan anak bongsu. Buat satu bungkus macoroni bawa separuh berkelah. Tak sempat nak ambil gambar macoroni masa berkelah. Ingat nak ambil gambar yang di rumah, tak sempat juga. Habis licin tinggal bekas saja.

Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti...
Beriadah, Berkelah Di Hari Cuti... beli kasut

Anak-anak berjogging tapi aku jalan-jalan je lah. Aku tak pakai kasut sukan. Dah lama teringin nak ikut di orang jogging selama ni sebenarnya. Tapi di sebabkan tak ada kasut sukan, tu yang tak jadi. Tapi hari ni aku dah terbeli kasut sukan. 

Tertengok dan terbekenan tanpa sengaja di kedai bata kompleks PKNS. Duit yang anak yang kerja sambilan bagi awal bulan ni, itulah yang aku gunakan membeli kasut ni. Harga murah puluh-puluh jer kasut aku ni. Tapi untuk aku yang  terpaksa berkira perbelanjaan ni, terketar-ketar juga.

Itulah secebis kisah hari ini. Seronok juga sesekali meluangkan masa dengan anak-anak begini. Ada dan pernah aku selitkan di blog ni kisah aku bersama anak-anak di tasik ni. Nak baca kisah itu boleh klik SINI.

p/s : Dah ada kasut sukan ni, dah berkobar-kobar rasa nak pergi jogging la pulak... hihi!


0 comments:

Lepak.... Bosan Duduk Kat Rumah Cuti Ni...

2:56:00 PM Noor Akma 2 Comments

Bila cuti umum iaitu cuti kerja dan sekolah je, automatik aku jadi bosan duduk kat rumah. Padahal aku bukannya pergi kerja. Kerja aku ni sebagai peniaga online dan blogger cuma buat di rumah je. Tapi bila melihat suami dan anak-anak cuti, aku pun rasa nak pergi jalan-jalan. Bosan juga hari- hari berada di rumah....

Lepak.... Bosan Duduk Kat Rumah Cuti Ni...
Lepak.... Bosan Duduk Kat Rumah Cuti Ni...

Tapi bagi suami aku, masa inilah dia nak rehatkan diri dari penat bekerja. Jadi, aku dan anak-anak terpaksalah lepak-lepak dan baring-baring sahaja di rumah. Seronok tengok di whatssap dan FB kawan-kawan pergi bercuti dan balik kampung... hmmm!

Lepak.... Bosan Duduk Kat Rumah Cuti Ni...


Bila mood cuti ni, mood ke laut jugak nk update entri ni. Letih memikirkan hal dan kesah apa yang nak di kongsi. Maka terciptalah entri merapu ni. Tapi tak apalah.... Hari ni ramai orang sibuk belaka.  Whatssap group pun sunyi sepi tak berbunyi. 

So, aku ajak anak-anak  lepak-lepak dan golek-golek depan tv jer. Dah macam gambar kucing yang aku kongsi di atas tu. Kutip gambar tu dari google. Comel gambar tu... kan! Tergedang semua anak beranak tidur.... Gaya tidur pun semacam jer....hahaha!

Nak tengok lagi cerita merapu aku... klik SINI

p/s : Bosannya tak terkiralah ni.... :(

2 comments:

Sifat Syukur Yang Perlu Ada...

2:57:00 PM Noor Akma 1 Comments

Sesuatu yang berharga tentulah sukar untuk mendapatkannya. Begitulah dengan sifat syukur. Syukur itu tidak boleh dipaksa. Sifat syukur itu perlu muncul dari dlm hati dengan kerelaan. Bersyukur akan menyelamatkan kita daripada kemusyrikan yang hakikatnya kerugian yang sangat besar. Astaqfirullah.....

Sifat Syukur Yang Perlu Ada...
Sifat Syukur Yang Perlu Ada...

Ciri-ciri Sifat Syukur 


Syukur itu umpama baja bagi rezeki. Jika diibaratkan pokok, ia mempunyai daun yang lebat dan rimbun. Subhanallah. Alhamdulillah. Rasa syukur akan membuat diri kita berusaha menuju Allah dan sebagai reaksinya, syukur itu akan bergerak menuju kita semula. Inilah hukum "law of gratitude". 

