Nuffnang : Cara Nak Dapat Pendapatan Darinya.....

12:36:00 PM Noor Akma 7 Comments

Minggu lepas aku ada buat entri pasal dapat cheque nuffnang dan ada beberapa blogger baru yang bertanya.... cara nak dapat pendapatan dari nuffnang. Jadi aku rasa terpanggil nak berkongsi serba sedikit tips yang aku tahu dan rasakan berkemungkinan. Yang sebenarnya aku pun bukanlah blogger yang pandai nak mengulas perkara ni. Tapi bolehlah setakat nak berkongsi pendapat sesama blogger cara nak dapat pendapatan dari pengiklanan nuffnang.

Nuffnang : Cara Nak Dapat Pendapatan Darinya.....
Nuffnang : Cara Nak Dapat Pendapatan Darinya.....

Sebelum nak cerita pasal tips dan cara nak dapat pendapatan @ duit dengan nuffnang, kenalah tepek kod iklan nuffnang di blog. Ini ramai blogger yang tahu dan faham macm mana nak buat. Untuk blogger baru, boleh google. Banyak blog yang ajar cara-caranya dengan terperinci iaitu cara nak sign up hingga cara nak letak widget kod html nuffnang di tempat yang sesuai pada blog.

Cara Nak Dapat Pendapatan Dari Pengiklanan Nuffnang.


1. Rajin buat entri. Kalau tidak, macam mana orang nak singgah kat blog. Blog kena sentiasa relevan, baru ramai pengunjung.

2. Cari lebih ramai follower di blog. Manalah tahu, dengan begitu akan ada pengunjung setia. Caranya kena rajin join segmen, giveaway dan apa saja melibatkan blogger di blog.

3. Kenalah rajin blogwalking blog kawan-kawan blogger dan tinggalkan jejak iaitu komen blog diorang.

4. Sementara tu, klik la iklan nuffnang yang menari-nari di blog kawan-kawan blogger ..... Janganlah kedekut. Rajin2kan diri sedekahkan klik tu. Dapat pahala juga tu.

5. Tapi..... ingat! Jangan sekali-kali klik iklan di blog sendiri. Tak ada faedah dan manafaat... hehe!

Itulah antara perkara yang selalu aku buat untuk mendapatkan pendapatan dari nuffnang. Cuma blogwalking dan klik iklan tu dah agak jarang aku buat sejak lappy aku ni lembab lambat loading. Memanglah pendapatan pengiklanan nuffnang ni tak menentu. Taklah selumayan pengiklanan lain seperti adsense dan innity. Tapi boleh jugalah menampung serba sedikit. Sikit-sikit, lama-lama bertimbun juga ....kan!

Ada baru-baru ni aku dapat tahu, bukan semua bloggger bernasib baik dengan nuffnang ni, blogger yang di kenali dan banyak pengunjung pun belum tentu boleh dapat pendapatan bagus dari nuffnang. Jadi pandai-pandailah gunakan tips yang di beri tu. Dah letak iklan nuffnang, kenalah pastikan kita memberi perhatian atas kewujudannya... Ya tak?

Jika nak baca entri tentang nuffnang di blog ini .... klik SINI

p/s: Tips ini dikongsi suka-suka jer.... semoga ada manafaatnya!


7 comments:

GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, Jom Menginap Dan Makan-makan Di Sini...

12:50:00 PM Noor Akma 0 Comments

Jika korang ada urusan atau bercuti di kawasan lembah klang ni, mencari hotel yang cantik, mesra alam semulajadi, di tengah pusat bandar dan mempunyai beberapa restoran yang halal, boleh ke Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Anda pasti sangat berpuashati kerana Grand BlueWave Hotel Shah Alam merupakan sebuah hotel 5 bintang yang kini telah menerima pengiktirafan sebagai sebuah hotel 5 bintang pertama di rautau asia  tenggara yang semua kemudahan dan tempat makannya telah mendapat anugerah the Highest Halal Friendly Rating by Crescentrating.


GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, Jom Menginap Dan Makan-makan Di Sini...
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Grand BlueWave Hotel Shah Alam dilengkapi dengan 341 bilik penginapan keseluruhannya. Baru-baru ini telah diubahsuai dengan gaya yang elegan berkonsep kontemporari dengan tiga warna tema yang berbeza iaitu hijau, maron dan biru. Manakala di tingkat Bluewave Club, disediakan lengkap dengan segala keperluan untuk ahli korporat antarabangsa. 

GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, Jom Menginap Dan Makan-makan Di Sini...
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Sesuai dengan konsep hotel yang menyediakan khidmat mesra dan halal, pada masa tertentu dalam sehari, kolam renang hanya di khaskan untuk wanita sahaja. Demi meletakkan keselesaan pelanggan sebagai matlamat utama, beberapa bilik di Grand BlueWave Hotel Shah Alam mempunyai pemandangan paling indah berlatarbelakang Masjid Biru @ Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz yang terkenal di Shah Alam. Pelbagai bilik lengkap tersedia bermula dari Bilik Deluxe hingga Presidential Suite.

GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, Jom Menginap Dan Makan-makan Di Sini... 


Sesuai juga dengan slogan hotel “Southeast Asia’s First 5 Star Hotel Accredited with the Highest Halal Friendly Rating by Crescentrating”, GBWHSA kini mengalu-alukan semua pelancong di seluruh dunia. Walaupun pendekatan nilai Halal, idea itu diterima baik oleh kumpulan majoriti, rakyat Malaysia, yang diikuti oleh Jepun, Cina dan India sebagai kumpulan teratas dalam senarai tetamu di hotel.

GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, Jom Menginap Dan Makan-makan Di Sini...
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, Jom Menginap Dan Makan-makan Di Sini... 

Pengurus Hotel, Tuan Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim dipetik berkata, "Semua tetamu kami teruja dengan konsep Mesra-Travel Halal di hotel. Sebagai pengiktirafan ISO AR3363 dan OHSAS SR0405 adalah salah satu daripada strategi kami dalam memastikan kualiti dan memberikan nilai perkhidmatan yang baik untuk semua tetamu. Semua tetamu yang pulang dan kembali dengan lebih daripada nilai kepuasan. " Kelayakan Halal telah diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang disahkan  di empat restoran di dalam hotel iaitu Royale Songket Restaurant, Borak-Borak Lounge, Agehan Japanese Restaurant dan Tung Yuen Chinese Restaurant.

GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, Jom Menginap Dan Makan-makan Di Sini...
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, Jom Menginap Dan Makan-makan Di Sini... 

