Buat Jeli Dalam Kulit Buah Oren

2:02:00 PM Noor Akma 2 Comments

Aku jumpa idea ni... Macam bagus dan kreatif sahaja idea buat jeli dalam kulit oren ini. boleh buat macam ni kalau ada majlis atau tetamu nak datang rumah. Simpan dulu dalam dalam peti ais sebelum di jamah. Mesti sedap apabila jeli yang manis tu berperisa bau buah oren yang masam manis tu. Rupa jeli dalam kulit oren ini pun cantik, apatah lagi bila di buat macam-macam warna.


Buat Jeli Dalam Kulit Buah Oren
Buat Jeli Dalam Kulit Buah Oren

Bahan asas yang di gunakan adalah kulit buah oren yang biasanya di buang begitu sahaja. Bila dah diambil kulit sahaja, isinya jangan di buang pula. Boleh di kisar menjadi jus oren yang juga boleh di hidangkan pada tetamu sekiranya di buat jeli ini untuk majlis keraian. Mesti jus oren ini sedap dan menjadi kesukaan para tetamu.

Buat Jeli Dalam Kulit Buah Oren


Bahan seterusnya sudah pastinya serbuk jeli yang berbagai warna. Biasanya ada di jual di pasaraya. Cara membuatnya tertera di belakang paket tu. Iaitu campur dengan air panas sahaja.  Serbuk jeli ini biasanya dah ada gula sekali di dalamnya, Tak perlu letak gula lagi. Kacau dengan air panas sehingga tak bergentel. 

Bila dah agak suam. Boleh di bubuh dalam kulit oren yang telah disediakan di dalam tray acuan muffin atau apa-apa bekas yang boleh membuatkan buah oren tu terletak elok. Simpan dalam peti sejuk sehingga jeli menjadi beku, Bila dah betul-betul beku, bolehlah di keluarkan dan di potong-potong dan di hidangkan sebagai mencuci mulut atau hidangan sampingan. 

Sangat sesuai buat jeli dalam kulit oren ni pada majlis harijadi kanak-kanak. Budak-budak memang suka jeli dan benda-benda yang berwarna-warni. Nanti bolehlah buat macam ni... Idea yang paling mudah dan menarik. Cubalah yer...

Cerita dalam blog ini... klik SINI

p/s :  Jom makan buah oren.. kulitnya isi jeli... :)

#kredit SINI

2 comments:

Dah Dapat Laptop Lain Sejak Hampir Sebulan Yang Lalu.... Yang Terpakai Jer!

2:42:00 PM Noor Akma 2 Comments

Sebenarnya aku dah dapat laptop lain sejak hampir sebulan yang lalu. Aku beli laptop terpakai je. Alahamdulillah, setakat ini, laptop ini memang sudah menyelesaikan masaalah yang membelenggu aku di sebabkan laptop aku yang dulu tu bermasaalah sangat. Asyik jammed , loading tak berhenti dan keyboard tak boleh digunakan. Walau dapat laptop lain yang terpakai jer , aku dah cukup bersyukur. Rasa lebih mudah nak blogging dan memuatkan gambar-gambar baju jualan aku ni blog.

Dah Dapat Laptop Lain Sejak Hampir Sebulan Yang Lalu.... Yang Terpakai Jer!
Dah Dapat Laptop Lain Sejak Hampir Sebulan Yang Lalu.... Yang Terpakai Jer!


Laptop yang aku pakai sekarang ni aku beli online sahaja sebenarnya. Penjual laptop terpakai ni tinggal di Shah Alam juga. Jadi, aku bincang  dulu dengan dia elok-elok dan jumpa tengok barang, dah puashati.... baru aku bayar. Okeylah... kan. Harganya sangat berpatutan. Taklah menjangkau seribu. Lebih sikit 600 ratus sahaja. Kalau sesiapa yang mencari  laptop terpakai di tempat yang aku beli ni... boleh lihat di FB, Gaban Gadget Store. Sentiasa ada banyak pilihan yang ada tu...

Dah Dapat Laptop Lain Sejak Hampir Sebulan Yang Lalu.... Yang Terpakai Jer!


Laptop lama yang lambat loading tu..... anak aku yang belajar UITM tu ambil. Biarlah dia perbaiki dan gunakan pula. Aku dah tak nak campur hal laptop tu. Katanya dah elok bila di format dan  servis aritu. Tapi aku cuba buka sekejap. Tak bolehlah untuk aku guna... stress di buatnya bila lihat masih loading bila nak buka internet. Untuk anak aku tu, bolehlah dia guna sebab dia hanya banyak  buat assignment sahaja. Jadi setakat nak menaip tu memang tak ada masaalah. Bila guna internet... jadi teruk. Oh yer... dah di belinya keyboard berasingan. Suka hati dia lah... hihi!

Notebook yang anak aku biasa pakai tu pula dah pecah skrin dia. Itu sebab dia ambil laptop lama aku. Tanya kat kedai, kos membaikinya RM320. Mahal sangat rasanya bagi aku. Tambah lagi seratus dua dah dapat laptop terpakai yang elok. Tak taulah macam mana nak buat dengan notebook tu. Suruh dia trade in, sayang pula dia nak melepaskan notebook tu. Hurm... masih berfikir dan berkira-kira lagi ni...!

Apapun masaalah susah payah bersama laptop dah selesai. Aku kena kerja keras lagi untuk menggantikan kos yang di gunakan untuk membeli laptop ni. Semoga dengan adanya laptop yang tak seberapa indah ni, menjadikan aku terus berdaya maju dalam dunia blogger dan dunia perniagaan online ini. Dan semoga laptop ini sentiasa dalam keadaan yang memuaskan bila aku nak menggunakannya. Risau juga... takut apa-apa kan... (tak berani nak sebut) hihi!

Nak baca tentang cerita tentang laptop lama aku, boleh klik SINI 

p/s : Bila laptop aku dah laju, tak tersekat-sekat lagi, kenalah tingkatkan usaha... tinggal mood kerajinan je yang ke laut... hehe!


2 comments:

Minum Teh Tarik dan Makan Roti Canai, Dating Dengan En. Suami...

11:58:00 PM Noor Akma 1 Comments

Aku suka lepak, minum teh tarik dan makan roti canai di kedai mamak. Itu antara perkara yang aku sangat suka buat. Apatah lagi minum bersama cinta hati dan bercerita tentang hal-hal hidup seharian dan tentang anak-anak. Hari ni aku betul-betu tak ada idea nak menulis blog.... boring yang amat sangat.  Sementara hantar anak perempuan balik kolej dia di  Uitm, dari situ aku pergi minum  teh tarik dan makan roti canai di kedai mamak.

Minum Teh Tarik dan Makan Roti Canai, Dating Dengan En. Suami...
Minum Teh Tarik dan Makan Roti Canai, Dating Dengan En. Suami...

Masa inilah aku nak dating dengan cinta hati @ en, suami berduaan. Bolehlah bercerita dan bercakap hati ke hati dengan suami perihal ragam anak-anak dan segala keperluan atau apa-apa saja. Masa itulah nak meluahkan apa-apa hal yang terbuku di hati.. hahaha!  Masa lain  di rumah atau bersama anak-anak tu bukan tak boleh tapi sibuk pula anak-anak nak mencelah bercerita itu dan ini.

Minum Teh Tarik dan Makan Roti Canai, Dating Dengan En. Suami...


Itulah, aku dah puashati dapat sesekali isi masa terluang dengan en, suami. Walau hanya di sebuah kedai mamak yang tak jauh dari rumah. Bukan selalu, dalam sebulan tu mesti ada sekali dua aku keluar berdua je. Jadilah, tak perlulah macam omputih tu, candle light dinner bagai...  Dengan cara macam ini pun aku dah cukup bahagia... hihi!

