Segmen Blog Review 2018

9:15:00 PM Noor Akma 0 Comments

Assalamualaikum..... 

Klik banner untuk join....


Terma dan Syarat :
1. Follow blog ni.
2. Buat entri bertajuk " Segmen Blog Review 2018", letak banner dan backlink ke blog ni.
3. Kalau nak komen berkenaan blog shu pun, di alu-alukan.
4. Paste link entri di komen.
5. Done! 

Tarikh Tutup :
24/12/2018 

Blog berona lembut, sedap mata memandang. Entry sangat bermanafaat. Teruskan berblog dan kongsi informasi yang best untuk pembaca.

Adios.... :)

0 comments:

Rak Kayu Tempat Letak Pasu

4:43:00 PM Noor Akma 0 Comments

Gambar-gambar yang aku ambil ini aku nak jadikan sebagai contoh nak buat rak macam ini nanti di rumah baru. Cantik dan kemas rak kayu tempat letak pasu perhiasan ini. Boleh letak samada di luar rumah atau di balkoni rumah. Letak rak kayu tempat letak pasu ini di dalam rumah pun cantik juga.

Rak Kayu Tempat Letak Pasu
Rak Kayu Tempat Letak Pasu

Rak Kayu Tempat Letak Pasu
Rak Kayu Tempat Letak Pasu

Rak ini boleh di buat sendiri dengan menggunakan kayu terpakai iaitu pallet terbuang yang banyak di kawasan kilang. Kalau tak jumpa, boleh beli di kedai peralatan pertukangan. Bertukang dan buat sendiri, sudah pasti lebih menjimatkan. Kalau tidak pun tempah sajalah pada tukang yang pandai buat.. hehe!



Rak Kayu Tempat Letak Pasu


Aku memang minat bercucuk tanam. Lebih-lebih lagi tanam pokok bunga. Itu yang minat dengan cara letak pasu atas rak kayu macam ini. Tapi sejak tinggal di rumah tak bertanah dan tak ada tempat nak bercucuk tanam ini, aku dah campak minat tu jauh-jauh. 

Apapun keinginan dan minat tetap membara dalam diri ini. Itu sebab aku suka tengok dan simpan contoh-contoh gambar yang bermanafaat. Mana tau, suatu hari aku akan dapat meneruskan minat ini lagi. Minat tengok pokok-pokok yang cantik ini di susun indah dan kemas.

Insya'allah, sekiranya di kabulkan impian kami sekeluarga pindah ke rumah baru, bolehlah menunaikan impian bercucuk tanam pokok bunga dan seterusnya pokok sayuran nanti. Nak tunggu rumah idaman di lestarikan. Bukannya mudah nak dapat. Tunggu sajalah... !

p/s: Bilalah nak jadi rumah baru kami, tak sabar nak hias pokok dalam pasu.... !

#pic fr FB

0 comments:

Khasiat Buah Epal Hijau Yang Bermanafaat Untuk Kesihatan

10:05:00 PM Noor Akma 1 Comments

Buah epal hijau yang berwarna kehijauan kerana kurang di gemari oleh ramai orang kerana mempunyai rasa sedikit masam. Aku paling suka buah epal hijau ni apatah lagi yang jenis Granny Smith sebab teksturnya yang rangup dan rasanya masam-masam manis.  Berbanding buah epal hijau Thailand yang biasanya sangat masam tapi kalau cicah kicap gula pedas atau kuah rojak sedap juga.

Khasiat Buah Epal Hijau
Khasiat Buah Epal Hijau

Fakta yang perlu di ketahui adalah sebiji epal mengandungi banyak khasiat buah untuk kesihatan. Bahkan epal juga digunakan sebagai buah-buahan ‘favourite’ untuk diet menurunkan berat badan. Epal mempunyai kadar lemak yang rendah, tetapi serat yang ada dalam buah epal sangat tinggi. Serat inilah yang akan membantu anda berasa cepat kenyang. Kalori bagi sebiji epal 154 g, mempunyai lebih kurang 80 kalori.



Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. Tapi seeloknya cuci kulit epal dengan air suam dulu untuk membuang wax pada kulit buah epal.

Antara Khasiat Buah Epal Hijau Yang Bermanafaat Untuk Kesihatan


- Mengatasi Masalah Sembelit
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem penghadaman. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Kaya Dengan Sumber Mineral Dan Vitamin
Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan seta mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu mengekalkan kulit berseri dari dalam.

- Mengandungi Karbohidrat
Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

- Makanan Tinggi Serat
Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, epal hijau jug mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan ‘diaretic’.

- Khasiat Lain Epal Hijau
Ternyata, epal hijau mengandungi antioksidan yang tinggi dan ia juga dapat membantu menurunkan kadar kolestrol jahat. Rendahnya kolestrol jahat ini akan melindungi anda daripada pelbagai penyakit. Antaranya, penyakit jantung, mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi, menstabilkan gula dalam darah serta sebagai agen anti kanser.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Air rebusan epal hijau dan serai juga bagus untuk melegakan sakit lutut. Hanya perlu rebus 2 biji epal hijau yang telah di hiris bersama 4 - 5 batang serai dan 1liter air. Rebus selama lebih kurang 30 minit. Amalkan minum samada suam atau sejuk. Kalau di amalkan selalu insya'allah  boleh mengurangkan sakit lutut.

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini klik SINI

p/s: Suka mencicah epal hijau dengan kicap bergula pedas ..... Sedap, rangup, krup-krap!

#pic fr google

1 comments:

Resepi Sambal Tumis Petai Campur Udang Kecil

2:43:00 PM Noor Akma 4 Comments

Antara makanan yang biasa aku masak hampir setiab minggu. Aku memang suka petai. Walaupun baunya kurang menyenangkan tapi rasanya sedap dan mempunyai banyak khasiat. Resepi sambal tumis petai ni adalah resepi biasa saja. Namun ada juga yang tak tahu dan berlainan cara memasaknya. Ini resepi sambal tumis petai cara aku.... hehe!

Sambal Tumis Petai Campur Udang Kecil
Sambal Tumis Petai Campur Udang Kecil

Petai makanan yang sentiasa di gemari oleh ramai orang terutamnya  apabila di masak sambal atau di makan secara berulam. Tetapi bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat menahan bau petai yang begitu kuat. Apapun pandai-pandailah  menghindari akan baunya dengan memakannya sewaktu cuti dari bekerja atau mengamalkan petua untuk mengurangkan bau mulut.



Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.Antara khasiat yang lain pula, adalah untuk awet muda, meningkatkan fungsi otak, mencegah anemia, menjaga sistem penghadaman dan  mencegah kemurungan.