Hotel GBWHSA juga menyediakan beberapa pakej perkahwinan yang boleh di tempah. iaitu package ombak Qaseh, Ombak Cinta, Ombak Rindu dan Ombak salju. Pakej yang disediakan ini boleh dipilih disesuaikan dengan bajet majlis perkahwinan anda. Semestinya majlis perkahwinan anda akan menjadi majlis yang paling indah dan paling di ingati oleh para tetamu. Ada juga package akad nikah, honeymoon, Candle Light Dinner dan Birthday party@hi-tea . Conference & meeting package juga ada di senaraikan. 

GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, Jom Menginap Dan Makan-makan Di Sini...
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, Jom Menginap Dan Makan-makan Di Sini... 

Pendek kata di GBWHSA anda akan berasa sangat puashati dengan setiap kemudahan dan layanan mesranya. Hotel ini terletak di kawasan yang sangat strategik di antara pusat pentadbiran Bandaraya Shah Alam dan pusat perdagangan kormesial Shah Alam. Juga Shah Alam bukan sebuah bandaraya yang mengalami kesesakan lalulintas. Ia tak terlalu jauh dari bandaraya Kuala Lumpur dan KLIA. 

Untuk sebarang pertanyaan dan sila hubungi :

Tel: (603) 5511 8811
Fax: (603) 5511 8899
Email: info@bluewavehotels.com
Web: www.bluewavehotels.com

Lokasi :
Grand BlueWave Shah Alam
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

p/s :  Untuk membaca entri yang pernah menceritakan tentang GBWHSA, boleh klik SINI...

0 comments:

Nak Naik Bas Percuma Smart Selangor Kenalah Pastikan No. Bas Yang Betul...

12:01:00 PM Noor Akma 1 Comments

Kelmarin balik dari klinik kesihatan , aku naik bas percuma Smart Selangor no. 01 dari Hospital Shah Alam. Aku turun di Stesen  Komuter Seksyen 19. Selepas tu ambil bas percuma Smart Selangor no. 03 untuk ke seksyen 24. Ada pula penumpang yang dah tersalah naik bas. Itu la, aku tulis cerita ni sebab ari tu aku kesian tengok ada yang dah tersalah bas gitu. Nak jadi sebab, tak nak buka mulut untuk bertanya. Kalau tak nak tanya orang lain, tanyalah drebar bas tu.

Nak Naik Bas Percuma Smart Selangor Kenalah Pastikan No. Bas Yang Betul...
 Bas Percuma Smart Selangor 

Ceritanya masa menunggu bas di Terminal Bas Setesen Komuter Seksyen 19, ada tiga orang tu, asyik tengok jam dan bercakap sesama sendiri yang diorang dah hampir terlewat nak pergi kerja. Aku dengar rasanya dia sebut nak ke SACC rasanya bila ditanya oleh seorang perempuan India separuh umur. Nak tak nak saja jawapannya. Bila drebar bas masuk dalam bas, berderet penumpang terus nak masuk ke dalam bas. Aku tunggu dulu, sebab bila bas di hidupkan enjin baru terpapar no. bas... 03, Jadi baru boleh naik. Tiga orang tu main redah sahaja.

Aku dah kehairanan dibuatnya, nak pergi mana diorang tu. Mungkin aku silap dengar kot. Diorang mungkin nak pergi kat kawasan komersial seksyen 18 agaknya.... Yelah, di mana lagi ada tempat membeli-belah dikawasan perumahan dalam laluan bas 03 ni. Bila bas melalui kawasan seksyen 18 diorang tak pula turun. Aku tengok diorang relak jer.

Nak Naik Bas Percuma Smart Selangor Kenalah Pastikan No. Bas Yang Betul...
Nak Naik Bas Percuma Smart Selangor Kenalah Pastikan No. Bas Yang Betul...

Tapi selepas melalui seksyen 17 dan patah balik memasuki seksyen 24, diorang dah mula resah, saling memandang sesama sendiri dan berbisik-bisik. Sahlah pada aku diorang dah salah bas. Terperasan aku dah tau situasi mereka, diorang tunjuk senyum kelat pada aku... hahaha! Tu ler, kena pastikan laluan dan no. bas. Mana boleh main redah jer walaupun bas percuma. Buang masa saja tapi kalau saja-saja nak ronda tak apalah yek.... hihi!

Nak Naik Bas Percuma Smart Selangor Kenalah Pastikan No. Bas Yang Betul...


Dari info yang telah aku dapat, di kawasan Shah Alam ni ada empat no. bas bermaksud 4 laluan. Bas no. 01, bermula dari Stesen Komuter Seksyen 19 melalui  Balai Bomba seksyen 15,  Dataran Shah Alam (berhadapan Plaza Alam Sentral), Bangunan SUK, pintu masuk Utama UITM, Kawasan kormesial seksyen 7, Hospital Shah Alam dan patah balik dari semua kawasan tu ke Stesen Komuter Seksyen 19.

Bas no. 03, bermula dari Stesen Komuter Seksyen 19 ke pusat komersial seksyen 18 melalui perumahn Seksyen 19 dan 18, lepas tu ke  Terminal Bas seksyen 17 dan memasuki kawasan perumahan seksyen 24 dan seterusnya patah balik ke perumahn Seksyen 19 dan 18 terus ke Stesen Komuter Seksyen 19 kembali.

Bas no. 04 pula bermula dari Stesen Komuter Seksyen 19 ke klinik kesihatan seksyen 19, seterusnya ke pusat kormersial seksyen 20, ke hospital KPJ seksyen 20 melalui sekolah SRAI dan seterusnya kembali ke Stesen Komuter Seksyen 19.

Manakala Bas no. 02 agak berlainan sama sekali. Bermula dari Kompleks PKNS memasuki Dataran Kemerdekaan berdekatan Masjd Negeri, memasuki seksyen 9, Pusat Akuatik, Pusat Komersial Worlwide, AEON Mall, Giant Seksyen 13, Politeknik SSAAS, Stesen komuter Batu Tiga, Mutiara Subang dan lepas tu patah balik ke tempat-tempat sebelumnya.

Pening jugalah yer.... Aku kenalah kaji serba sedikit sebab nak menggunakan pengangkutan awam nanti. Aku ni nama je ada lesen memandu, tapi agak penakut nak bawa kereta. Lebih-lebih lagi sekarang ni en. suami ada van vannete je. Nak memandu macam mana la pulak .... rasa macam bawa lori je. 

Aku bayangkan begini..... Dari rumah  aku kalau nak ke Aeon Mall Seksyen 13. Ambil bas no. 03 ke Stesen Komuter Seksyen 19, ambil  pula bas no. 01 ke Dataran Shah Alam. Jalan kaki sikit ke kompleks PKNS. Dan tunggu bas no. 02 ke Aeon Mall. Wahh.... 3 bas tu, penat juga nak turun naik bas ni... tapi kalau nak seribu daya...... percuma... jangan salah naik bas, sudah..... hehe!

