Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Akhirnya Dapat Merasa Pendapatan Adsense

11:39:00 PM Noor Akma 5 Comments

Akhirnya dapt juga aku merasa pendapatan adsense dari blog setelah bertahun-tahun setia mengadap blog tanpa jemu. Itupun setelah dalam setahun sebelum ni ni bertukus lumus mendapatkan iklan adsense. Bukan senang nak dapat pada aku pendapatan adsense ni. Banyak sungguh onak dan duri perlu di tempuh.... huhu!



Cabaran mendapatkan iklan adsense ni pun dah suatu yang penuh cabaran. Berkali-kali mencuba tanpa jemu, baru berjaya mendapatkannya. Selepas tu, cabaran yang paling jerih dan perih adalah memastikan blog sentiasa ada cerita yang nak di kongsi. Kengkadang idea puas di perah, tak jua kunjung tiba.. Camne ehh!


Kala ikutkan, hujung November boleh dah boleh dapat pendapatan ni. Tapi di hujung-hujung waktu Oktober tu tak ada mood dan idea buat cerita di blog. Jadi, pendapatan bulan Oktober tak cukup 0.12 USD je lagi untuk ke 100 USD. Bertabahlah saja masa tu... haihh!

Akhirnya Dapat Merasa Pendapatan Adsense


Semacam dah tau-tau je untuk kegunaan awal persekolahan... Akhirnya aku dapat jua di hujung tahun. Dah rasa macam sangat-sangat berbaloi aku berblog ni. Kalaulah boleh dapat tiap-tiap bulan, lagi bagus. Semangat tu ada tapi azab jugak rasanya... hahaha!

Al maklum  dengan diri aku ni... Bukan senang nak sentiasa relevan dengan dunia semasa serta  up to date dengan blogger-blogger muda belia di luar sana. Letih jugalah memburu idea dengan otak yang serabut dan berkarat ini. 

Usaha tetap akan usaha janji berbaloi dengan apa yang di usahakan macam pendapatan adsense ni. Boleh juga lah menampung perbelanjaaan yang meningkat waktu sekolah di buka ni. Macam-macam benda sekolah kena di beli. Itu belum lagi sepanjang sebulan dua ni, entah apa yuran dan buku di minta dek sekolah lagi nanti. 

Ikut kan lah arus kehidupan yang nak di redah. Blog tetap akan ku teruskan jua. Cuma mengharapkan agar aku di beri kesihatan dan kesempatan untuk terus menulis blog. Seterusnya semoga idea menulis blog ini akan sentiasa hadir dan mengalir bagai air yang melimpah... Aminnn!

Nak baca cerita aku tentang adsense. klik SINI

p/s: Duit adsense ni nak di gunakan untuk anak yang nak masuk KV. Semoga anak akan dapat keputusan apa yang dia nak tu... Tolong doakan yer.. aminnn!

5 comments:

Semoga terus berkarya...Mudah-mudahan adsense akak bleh jana income secara pasif. Keep go in!

Illya LeYa said...

Tahniah...
Semoga terus maju jaya lagi di Tahun 2018 ni

Wani Sukarno said...

alhamdulillah tahniah sis, blog kita pulak tengah nak apply balik adsense ni huu,,

Tahniah. Rezeki tahun baru

Siqah Hussin said...

Tahniah!! Moga bertambah rezeki :)

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...