Resepi Sambal Tumis Petai Campur Udang Kecil


Bahan-bahan:

4 keping petai
1 cawan udang kecil/kertas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besae
3 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Sedikit air
Sedikit belacan (jika suka)

Cara-cara:

-  Biji petai di keluarkan dari kulitnya dan di hiris ikut suka,   Udang di pisahkan  dari kepala dan ekornya serta di bersihkan.  Bawang merah dan bawang putih di tumbuk atau di cincang halus. Bawang besar di hiris nipis.

- Tumiskan bahan yang di tumbuk di dalam kuali bersama sedikit minyak. Bila bahan tumbuk dah wangi dan kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sehingga cili giling hampir garing. 

- Masukkan sedikit air dan pes asam jawa. Jika nk letak belacan, hancurkan dan masukkan sekali. Kacau sehingga hampir kering. 

-  Masukkan bawang besar, petai dan dan udang. Kacau hingga petai dan udang bertukar warna dan masak. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga semua bahan bergaul sebati. 

- Tutup api dan bolehlah di hidangkan untuk juadah tengahari dan malam.

Sedap sangat sambal tumis petai ni. Aku kalau makan, kutip petai saja. Suka makan petai banyak-banyak. Tak sedar dah makan 2 -3 pinggan. Diet dah lama tercampak dah. Apakan daya, hari-hari aku masak makanan sedap untuk seisi keluarga... hahaha!

Nak cari resepi mudah di blog ni, ..... klik SINI

p/s: Resepi aku ni tak ada yang specifik bahan, hanya main campak-campak saja ni, ikutlah berapa orang nak makan yer.......

4 comments:

#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal

11:40:00 PM Noor Akma 3 Comments

Assalamualaikum....



Klik banner untuk join...

Giveaway ini bakal berlangsung selama sebulan dari 1 November 2018 sehingga 30 November 2018. Syarat-syarat giveaway Zumal sangat mudah. Syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Buat entri khas bertajuk #7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal beserta banner giveaway di atas dan backlink ke entri giveaway ini
  2. Follow blog www.duniazumal.com
  3. Follow blog viralfoodblog.blogspot.com
  4. Follow instagram www.instagram.com/duniazumal
  5. Follow instagram www.instagram.com/perliscuckoo
  6. Like page www.facebook.com/duniazumal
  7. Like page www.facebook.com/BloggerUtara
  8. Like page www.facebook.com/viralfoodmalaysia
  9. Like page www.facebook.com/Cuckoo-Perlis-442840102874775/
  10. Subscribe www.youtube.com/user/zumal84
  11. Follow twitter www.twitter.com/duniazumal
Jom join.... !!!

3 comments:

Makan Ubat Dengan Cara Yang Betul, Baru Berkesan....

3:46:00 PM Noor Akma 3 Comments

Makan ubat dengan cara yang betul barulah ubat berkesan untuk mengubati dan mengawal menyakit. Kalau tidak, sia-sia saja makan ubat. Makan ubat dengan cara yang betul adalah  dengan  mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat. Ini juga dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini daripada berlaku.

Makan Ubat Dengan Cara Yang Betul, Baru Berkesan....
Makan Ubat Dengan Cara Yang Betul, Baru Berkesan.... 

Cerita tentang cara  makan ubat ini aku dapat dari seorang jiran aku. Dia memberitahu cara dia makan ubat adalah dengan cara menggigit dan mengunyah ubat sebelum di telan untuk mengelakkan tak hancur nanti rosak buah pinggang katanya. Dapat tahu cerita ini dari seorang kenalan, katanya memberitahu aku. Terkedu aku mendengarnya.... hahaha!



Terus aku membayangkan bagaimanakah aku nak memggigit ubat yang berbiji-biji yang aku makan setiap hari itu. Sudahlah pahit, banyak pula tu. Tak masuk dek akal langsung. Seperti di ketahui, ubat di jadikan bentuk tablet @biji adalah untuk memudahkan para pesakit memakannya tanpa perlu merasa pahitnya ubat. 

Makan Ubat Dengan Cara Yang Betul, Baru Berkesan.... 


Ubat dihasilkan dalam pelbagai bentuk sediaan yang berbeza seperti tablet, kapsul, cecair, krim dan sebagainya. Bentuk sediaan yang berlainan mempunyai cara pengambilan yang berbeza. Tujuannya adalah untuk memastikan ubat bertindak terus ke atas sistem/organ tersebut. Ini seterusnya memberi kesan optimum terhadap simptom/penyakit dan mengelakkan kesan sampingan.

Kebiasaannya jika  seseorang itu tidak boleh menelan ubat dalam bentuk tablet atau bijian, ada alternatif lain seperti ubat cecair atau ubat yang berbentuk serbuk. Para doktor dan ahli farmasi lebih mengetahui tentang ubat-ubatan dan cara pengambilan ubat untuk para pesakitnya. 

Sesetengah pil pula telah dicipta untuk menentang asid gastrik dan hanya akan dilarutkan di dalam usus. Jadi, jika memecahkan atau membuka sarung kapsul ubat secara sembarangan adalah mampu merosakkan lapisan esofagus atau perut. Jadi, tak payahlah memandai-mandai dengan cara pengambilan ubat.

Ikut saja peraturan dan arahan yang di sertakan pada label ubat yang di beri oleh doktor atau farmasi. Ubat yang dibekalkan akan mempunyai arahan lengkap dan menerangkan kekerapan dan selang masa yang sesuai ubat tersebut perlu diambil. Kalau ubat itu perlu di kunyah atau di hisap mesti ada di tulis di situ.

Nak lebih cerita informasi di blog ini.... klik SINI

p/s: Tak logik langsung apabila tak kunyah hancur ubat, akan rosak buah pinggang. Kalau macam tu, tak kunyah makanan lumat pun boleh rosak buah pinggang jugalah. Mana mungkin ubat sebji tu boleh melompat terus masuk dalam buah pinggang bila di telan.... hahaha!

#pic fr google

3 comments:

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari, Sesuai Citarasa....

4:41:00 PM Noor Akma 2 Comments

Jarang masak ikan tenggiri ini sebab ikan tenggiri biasanya di katakan mahal. Baru ni en. suami beli ikan tenggiri yang kecil saja. Taklah semahal mana. Yang besar kot mahal tapi tenggiri kecil atau anak tenggiri harga bisa sahaja. Apalagi, buat ikan tenggiri masak kari lah jawabnya. 

Gambar Ikan Tenggiri Masak Kari...

Ikan tenggiri ini isinya padat dan mampat. Yang pasti tulang-tulangnya tak berselirat dan senang untuk di makan. Kalau dapat kepalanya yang besar buat masak kari lagi lah sedap  meletup. Tapi aku dapat masak dan makan anak tenggiri, jadilah...!



Resepi masak kari aku ni biasa-biasa saja. Namun anak-anak aku lebih suka aku masak lauk kari daripada yang di beli di kedai. Entahlah, aku buat macam biasa je caranya. Ikut resepi turun temurun mak aku je.Tak terlebih dan terkurang cuma ada yang aku ubah cara sebab nak ringkaskan cara memasak je... hehe!