Inilah cara aku dan en. suami menjaga keharmonian rumahtangga. Saling memberi dan menerima serta berinteraksi meluahkan apa-apa saja saja ketidakpuasan hati. Kepercayaan aan kesefahaman antara satu sama lain juga adalah kunci utama. Itu antara perkara yang aku praktikkan. 

Hahaha... ! kelakar bila baca balik entri di atas.  Tapi itulah yang biasa aku buat bila bosan sangat-sangat duduk kat rumah dan tak kemana. Dulu dalam sebulan banyak kali juga aku lepak kat kedai mamak dengan en, suami. Tapi sekarang ni, dapat sekali dua pun dah okay pada aku. En. suami kerja syif pula di tempat kerja yang baru ni. 

Sebenarnya... hari ni aku dah kekeringan idea nak menulis blog. Itu yang buat cerita merapu memalam ni. Selalunya paling lewat pukul 3 petang entri dah siap. Payah juga bila otak dah rasa macam nak tumpul di buatnya. Apapun siap juga entri huru-hara aku ni. Yer la... nak cukupkan juga satu hari, satu entri... tiap-tiap hari tuh ..!

Nak baca lagi cerita merapu di blog ni... klik SINI

p/s: Petua en. suami... kalau order roti canai kena cakap nak roti garing empat segi punya... Nanti akan dapat roti garing panas, di buat sekejapan itu juga ... kalau tidak akan dapat roti garing liat, yang dah siap di panaskan balik... hihi!


1 comments:

Perangkap Pembelian Online, Jangan Peduli.... Abaikan!

2:05:00 PM Noor Akma 6 Comments

Aku nak cerita kisah semalam..... Aku dapat perangkap pembelian online. Tapi aku dah tau dah yang ini hanya perangkap. Jadi, aku tak peduli perkara ini. Dia tak dapat nak perangkap aku sebab aku dah tau taktik dia ni. Pernah ada penjual  online beritahu di group telegram hal prangkap pembelian online ini. Jadi, kalau para penjual online dapat pelanggan yang cuba buat perangkap ni, abaikan yer!

Perangkap Pembelian Online, Jangan Peduli.... Abaikan!
Perangkap Pembelian Online, Jangan Peduli.... Abaikan!

Ceritanya begini, aku menjual barang-barang terpakai atau di panggil preloved item di satu laman web ni. Orang ni antara orang pertama menghubungi aku. Dia bagi no. talipon sekali. Jadi, aku hubungi terus melalui whatssap. Orang ni bagi nama seorang perempuan Melayu dan beritahu dari Perak. Cepat je urusan dengan dia... Terus minta no, akaun dan email, Aku bagi ajelah, Tapi aku dah rasa pelik sikit. Dia berwhatssap dengan aku  in English.

Memang mula-mula aku bersangka baik pada pelanggan ni. Tak fikir bukan-bukan lagi.... Dah dapat butir-butir akaun dan email aku, dia senyap dalam 2 jam juga.... Dani tetiba aku dapat email dari Europe Bank. Ada orang masukkan RM500 dalam akaun aku. Takkan ada duit yang masuk sebab kat email tu tertulis pending dalam tulisan merah. Aku tengok nama yang di bagi tu tertera di email tu. Aku dah fikir lain dah. Nak kena tipu lah ni... 

Tak lama kemudian, seperti yang di jangka dapat email lagi. Email ni mengatakan aku kena pulangkan baki RM470 dulu, baru akaun tu clear atau duit masuk dalam akaun aku, Masa tu aku dah pasti merasa ini satu penipuan. Dah tentu aku tak buat apa-apa transaksi. Aku tunggu dan lihat sahaja. Pelanggan penipu tu tak hantar mesej apa-apa lagi di whatssap waktu tu.

Seperti di jangka tak lama kemudian... barulah penipu tu hantar mesej... Apalagi aku siap maki hamun la dia panjang lebar kat situ. Lepas tu ...dia tulis "please mchat in English". Lagi la aku maki cukup-cukup dalam bahasa Melayu. dan aku beritahu dia juga.... 'ini dah membuktikan yang dia memang seorang penipu'. Apa hal, bagi nama melayu tapi tak pandai cakap melayu. Jangan-jangan orang ni Mat Negro yang sedang mencari mangsa untuk di tipu.... huh!

Untuk anda semua yang membaca dan menjual barang di internet hati-hati tau.... Alert dengan no. ini...... 011-16810593. Dia pakai nama Norshida Binti Mohd Yassin. Nama tu entah wujud entah tidak.... Apapun waspada dengan no,  tu yer...! Dan juga penipuan yang seumpamamya. Hilang langsung cerita nak beli barang aku tu... bila dah kena maki. Terus senyap sepi dia. En. suami aku cakap... simpan email ni. Kalau ada apa-apa yang berkaitan nanti, boleh repot polis. 

Nak dapat tau cerita macam-macam hal dari aku... klik SINI

p/s: Ingat yer kengkawan semua.... penipuan internet ni macam-macam cara... haihhh!


6 comments:

Tazkirah : Dakwah Syari'at Allah S.W,T

4:19:00 PM Noor Akma 1 Comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Umat muslim wajib berdakwah, karena ini adalah perintah syari'at 
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Artinya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Dan juga hadits diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Sahabat Abu Said Alkhudry ra. Rasulullah shalallahu'alaihi wasallam bersabda :

من رأى منكم منكرا، فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان
“barangsiapa diantara kalian melihat kemunkaran, maka rubahlah dengan tangannya, lalu jika tidak bisa maka dengan lidahnya, lalu jika tidak bisa maka dengan hatinya, dan ini adalah selemah-lemah iman”

Tazkirah : Dakwah Syari'at Allah S.W,T
Tazkirah : Dakwah Syari'at Allah S.W,T

Banyak lagi ayat dan hadits yang memerintahkan kita, kaum muslim untuk senantiasa berdakwah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

Ikhwah dakwah selain sebagai kewajiban, juga adalah sebagai bukti cinta kepada saudara seiman maka jika telah datang saudaramu untuk membawa kebenaran kepadamu janganlah berpandangan sinis kepadanya karena dia datang membawa cinta dan kebaikan kepada kita

Apalagi jika terlintas oleh lisan kita "urus saja urusanmu sendiri!!"

Subhanallah ikhwah, sungguh Allah benci kalimat spti itu. Tidak inginkan kita di benci oleh Allah? 
Sungguh ikhwah jika Allah benci kepada kita maka tak akan ada lagi jalan keselamatan

..............Apabila Allah membenci hamba, maka Dia memanggil Jibril seraya berfirman : "Sesungguhnya Aku membenci Fulan, maka bencilah ia". Lalu ia di benci oleh Jibril. Kemudian Jibril memanggil penghuni langit : "Sesungguhnya Allah membenci Fulan, maka bencilah kamu sekalian terhadapnya". Beliau bersabda : "Kemudian ia di bumi dibenci oleh orang-orang". (Hadits ditakhrij oleh Imam Muslim).

Terimalah saudara kita dengan baik wahai ikhwah ketika dia datang dengan penuh cinta menasehati kita. Jangan sakiti hatinya karena lisan kita, sesungguhnya dirinya ingin kita baik, ingin menyelamatkan kita dari api neraka, ingin mengajak kita bertetangga dengannya di surga kelak.