Hukum Sunnatullah ini menyatakan bahawa setiap aksi akan ada reaksi yang seimbang dan bergerak ke arah bertentangan. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah menerusi firman- NYA bermaksud: " Jika kamu bersyukur, sungguh pasti aku akan tambah apa yang ada pada diri kamu." (Surah Ibrahim 14:7)

Ikuti tazkirah lagi di SINI

p/s: Tazkirah pendek kutip dari fb, salam Jumaat :)

#pic fr google



1 comments:

DIY Buat Pasu Hiasan Dari Botol Minuman...

2:17:00 PM Noor Akma 5 Comments

Hari ini kita belajar buat pasu hiasan dari botol minuman. Boleh gunakan botol air berkarbonat atau botol air mineral. Aku nak belajar buat DIY ini sebab musim cuti ni ada benda yang nak dilakukan anak-anak. Boleh kitar semula botol-botol plastik. Cantik juga bila di buat pasu hiasan botol-botol ni. Boleh tambah hiasan ikut kreativiti masing-masing.

DIY Buat Pasu Hiasan Dari Botol Minuman...
DIY Buat Pasu Hiasan Dari Botol Minuman...


DIY Buat Pasu Hiasan Dari Botol Minuman...
Bahan Buat Pasu Hiasan Dari Botol Minuman...

Bahan-bahan: 

- botol minuman
- pisau 
-  gam 
- double sided tape
(jika diperlukan)

DIY Buat Pasu Hiasan Dari Botol Minuman...
Cara Buat Pasu Hiasan Dari Botol Minuman...

DIY Buat Pasu Hiasan Dari Botol Minuman...


Cara membuatnya :

- Buang label daripada botol-botol minuman itu.
- Potomg melintang botol ikut ketinggian yang dikehendaki
- Potong kedalam botol ke beberapa bahagian jaluran bersambung
- Buat sedikit potongan-potongan kecil untuk menyelitkan potongan jaluran ke dalam botol.
-  Gunakan gam atau doubel sided tap untuk mengukuhkan pasu hiasan.
- Dah siap.
*untuk lebih faham lihat gambar cara membuatnya dengan teliti.

Selepas siap, gunakan kreativiti masing-masing untuk menghias dan mewarnakan pasu hiasan ini. Untuk mewarnakan, boleh semburkan cat mengikut warna yang di sukai. Lain-lain hiasan boleh gunakan butang, riben dan apa saja objek yang cantik.  Lepas tu bolehlah diletakkan bunga hiasan yang di sukai.

DIY Buat Pasu Hiasan Dari Botol Minuman...
DIY Buat Pasu Hiasan Dari Botol Minuman...

Sekiranya tak rajin dan ada sedikit kemalasan, boleh juga jadi tempat meletakkan alat tulis. Jadi juga daripada tak tau nak buat apa. Sesiapa yang bosan tak  kemana tu.... jom kita buat DIY ni untuk mengeraskan tangan @ buat kraftangan. Kalau jadi cantik boleh jadi hadiah cenderahati jugak ni.... hehe!

Nak lagi DIY... boleh klik SINI

p/s :  Suka dengan DIY ni.... :)

#kredit SINI

5 comments:

END - NEW YEAR GIVEAWAY BY IZZATI ATHIRAH

10:02:00 PM Noor Akma 5 Comments

Assalamualaikum...


*klik SINI untuk join....

Taklah banyak mana peristiwa menarik yang ada dalam rakaman lensa kamera hp aku ni...
Cuma aku paling suka dengan gambar ni...

END - NEW YEAR GIVEAWAY BY IZZATI ATHIRAH
END - NEW YEAR GIVEAWAY BY IZZATI ATHIRAH

Gambar ni kalau yang tak tau mesti akan kata ia gambar aku bersama  dua orang anak.
Masih kecil lagi anak-anak aku...dan yang kecil masih menyusu lagi.... hahaha!

Hakikatnya aku bergambar dengan anak bongsu dan anak kepada anak buah suami aku...
Baby ni kiranya cucu akulah.... Dah jadi nenny aku ni yer...
Hepppp..... lambat lagi, masih belum layak lagi kan...hihi!

Itu jelah secebis kisah dari sebuah gambar...cak,cak!
Tarikh tamat  GA ni  31 January 2017
bye!