Dah pernah cerita tentang bas percuma ni dalam blog sebelum ni.... nak baca klik SINI

p/s: Dah 2, 3 kali aku naik bas 01 dan 03 ni, dalam bas ada wifi percuma tapi aku pula jenis tak boleh membaca dalam kenderaan.... pening!



1 comments:

Klinik Lagi, Check Up Biasa ...

1:51:00 PM Noor Akma 1 Comments

Dulu, masa sibuk beranak pinak, pergi check up mengandung, check up anak kecil. Kini check up juga tapi check up biasa untuk diri sendiri pulak. Apa nak di kata lagi.... check up biasa jer, bukan check penyakit yang berat pun.... Ya dak? Inilah yang di namakan kehidupan yang perlu di teruskan. Tapi, setakat ini kesihatan aku sangat terkawal. Tak rasa pun ada penyakit apa-apa. Masih sihat wal'afiat jer.

Klinik Lagi, Check Up Biasa ...
Klinik Lagi, Check Up Biasa ...

Ni aku ceritalah sedikit kronologi lebih kurang 3 tahun lepas sewaktu aku mula terjebak dan mula terpaksa melakukan rutin klinik iaitu check up 3 bulan sekali dan makan ubat setiap hari. Ada satu waktu tu aku terkena allergik yang sangat teruk sehingga badan dan muka aku gatal-gatal dan merah mengelupas. Aku memang allergik makanan laut. tapi tak pernah jadi seteruk macam tu.

Klinik Lagi, Check Up Biasa...


Nak tak nak kenalah pergi ke kinik untuk menyelesaikan masaalah ni. Apatah lagi waktu tu aku masih berniaga. Kalau dah muka merah mengelupas macam ni, macam mana nak berniaga dan jumpa orang ramai. Memang sangat menyeksakan diri betul la. Bila dah ke klinik mestilah kena check tekanan darah. Dah tentulah tekanan darah aku tinggi sebab mood tengah stress sangat waktu tu.

Apalagi, selain dapat ubat untuk allergik aku tu.... aku dapat ubat menurunkan tekanan darah tinggi. Waktu di suruh ke klinik sebulan sekali. Dalam pada tu check darah juga. Semua normal macam biasa jer.  Dia ada juga tanya sejarah keturunan keluarga. Memanglah ada, malah adik-adik aku dah lama makan ubat darah tinggi dan kencing manis ni. Mak aku pula ambil ubat pakai suntikan..... hmmm!

Klinik Lagi, Check Up Biasa ...
Klinik Lagi, Check Up Biasa ...

Dapat ujian darah aku dari makmal, 6 bulan selepas tu dapatlah aku kad hijau menandakan aku seorang pesakit diabetis di Malaysia. Ada juga aku tanya doktor, kenapa?  Sebab ujian darah yang ambil kat jari tu tak pernah lebih dari 7.5 jer selepas aku makan sekenyang-kenyangnya sebelum ke klinik. Doktor tu kata ini untuk kawalan dan bla bla bla... Entah apalagi penerangannya (kurang faham, maklum belajar tak tinggi...hihi!)

Apa nak kata lagi..... kan? ikut sahajalah demi untu kesihatan diri sendiri juga. Sejak itu bermulalah rutin harian aku tiap hari, pagi dan malam makan ubat yang diberikan oleh klinik kesihatan. Itu yang setiap 3 bulan sekali pergi klinik dan sebulan sekali ambil ubat. Jika ambil ubat saja, en suami yang tolong ambilkan. Kadang-kadang, sesekali terlupa juga makan ubat tu, apapun kena ingat selalu.... hihi!

Nak baca cerita merapu aku kat blog ni, klik SINI....

p/s: Biasalah kalau check up tu makan masa setengah hari, cuma agak kebosanan dan pening tengok ragam orangramai kat klinik tu.....



1 comments:

Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S.A.W.

1:18:00 PM Noor Akma 0 Comments

Pada usia kecil, sangatlah tidak wajar bagi ibu bapa menggunakan kata-kata yang kasar dan keras apatah lagi memukulnya dengan tujuan mendidik anak kecil inj. Anak-anak dalam usia ini sangat sensitif baik perasaan mahupun jasmani mereka. Jadi, Bagaimanakah mendidik anak kecil yang kurang daripada dua tahun agar dia boleh mendengar cakap dan tidak terlalu nakal. Bolehkan menggunakan percakapan yang keras bagi membentuknya...

Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S.A.W.
Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S.A.W.

Kadangkala kita jadi buntu apakah cara terbaik untuk mendidik anak-anak supaya mereka mudah dengar kata, menjadi anak yang baik dan tak mudah melawan ibu bapa. Sebenarnya usia dua tahun adalah masa yang sangat aktif bagi anak-anak, kerana pada usia ini pertumbuhan fizikal dan perkembangan mentalnya sedang meningkat. Situasi ini mesti dihadapi oleh setiap ibu bapa yang mempunyai anak yang normal.

Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S.A.W.


Sebagai ibu bapa Muslim, kita sangat disarankan mencontohi cara Rasulullah S.A.W melayan kanak-kanak. Baginda sangat menyayangi cucu-cucunya Hasan dan Husain. Bahkan ketika baginda sedang menjadi imam yang diikuti oleh jemaah lain, kedua cucunya memanjat tengkuk menyebabkan baginda melamakan waktu sujud demi menjaga kedudukan cucunya.

Setelah selesai solat, para sahabat bertanya mengapa terlalu lama baginda sujud, mereka bertanya adakah baginda menerima wahyu ketika itu. Rasulullah menjelaskan tentang peristiwa yang terjadi. Pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah ini menunjukkan bahawa pada usia kanak-kanak ini, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan kelembutan. Jika ingin mencegah kesilapan yang dilakukan, buatlah dengan kelembutan dan kasih sayang.

Baginda menyuruh agar umat Islam memerintahkan anak-anak yang berumur tujuh tahun mengerjakan solat, namun jika umur 10 tahun tidak mengerjakan solat maka pukullah mereka. Ertinya keizinan memukul anak dalam pendidikan Rasulullah S.A.W adalah ketika anak berumur 10 tahun, itupun jika mereka melanggar perintah Allah SWT iaitu meninggalkan solat.

Namun pukulan yang dimaksudkan bukanlah memukul dengan kemarahan tetapi dengan unsur mendidik dan kasih sayang. Lebih baik ibu bapa menunjukkan akhlak yang mulia di depan anak-anak agar mereka dapat meniru keperibadian yang mulia tersebut. Setelah itu banyakkan berdoa agar mereka mempunyai hati yang lemah lembut, budi pekerti mulia serta menjadi anak yang soleh dan solehah.