Nak baca tazkirah sebelumnya... klik SINI

p/s : Salam Jumaat... :)

#kredit copy FB... SINI

1 comments:

Petua Sayur Kekal Hijau Apabila Di Masak

1:53:00 PM Noor Akma 3 Comments

Sejak harga ikan mahal melambung sekarang ni, aku sekeluarga dah jarang beli ikan. Lebih banyak masak lauk yang berasaskan sayuran pula. Lagi bagus... kan! Aku pelbagaikan jenis-jenis sayuran untuk di masak ni, Nak masak sayuran, kenalah nampak menyelerakan. Terutama pada sayuran yang berwarna hijau. Ada petua sayur kekal hijau apabila di masak. Mudah je nak buat sayur kekal hijau apabila di masak tau... 

Petua Sayur Kekal Hijau Apabila Di Masak
Petua Sayur Kekal Hijau Apabila Di Masak

Sayur hijau di ketahui rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat dan pastinya sesuai untuk yang berdiet. Kandungan air dalam sayur hijau, mengekalkan kelembapan dalan tubuh. Mengandungi vitamin C dan E juga yang mengekalkan kulit sihat walaupun meningkat usia. Sayur hijau juga meningkatkan fungsi imun dan melindungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Itulah antara kebaikan menyenaraikan sayur hijau dalam makanan seharian.

Petua Sayur Kekal Hijau Apabila Di Masak


Untuk sayur yang di goreng atau di tumis.... campur secubit soda bikarbonat dalam masakan tu. Anda akan lihat, sayur akan kelihatan tidak berubah warna, masih kekal segar dan kehijauan warnanya. Barulah bila di hidangkan tu lebih bersemangat nak memakannya.  Rasa pun lebih menyelerakan dan anda akam mendapat khasiat sayuran segar sepenuhnya dengan memakan sayuran hijau.

Sayuran juga, kadang-kadang aku celur untuk di makan terus atau di cicah bersama sambal belacan. Apabila mencelur sayuran hijau tu, masukkan satu sudu kecil minyak masak ke dalam air rebusan. Kemudian. barulah masukkan sayur-sayuran. Sayuran akan kekal hijau warnanya. 

Seeloknya, jadikan sayur-sayuran terutama sayuran hijau ini sebagai menu utama makanan seharian kita. Selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. 

Kajian  secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi. Jadi, apa tunggu lagi... jom perbanyakkan makan sayur-sayuran.

Lihat lebih banyak petua.... klik SINI

p.s: Taklah sampai nak jadi vegetarian... dapat jadi half vegetarian pun dah bagus...!

#pic fr google

3 comments:

Silica Gel Jangan Di Buang Begitu Saja, Ada Kegunaannya...

1:54:00 PM Noor Akma 4 Comments

Selalu aku dapat silica gel ni bila membeli vitamin, kasut, beg tangan dan banyak lagi barangan  Aku tak pernah pula buang. Kumpul dalam bekas kecil. Bila dah banyak paket silica gel tu, buka dan letak butir-butir kaca kecil tu dalam bekas kaca lutsinar. Cantik buat perhiasan. Tak terfikir pula aku nak menggunakanya kembali. 

Silica Gel Jangan Di Buang Begitu Saja, Ada Kegunaannya...
Silica Gel Jangan Di Buang Begitu Saja, Ada Kegunaannya... 

Rupanya bungkusan kecil putih yang berisi butir-butir kaca yang di panggil silica gel ini mempunyai kuasa  hebat untuk mengelak dan mencegah kelembapan di sekelilingnya. Aku tahu pasti ramai yang membuang bungkusan kecil ini. Jadi, selepas ni, apabila dapat paket silica gel ini, simpanlah elok-elok dan di gunakan kembali. Janganlah di buang begitu saja,.... rugi!

Silica Gel Jangan Di Buang Begitu Saja, Ada Kegunaannya... 


Antara kegunaan silica gel yang di ketahui....

1. Letakkan silica gel di almari kasut untuk menghindar kelembapan dan bau hapak yang tidak menyenangkan.

2. Silica gel boleh di letakkan pada peralatan pertukangan untuk mengelakkan barang-barang tededah pada kelembapan dan menjadikan ia berkarat.

3. Boleh juga silica gel ini di letakkan di alamari pakaian untuk mencegah bau almari yang kurang menyenangkan.

4. Alat solek juga mudah berkulat dan mengeluarkan bau yang tak sedap jika terdedah dengan kelembapan. So, letakkan sepaket silica gel. selesai masaalah.

5.  Buku-buku dan fail lama juga tak terhindar dari rosak jika di simpan terlalu lama. Jadi,selitkan sepaket dua silica gel. Insya'allah, buku-buku dan fail lama akan panjang jangka hayatnya apabila terhindar dari kelembapan.

6. Selain menggunakan beras, silica gel juga boleh digunakan untuk menyelamatkan talipon tangan anda yang telah di masuki air. Caranya, simpan di dalam bekas mengandungi beberapa paket silica gel selama beberapa jam. 

Hmmm... apalah aku ni. kenapalah tak terfikir nak gunakan kembali. Aku ingat nak buat perhiasan pula,,, hadoi!. Lepas tu tumpah di buat main dan di kerjakan anak-anak. Apalagi terpaksalah di buang begitu saja. Ada sepaket dua tu, satu aku letak dalam beg tangan. Biar beg tangan tu tak mengeluarkan bau....  Ari tu air tumpah kat dalam...hahaha!

Nak baca lagi cerita kat blog... klik SINI

p/s:  Dapat juga idea menulis hari  ini bila terpandang sepaket silica gel ni di celah-celah buku-buku dan kertas di meja komputer ni...


#pic fr google

4 comments:

Buat Sendiri Racun Rumpai Dengan Cara Yang Amat Mudah Dan Berkesan...

2:13:00 PM Noor Akma 5 Comments

Aku jumpa satu cara untuk buat sendiri racun rumpai ni di FB. Elok sangatlah tu bila memikirkan racun rumpai yang biasa jual di pasaran tu memerlukan beberapa langkah keselamatan untuk menggunakannya, Juga faktor penyimpanan pun kena teliti dan betul... bahaya! Bila buat sendiri racun rumpai ni, begitu senang dan mudah jadinya. Bahan-bahan pun dari jenis yang biasa ada di rumah
Buat Sendiri Racun Rumpai Dengan Cara Yang Amat Mudah Dan berkesan...
Buat Sendiri Racun Rumpai Dengan Cara Yang Amat Mudah Dan berkesan...

Caranya, hanya memerlukan cuka masakan. Cuka masakan yang biasa di gunakan untuk memasak tu. Jangan guna cuka getah pulak tau. Campurkan sebotol cuka masakan  dengan 4 - 5 sudu makan cecair pencuci pinggan. Kena agak banyak mana nak di gunakan cuka masakan dan cecair pencuci pinggan tu. Kalau kawasan yang kecil, boleh di kurangkan kuantiti bahan-bahan tu. 

Kacau sebati cuka masakan tu dan cecair pencuci pinggan lalu  isikan dalam alat penyembur. Semburkan kepada rumput-rumput liar yang ingin di hapuskan. Lebihan cuka boleh di buat asam untuk sambal belacan atau masak cuka dan lebihan cecair  boleh buat cuci pinggan la... hihi!

Buat Sendiri Racun Rumpai Dengan Cara Yang Amat Mudah Dan berkesan...


Cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid asetik ini sangatlah tidak serasi  kepada kebanyakan jenis tumbuhan. Sabun pencuci pinggan ini  pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka di sembur melekit elok pada tumbuhan tersebut. Oh yer.... tak perlu campur air tau. Nanti tak berkesan pula.