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari, Sesuai Citarasa.... 


Bahan-bahan:

2 ekor ikan tenggiri kecil
1 paket kecil serbuk kari ikan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
2 cawan santan pekat
2 -3 cawan air
7 biji bendi
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun kari (sekiranya ada)

Cara-cara:

Ikan tenggiri di potong-potong ikut suka hatinak berapa potong. Bawang, merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau. 

Masukkan cili giling dan tumiskan sehingga garing. Masukkan serbuk kari ikan dan secawan air. Masukkan juga pes asam jawa dan daun kari sekiranya ada. Masak sehingga campuran serbuk kari pecah minyak. Setelah itu masukkan santan dan air. Pada waktu ni terpulang pada sendiri, samaada nak banyak kuah atau sikit.

Masukkan bendi yang telah di potong pangkal dan hujungnya. Masak sehingga bendi menunjukkan tanda bertukar warna. Masukkan pula ikan tenggiri. Tunggu sehingga mendidih dan mata ikan nampak keputihan. Masukkan pula tomato yang di belah empat dan perasakan dengan garam dan gula. 

Selepas itu, bolehlah di angkat. Sedap sangat di buat lauk tengahari dan makan malam. nak masak kari ini pelbagai ikan boleh di gunakan. Hanya tukar jenis ikan dan ikut resepi biasa ini saja. Jadilah masakan kari yang sedap. Boleh juga makan dengan roti.

Ikan yang sesuai di buat kari biasanya selain tenggiri adalah tongkol, cencaru dan pelbagai ikan jenis isi keras yang lain. Ikan kembung agak tak sesuai. Inilah resepi mudah cara aku. Kalau ikut mak aku, serbuk kari tu di bancuh dengan air asam jawa. Aku terus masuk sahaja. Itu jelah bezanya.

Nak tengok banyak lagi resepi di blog ni... klik SINI

p/s: Resepi biasa tapi rasa luarbiasa sedapnya, tak gittew... :)

2 comments:

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

8:43:00 PM Noor Akma 5 Comments

Assalamualaikum...


Klik banner untuk join...

Mudah je syarat dia ;)

- Follow blog Lullabyssz

- Buat satu entry/blog post bertajuk "Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz"

- Jangan lupa letak banner giveaway (gambar paling first dalam entry ni) dalam entry tersebut & sila  backlink kan banner tersebut ke link blog post ini sahaja.

- Dalam blog post tu ikut korang lah nak taip apa-apa, letak ucapan ke, quotes ke, nak share some story even takde kaitan dengan giveaway pun boleh, tak kisah. Kalau tak nak tulis apa-apa pun tak pe hihi.

- Lepas dah publish entry jangan lupa submit link blog post giveaway korang kat ruangan komen di bawah ni tau!

Senang jurr ni.

Ucapan...

Good luck ^-^ 
dan semoga terus sukses yer!!!


5 comments:

Mudahnya Tanam Kangkung Dalam Tapis Dan Baldi Saja.....

4:48:00 PM Noor Akma 4 Comments

Ada seorang kawan baru pindah rumah, bercadang  nak bercucuk tanam sayur. Aku pun beritahulah cara tanam kangkung dalam tapis dan baldi dengan mudah seperti yang aku lihat FB. Sudah viral cara bercucuk tanam yang mudah macam ini. Tapi masih ramai yang tak mengetahui cara betul tanam kangkung dalam tapis dan baldi yang mudah sangat tu.

Mudahnya Tanam Kangkung Dalam Tapis  Dan Baldi Saja.....
Mudahnya Tanam Kangkung Dalam Tapis  Dan Baldi Saja..... 

Kangkung adalah sejenis sayur yang boleh di buat pelbagai masakan seperti kangkung goreng belacan, nasi goreng kampung, pecal, kangkung masak lemak dan macam-macam lagi. Bila tanam sendiri, boleh lah berjimat cermat dan tak perlu membeli di pasar lagi. Walaupun harga kangkung murah tapi kalau makan tanaman sendiri lebih terasa nikmatnya... huhu!



Kata orang kalau tak ada kerja atau menganggur, balik kampung tanam kangkung. Tapi apalah salahnya kalau tanam kangkung ni, sayur kangkung bukannya tak sedap. Tanam banyak-banyak, silap haribulan boleh jadi usahawan tanaman kangkung pula. Walau pulangannya kecil tapi kalau hasilnya mantap, apa nak di kisahkan.... heh!

Cara Tanam Kangkung Dalam  Dalam Tapis  Dan Baldi


-  Rendam benih kangkung dalam selama sekurang-kurangnya 24 jam dalam air paip saja.

-  Toskan benih kangkung selepas di rendam. Masukkan dalam tapis sekadar cukup-cukup saja. Tak terlalu rapat dan padat tapi jangan sikit sangat. Pastikan benih kangkung tak lolos lubang tapis.

- Letakkan tapis di atas baldi sepadan dan sesuai antara keduanya. Masukkan air paip separas memcecah dasar tapis.

- Jauhkan atau tutup tapis berisi biji benih kangkung dari cahaya selama 2 -3 hari untuk menggalakkan anak benih yang di semai tumbuh panjang.

- Jangan panik apabila pokok kangkung kelihatan tumbuh seperti taugeh. Dedahkan pada cahaya matahari untuk merangsang pertumbuhannya.

- Selepas seminggu, boleh letak baja AB di dalam  baldi berisi air. Sila alert dengan air di dalam baldi, takut jadi tempat jentik-jentik pula. 

- Seterusnya pantau jumlah air dan letaklah baja jika perlu. Dalam masa 3 minggu dan sebulan pokok  kangkung sudah sedia di petik.

Kalau rumah ada beranda, boleh susun di beranda baldi pokok kangkun ini ataupun susun berbaris di kaki lima tepi rumah. Teringin nak makan sayur kangkung boleh petik saja. Tak perlu lagi beli di pasar atau pasaraya. Satu kaedah berhemat dan berjimat pada suri rumah... huhu!

Nak lebih informasi... klik SINI

p/s: Air bertakung dalam baldi tu selain letak ubat jentik-jentik, boleh juga bela ikan laga untuk elak pembiakan nyamuk.

#pic fr google

4 comments:

Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

9:40:00 PM Noor Akma 4 Comments

Assalamualaikum....


Klik banner untuk join

Mudah saja syarat-syarat untuk menyertai giveaway ini:

1. Buat satu entry bertajuk " Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com "

2. Letakkan banner giveaway dan linkkan ke entri ini.

3. Buat ucapan, tak kisah panjang atau pendek sempena hari lahir Mai (kalau boleh buat ucapan kreatif, lagi bagus) dan berikan apa saja komen tentang blog ini.

