Cara Buat Label Sticker Sendiri Yang Mudah Dan Jimat Sesangat...

9:40:00 PM Noor Akma 4 Comments

Semenjak seminggu dua ni kesibukan aku memang tahap melampau betul. Tak sempat nak berfikir benda lain dah. Akhirnya blog dah macam nak terabai jugalah. Hari ni, godek-godek FB, jumpa cara buat label sticker sendiri yang tak masuk dek akal dan mudah sesangat. Jadi aku nak dokumentasi kat blog aku ni untuk ingatan aku masa akan datang.

Cara Buat Label Sticker Sendiri Yang Mudah Dan Jimat Sesangat...
Cara Buat Label Sticker Sendiri Yang Mudah Dan Jimat Sesangat....
Hanya dengan kertas A4 paper biasa di print tulisan yang di kehendaki dan selotape untuk melekatkan tulisan. Cukup mudah, senang di buat. Boleh pula tulisan tu melekat di atas plastik apabila kertas di tanggalkan. Macam ajaib la pulak... kan!



Tengoklah gambar yang aku kongsi dari FB ni. Cuma dari bahan-bahan yang mudah sahaja. Kalau nak tempah mesti mahal ni. Berpuluh ringgit juga harganya kalau nak print tulisan-tulisan tu di atas plastik. Bila dah boleh dan tahu buat sendiri tu... apa lagi, kita label semua barang-barang di rumah kita.. hihi!

Bahan: 

Kertas A4 yang telah di print tulisan yang di kehendaki
Pembaris / scrapper
Pisau
Selotape
Air paip

Cara:

Potong tulisan di atas kertas tu ikut saiz yang di kehendaki. Selepas tu ambil selotape dan lekatkan di atas kertas tulisan tadi. Gunakan scrapper atau pembaris untuk meratakan lekatan selotape dan tulisan tadi. Pastikan betul-betul rata dan melekat dengan sempurna

Selepas tu ambil semangkuk air paip, masukkan kertas-kertas label tadi. Biarkan dan pastikan ia betul-betul basah dan jadi bergulung. Bila dah betul-betul bergulung dan basah, ambil kertas label tu dan buangkan kertas pada plastik selotape sampai semua kertas tanggal dari plastik.

Sekarang yang tinggal hanya tulisan dan plastik selotape yang telah melekat. Keringkan label plastik  yang dah siap tu. Kemaskan sikit potongan label untuk lebih rapi. Pastikan plastik label telah kering sepenuhnya sebelum di lekatkan. Nanti tak melekat pula.

Seterusnya bolehlah di lekatkan di mana sahaja yang di kehendaki....  Senang dan menang dengan tidak mengeluarkan belanja yang banyak. Di waktu-waktu  yang perbelanjaan kehidupan sangat menghimpit dan membebankan ini, bolehlah berjimat... haha!

Untuk lihat pelbagai informasi dan tips di blog ini lihat SINI

p/s: Bagus sungguh idea ni... tabik spring pada yang empunya idea... huhu!

#kredit FB Nadiah Azaman Ppk

4 comments:

Mat Min said...

senang je kan? tak payah la nak order mahal-mahal dah. ✌✌✌

Aida pernah juga terbaca pasal ni.
Tapi x buat lagi la.
Memang murah. Dan sgt mudah. Save bajet bila buat sendiri...

Mia Liana said...

first time tahu ni... boleh cuba nanti. tampal kat botol air sofea...

psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html

mamapp said...

wah mudah aje caranya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...