Seminggu kemudian, semua rumput akan mati. Bolehlah dikemaskan rumput-rumput dengan mencangkulnya. Rumput pun jadi senang di cabut sebab dah kering dan mati sepenuhnya. Senang sangat kan! Tak perlu lagi guna racun paraquat yang merbahayakan alam sekitar. Dengan menggunakan bahan-bahan asas di rumah, dah boleh meracun rumput dan belukar.

Di ingatkan juga jangan meracun rumput-rampai tu pada musim hujan pula. Agak tak berkesan pula jadinya sebab racun pada rumput-rampai tu dah di basahi air hujan. Seeloknya buat operasi penyemburan racun ini pada musim panas dan kering. Barulah dapat kesan yang optimum.

p/s : Aku tengah fikir nak gunakan cara ini di tapak projek rumah aku nanti.....

5 comments:

Ho Ho Chiak @ Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam

1:06:00 PM Noor Akma 2 Comments

Ari tu aku  makan Chinese Food di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Pssst.... psst, sebenarnya inilah pertama kali aku rasa dan tengok semua masakan China ni di depan mata. Selalunya tengok kat tv je masakan ini semua. Malu rasanya nak mengaku sebenarnya.... alahai!!! Hmmm.... semuanya sedap juga makanan China  di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni. Kenyang betul aku makan sebab semuanya aku nak cuba dan menikmati rasanya serba sikit masuk ke mulut. 

Ho Ho Chiak @ Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Ho Ho Chiak @ Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Ho chiak .... biasa dengar ayat ni  dalam satu rancngan makan-makan Chinese food di TV8 dulu. Dah lama tak tengok, ada lagi tidak rancangan tu... ada kot, sebab konsepnya sama dengan JJCM tu. Ho Chiak adalah dialek Hokkien bermaksud makanan yang bagus dan lazat. Ia biasanya digunakan untuk menggambarkan makanan yang lazat di restoran atau mana-mana kedai makan. Untuk anda yang suka makanan dan masakan China bolehlah mencuba makanan ini semua di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam..... dan sebut Ho ho  chiak selepas tu... hehe!

Ho Ho Chiak @ Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Grand BlueWave Hotel Shah Alam kini menawarkan promosi istimewa Ho Ho Chiak yang di sahkan halal. Para pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis dan pilihan makanan dalam suasana mewah hotel bertaraf 5 bintang. Promosi Ho Ho Chiak ini di sediakan oleh satu- satunya Chinese Chef di GBWHSA, Chef Patrick Ng di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini. Beroperasi di Aras 1 dan disajikan setiap hari untuk makan tengah hari pada pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan makan malam pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Ho Ho Chiak @ Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Ho Ho Chiak @ Tung Yuen Chinese Restaurant 

Promosi Ho Ho Chiak disediakan untuk minimum 2 orang, yang berharga RM57.00 + seorang dan disertakan dengan 10 jenis steam and fried dimsum, 4 jenis of claypots dishes dan  dessert. Rangkaian dimsum dari Chicken Dumpling, Fresh Prawn Crystal Dumpling, Golden Ocean Leaf Dumpling, Phoenix Eye Dumpling, Steam Seafood Dumpling dengan Crab Roll, Steam BBQ Chicken Bun, Deep Fried Yam Ball, Deep Fried Vietnamese Spring Roll, Pan Fried Shanghai Gua Tie dan akhirnya  Steam Glutinous Rice dengan Chicken dan Mushroom (Loh Mai Kai).

Set ini tidak berakhir di sini kerana ia diikuti oleh hidangan claypot yang merupakan satu set istimewa iaitu Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet, Braised Sliced Top Shell Abalone dengan Seasonal Vegetable , Baked Cheese Prawn dengan Mantao dan Fried Rice dengan Crab Meat. Hidangan ini tak lengkap sehingga di hidangkan dengan sesuatu yang menyegarkan iaitu Chilled Longan dengan Sea Coconut.

Ho Ho Chiak @ Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Ho Ho Chiak @ Tung Yuen Chinese Restaurant 

Untuk pengetahuan, Tung Yuen Chinese Restaurant ialah restoran Cina yang terletak di tingkat 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan Cina. Restoran ini memperolehi pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 november 2009 itu restoran yang menyediakan 100% masakan Cina Halal di First Southeast Asian Five Star Hotel Bertauliah dengan konsep Mesra Halal. Oleh itu, tak perlu ragu-ragu lagi, semua boleh di nikmati sepuasnya.

Nak buat tempahan di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam disertakan butir- berikut :

Harga : RM57.00 + per person (minimum 2 persons)

Tung Yuen Chinese Restaurant
Level 1
Grand BlueWave Shah Alam
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Daily Operation Hours :
Lunch: 11.30am – 2.30pm
Dinner: 6.30pm – 10.30pm
For Reservations :
(603) 5511 8811 ext.2616 & 2724

Hotel Manager : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Executive Sous Chef : Chef Firdaus bin Ismail
Chinese Chef : Chef Patrick Ng


p/s : Moga ini akan jadi berkali-kali lagi dapat makan Chinese Food macam ni... Nak baca cerita tentang GBWHSA.. klik SINI

2 comments:

Cerita Lagu Seram Dari Seberang... Memang Menggetarkan Jiwa Raga!

1:56:00 PM Noor Akma 3 Comments

Baru-baru ni aku diperdengarkan sebuah lagu seram dari seberang. Perasaan aku apabila mula-mula mendengar lagu ni memang meremamg bulu roma. Apatah lagi waktu tu dah pukul 12 malam. Anak bujang aku la punya hal... nak menakutkan adik-adiknya. Aku suruh tutup je la sebab dah lintang pukang diorang lari masuk bilik ketakutan bila mendengar lagu seram dari seberang ni. 

Cerita Lagu Seram Dari Seberang... Memang Menggetarkan Jiwa Raga!
Cerita Lagu Seram Dari Seberang... Memang Menggetarkan Jiwa Raga!

Esoknya aku cari tau tentang cerita lagu ni dan terus google di internet. Rupanya ini kisah misteri lebih 10 tahun dahulu yang masih tak terungkap. Kisahnya seorang penyanyi Indonesia ditemui mati dalam keadaan tragik dengan terdapat kesan suntikan jarum di tangan di sebuah hotel di Indonesia pada Disember 2006. Namanya Alda Risma yang pernah popular dengan lagu Aku Tak Biasa pada tahun 1998.

Lebih kurang ceritanya macam ni, selepas 3 hari lagu ni dirakamkan... polis jumpa mayat Alda mati dalam sebuah hotel. Tak pasti sama ada mati bunuh diri atau dibunuh. Yang pasti,  mati sebab overdose.... Tapi, lepas forensik buat post mortem mayat dia, didapati dia dah mati 7 hari. So...siapa pulak  yang pergi rekod lagu tu??? Lagu tu pulak tetiba jer dah siap rekod... Pengurus pun tak tau dari mana datang lagu ni... Memang misteri betul... kan!

Cerita Lagu Seram Dari Seberang... Memang Menggetarkan Jiwa Raga!


Korang tengok pula lirik lagu ni....

Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi diatas pohon
Kubiarkan rambutku terurai

Tanpa kaki kelelawar
Anjing dan bulan purnama
Kumenanti kekasihku
Yang belum mati

Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti

Nak dengar lagu ni.... boleh cari di youtube dengan tajuk 'menanti kekasih aldarisma'. Melodi lagu ni memang menusuk jiwa dan sedap di dengar. Elemen seram tu saja yang menakutkan sikit. Jadi,  di ingatkan jangan dengar lagu ni di waktu tengah malam dan pada yang lemah jantung tu tak payahlah dengar. Seram dan meremang bulu roma dibuatnya... siap dengan elemen gelak ketawa yang sungguh menggila.... hihi! 