4. Follow blog ini, Instagram @maisarah_humaira dan FB Page MaisarahSidi.com (wajib follow ketiga-tiga ini ya)

4. Tinggalkan URL entri penyertaan anda di ruangan komen entri ini.

Giveaway ini berlangsung dari 3 November 2018 sehingga 2 Disember 2018.

Ucapan..

Selamat Hari jadi Maisarah... Semoga terus sukses dengan kerjaya dan apa saja yang di ceburi. Blog yang cantik dan penuh dengan info-info menarik. May Allah bless you...  :)

4 comments:

Adanya Aplikasi Boost Aku Bagaikan Jadi Ejen Jual Top Up Kredit @ Tambah Nilai Pra Bayar Telefon

4:50:00 PM Noor Akma 0 Comments

Biasanya kalau nak top up atau proses tambah nilai kredit prabayar telefon samaada menggunakan terus dari bank atau beli di kedai yang menjual kad prabayar Kini ada aplikasi boost yang menawarkan proses tersebut dan seterusnya memberi ganjaran atau keuntungan. Bila top up atau masukkan tambah nilai dari aplikasi boost itu ke telefon, goncang-goncang dapat duit. Senang kan...!

Gambar Logo Aplikasi Boost Di Google Play
Gambar Logo Aplikasi Boost Di Google Play

Aplikasi Boost boleh digunakan oleh semua pengguna pra-bayar di Malaysia. Tidak kira samada anda pengguna Xpax, U Mobile, Digi, Hotlink, XOX, Tune Talk atau Altel. Boleh tambah nilai pelbagai amaun serta menghantar tambah-nilai kepada sesiapa saja asalkan ada amaun wang yang telah di masukkan kedalam akaun aplikasi tersebut.

Sebelum dapat tahu temtang aplikasi boost ini aku biasanya top up terus dari akaun bank yang aku ada iaitu Maybank2u ataupun Cimbclicks. Bila dapat tahu dengan aplikasi boost ini, aku tak melepaskan peluang untuk menikmati ganjaran dan keuntungan yang di berikan. Sekurang-kurangnya menjimatkan top up telefon aku sekeluarga.



Selain itu jiran-jiran di kawasan perumahan rumah aku pun sering meminta aku top up kan kredit telefon mereka. Ramai dari mereka yang tak pandai menggunakan perbankan online di kawasan rumah aku ini. Nak pergi ke kedai, jauh juga lah. Sudah semestinya mereka bayar nilainya. Dengan membantu mereka, bagaikan aku buka kedai jadi ejen jual top up pula... hahaha!

Muka Depan Aplikasi Boost Aku
Muka Depan Aplikasi Boost Aku

Sebenarnya aku hanya suka-suka membantu jiran tetangga untuk  memudahkan tanpa perlu ke kedai untuk mendapatkan top up kredit telefon mereka. Selain itu aku juga ada memberitahu mereka dan sedia mengajar mereka untuk top up sendiri tambah nilai telefon mereka. Semestinya mesti ada akaun bank yang aktif. Apa nak buat, tak pandai kata mereka... huhu!

Cara Mengaktifkan  Akaun Aplikasi Boost

- Muat turun aplikasi Boost dari Google Playstore.

- Daftar akaun Boost

- “Shake” atau goncang telefon  anda untuk menikmati ganjaran Boost Kredit PERCUMA 

- Letakkan maklumat kad debit/kad kredit atau maklumat Maybank2u/ Cimbclicks atau apa saja akaun bank yang ada.

- Beli Boost Kredit 

- Selepas setiap tambah-nilai, “Shake” / goncang telefon anda anda untuk peluang menikmati ganjaran. (Shake Bonus)

Seronok tau apabila goncang-goncang tu dapat duit. Boleh dapat kadang-kadang 20 sen, sesekali 50 sen, ada kalanya RM1 dan kalau lagi besar top up kreditnya, makin besarlah ganjarannya. Sikit-sikit, lama-lama bertimbunlah juga duit ganjaran dan keuntungan top up kredit itu. Alangkah kerugiannya pada sesiapa yang tak mahu menggunakannya. Walhal telefon dorang tu jenis prabayar, melainkan  yang jenis gunakan postpaid tu. 

Aplikasi boost ini selain di gunakan sebagai top up kredit, sebenarnya pelbagai kegunaannya. Banyak sangat kegunaanya dan semuanya boleh di nikmati ganjarannya. Beli barangan di kedai terpilih, tengok wayang, menggunakan perkhidmatan grab, beli barangan online di online shop terpilih, dan banyak lagi yang tak dapat di sebutkan di sini sebab banyak sangat. Semuanya itu dapat diskaun dan mata ganjaran yang berbaloi. 

Kalau nak tahu lebi jelas dan lebih lanjut, muat turun aplikasi boost tu. Jangan hanya dengar cakap saja. Sangat berbalai-baloi ganjaranya yang tak dapat di sangkal lagi. Cuba dulu, mesti sangat berpuashati dengan aplikasi ini.  Pada sesiapa yang dah sedia  nak muat turun aplikasi boost ini, jangan lupa masukkan kod ini sekali ....  " noxy62 "

Nak lebih informasi, klik SINI

p/s: Anak gadis aku di asrama jual top up kredit aplikasi boost aku ni dengan kawan-kawan dia juga... hehe!

0 comments:

Antara Iman Dan Amal

2:34:00 PM Noor Akma 1 Comments

AL-Quran memberi pedoman dalam Surah al Asr – Illallazi na’amana wa’amilussalihat – orang-orang yang beriman melakukan amal soleh. Indahnya Islam tidak saja terletak kepada asas kepercayaan (tauhid) tetapi ketauhidan itu terlihat dalam watak, peribadi dan amal.Keyakinan adanya Pencipta menjadikan insan memiliki jiwa kehambaan yang tinggi dan jiwa kekhalifahan yang tangkas.

Antara Iman Dan Amal
Antara Iman Dan Amal

Pendukung tamadun Islam silam, baik dalam kalangan sesetengah ulama/ilmuwan dan umara (pemimpin) mempunyai kekuatan melakukan sinergi dan berjaya menghasilkan tamadun contoh. Barat dan Eropah mengalami pencerahan kerana pengaruh sains dan teknologi Islami. Ianya terjadi lantaran keimanan dan amalan bergerak seiring.

Antara Iman Dan Amal


Beriman kepada ALLAH tidak sekadar percaya tentang kewujudan ALLAH dengan segala keperkasaanNya tetapi yakin menerusi amal soleh yang memancarkan watak Islami dan menjadi contoh ikutan kepada yang lain. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik bagaimana akhlaknya dihubungkan dengan khuluq al-Quran atau akhlak Qurani dan ia hidup dalam diri Rasulullah SAW dan menjadi sumber ikutan kepada yang lain.