Didiklah dengan cara berhemah dan ingatlah ibubapa adalah cerminan anak-anak. Jadi jagalah perlakua, tingkahlaku, percakapan dan tabiat kita sebagai ibubapa. Anak-anak kecil ini sangat mudah meniru dengan apa yang kita buat dan percakapan kita. Ini pernah terjadi pada jiran aku.... apabila  anak kecil memaparkan tingkah laku ibu bapa di depan orang luar. Mana nak letak muka ooi....

Itu je la tazkirah lebih kurang hari ini, nak baca tazkirah yang lain.... klik SINI

p/s :  Salam Jumaat kalian semua.... :)


0 comments:

Air Mandian Herba Dalam Pantang....

11:37:00 AM Noor Akma 0 Comments

Sudah menjadi kebiasaan bagi orang Melayu akan menyediakan air mandian herba dari daun-daun herba yang berkhasiat untuk wanita baru lepas melahirkan anak @ lepas bersalin iaitu waktu dalam pantang. Ada yang melakukan selama 44 hari genap berpantang. Tapi ada yang melakukan kurang dari itu. Aku melakukan dalam tempoh tujuh hari sahaja mandi air mandian herba dalam pantang ni. Selebihnya mandi air panas sahaja sehingga habis pantang. 

Air Mandian Herba Dalam Pantang....
Air Mandian Herba Dalam Pantang....

Macam-macam ramuan air mandian yang aku jumpa masa buat carian di internet. Zaman sekarang ramai yang tak ada masa dan tak mengenali herba-herba mandian ni. Dah ada yang jual herba mandian untuk membuat air mandian dalam pantang. Suatu inovasi jugak tu dalam mencari dan mencapai peluang perniagaan.

Tapi yang ingin buat sendiri, tak ada salahnya. Kalau tak jumpa dan susah nak dapat daun-daun herba yang lain, abaikan ajelah. Bahan-bahan yang biasa di gunakan dalam masakan biasanya di gunakan dalam mandian dalam pantang. Jadi taklah susah. Boleh di beli di pasar biasa. Bahan herba yang lain-lain  tu biasanya boleh didapati dengan mudah di kampung, tapi takde jual di bandar.

Air Mandian Herba Dalam Pantang....


Bahan-bahan:
- Serai
- Halia
- Daun Pandan
- Daun Limau Purut
- Lengkuas
- Halba Campur (dibunjutkan)
- Daun Jambu Batu*
- Daun Serai Wangi*
- Daun Lengkuas*
- Daun Senduduk*
- Daun Inai*
- Daun Pisang Kelat(pisang hutan)*
(yang bertanda * kalau takde pun tak apa aihh... !)

Cara membuatnya:

Ikutlah kesesuaian anggaran bahan-bahan untuk merebusnya iaitu separuh dari periuk besar. Air di isi sampai penuh. Rebus sehingga mendidih dan air bertukar ke warna air teh. Bila nak digunakan untuk mandi, tambah lagi air paip kedalam air mandian sehingga air menjadi suam dan sesuai di buat mandi.

Mandi air rebusan daun herba ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Air rebusan herba ini boleh di rebus kembali sehingga 2 - 4 kali rebusan. Selepas  itu, boleh ditukar kepada air rebusan yang baru. Air mandian ni digunakan ibu yang baru bersalin 2 kali sehari iaitu di waktu pagi dan petang. Pada Ibu yang berpantang ia akan  dapat membantu melancarkan pengedaran darah, membuang angin dalam badan, mengembalikan kesegaran dan menigkatkan aura dalaman serta berfungsi sebagai aroma untuk menghilangkan stress.

Ia juga dapat mengendurkan dan merehatkan urat saraf dan mempercepatkan proses ibu berpantang menjadi sihat dan dapat menjaga anak yang baru dilahirkan seterusnya keluarga. Itulah serba sedikit pengetahuan yang aku tahu dari pemerhatian aku dan pengalaman sewaktu bersalin dahulu. Tanya juga pada orang-orang lama dan orang tua di kampung.

Sebelum ni pernah aku buat cerita pasal jadual pemakanan ibu dalam pantang..... nak baca, klik SINI

p/s:  Ada pengalaman... Air mandian aku tu sangatlah gatal dek daun pisang berisi semut yang bersarang. Puas bergaru lepas tu.... hihi!

#pic fr SINI


0 comments:

Tips Penjagaan Kulit Wajah Dan Mengekalkan kelembapan Wajah

1:30:00 PM Noor Akma 3 Comments

Bila sudah meningkat usia, kulit wajah tak boleh lari dari mengalami kedutan .Kulit berkedut sering dikaitkan dengan usia tua. Tapi jangan terkejut jika di katakan orang muda seawal 25 tahun juga boleh mengalami kedutan di wajah. Cuba anda berdiri di hadapan cermin dan senyum. Cuba anda lihat di sekitar mata anda. Jika garis-garis kecil kelihatan di sekitar mata anda, bersiap sedialah kerana kulit wajah anda sedang mengalami proses kedutan.

Tips Penjagaan Kulit Wajah Dan Mengekalkan kelembapan Wajah
Tips Penjagaan Kulit Wajah Dan Mengekalkan kelembapan Wajah


Antara punca wajah berkedut di usia anda ialah kurangnya lembapan di wajah. Ramai yang beranggapan, mencuci muka dengan kerap itu bagus. Terlalu kerap mencuci muka juga boleh mengurangkan kelembapan pada wajah.

Antara tips penjagaan kulit wajah yang anda boleh amalkan untuk mengekalkan kelembapan wajah anda ialah :


1. Banyakkan minum air putih.
2. Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Penggunaan pencuci muka yang sesuai.
4. Jika kulit terasa kering, gunakan masker yang tinggi lembapan. Penggunaan masker juga boleh memberi kelembapan pada wajah dengan cepat.
5. Sebelum tidur, gunakan krim malam yang mempunyai kadar lembapan yang tinggi. Vitamin E juga amat bagus untuk mengekalkan lembapan wajah.

Anda tak dapat menjauhi kesan penuaan pada kulit wajah. Tapi anda boleh melambatkan proses penuaan itu dengan menjaga diet pemakanan dan menggunakan alat penjagaan wajah dengan betul. Ia akan menjadikan diri anda jauh lebih muda dari usia sebenar.

Jadi, jagalah kesihatan dan pemakanan anda. Demi wajah dan tubuh badan yang sihat sejahtera. Anda pasti berasa bangga apabila mendapat pujian rakan-rakan apabila dikatakan 'nampak muda' dari usia. Untuk lebih mengetahui dan membaca tips kecantikan klik SINI

p/s: Gigih juga nak menjaga pemakanan ni, sekali sekala terbabas juga..... :)


3 comments:

Dapat Cheque Nuffnang Lagi.... ^-^peace!!