Aku berfikir secara positif. Bila diamati dari gelak ketawa dalam lagu ni nampak macam di buat-buat dan di hujung ketawa tu macam ada nada tangisan. Mungkin dia ni dah patah jiwa dan nekad pada masa tu. Sungguh kesian dia pada waktu  tu... Ya Allah! Apapun yang baik itu datangnya dari Allah subhanawata'ala... Yang buruk tu datang dari kita insan yang lemah dan tidak berdaya. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perkara yang keji dan mungkar... aminnnn!!

“Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa’ [Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlaq, amal dan hawa nafsu yang mungkar].” (HR. Tirmidzi no. 3591, shahih)

Nak baca cerita-cerita  aku lagi.... klik SINI

p/s : Cerita misteri ini  mempunyai pelbagai versi yang masih tak terjawab....


3 comments:

Dapat Kad Peduli Sihat Selangor.... Dah Boleh Guna!

1:33:00 PM Noor Akma 1 Comments

Semalam en. suami dah pergi ambil Kad Peduli Sihat Selangor dalam sebuah majlis anjuran DUN Batu Tiga Shah Alam. Kad Peduli Sihat Selangor ini di serahkan oleh YB Rodziah Ismail selaku ADUN Batu Tiga, Shah Alam. Dengan ini kad dah boleh guna dah di lebih 50 buah klinik swasta di Shah Alam. Mungkin di seluruh Selangor menjangkau seribu lebih klinik lagi, Yang aku dapat list ni di Shah Alam saja.... hihi!

Dapat Kad Peduli Sihat Selangor.... Dah Boleh Guna!
Dapat Kad Peduli Sihat Selangor.... Dah Boleh Guna!

Bagus sangat la tu.... Kalau aku atau anak-anak sakit demam biasa, tak perlu lagi aku nak berkampung di klinik kesihatan yang dekat setengah hari menunggu giliran. Letih dan lelah menunggu tak terkirakan dibuatnya. Pergi klinik swasta sahajalah... kan! Cuma sekali bayaran RM50 sahaja. Kalau caj rawatan lebih RM50, tambah sendiri..... bolehlah tu.


Dapat Kad Peduli Sihat Selangor.... Dah Boleh Guna!


Sesiapa yang nak Kad Peduli Sihat Selangor ni, boleh muat turun borang di laman web Kerajaan Negeri Selangor atau nak lebih mudah ambil di  pejabat DUN (Dewan Undangan Negeri di tempat masing-masing. Dah isi borang, hantar kembali ke pejabat DUN di daerah masing-masing. Oh, ya... pada sesiapa yang nak memohon, boleh tengok syarat-syarat ini :

Kategori A
Satu keluarga boleh mendapat satu Kad Peduli Sihat dalam kategori A yang hanya boleh digunakan untuk pemegang akaun utama dan satu keluaga.

Manfaat :
● Kad ini mempunyai nilai sejumlah RM500 setahun dan boleh digunakan RM50 untuk sekali rawatan.
● Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan

Kelayakan :
● Warganegara Malaysia
● Anak jati Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
● Untuk suami atau isteri dan anak-anak mereka yang berumur bawah dari 21 tahun
● Pendapatan isi rumah mestilah dari RM3000 sebulan dan ke bawah

Kategori B
Untuk makluman, kategori B pula adalah untuk individu yang berumur dari 21 tahun ke atas.

Manfaat :
● Kad ini mempunyai nilai berjumlah RM200 setahun dan digunakan RM50 untuk sekali rawatan
● Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan

Kelayakan :
● Warganegara Malaysia
● Anak jati Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
● Untuk individu yang berumur daripada 21 tahun ke atas
● Pendapatan isi rumah mestilah dari RM1500 sebulan dan ke bawah

Untuk sesiapa berkelayakan dan yang belum mendapatkan Kad Peduli Sihat Selangor, cepat-cepatlah memohon dan mendapatkan kad ini. Banyak sangat manafaat dan faedah yang boleh di perolehi. Rugi kalau tak dapatkannyan... PEDULI SIHAT... hanya di Selangor sahaja tau!

Cerita isi borang Peduli Sihat aritu.... klik SINI

p/s : peace ^^!



1 comments:

Antara Iman Dan Amal

12:36:00 PM Noor Akma 0 Comments

AL-Quran memberi pedoman dalam Surah al Asr – Illallazi na’amana wa’amilussalihat – orang-orang yang beriman melakukan amal soleh. Indahnya Islam tidak saja terletak kepada asas kepercayaan (tauhid) tetapi ketauhidan itu terlihat dalam watak, peribadi dan amal.Keyakinan adanya Pencipta menjadikan insan memiliki jiwa kehambaan yang tinggi dan jiwa kekhalifahan yang tangkas.

Antara Iman Dan Amal
Antara Iman Dan Amal

Pendukung tamadun Islam silam, baik dalam kalangan sesetengah ulama/ilmuwan dan umara (pemimpin) mempunyai kekuatan melakukan sinergi dan berjaya menghasilkan tamadun contoh. Barat dan Eropah mengalami pencerahan kerana pengaruh sains dan teknologi Islami. Ianya terjadi lantaran keimanan dan amalan bergerak seiring.

Antara Iman Dan Amal


Beriman kepada ALLAH tidak sekadar percaya tentang kewujudan ALLAH dengan segala keperkasaanNya tetapi yakin menerusi amal soleh yang memancarkan watak Islami dan menjadi contoh ikutan kepada yang lain. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik bagaimana akhlaknya dihubungkan dengan khuluq al-Quran atau akhlak Qurani dan ia hidup dalam diri Rasulullah SAW dan menjadi sumber ikutan kepada yang lain.

Sumber ikutan atau qudwah ini sangat penting dalam tradisi Islam zaman berzaman. Darinya kekuatan Islam terpancar dan akhirnya membangun sebuah tamadun. Tamadun Islam ditunjangi oleh kekuatan ilmu yang datangnya dari al-Quran dan As sunnah dan dijadikan sumber rujukan utama di samping upaya pemikiran manusia melakukan tadabbur (pemerhatian dan kaji-selidik).

Tradisi tadabbur amat penting dibangunkan kini kerana sumber rahmah dan nikmah ALLAH baik yang menyentuh mengenai diri insan itu sendiri dengan segala macam rahsia kejadiannya dan juga kejadian alam ini yang menampilkan kebesaran dan kekuasaan Allah menjadi hikmah terbesar yang memandu manusia menjalani kehidupan yang lebih terarah dan terpedoman.

Pedoman daripada ALLAH amat penting dipelajari dan diketahui supaya perkembangan pemikiran dan penjanaan ilmu sentiasa terhubung dengan kejadian dan kebesaranNya.Manusia yang beriman akan terus merasa kekerdilan diri dan terus mencari makna hidup ini dengan maksud ia terhubung dengan ALLAH dan segala hasil ciptaanNya dan dikaji untuk mendapatkan maklumat sebenar mengapa manusia dihidupkan dan mengapa alam ini dicipta.

Alam ini dicipta dengan penuh ketertiban dan keteraturan. Ia bergerak dan berlegar atas sunnatullah iaitu ketentuan ALLAH kerana ALLAHlah Pencipta semuanya. Perjalanan matahari, bulan, cekerawala, bintang-bintang, galaksi bergerak dengan laju tanpa sesak dan berlanggar.Manusia tidak mampu menguruskannya melainkan Suatu Kuasa Yang Maha Perkasa melakukannya.