Sumber ikutan atau qudwah ini sangat penting dalam tradisi Islam zaman berzaman. Darinya kekuatan Islam terpancar dan akhirnya membangun sebuah tamadun. Tamadun Islam ditunjangi oleh kekuatan ilmu yang datangnya dari al-Quran dan As sunnah dan dijadikan sumber rujukan utama di samping upaya pemikiran manusia melakukan tadabbur (pemerhatian dan kaji-selidik).

Tradisi tadabbur amat penting dibangunkan kini kerana sumber rahmah dan nikmah ALLAH baik yang menyentuh mengenai diri insan itu sendiri dengan segala macam rahsia kejadiannya dan juga kejadian alam ini yang menampilkan kebesaran dan kekuasaan Allah menjadi hikmah terbesar yang memandu manusia menjalani kehidupan yang lebih terarah dan terpedoman.



Pedoman daripada ALLAH amat penting dipelajari dan diketahui supaya perkembangan pemikiran dan penjanaan ilmu sentiasa terhubung dengan kejadian dan kebesaranNya.Manusia yang beriman akan terus merasa kekerdilan diri dan terus mencari makna hidup ini dengan maksud ia terhubung dengan ALLAH dan segala hasil ciptaanNya dan dikaji untuk mendapatkan maklumat sebenar mengapa manusia dihidupkan dan mengapa alam ini dicipta.

Alam ini dicipta dengan penuh ketertiban dan keteraturan. Ia bergerak dan berlegar atas sunnatullah iaitu ketentuan ALLAH kerana ALLAHlah Pencipta semuanya. Perjalanan matahari, bulan, cekerawala, bintang-bintang, galaksi bergerak dengan laju tanpa sesak dan berlanggar.Manusia tidak mampu menguruskannya melainkan Suatu Kuasa Yang Maha Perkasa melakukannya.

Keteraturan dan ketertiban itu harus menjadi pedoman kepada manusia dalam melakukan sesuatu. Pedoman ini penting kerana manusia sering menghadapi konflik dan perbuatan yang gopoh dan melampau dan tidak menjadikan asas keteraturan dan ketertiban sebagai amalan.

Sifat membenci dan dendam sesama manusia sering dijadikan amalan. Buruk sangka dan penghinaan terhadap yang lain terlihat di mana-mana. Pembunuhan dan perseteruan sesama Islam semakin menjadi-jadi.

Politik dan kuasa dijadikan impian utama untuk melakukan dominasi. Ilmu yang benar dan bermanfaat semakin hilang peranan. Nafsu amarah dan emosi melulu sering dijadikan amalan. Dan akhirnya ketertiban dan keteraturan hilang dari diri.

Mengimani kebesaran ALLAH bermakna mengamalkan apa yang ALLAH suruh dan menjauhkan diri dari apa yang ditegah. Mengimani Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut namanya dalam selawat dan qasidah tetapi mengamalkan apa yang dilakukannya supaya pancaran iman melahirkan akhlak karimah.

Akhlak karimah menjadi tujuan utama diutus para rasul supaya manusia memiliki iman yang teguh dan kukuh dan terpancar watak manusiawi yang tinggi yang sifatnya menyantuni bukannya memusuhi.

Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maya yang membolehkan komunikasi dan telekomunikasi berkembang pesat dan tersebar dengan cepat. Ia tidak harus menjadi alat menyebarkan maklumat yang tidak bermanfaat berasaskan sumber yang salah, persepsi melulu sehingga berlaku adu domba yang membawa kepada perpecahan, syak wasangka dan permusuhan.

Orang-orang yang beriman akan melakukan pemeriksaan dan penelitian supaya maklumat benar tersebar, sangka baik terjadi dan ukhuwah Islamiah terjalin. Teknologi dari sudut Islam selamanya alat. Bagaimana alat diaplikasi dan mengangkat akal-budi insan menjadi matlamat supaya ketertiban terjadi.

Nak baca tazkirah dari blog ni.... klik SINI

p/s: perkongsian tazkirah hari ini... salam jumaat... :)

#Hasil tulisan Prof Dr Sidek Baba pensyarah di Insted, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

1 comments:

Resepi Rendang Ayam Pedas Meletup... Haihhh!!!

2:31:00 PM Noor Akma 1 Comments

Setiap tempat, setiap negeri ada cara dan resepi rendang yang tersendiri. Tak semestinya sama antara masakan seseorang itu dengan seseorang yang lain. Ini resepi rendang pedas meletup cara dan gaya aku. Memang ada sentuhan Negeri Sembilan. Tapi resepi rendang ayam pedas aku ni kata orang tak sama macam resepi rendang Negeri Sembilan yang original..... huh!

Resepi Rendang Ayam Pedas Meletup... Haihhh!!!
Resepi Rendang Ayam Pedas Meletup... Haihhh!!!

Mana tidaknya, aku bukan asal dari sana, cuma berkahwin dengan orang sana. Aku dah cuba buat yang terbaik seperti masakan Negeri Sembilan original tapi tetap tak sama dengan yang asli. Namun adalah iras-iras sedikit. Buktinya en. suami aku dan anak-anak sangat menyukainya. Lebih pedas, lebih sedap kata mereka.

Banyak kelainan rendang ini dengan rendang dari Negeri Perak. Buat rendang stail Perak tak letak serbuk kari dan letak kerisik. Rendang aku ini tak letak itu semua tapi dia punya santan untuk seekor ayam adalah 2 biji sekurang-kurangnya. Barulah menjadi rasa rendang originalnya. Ia juga di kacau sampai benar-benar kering kuahnya. 



Buat rendang ini menggunakan ayam daging yang biasa. Untuk mengelakkan daging ayam hancur apabila di kacau bersama rencah-rencahnya, masukkan ayam setelah rencah menunjukkan tanda untuk kering.  Kalau rendang Perak daun kunyit di hiris halus, rendang ini daun kunyitnya hanya di koyak-koyak sahaja. Kita semak resepi pula yer...

Resepi Rendang Ayam Pedas Meletup... Haihhh!!!


Bahan-bahan:

1 ekor ayam daging
4 cawan santan pekat (dari 2 biji kelapa)
1/2 paket serbuk kari ayam
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih 
6 batang serai
3 inci halia 
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas 
2 sudu besar ciling kisar
20 biji cili api
1/2 sudu kecil jintan manis
1.2 sudu kecil jintan putih
1 helai daun kunyit
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 keping asam keping 
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Ayam di potong ikut suka dan di bersihkan. Hiris 4 biji  bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 11/2 inci halia. Ketuk 3 batang serai dan siat kasar daun kunyit. 

Kisar 4 biji bawang merah,  3 ulas bawang putih, 3 batang serai, halia, kunyit hidup, lengkuas, cili api dan jintan manis serta jintan putih. 