5 comments:

Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam

3:12:00 PM Noor Akma 3 Comments

Sekarang musim buah limau mandarin disebabkan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Ramai yang dapat buah limau mandarin percuma. Nak pula yang kerja dengan syarikat yang menyambutnya. Apatah lagi yang bekerja di bahagian yang berurusan dengan pembelian dan penjualan. Melimpah ruah dapat buah ni.... Kalau tidak pun beli kat pasaraya... hihi

Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam
Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam

Buah limau mandarin yang sinonim dengan Tahun Baru Cina ni kalau manis memang sedap di makan. Tetapi adakalanya terjumpa juga yang masam mencuka. Dah kurang sedap rasanya.... jangan di buang atau di biarkan begitu saja sehingga busulk. Ada petua yang boleh mengurangkan rasa masam dan memaniskan buah ni. Barulah sedap jadinya.

Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam


Isikan air suam kedalam sebuah bekas. Lepas tu, masukkan buah limau mandarin yang masam tu. Masukkan buah tu selama 10 minit. Tak perlu lama sangat. Keluarkan buah tu dan bolehlah di makan. Nak makan sejuk, boleh di simpan dalam peti sejuk sebentar. 

Hasilnya, buah limau mandarin akan menjadi manis atau kurang masam dari seperti sebelumnya. Bolehlah makan banyak-banyak tapi jangan berlebihan pula nanti sakit tekak dan hilang suara. 'Happy Chinese New YEAR' untuk yang menyambutnya... dan selamat bercuti!

Nak lebih banyak petua... boleh klik SINI

p/s : Esok cuti sekolah tahun baru cina dah bermula, aku pulak yang boring tak kemana.... huh!

#kredit SINI


3 comments:

Alga Mekah .... Khasiat, Manafaat Dan Cara Membiakkannya

3:52:00 PM Noor Akma 3 Comments

Benda ni mempunyai banyak nama. Alga mekah, cendawan mekah, mud-mud, kombucha tea dan beberapa nama lagi. Ia mempunyai begitu banyak khasiat dan manafaat yang tak terhingga dan tak terkira... alga mekah ni. Alga Mekah ini digunakan semenjak Dizaman Empayar T-Shing lagi dan sangat terkenal di lebih 20 buah negara .Dipercayai berasal dari Lumut Telaga Zam-zam di negara Arab. Telah di bawa ke Malaysia dalam tahun 1960an. 
Alga Mekah .... Khasiat, Manafaat Dan Cara Membiakkannya
Alga Mekah .... Khasiat, Manafaat 

Alga @ cendawan yang sangat unik dan dibiakkan di dalam rendaman air tea o manis. Tetapi air alga mekah ini rasanya masam seperti cuka. Minuman kesihatan yang boleh menyembuhkan penyakit biasanya bukanlah sesuatu yang sedap. Kalau tak pahit, pastinya rasa masam.  Tapi untuk itu, fikirkan khasiat dan manafaatnya yang cukup banyak sahaja.

Alga Mekah .... Khasiat Dan Manafaat 


* Sakit sendi dan tulang
* Merawat sakit kepala termasuk migraine
* Merawat kencing manis
* Membantu menurunkan kadar kolesterol
* Melancarkan pembuangan air besar
* Merawat masalah penglihatan
* Mencegah dan menyembuhkan batuk, bronchitis dan asma.
* Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
* Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya
* Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause
* Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi) dan sel kanser
* Mengatasi masalah impotensi/ disfungsi ereksi
* Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)
* Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah kerontokan /keguguran serta membantu masalah uban
* Menambah tenaga termasuk tenaga seksual
* Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan saraf serta berbagai macam penyakit lainnya
* Membuat tubuh senantiasa sihat dan awet muda
* Merawat sakit lumpuh (stroke)
* Dan berbagai jenis penyakit kronik

Antara lagi kebaikkan yang ditemui:

Membantu melegakan masalah sembelit.
Membantu melegakan sakit-sakit otot pada bahu dan leher/tengkuk.
Membantu melegakan masalah bronchitis, asma dan batuk.
Membantu melegakan kanak-kanak yang ada masalah berkahak (Phlegm)
Membantu melegakan masalah alergik dan juga masalah sakit saraf.
Membantu melegakan masalah buah pinggang.
Membantu melegakan masalah katarak atau masalah kornea mata.
Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis dan sakit perut
Membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit.
Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran-saluran darah.
Membantu melegakan masalah cirit-birit.