12:59:00 PM Noor Akma 11 Comments

Setelah menunggu lebih sebulan, akhirnya cheque nuffnang sampai kelmarin. Alhamdulillah, walau tak sebanyak jumlah cheque yang terdahulu... jadilah. Ini kali ke empat aku menunaikan cheque nuffnang sejak mula berblog 6 tahun lalu.  Taklah banyak jumlah keseluruhan yang pernah aku dapat setakat ni.... kurang sedikit dari dua ribu lebih je.

Dapat Cheque Nuffnang Lagi.... ^-^peace!!
Dapat Cheque Nuffnang Lagi.... ^-^peace!!

Entah kenapa nuffnang sekarang dah tak semeriah dulu. Kempen CPUV pun dah jarang dapat banyak seperti dulu. Apatah lagi CPC.... takde orang nak klik iklan nuffnang dah... isk! Atau mungkin dah banyak blog yang tumbuh di alam maya ni kot.... Jadi, banyak tempat yang nuffnang nak di agihkan. Tu yang jadi berkurang pendapatan.... andaian aku je la.. hurm! 

Dapat Cheque Nuffnang Lagi.... ^-^peace!!


Nuffnang sekarang pun lebih berhati-hati dan bersikap tegas dengan setiap cpuv dan cpc yang di terima. Buktinya kita takkan dapat pendapatan penuh seperti yang tertera pada jumlah pendapatan pada akaun nuffnang kita sebelum di keluarkan. Hampir lima puluh hengget jugak la kena tolak. Tapi rasanya takde plak aku klik iklan nuffnang kat blog sendiri..... Entahlah, nak tak nak, kena redha jer... !

Duit yang dapat, aku bercadang nak beli blouse anak-anak. Bulan lepas, aku dah belikan seluar jeans mereka. Dah lama tak membeli pakaian untuk berjalan-jalan pada anak-anak. Lagipun bila dapat duit macam ni... biarlah ada benda yang nampak. Kalau sekadar di buat makan minum macam tak seronok rasanya.

Nantilah, cheque dah masuk bank. Tunggu beberapa hari, dapatlah duit tu. Aku nak beli baju secara online jer. Lebih mudah klik dan klik dan pilih. Bila dah siap memilih dan membeli, aku tunjuk lagi kat blog ni. Tungguuuuuu! Nak baca cerita aku tentang nuffnang di blog ni..... klik SINI

p/s: Duit nuffnang ni,  walaupun sikit..... lepas jugalah sesak!


11 comments:

Love Food Hate Waste Agehan Set Menu @ Agehan Japenese Restaurant GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

10:55:00 AM Noor Akma 1 Comments

Love Food, Hate Waste adalah kempen yang berasal dari United Kingdom pada tahun 2007 dengan tujuan untuk mengurangkan jumlah sisa makanan. Kempen ini telah di iktraf dan dijalankan oleh banyak negara lain untuk membantu menjimatkan wang dan mengurangkan sisa makanan yang dibuang. Membazir makanan bermakna bahawa semua sumber yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang juga sia-sia, sebagai contoh, air, tanah dan bahan api. Oleh itu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menerima cabaran 'Love Food, Hate Waste' dalam mewujudkan kesedaran mengenai kempen ini kepada orang ramai pada cara yang betul untuk tidak membazir makanan dengan mempromosi  Set Menu baru di Agehan Japanese Restaurant.

Love Food Hate Waste Agehan Set Menu
Love Food Hate Waste Agehan Set Menu @ Agehan Japenese Restaurant
 GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Di Agehan Japanese Restaurant, diperkenalkan  masakan eksklusif Jepun Menu Agehan Set terkini diketuai oleh Eksekutif  Sous Chef, Chef Firdaus Ismail. Bagi mereka yang berkeinginan dengan makanan Jepun yang disahkan Halal, tidak akan  berasa was-was untuk makan di Agehan Japanese Restaurant. Agehan Set Menu sesuai untuk sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap hidangan dan tersedia dalam tiga set, setiap setiap set terdiri daripada starter, sup, hidangan utama, pembuka selera, pencuci mulut dan minuman.
Love Food Hate Waste Agehan Set Menu
Love Food Hate Waste Agehan Set Menu

Love Food Hate Waste Agehan Set Menu @ Agehan Japenese Restaurant GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Set pertama dipanggil sebagai Sashimi Gozen, berharga RM68.00 + seorang. Set ini adalah set yang istimewa dengan starter of Chuka Kuraage (Jellyfish), Chuka Idako (Baby Octopus), Yasai Salada (Japanese Salad with Dressing), Chawan Mushi (Japanese Egg Custard) and Miso Shiro (Miso Soup). Set ini di teruskan dengan menu set utama iaitu Teppanyaki iaitu Ika (Squid), Ebi (Prawn), Tori (Chicken) dan dua pilihan nasi Yakemeshi (Fried Rice) atau Gohan (Japanese Shortgrain Rice). Tidak di lupakan, hidangan pembuka selera pada set ini adalah pelbagai jenis Sashimi iaitu Tako (Octopus), Abura Bozu (White Tuna), Maguro (Tuna), Shake (Salmon) and California Temaki (California Hand Roll).

Set kedua adalah Sushi Gozen, berharga RM58.00+ seorang dengan starter Chuka Kuraage (Jellyfish), Chuka Idako (Baby Octopus), Yasai Salada (Japanese Salad with Dressing), Chawan Mushi (Japanese Egg Custard) and Miso Shiro (Miso Soup). Di iringi beberapa menu utama Teppanyaki iaitu Ika (Squid), Ebi (Prawn), Tori (Chicken) dan dua pilihan nasi, Yakemeshi (Fried Rice) atau Gohan (Japanese Shortgrain Rice). Berbeza dengang set yang pertama,  hidangan pembuka selera pada set ini adalah pelbagai jenis Sushi seperti Tako Sushi (Octopus Suhsi), Maguro Sushi (Tuna Sushi) dan Shake (Salmon Sushi), ada juga pelbagai Makimono seperti Kappa Maki (Cucumber Maki) dan Kani Maki (Crabstick Sushi).

Set yang ketiga adalah Tempura Gozen, berharga RM48.00+ seorang. Starter  kepada set ini sama dengan kedua-dua set sebelum ini Teppanyaki iaitu Ika (Squid), Tori (Chicken), Yasai (Vegetable), Saba Shioyaki (Grilled Mackerel Fish with Salt) dan dua jenis nasi, Yakemeshi (Fried Rice) atau Gohan (Japanese Shortgrain Rice). Set ini berakhir dengan pembuka selera dari Tempura Moriawase seperti Ebi (Prawn), Kizu (Fish), Carrot, Brinjal dan Shitake.