Seterusnya masukkan bahan yang di kisar di dalam kuali bersama bahan hiris tadi dan juga serai yang di ketuk dan daun kunyit yang di siat kasar.

Masukkan juga bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di hiris. Masukkan sekali cili giling, serbuk kari dan asam keping.

Tak di lupakan juga masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Seterusnya masukkan santan. Didihkan semua bahan  ini sehingga menunjukkan tanda untuk kering. 

Masukkan ayam dan gaul serta kacau hingga benar-benar sebati dan kering. Sebelum kering itu, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bolehlah di angkat dan di hidangkan masakan ayam ini.

Nak pelbagai resepi di blog ini.... klik SINI

p/s: Untuk lebih nampak garing rempah ayam yang bersalut itu, masukkan sedikit minyak  masak sewaktu mengeringkan kuah ayam. Yang tak tahan pedas, kurangkan cili api tu yer.... !

1 comments:

Khasiat Daun Durian Belanda Yang Bermanafaat Untuk Mengubati Penyakit

2:07:00 PM Noor Akma 1 Comments

Buah durian belanda adalah sejenis buah yang agak pelik tapi rasanya yang masam-masam manis itu memang sedap. Nama yang seakan-akan seperti raja buah tapi langsung tiada persamaan dengan raja buah durian tu. Buah durian belanda ini ada sejenis bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Apatah lagi dengan bau daun durian belanda ini. Tapi sebenarnya daun durian belanda inilah yang sangat berkhasiat untuk megubati penyakit.

Khasiat Daun Durian Belanda Yang Bermanafaat untuk Mengubati Penyakit
Khasiat Daun Durian Belanda Yang Bermanafaat untuk Mengubati Penyakit

Dulu-dulu sewaktu kecil ada sepohon pokok durian belanda di belakang rumah aku. Sedapnya dapat makan buahnya yang berwarna keputihan  dan rasanya yang masam manis itu. Sekarang sudah lama pokok itu di tebang untuk membesarkan dapur rumah. Susah nak jumpa buah ini yang di jual. Ada tidak, dapat minum jus saja yang banyak di jual orang.



Pokok durian belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah di tanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Nama saintifiknya Annona muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok durian, tetapi dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya. 

Antara khasiat dan cara-cara menggunakan daun durian belanda sebagai perawatan :


- Mencegah Dan Mengubati Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.

- Sakit Pinggang
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

- Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.

- Mengatasi Diabetis
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

- Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

- Mengatasi Buasir
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

- Mengubati Sakit Urat/Saraf
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Suatu hari nanti nak tanam pokok durian belanda untuk menikmati khasiat daunnya. Selain itu boleh makan buahnya yang lazat. Masih ingat, mak aku di kampung pernah buat jem durian belanda. Di warnakan jem tu dengan warna merah. Cantik sangat warnanya jadi warna merah jambu. Kuih raya tart nenas jadi tart durian belanda yang sungguh cantik bewarna merah jambu meriah pada  raya tahun itu. Kenangan... !

Nak dapatkan informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Tanam poko durian belanda, nanti buahnya aku nak buat jem merah jambu dan buat tart nenas nyonya berinti jem itu dan jual. Mesti laku keras sebab lain dari yang lain.... hahaha!

#idea fr fb
#pic fr google

1 comments:

Nak Tulis Blog.... Tulislah Dari Hati Dan Dari Apa Yang Di Ketahui....

2:47:00 PM Noor Akma 0 Comments

Tiada kata seindah bahasa, tiada gambar seindah lukisan, yang pasti idea ada tapi tak terluah pada penulisan. Begitulah takrif hati dan jiwa aku sekarang ini. Bukan senang cari cara nak tulis blog. Kadang-kadang puas di pujuk akal fikiran, apa yang nak di luahkan tak juga hadir. Itu yang jadi masaalah nak tulis blog ini.... huh!

Nak Tulis Blog.... Tulislah Dari Hati Dan Dari Apa Yang Di Ketahui....
Nak Tulis Blog.... Tulislah Dari Hati Dan Dari Apa Yang Di Ketahui.... 

Nak paksakan  diri  mengejar penulisan yang bermakna terlakar di blog ini, lelah rasa di buatnya.  Menulis sebuah cerita bukan perkara mudah. Adakalanya ketika ada aktiviti lain selain daripada aktiviti menulis, kadang-kadang tak “sanggup” memilih aktiviti menulis ini. Tapi apakan daya, tak di tulis apa-apa alamatnya bersawanglah blog. 

Aku hanya  seorang suri rumah dan linkungan hidup lebih banyak di rumah. Skop perkara yang aku tulis di blog lebih berkisar pada kehidupan keluarga, resepi, serba sedikit informasi, tips dan petua dapur serta tips kecantikan. Tulis perkara yang dekat dengan persekitaran dan kehidupan sendiri. Begitulah... !



Sesekali ada juga dapat pendapatan dengan review produk dan juga kerja-kerja penulisan tapi bukanlah selalu ada. Aku jenis yag tak kisah, kalau ada aku buat, tak ada aku buat kerja sendiri. Sekarang ini aktiviti pergi event pun aku dah tak ambil. Susah dan menyusahkan orang sekeliling aku nak hantar dan ambil saja. Jadi, tak payahlah  kemana-mana. Buat apa yang termampu je.

Nak Tulis Blog.... Tulislah Dari Hati Dan Dari Apa Yang Di Ketahui.... 


Aku tulis saja apa yang aku tahu. Cerita yang mudah-mudah dan biasa-biasa saja. Takkan orang macam aku nak cerita pasal pasaran saham, kewangan atau politik. Perkara sebegini sudah pasti bukan bidang aku. Perkara yang melibatkan keagamaan pun aku tak pandai tulis. Aku buat apa yang aku tahu dan boleh saja... !

Seperti nama blog yang ringkas dan hanya untuk bersuka-suka dan berhuha-huha dan bersantai, biarlah aku kekal sebegini. Nak tulis blog ini nampak senang tapi tak semudah mana. Idea melimpah ruah pun, kalau tak dapat di luahkan dalam penulisan tak kemana juga. Jadi, pujuklah diri dan hati perlahan-lahan agar dapat di luahkan idea di kanvas blog.

Dalam sessi memujuk hati dan jiwa sambil mengetip-ngetap keyboard laptop, terhasil lah entri merapu dan merepek aku ini.  Luahan sebuah hati dari aku yang hari ini rasa tak sedap badan. Ada ke yang nak baca... Entahlah!!!

Naak baca lagi  di blog ini...... klik SINI

p/s: Entri meraban pun terjadilah... hehehhh!

#pic fr google

0 comments:

Jumpa Kawan-kawan Di Majlis Perkahwinan Akmal Dan Eyra

2:04:00 PM Noor Akma 0 Comments

Nak abadikan kenangan semalam bersama kawan-kawan meraikan majlis perkahwinan Akmal dan Eyra, anak seorang kawan, teman sekelas masa sekolah dulu dan juga teman sekampung di kampung halaman di Perak nun. Majlis perkahwinan Akmal dan Eyra yang meriah, bagaikan sebuah reunion yang menyeronokkan. 