Alga Mekah .... Khasiat, Manafaat Dan Cara Membiakkannya
Alga Mekah .... Cara Membiakkannya

Alga Mekah .... Cara Membiakkannya...


Bahan-bahan: 
Air tea o manis
 (1 jag - 12 sudu gula , 1cawan -4 sudu gula)
Benih alga mekah
Botol kaca
plastik wrap
gelang getah

Cara-cara:
Masukkan air tea o manis kedalam botol. Di ikuti benih alga. Tutup botol dengan plastik wrap dan gelang getah. Tebuk beberapa lubang dengan jarum. Bolehlah di simpan . Dalam masa 2 minggu, air alga mekah dah boleh di minum. 

Cara minum:
Minum 1/4 cawan alga setiap kali dan amalkan 3 kali sehari. Boleh di minum bersama air minuman kegemaran seperti air ribena, oren atau apa saja. Aku minum dengan air masak je.

Alga Mekah .... Khasiat, Manafaat Dan Cara Membiakkannya
Alga Mekah .... 

Ini alga mekah yang telah di botolkan. Untuk yang tak rajin, boleh terus minum. Ini bukan di  buat sendiri. Alga mekah ni ada syarikat yang botolkan dan ia telah melalui berbagai ujian klinikal dan ada sijil halal.  Aku jadi stokis berdaftar dengan syarikat ni dah 5 tahun. Produk ini tak boleh di pos sebab di khuatiri pecah. Kalau nak beli, boleh buat temu janji di Shah Alam. Harga : RM 30 sebotol. Kalau beli satu dozen/sekotak boleh dapat RM20 sebotol.

Kalau ada yang berminat membeli alga mekah yang siap ada benihnya sekali seperti gambar di atas sekali, boleh juga. Harganya RM 50 sebotol. Botolnya sebesar botol jem tu. Oh ya.... kalau nak beli benihnya sahaja juga boleh di uruskan... iaitu RM10 sahaja iaitu benihnya sebesar anggaran duit 20 sen. Ada apa-apa pertanyaan, boleh whassap no. 0173215261.

Nak tau info pasal kesihatan.... klik SINI

p/s : Testimoni akan dibuat pada entri-entri akan datang... tunggu!


3 comments:

Tapak Projek Teratak Kasih Ku....

2:49:00 PM Noor Akma 2 Comments

Semalam pergi melawat tapak tanah yang akan didirikan sebuah rumah untuk kami sekeluarga. Sebuah tempat yang aku namakan tapak projek teratak kasih untuk kami sekeluarga. Tak sabarnya untuk menunggu terdirinya teratak kasih kami sekeluarga ni. Dah masuk sepuluh tahun aku menunggu sejak tapak projek teratak kasih ni di bersihkan dan di tambak buat kali pertama. 

Tapak Projek Teratak Kasih Ku....
Bergambar Tapak Projek Teratak Kasih Ku....

Tapak Projek Teratak Kasih Ku....
Gambar Tapak Projek Teratak Kasih Ku....

Bergambar di tapak tanah yang telah menjadi hutan belukar dan semak samun. Terbentang dalam bayangan ini, sebuah rumah indah tersergam di sini. Bukan bercadang nak buat banglo besar. Hanya sebuah rumah sederhana dan cantik di hiasi pokok- pokok bunga. Bolehlah juga aku beecucuk tanam sayuran serba sedikit. Di sini kawasan kampung.... boleh juga bela ayam dan itik... hahaha!

Tapak Projek Teratak Kasih Ku....
Gambar Rumah Jiran SebelahTapak Projek Teratak Kasih Ku....

Tapak Projek Teratak Kasih Ku....
Tanah Jiran SebelahTapak Projek Teratak Kasih Ku....

Ini gambar tanah jiran..... Ada yang dah bermastautin di sini dan ada juga yang masih dalam pembinaan. Itu yang membuatkan aku makin tak sabar nak percepatkan pembinaan tu. Tapi apakan daya, kena ikut langkah demi langkah dulu tapi yang pasti...... cukup bulan ni, jentolak akan bersihkan semak samun dan belukar tu. Bolehlah aku mula bercucuk tanam dulu. Bestnyerrrr...... 

Tapak Projek Teratak Kasih Ku....
Rumah Banglo JIran Di Tapak Projek Teratak Kasih Ku....