Kesemua set ini berakhir dengan pencuci mulut Jepun yang menyegarkan dan minuman air buah-buahan, Green Tea Ice cream dan Hot atau Cold Japanese Green Tea.

Love Food Hate Waste Agehan Set Menu
Love Food Hate Waste Agehan Set Menu

Sedikit informasi tentang  Agehan Japanese Restaurant adalah sebuah restoran Jepun yang menyediakan 100%  makanan halal Jepun dan telah mendapat sijil halal dari JAKIM sejak 1 November 2009. Terletak di Tingkat 1A Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuqh restoran yang menyediakan 100% Halal Japanese cuisines in the First Southeast Asian Five Star Hotel Accredited with Halal Friendly title.

Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) adalah sebuah hotel lima bintang yang terletak di Selangor, Malaysia yang telah diberikan highest Halal Friendly Hotel rating of 7 by Crescentrating. Ia adalah hotel yang pertama yang mendapat pengiktirafan tertinggi di Malaysia dan rantau ini.
            
Kepada sesiapa yang nak berkunjung  dan menikmati makanan Jepun halal disertakan butir- berikut :

Sashimi Gozen – RM68.00+ per person
Sushi Gozen – RM58.00+ per person
Tempura Gozen – RM48.00+ per person

Agehan Japanese Restaurant
Level 1A
Grand BlueWave Shah Alam
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Daily Operation Hours :
Lunch: 11.30am – 2.30pm
Dinner: 6.00pm – 10.30pm

Close on Monday. Open on Tuesday – Sunday and Public Holiday.

For Reservations :
(603) 5511 8811 ext.2623


Hotel Manager : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Executive Sous Chef : Chef Firdaus bin Ismail
Japanese Chef : Chef Mohd Khari bin Hassan

p/s : Pernah buat cerita tentang GBWHSA dulu.... Nak baca, klik SINI. Jom la menjamu selera... Dari ketiga2 set tu, aku suka sushi...  paling suka sushi yang bersalut biji-bji oren tu, meletup-letup bila dikunyah... hihi!

1 comments:

Cara Mudah Keluarkan Serpihan Kulit Telur Cicir Dalam Bekas

1:22:00 PM Noor Akma 2 Comments

Selalu terjadi bila menggunakan telur untuk memasak.... apabila memecahkan telur ke dalam bekas atau mangkuk, ada saja serpihan kulit telur yang tercicir. Al maklum tak pakar memecahkan telur macam kat tv tu. Stress di buatnya jugak, lebih-lebih lagi bila nak cepat. Serpihan kulit telur ni memang amat menjengkel kan....

Cara Mudah Keluarkan Serpihan Kulit Telur Cicir Dalam Bekas
Cara Mudah Keluarkan Serpihan Kulit Telur Cicir Dalam Bekas

Rupanya ada cara mudah nak menyelesaikan masaalah macam ni. Tak terfikir cara macam ni.... Kalau tidak, dari dulu lagi sudah kulakukan. Tidaklah berhempas-pulas untuk mengeluarkannya. Puaslah bekas ditonggeng ke tepi dan ke tengah. Tidak juga dapat diambil serpihannya itu.

Cara Mudah Keluarkan Serpihan Kulit Telur Cicir Dalam Bekas


Dengan tekstur cecair telur yang licin menyukarkan kita untuk membuang serpihan kulit telur itu. Gunakan kulit telur yang lain iaitu yang besar sedikit saiznya, dan jadikan seperti sudu untuk kaup keluar serpihan telur yang ada dalam mangkuk. 

Kulit telur yang kasar dengan mudah akan menarik serpihan tersebut dan dapatlah anda teruskan memasak dengan tenang. Tak payah stress sangat  lagi. Tapi macam mana pun kena juga hati-hati bila memecahkan telur. Kalau terjadi juga, tak apa, ada cara yang senang sangat.... Semudah itu sahaja... kan! 

Lihat lebih banyak petua di SINI

p/s : Apapun sebelum menggunakan telur, jangan lupa basuh dulu telur tu... Jaga kebersihan... :)

#kredit SINI

2 comments:

Isi Borang Pendaftaran Kad Peduli Sihat Selangor.... Huhu!!

2:16:00 PM Noor Akma 2 Comments

Semalam, gigih mengisi borang kadPeduli Sihat Selangor. Dah lama heboh dah benda ni.... Dah sebulan lebih rasanya. Aku dan en suami baru terhegeh-hegeh nak mengisi borang. Itupun setelah en suami bawa balik borang dari pejabat DUN Batu Tiga.... selepas ada hal mohon surat sokongan biasiswa anak. Isi jer la, borang pendaftara kadPeduli Sihat Selangor ni.... !

Isi Borang Pendaftaran KadPeduli Sihat Selangor.... Huhu!!
Borang Pendaftaran KadPeduli Sihat Selangor

Ada syarat untuk mendapatkan kad Peduli Sihat Selangor. Semak lah dulu.... aku ni memang dalam kategori layak la... kan! Orang yan nan hado macam aku ni memang sangat memerlukan kad perubatan macam ni. Kalau tidak pun, klinik kesihatan boleh juga... Tapi, bila ada kad ni sangatlah bagus, memudahkan segalanya tau...

Aku letak kat sini syarat dan kelayakan dan cara memohon Kad Peduli Sihat Selangor. Info ni aku dapat hasil pencarian di google. Hanya untuk sesiapa yang belum tahu. Aku rasa ramai yang dah tahu dah... Tapi aku pasti ada juga yang macam aku, lambat nak bertindak.... hihi!

Borang Pendaftaran Kad Peduli Sihat Selangor


Kategori A
Satu keluarga boleh mendapat satu Kad Peduli Sihat dalam kategori A yang hanya boleh digunakan untuk pemegang akaun utama dan satu keluaga.

Manfaat :
● Kad ini mempunyai nilai sejumlah RM500 setahun dan boleh digunakan RM50 untuk sekali rawatan.
● Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan

Kelayakan :
● Warganegara Malaysia
● Anak jati Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
● Untuk suami atau isteri dan anak-anak mereka yang berumur bawah dari 21 tahun
● Pendapatan isi rumah mestilah dari RM3000 sebulan dan ke bawah

Kategori B
Untuk makluman, kategori B pula adalah untuk individu yang berumur dari 21 tahun ke atas.