Jumpa Kawan-kawan Di Majlis Perkahwinan Akmal Dan Eyra
Jumpa Kawan-kawan Di Majlis Perkahwinan Akmal Dan Eyra

Kalau tak di abadikan dan di simpan gambar-gambar pertemuan ini, alamat hilanglah nanti tanpa di kesan apabila telefon rosak atau apabila nak padamkan semua bahan yang dah penuh dalam telefon bimbit ini. Jadi, sebelum semuanya terjadi, kita tampal dan letak di sini. Insya'allah selagi blog aku ini wujud di alam maya, gambar-gambar ini dapat di kenang sampai bila-bila.

Majlis Perkahwinan Akmal Dan Eyra


Ramai sungguh kawan-kawan yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak kepada Puan Sharifah binti Mohd Musthaba dan En. Bujang @ Bolhi bin Haji Hassan. Pasangan pengantin yang sangat comel dan saling melengkapi. Semoga berbahagia dan berumahtangga kekal abadi hingga ke Jannah. 

Seronoknya, ia bagaikan sebuah tempat pertemuan temam-teman lama ataupun di panggil reunion. Apatah lagi ramai pula orang kampung yang di kenali sudah lama tinggal di lembah kelang dan dari kampung hadir sekali. Al kisahnya terasa tak macam di Kuala Lumpur pula. Lebih ramai orang Perak pula di majlis tu. Sedangkan ini di Ampang, Kuala Lumpur ni...  hehe!



Lebih-lebih lagi ada perlawanan akhir bolasepak antara Perak dengan Terengganu pada malamnya. Agaknya itu lah pasal ramai diorang berkumpul. Nak terus pergi ke stadium tengok perlawanan bolasepak selepas kenduri kata di orang. Sambil menyelam minum air. Sambil makan kenduri tengok bola. Jangan karam dek banjir sudah.

Bersama Kawan-kawan Di Majlis Perkahwinan Akmal Dan Eyra
Bersama Kawan-kawan Di Majlis Perkahwinan Akmal Dan Eyra

Dah menceceh kelain pula ayat aku ni. Alhamdulillah aku dapat menghadirkan diri ke majlis ini. Aku sangat-sangat berterimakasih dan terhutang budi pada teman baik Azah Eno dan suami kerana sudi tumpangkan aku. Kalau tidak,  tak dapatlah aku datang. En. suami aku ni mempunyai kesibukannya yang tersendiri. payah nak di ajak kemana-mana. 

Rasa tak nak balik apabila masa berlalu tapi apakan daya. Kalau boleh nak jadi yang terakhir sekali balik dari majlis kenduri. Tapi kenalah teruskan perjalanan, banyak lagi perkara nak di kesahkan. Inilah secebis kisah dari banyak kenangan indah menghampiri usia emas bersama kawan-kawan yang menyeronokkan. 

Nak baca pelbagai cerita di blog ini... klik SINI

p/s: Harap dapat bertemu dengan kawan-kawan di lain masa dan mencipta momen indah lagi....

0 comments:

Sup Ketam Sedap, Sesuai Membangkitkan Selera Makan

3:19:00 PM Noor Akma 4 Comments

Minggu lepas aku buatkan sup ketam sedap untuk seseorang yang tak berselera nak makan setelah demam beberapa hari. Tapi ini bukan sup ketam untuk  menghilangkan demam denggi yang biasa tu. Kalau untuk denggi kata orang kena buat sup dengan ketam nipah. Ini hanya ketam biasa di buat gulai tu. Hanya sup ketam sedap untuk membangkitkan selera makan pada yang demam saja. Tapi kalau tak ada, ketam ini pun boleh juga kan! Entahlah..... hahaha!

Sup Ketam Sedap, Sesuai Membangkitkan Selera Makan
Sup Ketam Sedap, Sesuai Membangkitkan Selera Makan

Sudah tuan empunya badan yang tak berselera makan minta di buatkan sup ketam. Ikutkan dan buatkan sajalah. Manalah tau boleh menghilangkan demam yang sudah berlarutan hampir seminggu dua berulang-ulang ini. Sudah ke klinik beberapa kali ambil darah tak ada apa-apa yang serius dan tak pula kena demam denggi. 



Aku buat sup ketam ini versi main campak-campak saja. Macam cara yang biasa aku buat tapi letak sayuran sedikit saja sebab jumlah ketam pun dah penuh seperiuk. Rasa ketam yang sedap yang manis itu nanti akan tenggelam pula dek penuh dengan sayuran pula. Cukuplah sekadar ada sahaja. Aku masukkan juga seketul kek ikan yang di dadu kecil. 

Sup Ketam Sedap, Sesuai Membangkitkan Selera Makan


Bahan-bahan:

3 ekor ketam sederhana
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili api
1/2 sudu teh lada hitam
1/2  ketul kiub ayam
Sepeket sup bunjut
Sepokok daun sup
Sebji tomato
Sekeping kek ikan
Secebis asam keping
Bunga kobis, carrot secukupnya
Rempah 3 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya


Cara-cara:

Ketam di bersihkan di buang kulit luarnya, di pisahkan dari sepitnya dan di potong duri yang tajam pada sepit. Bawang merah dan bawang putih di tumbuk lumat. Halia dan cili api di ketuk sedikit.

Daun sup di asingkan daun dan batangnya serta di hiris halus. Sayur bunga kobis dan carrot  di potong kecil. Tomato di belah empat atau enam. Kek ikan pula di potong dadu. 

Tumiskan bahan yang di tumbuk bersama rempah 3 sekawan sehingga naik bau. Masukkan sedikit air, seterusnya cili api dan halia yang yang di ketuk. Masukkan juga sup bunjut, kiub ayam. lada hitam dan asam keping. Didihkan.

Seterusnya masukkan ketam dan kek ikan. Tambahkan air secukupnya. Biarkan terus mendidih. Bila mendidih, masukkan sayur bunga kobis dan carrot. Masukkan juga batang daun sup yang di asingkan sebelumnya. 

Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa Bila nak hampir masak, masukkan tomato. Tutup api. Taburkan daun sup di atas hidangan. Sedap di makan panans-panas dan sangat membuka selera.

Inilah dia resepi mudah dan campak-campak yang ringkas sahaja untuk orang demam. Akhirnya orang demam dah sihat selepas makan sup ketam. Lepaslah kempunan dia nak makan  lauk ketam yang sedap ini... hehe!

Nak cari resepi lagi dan lagi.... klik SINI

p/s: Nak lebih rasa, makan dengan sambal kicap pedas dan perahkan asam limau. Tapi itu untuk orang yang sihat je lah... hehh!