Tapak Projek Teratak Kasih Ku....
Jalan Masuk Ke Tapak Projek Teratak Kasih Ku....

Yang rumah besar di atas tu betul-betul berada di luar jalan masuk ke tapak projek kasih ini. Cantiknya, besarnya.... berangan aku sekejap. Rumah yang aku nak buat tu taklah besar tersergam macam tu. Manalah mampu. Terkial-kial rasanya memikirkan bajet lagi. Lepas ni aku nak kena buat kertas kerja sikit untuk projek teratak kasih ni. 

Tapak Projek Teratak Kasih Ku....


Tapak projek teratak kasih ini berada di Lot 4063-7, Lorong Sarkawi, Jalan Kebun, Seksyen 30, 40640 Shah Alam. Aku bagi alamat lagi tu , jangan tak percaya sudah..... Pada sesiapa yang membaca, tolong doakan projek teratak kasih aku ni berjalan dengan lancar. Semoga impin aku untuk melihatnya terlaksana sebelum hujung tahun ni menjadi kenyataan. Aminnnn.... aaminnnn....aamminnnnnnn!

Pernah buat cerita kat blog ni tentang ni kat blog.... nak baca, boleh klik SINI dan SINI

p/s : Payah sangat... bina pondok durian kat situ. Duduk sebulan dua, panggil rancangan 'Bersamamu' TV3... dapatlah rumah sebiji... hahaha! (gurau jer..... !)


2 comments:

SEGMEN BLOGLIST FEBRUARI BY SYAZHARZAYSMINME

11:28:00 PM Noor Akma 5 Comments

Assalamualaikum...

SEGMEN BLOGLIST FEBRUARI BY SYAZHARZAYSMINME
SEGMEN BLOGLIST FEBRUARI BY SYAZHARZAYSMINME

~ JOIN ~
*klik SINI untuk join....


5 comments:

Nasi Goreng Sarung Tangan Plastik... Wakaka!

3:40:00 PM Noor Akma 0 Comments

Aritu pergi beli nasi goreng di satu kedai makan ni. Bila dah siap, kakak kedai tu cakap...dik, plastik biasa dah habis. Pakai plastik yang ni, boleh? Aku yang sibuk mengadap telefon bimbit... iya kan ajelah. Tak toleh pun. Bila dah siap bungkus, nak bayar.... Allah, terkejut yang amat... nasi goreng sarung tangan plastik yang aku dapat.... wakaka!

Nasi Goreng Sarung Tangan Plastik... Wakaka!
Nasi Goreng Sarung Tangan Plastik... Wakaka!

Nasi Goreng Sarung Tangan Plastik... Wakaka!


Sebenarnya sketsa cerita di atas bukan cerita aku....Dapat cerita dan gambar ni dari group whassap kawan-kawan.... hehe! Gelak gulung-guling aku baca cerita lawak ni. Dan rasa ngeri pun ada tengok nasi goreng berbentuk tangan ni. Tak lalu nak makan.... eeeeei!!

Kepada tuan punya gambar dan cerita yang tak ketahuan ni, aku mohon maaf sebab kongsi cerita ni kat sini dan terima kasih bagi idea tulis dalam blog. Hmmm....Gelak tak habis aku bila tengok gambar tangan tu.. Ada plak kawan cakap, macam mana kalau sarung tangan tu dah digunakan. Eeeeyekkk!

Nak tengok lagi cerita lawak dalam blog ni.... klik SINI

p/s : Jom makan nasi goreng, tapi bukan dalam tapak tangan tu yer.... hihi!


0 comments:

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

10:38:00 PM Noor Akma 4 Comments

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin



GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN



4 comments:

Dapat Thank You Surprise Dari UNIFI

5:40:00 PM Noor Akma 1 Comments

Dua hari lepas dapat email dari TM, ingatkan bil macam biasa. Rupanya nak bagi hadiah... Thank You Surprise Dari UNIFI katanya. Ohhh.... mulanya terkejut dan terfikir apa hadiah TM nak bagi. Dah lama melanggan UNIFi ni, tertanya- tanya juga...hadiah apalah nak dapat. Bila isi form yang tertera, klik tengok... hadiah Thank You Surprise Dari UNIFI tu upgrade data dari plan dari 5mbps ke 10mbps. Ooooo.... panjang o aku...hehe!