Keteraturan dan ketertiban itu harus menjadi pedoman kepada manusia dalam melakukan sesuatu. Pedoman ini penting kerana manusia sering menghadapi konflik dan perbuatan yang gopoh dan melampau dan tidak menjadikan asas keteraturan dan ketertiban sebagai amalan.

Sifat membenci dan dendam sesama manusia sering dijadikan amalan. Buruk sangka dan penghinaan terhadap yang lain terlihat di mana-mana. Pembunuhan dan perseteruan sesama Islam semakin menjadi-jadi.

Politik dan kuasa dijadikan impian utama untuk melakukan dominasi. Ilmu yang benar dan bermanfaat semakin hilang peranan. Nafsu amarah dan emosi melulu sering dijadikan amalan. Dan akhirnya ketertiban dan keteraturan hilang dari diri.

Mengimani kebesaran ALLAH bermakna mengamalkan apa yang ALLAH suruh dan menjauhkan diri dari apa yang ditegah. Mengimani Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut namanya dalam selawat dan qasidah tetapi mengamalkan apa yang dilakukannya supaya pancaran iman melahirkan akhlak karimah.

Akhlak karimah menjadi tujuan utama diutus para rasul supaya manusia memiliki iman yang teguh dan kukuh dan terpancar watak manusiawi yang tinggi yang sifatnya menyantuni bukannya memusuhi.

Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maya yang membolehkan komunikasi dan telekomunikasi berkembang pesat dan tersebar dengan cepat. Ia tidak harus menjadi alat menyebarkan maklumat yang tidak bermanfaat berasaskan sumber yang salah, persepsi melulu sehingga berlaku adu domba yang membawa kepada perpecahan, syak wasangka dan permusuhan.

Orang-orang yang beriman akan melakukan pemeriksaan dan penelitian supaya maklumat benar tersebar, sangka baik terjadi dan ukhuwah Islamiah terjalin. Teknologi dari sudut Islam selamanya alat. Bagaimana alat diaplikasi dan mengangkat akal-budi insan menjadi matlamat supaya ketertiban terjadi.

Nak baca tazkirah dari blog ni.... klik SINI

p/s: perkongsian tazkirah hari ini... salam jumaat... :)

#c&p: Tulisan Prof Dr Sidek Baba pensyarah di Insted, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


0 comments:

DIY Brooch Comel Dari Benang Bulu

3:07:00 PM Noor Akma 1 Comments

Jom belajar buat sendiri brocch. Kita buat DIY brooch comel dari benang bulu. Cantik brooch ini, bersaiz kecil dan comel sahaja. Cara membuatnya sangat mudah untuk orang yang tahu serba sedikit tentang mengait. Untuk membuat DIY brooch comel dari benang bulu ni tidak mengambil masa yang lama. Lebih kurang tak sampai 5 minit, dah siap satu brooch crochet yang sangat comel.

DIY Brooch Comel Dari Benang Bulu
DIY Brooch Comel Dari Benang Bulu

Boleh buat ini untuk mengisi masa lapang sambil menonton tv. Banyak paten brooch crochet benang bulu yang ada. Inilah yang paling mudah dan paling kecil sekali. Brooch ini boleh di gayakan pada tudung, shawl, skarf dan baju. Sangat cantik dan yang penting di buat sendiri.

DIY Brooch Comel Dari Benang Bulu


Bahan-bahan yang di perlukan :

Benang bulu
Jarum mengait
Butang
Pin brooch 
Glue gun
Gam plastik

DIY Brooch Comel Dari Benang Bulu
DIY Brooch Comel Dari Benang Bulu


Cara-cara membuatnya :

- Buat 7 chain (tali air) Lepas tu sambung menjadi bulatan.

 - Buat 3 chain lepas tu tarik benang 5 loop dan di jadikan bentuk puff.

- Buat 3 chain lagi dan tutup puff tu. Buat 5 puff menjadi 5 kelopak bunga.

- Siap bentuk bunga.

- Selepas tu  ambil butang, letakkan gam di bawahnya dan tampal di tengah-tengah kelopak bunga.

- Di belakang bunga pula, letakkan gam di tapak pin dan tampalkan pin.

- Dah siap sebiji brooch comel.

Cantik dan mudah saja membuatnya.... kan! Boleh cuba untuk kegunaan sendiri atau boleh juga membuat jualan macam aku. Pada sesiapa yang tak ada masa nak buat sendiri dan berminat dengan brooch ini, boleh juga membuat tempahan pada aku. Kalau kuantiti kecil sekejap sahaja dah siap. Kuantiti yang besar kena lama sikit la...

Harga sebiji brooch ini aku jual RM1,00. Beli 5 biji, aku bagi percuma sebiji. Beli borong 100 biji, harganya RM40 sahaja. Murah sangat dah tu. Manalah tahu kalau ada yang berminat untuk buat cenderahati pelbagai majlis. Aku boleh letakkan dalam plastik kecil satu persatu atau kalau nak sepasang pun boleh tapi kena tambah sikit kos plastik.

Aku boleh di hubungi melalui whatssap di no. 0172387594 & 0173215261. Banyak paten sebenarnya brooch crochet ni. Tinggal pilih sajalah paten mana yang dimahukan. Apapun paten in yang paling kecil dan murah. Jika ada yang berminat.... silakan hubungi saya yer!

Ada cerita aku tentang crochet di blog ni..... klik SINI

p/s : Hari ni aku buat iklan pasal produk jualan la pulak... hihi!


1 comments:

Pakaian Sukan Berjenama Untuk Atlet Wanita Muslim Yang Berhijab...

10:42:00 AM Noor Akma 1 Comments

Satu perkara yang sangat bagus bila mendapat tahu akan ada pakaian sukan berjenama untuk atlet wanita muslim yang berhijab. Akan di keluarkan oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan pakaian dan peralatan sukan yang amat terkenal. Ini adalah satu bukit bahawa pemakaian hijab sudah di ikitiraf seluruh dunia. Bolehlah atlet wanita muslim tampil lengkap dengan pakaian sukan berjenama terkenal itu nanti. 

Pakaian Sukan Berjenama Untuk Atlet Wanita Muslim Yang Berhijab...
Pakaian Sukan Berjenama Untuk Atlet Wanita Muslim Yang Berhijab...

Produk tersebut buat pertama kali di paparkan di dalam video kempen viral bertajuk, ‘What Will They Say About You?’ dan dijangka akan dilancarkan pada musim bunga tahun 2018. Boleh buat carian video tu di youtube. Cantik dan bergaya sungguh melihat model menggayakan pakaian sukan itu. Lepas ni bolehlah wanita muslim di seliruh dunia tampil selesa dan bergaya dengan pakaian ini di persada sukan antarabangsa.

Pakaian Sukan Berjenama Untuk Atlet Wanita Muslim Yang Berhijab...


“Nike Pro Hijab dianggarkan telah lebih setahun dalam pembikinannya, tetapi dorongan dapat dikenal pasti lebih meningkat serta anjakan budaya yang berterusan telah menunjukkan lebih ramai wanita yang berjiwa kesukanan,” kenyataan dari Nike. Ini sudah cukup mengujakan kepada para wanita muslim yang berminat dan terlibat dalam pelbagai bidang sukan di seluruh dunia.

Pakaian Sukan Berjenama Untuk Atlet Wanita Muslim Yang Berhijab...
Pakaian Sukan Berjenama Untuk Atlet Wanita Muslim Yang Berhijab...