Manfaat :
● Kad ini mempunyai nilai berjumlah RM200 setahun dan digunakan RM50 untuk sekali rawatan
● Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan

Kelayakan :
● Warganegara Malaysia
● Anak jati Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
● Untuk individu yang berumur daripada 21 tahun ke atas
● Pendapatan isi rumah mestilah dari RM1500 sebulan dan ke bawah

Oh ya.... nak dapatkan borang Peduli Sihat Selangor, boleh ambil di  pejabat  DUN (Dewan Undangan Negeri) di tempat masing-masing. Boleh juga dapatkan secara borang secara online. Tapi permohonan online tidak di aktifkan lagi. Dah isi borang, hantar di pejabat DUN terdekat.

Nak lihat program lain di Selangor... klik.. SINI

p/s : Dah siap hantar borang Peduli Sihat Selangor  pada hari yang sama (semalam). Dalam 2 minggu ke sebulan.. akan dapatlah kad tu.

2 comments:

Dengki.... Kenapa Ada Di Jiwa...!

1:19:00 PM Noor Akma 1 Comments

Cemburukah kita melihat kebahagiaan orang lain....? Cemburu dan dengki yang ada di jiwa itu membayangkan bahawa jiwa kita sakit kerana membiarkan  berlegar dalam diri. Betulkah? Betullah tu kot... Jiwa kita sedang sakit jika kita cemburu dan dengki akan kebahagiaan orang lain.  Ini di sebut hasad dengki iaitu sifat cemburu yang ada di jiwa telah melampaui batas.

Dengki.... Kenapa Ada Di Jiwa...!
Dengki.... Kenapa Ada Di Jiwa...!

Dengki.... Kenapa Ada Di Jiwa...!


Perasaan ini jika tidak di bendung boleh membawa kepada kerosakan sebagaimana api yang membakar kayu yang kering. Kenapa biarkan hati di belenggu begini sedangkan anda sendiri boleh mencari kebahagiaan itu. Jadikan kebahagiaan orang lain sebagai inspirasi agar kita juga mampu menikmati kenikmatan yang sama.

~ Firman Allah swt, "Dihiaskan (dan di jadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak. Harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semua itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." (QS Ali-Imraan 3:14) ~

Apabila rasa cemburu dan dengki menerpa... rajin-rajinkanlah beristigfar dan berzikir menyebut-nyebut nama Allah. Insya'allah perasaan itu akan menjauh dan timbul rasa tenang dan nyaman. Dan juga eloklah sentiasa berselawat kepada rasul juga. Hati dan jiwa pasti akan tenteram. Tazkirah minggu ini.... Nak lihat tazkirah yang lepas-lepas, boleh klik SINI .....

p/s : Salam Jumaat.... :)

#kredit SINI

1 comments:

Tips Mencari Ketenangan Jiwa Dalam Kehidupan....

1:21:00 PM Noor Akma 2 Comments

Sesekali dalam hidup kita akan rasa rendah diri, keluh kesah, putus asa dan macam-macam rasa yang menyesakkan jiwa raga. Biasalah tu, lautan mana yang bergelora, bumi mana yang tak di timpa hujan... tak gitu? Kenalah mencari ketenangan jiwa untuk meredakan jiwa kacau tu. Ada sedikit tips disini untuk mencari ketenangan jiwa dalam kehidupan ini....

Tips Mencari Ketenangan Jiwa Dalam Kehidupan....
Mencari Ketenangan Jiwa....

Tips Mencari Ketenangan Jiwa Dalam Kehidupan....


1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

Selebihnya berserahlah kita kepada Allah s.w.t. Moga jiwa kita akan terus tenang dalam menghadapi apa jua situasi yang menimpa. Seterusnya redha dengan qadak dan qadar dan terus berusaha mencari kebahagiaan. Insya'allah akan dipermudahkan segalanya...

Lihat lebih banyak tips dan informasi di SINI ......

p/s : Don't worry be happy yer.... senyum selalu!

#kredit Fb Ida Shahida Wati
#pic fr google

2 comments:

Dapat Sepeket Chia Seeds Dari GA Slimtreats Bersama Diana Rashid

10:09:00 PM Noor Akma 3 Comments

Alhamdulillah..... Aku dapat sepeket chia seeds dari giveaway yang aku sertai hari tu.. iaitu GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017. Pernah tengok benda ni dar FB tapi kurang tahu apa ke bendanya tu sebelum ni. Dah dapat chia seeds ni, barulah aku google cari informasi tentangnya. Ooooh... gitu.... !
Dapat Sepeket Chia Seeds Dari GA Slimtreats Bersama Diana Rashid
Dapat Sepeket Chia Seeds Dari GA Slimtreats Bersama Diana Rashid 

Terima kasih Diana Rashid dan Slimmtreats.com kerana memberikan hadiah ini. Bolehlah aku manafaatkan makanan kesihatan ini dalam diet seharian kami sekeluarga. Dah rasa dah... macam rasa biji selasih tapi bukan biji selasih. Terasa meletup-letup dalam mulut bila mengunyahnya... hihi!

Dapat Sepeket Chia Seeds Dari GA Slimtreats Bersama Diana Rashid 


Dapat Sepeket Chia Seeds Dari GA Slimtreats Bersama Diana Rashid
Sepeket Chia Seeds ..... 

Di atas, gambar chia seeds dan petunjuk khasiat yang ada. Jom kita amalkan pemakanan sihat bersama slimmtreats. Sesiapa berminat membeli chia seeds ni bolehlah buat tempahan dengan slimmtreats di no. whatsap 012-6145179. 

p/s : Boleh kuruskan badan, jika amalkan secara konsisten tuhh.... :)


3 comments:

SEGMEN BLOGLIST MARCH 2017 BY NOOR AKMA

1:24:00 PM Noor Akma 12 Comments

Assalamualaikum.....  Segmen bloglist bulan ke tiga telah bermula. Ingat dah tak larat nak buat dah. Tapi ku gagahi jua demi blog kesayangan aku ni. Bukan mudah juga untuk mengumpul para bloggers. Kali ni aku tukar dari pencarian ke segmen bloglist pulak. Konsep masih sama cuma nak elak typo macam bulan ni... huru hara cikit, letih punya pasal ... hehe!

SEGMEN BLOGLIST MARCH 2017 BY NOOR AKMA
SEGMEN BLOGLIST MARCH 2017 BY NOOR AKMA

Segmen bermula dari 15 Februari - 1 March 2017

Macam pencarian bloglist yang lepas, aku akan pilih 10 blog duduk di bloglist selama sebulan. Sekiranya penyertaan menjangkau 30.... aku bagi 1 hadiah misteri. All Malaysian Bloggers di jemput memeriahkan pencarian ini. 