Dapat Thank You Surprise Dari UNIFI
Dapat Thank You Surprise Dari UNIFI

Dah lebih dua tahun aku melanggan produk jalur lebar @ wifi UNIFI dari Telekom Malaysia. Aku tak ada la apa-pa rungutan dengannya. Cuma bila dikenakan gst aritu aku bengang sikit. Nak baca cerita tu, boleh klik SINI. Setakat ni semua bagus sahaja. Anak-anak cukup suka ad wifi UNIFI ni. Nak tengok filem dan youtube cerita korea tak ada sangkut langsung.

Thank You Surprise Dari UNIFI


Bila melanggan UNIFI, automatik dapat telefon rumah, dapat banyak channel program tv,  boleh tengok filem pilihan dan macam-macam lagilah yang aku pun kurang memahaminya. Biasanya anak-anak yang pandai menggunakannya tu....Tekan sana, picit sini itu kerja dioranglah...aku tukang tengok je. Tahu buka dan tutup je....hahaha! 

Paling aku suka, bila telefon ibubapa aku di kampung, tak ada bayaran dikenakan. Ini sebab perkhidmatan telefon rumah ke rumah tidak dikenakan bayaran. Aku taklah selalu telefon ke kampung. Tapi bila telefon tu mesti sekurang-kurangnya dalam sejam ke dua jam... kengkadang lajak sampai 3 jam... Bercakap dengan mak ni memang tak akan habis cerita... Lagipun takkan aku yang nak menamatkan perbualan, kecik hati dia pulak. Tak apa... percuma kan! 

Dapat Thank You Surprise Dari UNIFI
Dapat Thank You Surprise Dari UNIFI

Dah dapat data sampai 10 mbps ni, harap-harap talian UNIFI ni lagi laju la. Kalau tidak laju meroket, tapi akan terus laju seperti biasa. Dulu sebelum UNIFI ni pernah dengan satu produk ni..... belum setengah bulan lagi dah habis data. Nak kena top up pulak. Bila aku mengadu dan tanya, di suruhnya tukar dari broadband masa tu ke poket modem. Dah buat tapi masih sama lambatnya.  Penyudahnya disuruh ambil pakej data dan tambah bayaran bulanan. Ikutkan jugak, masih macam tu di tambah selalu sangat tak dapat  talian. Akhirnya aku campak gitu je modem tu...... Syarikat tu pun dah tak ada dahhhh... 

Talian wifi  UNIFI aku ni memang tak tutup, sentiasa ON 24 jam. Kadang-kadang bila dah tengah malam, bila nak tutup tv tu tertutup talian wifi. Anak-anak semua keluar bilik bertanya kenapa tutup wifi.... so, camne nak tutup. Memang penting sangat wifi UNIFI ni pada aku.  Aku kan seorang blogger dan dropshipper.... kalau tak ada talian wifi yang bagus, tak boleh nak buat kerja aku ni.....

p/s : UNIFI satu keperluan.... kalau tak ada sekejap pun dah menjajau.....hehe!


1 comments:

Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

10:38:00 PM Noor Akma 1 Comments

Assalamualaikum....



Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor 

3. Wajib Follow Instagram Sponsor
4. Tambah Google Plus Sponsor
 | AerillHassan | Belogs JM |

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

 6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017
Good Luck !!


1 comments:

Wanita Solehah Dan Sifat-sifatnya Menurut Al Quran Dan Hadis

3:02:00 PM Noor Akma 0 Comments

Ini adalah beberapa ayat Al Quran dan hadis yang menceritakan tentang wanita solehah dan sifat-sifatnya. Apa yang menjadi dambaan seorang Muslim akan terwujud apabila wanita yang dipilihnya untuk menemani hidupnya adalah wanita solehah. Kerana hanya wanita solehah yang dapat menjadi teman hidup yang sebenarnya dalam suka mahupun lara, yang akan membantu dan mendorong suaminya untuk taat kepada Allah. Hanya dalam diri wanita solehah tertanam akidah tauhid, akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur. Dia akan berupaya ta‘awun dengan suaminya untuk menjadikan rumah tangganya bangunan yang kuat lagi guna menyiapkan generasi Islam yang diredhai Ar-Rahman.

Wanita Solehah Dan Sifat-sifatnya Menurut Al Quran Dan Hadis
Wanita Solehah Dan Sifat-sifatnya 

Abdullah bin Amr meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah .” (Hadis Riwayat. Muslim no. 1467).