Pro Hijab akan direka dari fabrik mesh ringan yang bercirikan lubang-lubang halus untuk memberikan pengudaraan yang optimum. Meskipun Nike sudah agak lama komited terhadap kepelbagaian dan baru-baru ini mereka baru sahaja melancarkan koleksi khas untuk mereka yang bertubuh besar, ini adalah pertama kali Nike ingin melancarkan item istimewa buat atlet wanita yang beragama Islam.

“Nike Pro Hijab telah dicipta setelah mendapat pendapat terus dari atlet-atlet sukan yang mana mereka memberitahu kami yang mereka memerlukan produk sukan yang profesional untuk mereka melakukan yang terbaik. Kami berharap di mana item ini akan menolong atlet di seluruh dunia untuk bersukan dengan baik,” kata Jurucakap Nike Global, Megan Saalfeld kepada Al Arabiya English.

Tak sabar nak tunggu produk pakaian sukan ini di pasarkan nanti. Nanti bila nak bersukan, bolehlah para atlet muslim yang bergiat aktif dalam sukan memakainya. Untuk kita bila sesekali bersukan pun boleh juga. Jenama terkenal ini memang sangat di sukai ramai.

Nak baca artikel yang ada di blog ini... klik SINI

p/s: Dulu2 wanita berhijab menyanyi dan bersukan nampak pelik..... sekarang dah jadi perkara biasa dah... kan!

1 comments:

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

12:25:00 PM Noor Akma 3 Comments

Hari ni tergerak hati nak join Lazada  Birthday Blogger Contest ni. Daripada jenuh memikirkan entri apa yang nak dibuat, baik aku teruskan dengan contest. Untung ada rezeki dapat hadiah.. Ya tak? Aku ni, bila nak membeli belah online je mesti teringat Lazada. Pendek kata Lazada ini di hatiku selalu.... So, rugi le kalau tak join Lazada  Birthday Blogger Contest ni..... Jom le korang join sama-sama!

LAZADA  BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
LAZADA  BIRTHDAY BLOGGER CONTEST 

Teringat sorang kawan aku bertanya apa bendaya Lazada tu. mati-mati dia ingatkan itu nama makanan Italy macam pasta dan spagheti  tu.... kawan-kawan lama dalam whatssap bertanya sebab ada yang mencari satu barang tu... Ada pulak yang suruh beli online di Lazada, Dia betul-betul tak tau, bukan semua orang ikut perkembangan semasa... kan! Ikut aku, dah sememangnya aku tau dan Lazada ni . Dah jadi platform online wajib untuk aku sekeluarga membeli-belah online dalam setahun dua ni. 

Dah macam-mcam benda aku beli di Lazada. Handbag, backpack, make-up, aksesori kereta, mini fan, cover phone, handphone berbagai jenis dan beberapa barang lagi. Benda terkini aku beli di Lazada adalah Cloths Hanging Garment Steamer.  Ini aku tengah pilih barang yang nak di beli lagi. Aku sememangnya suka sesangat shopping di Lazada ni, rambang mata di buatnya ooi!.. hihi!

LAZADA  BIRTHDAY BLOGGER CONTEST 


a. Apa yang saya suka tentang Lazada
Tentulah diskaunnya yang hebat belaka. Banyak pilihan yang ada. Dari semurah-murah harga hingga yang paling mahal. Senang nak buat pilihan. Sebut apa saja barang, ada di jual di Lazada. lagi satu dah tentulah yang termurah di pasaran. Siapkan ajelah duitnya. Servis penghantaran pun menepati seperti yang di jangkakan. Antara itulah sebabnya lazada jadi pilihanku bila nak shopping online.

b. Tiga barangan peberet aku suka di Lazada
Ini barang yang aku suka dan dah letak dalam list barangan yang nak di beli la yer.....

LAZADA  BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
LAZADA  BIRTHDAY BLOGGER CONTEST 

i. Bread Maker
Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, aku sering mencari benda yang memudahkan. Kami sekeluarga suka makan roti. manalah tahu aku boleh buat roti sendiri nanti dan tak payah beli...

LAZADA  BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
LAZADA  BIRTHDAY BLOGGER CONTEST 

ii. Mixer
Bukannya tak pernah ada mixer tapi dah rosak. Sekarang, bila nak makan kek buatan sendiri tak dapatlah buat. Buat pun kek yang mudah dan tak payah pukul dan putar. Buat kek simple pakai kukus jer.  Anak-anak dah jemu. Tu yang nak membeli tu.....

LAZADA  BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
LAZADA  BIRTHDAY BLOGGER CONTEST 


iii. Kitchen Organizer Under Sink Rack
Rak ni mungkun akan aku beli dalam waktu terdekat ni. Dah tak tahan tengok rak kayu yang ada dah nak roboh sebab dah di mamah usia dan reput. Harga pun mampu milik gittew...

*semua yang aku beli adalah barang keperluan, nak beli ikut kehendak sendiri tak mampu la...

c. Antara cadangan untuk meningkatkan prestasi
Aku kira Lazada dah buat yang terbaik untuk pelangggan-pelangganya tapi boleh di tingkatkan lagi dengan memastikaan dengan menjual produk berkualiti seiring dengan harganya. Yang lain tu boleh perbanyakkan lagi barangan yang berjenama terkenal.

d. HAPPY BIRTHDAY.... HAPPY BIRHDAY TO LAZADA yang ke 5. Semoga terus sukses dan buat sale yang meletup bomm... bommm... bommm.  Juga semoga terus menjaga kualiti perkhidmatan dan memberikan servis terbaik... And ALL THE BEST!!!

Untuk para blogger, jom le join LAZADA  BIRTHDAY BLOGGER CONTEST ni. Marilah kita join sama-sama dan menang sama-sama, Manalah tau yek! Juga pada 22 -24 Mac nanti ada 5th BIRTHDAY SURPRISE. Mesti ada sales yang gempak gittew!. Sisihkan duit belanja sikit untuk shopping di Lazada nanti.... jangan lupa tu!!!

Baca  tentang Lazada di blog ni.... klik SINI

p/s :  Ingat nak shopping online, mesti ingat Lazada tau.... :)


3 comments:

Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin.....

12:26:00 PM Noor Akma 2 Comments

Akhirnya dapat juga aku pergi shell out  makan di luar. Puas jugalah pujuk en. suami makan shell out di My Story Cafe, Kota Kemuning tu. Dulu pernah buat sendiri shell out di rumah dengan anak-anak tapi tak sama dengan makan di kedai. Bila di rumah tak banyak jenis lauknya. Jadi, kelmarin aku menjamu selera ber... shell out di My Story Cafe, Kota Kemuning, Ala.... di Shah Alam  jer, tak jauh dari rumah aku di seksyen 24 ni. Berkereta tu 20 minit dah sampai. Jalan kaki jadi jauh le... hihi!

Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin.....
Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin.....

Keterujaan tu tak adalah sangat tapi keinginan yang aku pendam tu dah lama nak makan cara shell out selambak atas meja. Lepas tu pernah tengok dan baca pasal shell out di situ. Di sebabkan sangat dekat dengan rumah, itu sebab aku pilih tempat ini. Lagipun dengar cerita blogger macam sedap jer. Apatah lagi minggu sebelum ni aku tengok cerita tentang My Story Cafe ni di rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 minggu lepas. Itu yang keinginan memjadi-jadi..

Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin.....


Nak cari waktu semua anak-anak dapat berkumpul sekali tu pun satu cabaran juga, Ini disebabkan dua orang anak aku belajar di IPT dan tinggal di kolej universiti. Kelmarin dapatlah aku merealisasikan rancangan ini. Berkumpul la kami sekeluarga makan di sana hari tu. Seronok bila satu keluarga berkumpul dan makan bersama-sama tau. Meriah dan gembira anak-anak aku.

Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin.....
Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin.....

Masakan di cafe tu okeylah sedap dan menepati selera orang kita. Untuk kami sekeluarga yang jenis makan pedas tahap tinggi punya, kepedasannya langsung tak terasa. Tapi untuk orang berniaga, kepedasan begini sesuai untuk semua golongan. Selain tu semuanya sedap dan menyelerakan. Anak-anak aku suka dengan keenakan sambal ketammya yang menyelerakan. 

Aku ucapkan terima kasih dengan pemilik My Story Cafe, Tuan Hasrul atas layanan yang baik dan sangat peramah. Terima kasih juga atas diskaun untuk blogger dan side dish ikan siakap sweet sour yang di berikan. Kalau tak jadi blogger mana nak dapat nih.... ya tak?

Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin.....
Shell Out Di My Story Cafe, Kota Kemuning Kelmarin.....
Bergambar dengan tokeh kedai :)

Sesiapa yang bercadang nak bershell out di sini boleh klik SINI untuk lebih info tentang tempat ni, Juga boleh klik SINI untuk baca cerita keinginan aku nak makan shell out sebelum ni. Dah merasa bershell out di My Story Cafe... tak payahlah berangan-angan lagi. Kalau ada rezeki blogging lagi, bolehlah aku datang ke sana lagi... huhu!

p/s : Tak leh lupa, lepas salam dengan tokeh kedai,, en. suami lupa nak buat bayaran,...  cepat-cepat aku panggil balik, ingat makan kenduri ke... hahaha!


2 comments:

Hasrul Hassan Buat Trafik Blog Aku Mencanak Naik Meroket Sekejap.... Huhu!

12:11:00 PM Noor Akma 9 Comments

Seperti di katakan.... selepas join segmen Hasrul Hassan, jadi Hasrul Hassan buat trafik blog aku ni mencanak meroket sekejap semalam. Sekejapppp jerrrr! Jadilahhh gittew...! Seronok tengok blog aku tu mencecah ke puncak awan walau jauh lagi nak ke langit ketujuh.... (melampau beno ayat power aku ni... hihi!) Terujalah katakan. Tak apalah.... janji merasalah Hasrul Hassan buat trafik blog aku naik meroket sekejap.

Hasrul Hassan Buat Trafik Blog Aku Mencanak Naik Meroket Sekejap.... Huhu!
Hasrul Hassan Buat Trafik Blog Aku Mencanak Naik Meroket Sekejap.... Huhu!


Blog aku ni seperti kebiasaannya adalah blog yang suam-suam kuku je walaupun dah 5 tahun aku buat blog ni. Jangan tak ada pengunjung sahaja..seciput. Baru beberapa bulan inilah dapat ratus-ratus. Itupun sejak join  satu group blogger. Sejak itulah baru aku tahu macam mana nak gunakan keyword dan seo. Sebelum ni aku memang blurr tentang keyword dan seo tu... Puas memikirkan apa yang nak dilakukan dengan perkara ni. Sekarang aku dah tahu... Apapun aku kena terus belajar nak menjadikan blog aku ni naik ribu-ribu pulak.

Hasrul Hassan Buat Trafik Blog Aku Mencanak Naik Meroket Sekejap.... Huhu!


Blog aku naik meroket semalam pada pukul 9 pagi... Lepas tu macam biasa balik la... hurm!. Tak apalah. Nanti nak terus godek blog Hasrul Hassan untuk tau lebih banyak tentang blog. Memang selalu sangat aku ambil ilmu blog dari blog Hasrul Hassan ni. Banyak ilmu-ilmu blog yang bermanafaat yang dapat aku pelajari. Tapi otak aku ni lambat sikit nak hadam, kena perlahan-lahan. Almaklum orang lama, otak pun dah berkarat dan berkulat....

Dulu masa baru-baru buat blog aku main hentam saja, tulis apa yang aku suka dan fikir. Tak pernah ambil tahu pasal kehendak google. Sekarang baru aku tahu... penulisan mesti ada isi. Tak boleh copy paste entri orang lain. Nak ikut sikit-sikit tu boleh tapi buat ayat sendiri. Itulah dah aku cuba praktikkan. Menjadi jugak tuh... bila di praktikkan selalu.

Dah adalah kemajuan aku berblog nih..... Tambah lagi dah merasa trafik blog mencanak naik meroket gittew.... dapatlah unique visitor 932 semalam.  Dan pageview pula dapatlah 2191 semalam. Jarang sangat blog aku dapat macam ni....2k tuh...!  Canggih betul cara Hasrul Hassan nih! Nak belajar buat macam ni hari-hari, boleh...? hahaha!

Lintas langsung dari blog huhahuhajer,com

p/s: Aku dah tak bermimpi lagi, dah meroket dah...!


9 comments:

Duit Nuffnang Ari Tu... Aku Shopping Online Bawal Pucci, Blouse Dan Tshirt Anak

8:22:00 PM Noor Akma 4 Comments

Ari tu, bulan lepas ada aku cerita pasal dapat duit nuffnang.... kan! Duit dah siap aku selesaikan dengan membeli-belah secara online beberapa barang yang dah lama aku bercadang nak beli iaitu tudung bawal pucci, blouse untuk diri sendiri dan tshirt untuk anak-anak. Duit nuffnang ni, lama sikit duduk kat tangan nanti mencair macam ketul ais.... tak tau pergi kemana!

Duit Nuffnang Ari tu... Aku Shopping Online Bawal Pucci, Blouse Dan Tshirt Anak
Duit Nuffnang Ari tu... Aku Shopping Online Bawal Pucci, Blouse Dan Tshirt Anak

Aku beli tudung bawal pucci ni sebab sekarang dah jadi trend orang pakai tudung bawal tapi kali ni yang berwarna-warni pulak iaitu bawal pucci. Belum pakai lagi sebab trend ni masih rasa tak masuk dengan aku. Berwarna warni sangat aku rasa. Sesuai dengan pakaian dari kain kosong sahaja.

Duit Nuffnang Ari tu... Aku Shopping Online 


Agaknya aku masih terperangkap dengan trend sebelum iaitu shawl daan instant shawl. Ada setengah dozen aku beli tu... Anak-anak dah suruh pakai pun lebih selesa pakai tudung shawl atau bawal crepe. Bila entah nak rasmi bawal pucci tu tak tau lah...

Duit Nuffnang Ari tu... Aku Shopping Online Bawal Pucci, Blouse Dan Tshirt Anak
Duit Nuffnang Ari tu... 

Yang lain tu aku ada beli blouse untuk diri sendiri. Dah pakai dua tiga kali lagi tu. Cantik juga walau blouse ni pilihan kedua sebab pilihan pertama tak sempat dapat, dah terjual. Tshirt untuk anak-anak pun okey walau bukan jenama original. Ada lebihan duit tu aku beli pakaian dalam kami anak beranak. Juga aku belanja semua sekeluarga makan-makan.

Akhirnya selesai semua duit tu aku belanjakan. Akan datang, aku harap ada rezeki lagi nak berbelanja seperti ini. Seronok rasanya, macam orang-orang berduit banyak bila boleh memilih barang dan pakaian untuk di beli. Lain kali aku nak berusaha lebih lagi untuk meningkatkan pendapatan ini. Dapatlah aku shopping lagi.

Nak lihat cerita aku lagi tentang nuffnang.... klik SINI

p/s : Tengah fikir macam manalah nak tingkatkan pendapatan blog ni...


4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...