Biar Betul, Kulit Durian Boleh Buat Lauk Sayur .....

1:24:00 PM Noor Akma 4 Comments

Biasanya sejak buah durian di jual mahal macam harga emas, ramai yang buat lawak kena makan kulit durian sekali. Kalau tidak rugi membeli durian pakai timbang kilogram . Berat kulit dari isi buah durian tu. Baru-baru ni, aku terjumpa di FB, kulit durian di buat lauk sayur. Betul ke? Hati amat tertanya-tanya ni... !

Biar Betul, Kulit Durian Boleh Buat Lauk Sayur .....
Biar Betul, Kulit Durian Boleh Buat Lauk Sayur ..... 

Rupanya ada orang makan sayur kulit durian ni. Bagaikan tak percaya aku bila lihat di FB tu. Yang ini aku tunjuk yang buat rebus campur bawang putih dan bawang merah. Aku rasa orang empunya FB ni dari Sarawak. Sarawak memang terkenal dengan makanan eksotik.. Kan!

Ada aku jumpa yang buat goreng tumis juga. Tapi dah hilang pula dari radar FB aku. Tak dapatlah tunjuk gambar di sini. Tak apa, janji ada gambar kulit durian rebus ni. Macam manalah rasanya. Aku pula tak ada kulit durian ni dah... Kalau tidak, boleh juga cuba buat... hahaha!



Selepas ni jangan buang kulit durian apabila makan isi. Rugi tak cuba cara orang Sarawak ni buat. Lagi pun mahal durian sekarang ni. Kalaulah sedap menepati selera, rasanya boleh pelbagaikan masakan kulit durian ni. Buat tumis berlada, goreng pedas, masak lemak cili api, masak kari dan macam-macam lagi... kahkahkah!

Tapi kena kunyah lumat-lumat, jangan tertelan terus duri durian tu, tercekik dan tersangkut di tekak pula nanti. Boleh terus masuk hospital ni. Bikin seriau pula tengok duri durian yang berceracak tu. Apapun satu inovasi baru dari buah durian. 

Biar Betul, Kulit Durian Boleh Buat Lauk Sayur .....
Biar Betul, Kulit Durian Boleh Buat Lauk Sayur ..... 

Biasanya selain makan isinya begitu saja, boleh juga buat kuih, kek dan tempoyak, bijinya di hiris-hiris, goreng jadilah kerepek. Aku biasa makan biji durian rebus dan rasanya sedaplah juga tapi kerepek  durian tak pernah makan dan buat lagi. 

Ini dah dapat tau yang kulit durian memang ada yang makan buat sayur. Teringin juga nak cuba. Nantilah, bila beli buah durian, tak membazirlah kulit durian tu lagi. Aku nak cuba buat sayur pula. Sedap tak sedap nanti aku nak cuba dulu... barulah tau... kehkehkeh!

Nak baca cerita informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Macam cerita lawak jer tapi hal betullah.. hihi!

#kredit FB Ayang Mami

4 comments:

Noor Maizan said...

Biar betul ni? Takleh bayang rasanya.

Amanda Suria said...

Macam tak percaya je kak...betul ke tak betul ni...

macam susah je nak percaya

Puan Wawa said...

Macam2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...