SEGMEN BLOGLIST MARCH 2017 BY NOOR AKMA


Ikuti langkah-langkah pencarian ini :
1. Follow blog INIINI dan INI
2. Add facebook INI, like fb page INIINI dan INI
3. Follow Instagram INI dan INI
4. Follow Twitter INI
5.  Buat satu entry bertajuk "SEGMEN BLOGLIST MARCH 2017 BY NOOR AKMA"
6. Masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut, linkkan banner tersebut ke entry ini
7.  Masukkan entry yang dah selesai tu di ruangan komen blog ini.
8. . Siap!

**Pemilihan akan dilakukan secara rambang tapi akan juga di nilai melalui keaktifan blog dan memenuhi semua syarat diatas.... 
SENARAI PESERTA


p/s : Bulan Mac ni, insya'allah akan ada yang menerima hadiah misteri.... kepada yang berjaya duduk di bloglist ini 3 bulan berturut-turut. yeahh ! :)


12 comments:

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant

10:23:00 PM Noor Akma 7 Comments

Assalamualaikum...

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant
Segmen Review Blog By Syahirah Valiant

** klik SINI untuk join....

Wahhh, best jugak kalau blog aku yang tak seberapa ni di review. Tak pernah di buat lagi tu. Ala.... blog syok sendiri je! Tak gittew..... !

SYARAT SIMPLE

1. Follow blog Syahirah Valiant  *wajib*

2. Follow Facebook & Instagram  *wajib*

3. Klik SINI *tunggu sampai habis loading*

4. Buat entri yang bertajuk "Segmen Review Blog By Syahirah Valiant"

5. Dah siap? Tempek link korang dekat komen tau ^^


Date : 12 Februari 2017 - 12 March 2017


7 comments:

Media Gathering 2017 Di GBWHSA

2:09:00 PM Noor Akma 2 Comments

Sekali-sekala ada waktunya, seronok juga keluar dari kehidupan seharian dan pergi ke alam lain.... Saspen engkow... hehe! Alahai, aku ni sebenarnya baru balik dari bercuti 2 hari 1 malam tapi paling kelakar dekat sesangat.... iaitu di Shah Alam juga. Dapat jemputan Media Gathering 2017 dari GBWHSA.  Apapun sangat berbesar hati... menghadiri Media Gathering, boleh jumpa ramai orang dan kenal dengan lebih ramai bloggers yang di jemput.

Media Gathering 2017 Di GBWHSA
Media Gathering 2017 Di GBWHSA

Aku datang bercuti ni bersama anak-anak perempuan yang sedari awal dah sangat teruja gittew! Terima kasih kepada GBWHSA kerana membenarkan aku membawa 3 anak gadis ni. Kalau tidak, tak jadi pergilah jawabnya. Dah semuanya nak ikut.... kang ada plak yang merajuk, menangis.... payahhhhh! Gembira diorang tak terkata dek keterujaan yang teramat. Ibarat duduk sekejap dalam mimpi indah yang serba mewah dan meriah..... hihihi!

Media Gathering 2017 Di GBWHSA


Awal-awal lagi dah meriah gitu.... beramah mesra dengan staff GBWHSA, teman bloggers dan media. Bukan senang aku nak jumpa teman yang sealiran. Iaitu yang berminat menulis blog macam aku ni. Tapi biasalah, masa sangat mencemburui. Kekurangan waktu nak beramah mesra tapi jadilah... Bila lagi nak saling kenal mengenali kan....!

Media Gathering 2017 Di GBWHSA
Media Gathering 2017 Di GBWHSA

Aktiviti yang di buat masa gathering ni sangat menyeronokkan. Hotel tour sampai ke bilik paling mewah di GBWHSA iaitu Presidential Suite yang takkan dapat la dijengah pada waktu lain. Makan malam direstoran Jepun buat pertama kali dalam hidup aku. Esoknya,  pagi-pagi dah mengeluarkan peluh yang tak seberapa, fitness dance bersama penyanyi Adila Idris. Berzumba ala-ala memukul gendang yang lain dari yang lain. Tak pernah tengok cenggini lagi... heh!

Media Gathering 2017 Di GBWHSA
Media Gathering 2017 Di GBWHSA

Selepas breakfast pagi tu, ada pulak demontrasi healthy food. Cara masak pasta dan sup yang menyihatkan. Sup tu ingatkan tak sedap... Tapi bila dah rasa sedap plak. Rugi ambil sikit sangat untuk rasa. Anak-anak tak ikut... dorang pergi mandi swimming pool. Dah itu yang asyik disebut masa nak masuk hotel ni. Usai demontrasi masakan aku pergilah kolam renang tengok anak-anak mandi.

Media Gathering 2017 Di GBWHSA
Media Gathering 2017 Di GBWHSA

Sebelum pulang, isi perut dulu ber hi-tea di Royale Songket Restaurant. Breakfast kat situ jugalah sebelum tu. Makan sampai kenyang secukupnya... Seronok semalaman dan seharian di sana. Walau dah hari kedua berlalu, masih terasa kebahagiaannya. Rasa nak tinggal terus di situ...hahaha!

Ini kunjungan kali kedua di jemput GBWHSA, entri sebelum ni boleh baca di SINI.

p/s : Seterusnya aku berharap akan terus berdaya saing dalam dunia blogger ni... ahaks!


2 comments:

Giveaway by FatinDiana

9:45:00 PM Noor Akma 11 Comments

Assalamualaikum...

Giveaway by FatinDiana
Giveaway by FatinDiana

*klik SINI untuk join...
Jom join ramai-ramai ler....

Syarat syarat :
1. Follow semua media sosial dan klik iklan sponsor. *tak ikut syarat, tak masuk dalam list. so please be honest!*
2. Buat satu entri "Giveaway by FatinDiana".
3. Copy banner dan paste di entri. Jangan lupa backlink ke entri ini.
4. Submit link diruang komen. Takkan layan sebarang penyertaan di cbox.

Follow blog
http://ftndiana.blogspot.my | http://eymasuandworldcraft.blogspot.com/
http://nazirahnyerr.blogspot.my/
*klik iklan Nuffnang di blog FD dan sponsor*


Like fanpage
   


Follow Instagram *kalau takde akaun Insta takpe, masih boleh join :)
Instagram Instagram Instagram Instagram
Instagram

Tolong derma 20sen seorang. Hehe :D
http://bit.ly/2ko7hwB
*tunggu sampai habis loading ya*


Hadiah:
Portable travel bag by FD
Bawal pucci by FD
Pin shawl (10 pcs) by Eymasu (3 pemenang)
Jogger pants by Ezyra Clothing
Makeup set by Cik Chenta

Tarikh tamat: 10th March 2017, 10pm




11 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...