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar ibnul Khathab r.a.:

“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya, dan apabila ia bepergian si isteri ini akan menjaga dirinya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil t berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57: “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)

Berkata Al-Qadhi Iyyadh: “Tatkala Nabi menerangkan kepada para sahabatnya bahawa tidak berdosa mereka mengumpulkan harta selama mereka menunaikan zakatnya, beliau memandang perlunya memberi khabar gembira kepada mereka dengan menganjurkan mereka kepada apa yang lebih baik dan lebih kekal iaitu isteri yang solehah yang cantik (lahir batinnya) kerana ia akan selalu bersamamu menemanimu. Apabila engkau pandang menyenangkanmu, ia tunaikan keperluan apabila engkau memerlukannya. Engkau dapat bermusyawarah dengannya dalam perkara yang dapat membantumu dan ia akan menjaga rahsiamu. Engkau dapat meminta bantuannya dalam keperluan-keperluanmu, ia mentaati perintahmu dan apabila engkau meninggalkannya ia akan menjaga hartamu dan memelihara dan mengasuh anak-anakmu.”(‘Aunul Ma‘bud, 5/57)

Rasulullah s.a.w. pernah pula bersabda:
“Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu wanita (isteri ) yang solehah, tempat tinggal yang luas dan lapang, tetangga yang soleh, dan tunggangan (kenderaan) yang nyaman. Dan empat perkara yang merupakan kesengsaraan iaitu tetangga yang buruk, isteri yang jelik (tidak solehah ), kenderaan yang tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, disahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282).

Ketika Umar ibnul Khaththab bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki?” Beliau menjawab:

“Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa berzikir dan isteri mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan Asy-Syaikh Albani t dalam Shahih Ibnu Majah no. 1505).

Cukuplah kemuliaan dan keutamaan bagi wanita solehah dengan anjuran Rasulullah bagi lelaki yang ingin menikah untuk mengutamakannya dari yang selainnya. Baginda bersabda:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466).

Empat hal tersebut merupakan faktor penyebab dipersuntingnya seorang wanita dan ini merupakan perkhabaran berdasarkan kenyataan yang biasa terjadi di tengah manusia, bukan suatu perintah untuk mengumpulkan perkara-perkara tersebut. Demikian kata Al-Imam Al-Qurthubi. Namun zahir hadis ini menunjukkan boleh menikahi wanita kerana salah satu dari empat perkara tersebut, akan tetapi memilih wanita kerana agamanya lebih utama. (Fathul Bari, 9/164).

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Yang sepatutnya bagi seorang yang beragama dan memiliki muruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk pandangannya dalam segala sesuatu terlebih lagi dalam suatu perkara yang akan tinggal lama bersamanya (isteri ). Maka Rasulullah memerintahkan untuk mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana hal ini merupakan puncak keinginannya.” (Fathul Bari, 9/164)

Al-Imam An-Nawawi berkata: “Dalam hadis ini ada anjuran untuk berteman atau bersahabat dengan orang yang memiliki agama dalam segala sesuatu kerana ia akan mengambil manfaat dari akhlak mereka (teman yang baik tersebut), berkah mereka, baiknya jalan mereka, dan aman dari mendapatkan kerosakan mereka.” (Syarah Shahih Muslim, 10/52).

Wanita Solehah Dan Sifat-sifatnya Menurut Al Quran Dan Hadis


Allah SWT berfirman: “Wanita (isteri ) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.” (Surah An-Nisa: 34)

Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan di antara sifat wanita solehah adalah taat kepada Allah dan kepada suaminya dalam perkara yang ma‘ruf lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa‘di t berkata: “Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: “Wanita solehah adalah yang taat,” yakni taat kepada Allah, “Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada.” Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada (sedang bepergian), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.” (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri -isteri nya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada Rasul-Nya:

“Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri -isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, ‘abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis.” (Surah At-Tahrim: 5)

Untuk membaca lebih banyak tazkirah yang di kongsi di blog ni klik SINI

p/s : Sekian adanya..... salam jumaat :)

#kredit SINI


0 comments:

GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

10:09:00 PM Noor Akma 4 Comments


Assalamualaikum..

 GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.

 GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017
 GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017





Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian...



4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...