4 comments:

Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog

7:20:00 PM Noor Akma 2 Comments

Assalamualaikum....


Klik banner untuk join....

8 syarat penyertaan yang sangat senang adalah seperti berikut;

- Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback.
- Follow g+ di SINI.
- Follow twitter di SINI.
- Follow Instagram di SINI.
- Like fb page di SINI.
- Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Akhir Tahun November hingga Disember 2018 ciklapunyabelog.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini.
- Tinggalkan link entri korang di ruangan komen.
- Siap.

Segmen berlangsung dari 16 Oktober hingga 31 Oktober pukul 8 malam.

2 comments:

Petua Mempertajamkan Kembali Mata Pisau Pengisar @ Blender Yang Tumpul

2:55:00 PM Noor Akma 2 Comments

Boleh di katakan setiap hari aku menggunakan pengisar @ blender dalam proses masak memasak. Setelah menggunakan sekian lama hampir bertahun-tahun, mata pisau pengisar sudah terasa tumpul. Nak mempertajamkan kembali dengan mengasah mata bilah yang berceracak di dalam jag, macam mustahil saja. Rupanya ada aku jumpa petua yang boleh mempertajamkan mata pisau itu di internet... huhu!

Petua Mempertajamkan Kembali Mata Pisau  Pengisar @ Blender Yang Tumpul
Petua Mempertajamkan Kembali Mata Pisau  Pengisar @ Blender Yang Tumpul

Pengisar @ blender adalah satu keperluan yang sangat berguna di dapur. Tanpa pengisar, kerja memasak akan menjadi renyah dan agak susah untuk melumatkan bahan masakan. Jadi, apabila pengisar yang sudah menunjukkan tanda-tanda tumpul menjadikan kisaran bahan-bahan masakan tidak hancur dan lumat dengan sekata. 


\
Nak beli bekas pengisar yang baru, bekas pengisar yang ada masih elok dan cantik, lagipun mesti kena keluar sedikit perbelanjaan untuk melakukan pembelian. Kalau boleh di asah mata bilah pengisar itu adalah lebih baik. Barulah boleh berjimat dan di gunakan sampai bertahun-tahun lagi. 

Petua Mempertajamkan Kembali Mata Pisau  Pengisar @ Blender Yang Tumpul


Bahan yang di gunakan untuk mempertajamkan kembali mata kisar yang telah tumpul hanya dengan menggunakan garam kasar. Hanya garam kasar yang biasa di dapati di kedai runcit saja. Masukkan lebih kurang secawan garam kasar ke dalam jag pengisar. Kisar lumat garam kasar itu. Selepas itu mata pisau pengisar sudah tajam kembali.

Kenapa guna garam kasar? Ini adalah kerana bentuk kristal garam kasar yang keras mampu membuat mata bilah jag pengisar terasah dan kembali tajam. Jangan risau, garam tidak merosakkan mata pengisar. Jangan di buang garam yang sudah menjadi halus itu. Masih boleh digunakan dalam pelbagai masakan.

Selepas ini, apabila mata bilah pengisar itu sudah menunjukkan tanda-tanda hendak tumpul lagi , asah kembali menggunakan garam kasar. Boleh buat berulang-kali sehingga mesin pengisar rosak atau sudah buruk. Barulah dapat menggunakannnya dengan maksimum dan mengelakkan pembaziran.

Nak tahu tentang informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Pernah terjadi, sedang mengisar bahan, mesin berbunyi tapi bahan tak bergerak di dalam jag. Bila di tengok dalam jag, bilah pengisar  sudah tercabut. Tamatlah riwayat jag pengisar tu...  haihhh!

#pic fr google

2 comments:

Khasiat Tombong Kelapa Yang Selama Ini Tak Di Ketahui

1:16:00 PM Noor Akma 2 Comments

Rupanya tombong kelapa atau isi dari dari tunas buah kelapa berkhasiat. Biasanya aku tengok di kedai parut kelapa tu orang buang saja. Banyak juga khasiat tombong kelapa ini yang tak di ketahui orang. Tapi aku rasa orang dulu-dulu tau khasiat tombong kelapa ini  sebab masa aku kecil dulu, di majlis kenduri masa masak-memasak, berebut orang tua dengan budak-budak nakkan tombong kelapa ini... hahaha!

Khasiat Tombong Kelapa Yang Selama Ini Tak Di Ketahui
Khasiat Tombong Kelapa Yang Selama Ini Tak Di Ketahui

Saekarang ini di bandar payah jugalah nak dapat tombong kelapa sebab orang bandar tak membeli buah kelapa. Beli santan terus untuk  menyenangkan dan mempercepatkan proses memasak. Tapi pada yang tinggal di kampung dan ada tanaman kelapa, mudah sangat di jumpai tombong kelapa ini.

Tombong kelapa terhasil dari buah kelapa tua yang sudah bertunas. Biasanya dari buah kelapa yang jatuh sendiri dan di biarkan di bawah pokok sebelum di gunakan. Senang cerita, tombong itu terhasil dari percambahan buah kelapa.  



Lagi besar tunas, makin besar tombong di dalam buah kelapa itu. Tapi tombing ni bila makin besar sudah tak sedap untuk di makan sebab tak ada lagi rasa manisnya. Paling sedap di makan tombong ini adalah dalam besar sikit dari bola ping pong. Biasa berebut makan tombong ini dengan adik-adik waktu kecil dulu.. hehe!

Khasiat Tombong Kelapa Yang Selama Ini Tak Di Ketahui


- Mempunyai kandungan zat besi yang bagus untuk menghalang dari terkena penyakit anemia. Dengan memakan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ini adalah sangat baik tubuh badan.

-  Mempunyai kandungan omega 3 yang juga berkhasiat untuk pertumbuhan sel-sel otak sehingga dapat meningkatkan kecerdasan mental. 

-  Kadar fosforus yang banyak dalam tombong kelapa juga boleh membantu menguatkan tulang dan gigi.

- Memakan tombong kelapa juga boleh meningkatkan fungsi hati dan seterusnya mencegah dari terkena penyakit hati yang berbahaya.

- Juga mencegah dari terkena penyakit jantung dan strok.

Banyak lagi sebenarnya senarai khasiat tombong kelapa ini untuk di ambil kira. Boleh google saja. Lain kali apabila terjumpa tombong ini apabila menggunakan kelapa untuk di parut, jangan di buang dan di abaikan. Boleh di makan kerana sangat berkhasiat.

Nak dapatk informasi di blog ini.... klik SINI

p/s: Dulu-dulu ada juga orang yang pantang makan tombong kelapa ini. Yang aku dengar sebab ada saka ke apa entah. Macam tak boleh makan pisang emas sebab susuk tuh.... wallah hu'alam!!!

#pic fr google
#info dr google

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...