Dah Masuk Asrama Kolej Vokasional Dah....

12:41:00 PM Noor Akma 1 Comments

Waktu dalam seminggu dua ni memang sangat-sangat sibuk memikirkan dan menyiapkan anak perempuan aku yang mendaftar di Kolej Vokasional Klang. Otak tak dapa memikirkan perkara lain. Jadi, beberapa hari dalam seminggu dua ni blog agak terabai sikit. Lega, bila dah selesai hantar dia mendaftar  ke Kolej Vokasional  semalam. Walau ada beberapa perkara tak beres lagi, kira dah selesai lah tu.... yer!

Dah Masuk Asrama Kolej Vokasional Dah....
Dah Masuk Asrama Kolej Vokasional Dah.... 

Ada jugalah rasa sedih nak menghantar tu tapi untuk masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing aku turutkan jua. Nak mencari dan mengemas barang tu punyalah kalut. Banyak jugalah yang nak di sediakan dan pakaian sekolah pun tak sama dengan pakain sekolah harian biasa. 

Anak perempuan aku tu ambil bidang elektronik. Setiap masa waktu pembelajaran berseluar panjang hitam. Pakaian pula ikut kesesuaian waktu. kalau di bengkel ada baju dan jaket bengkel serta kasut keselamatan. 

Waktu pembelajaran, pakai baju korporat oren dan seluar panjang hitam serta kasut hitam. Tudung pula, dengar khabarnya waktu pembelajaran pakai warna putih tetapi waktu bengkel warna hitam. Harap anak aku tu dapat menjalankan pembelajaran dengan bersungguh-sungguh.

Taklimat  Kolej Vokasional .... 

Hari tu masa daftar, anak  dapat asrama dengan kawannya yang kenal masa temuduga tu. Lagi bagus dapat satu dorm juga dengan senior yang dia berkenalan dan bertukar-tukar nombor talipon waktu temuduga hari tu. Nasib baik juga ada senoir tu. Agak mudah sikit aku buat persiapan dengan bertanyakan apa-apa yang tak pasti. 

Besar betul dorm tu. Sebesar sebuah bilik darjah sekolah biasa. Satu dorm tu menempatkan 11 katil dan 11 orang penghuninya. Risau juga aku memikirkan macam mana dia berkawan dan berinteraksi sesama diorang. Tapi aku buang jauh-jauh perasaan risau tu. Pandai-pandailah dia nak menyesuaikan diri.



Sekarang ni bukan macam dulu. Senang sahaja nak hubungi anak. Boleh bawa talipon di asrama. Bila waktu dia lapang, aku whassap dengannya. Dengar cerita dia dan tau apa aktiviti di sana. Minggu ni minggu orientasi, memang waktu begini sibuk sikit dengan ceramah dan macam-macam aktiviti.

Dah masuk kelas dan belajar nanti taklah sibuk dan terkejar-kejar lagi. Sibuk dengan buku dan tugasan bengkel pula. Dapat tau ada 4 orang sahaja pelajar perempuan termasuk dia ambil bidang elektronik mendaftar kelmarin. Tak apa, jadikan satu cabaran untuk bersaing dengan ramai lelaki.. huhu!

Nak baca catatan peribadi aku di blog ni.... klik SINI

p/s : Semoga dia tabah dan cekal  serta belajar bersungguh-sungguh untuk 4 tahun kedepan ini bagi meraih sebuah diploma...  Aminnn!!!

1 comments:

Jun Zie said...

insyallah dipermudahkan =) datang jalan2 dekat sini =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...