10 January 2018

DIY Bunga Rose Crochet Yang Cantikkk .....

Kali ni aku nak tunjuk cara DIY bunga rose crochet yang cantik dan menawan. Bunga rose ni aku sendiri tak pasti ambil dari mana paten nya. Rasanya aku reka sendiri dari pemerhatian dan carian aku di internet. Cantik kan bunga rose ni.... !

DIY Bunga Rose Crochet Yang Cantikkk .....
DIY Bunga Rose Crochet Yang Cantikkk .....

Bila dah siap buat, bunga rose ni boleh di buat macam-macam darinya. Boleh buat brooch bila di letak pin di belakangnya. Boleh juga di buat hiasan cekak rambut atau getah rambut . Mesti cantik cekak rambut bila di hiasi bunga-bunga ni. 


Boleh juga di jahit  pada peralatan seperti beg, baju, bantal, bekas pensil dan macam-macam lagi. Terpulanglah pada kreativiti kita sendiri. Dulu masa berniaga brooch, cekak rambut, getah rambut dan pelbagai barangan yang aku letak bunga rose ni laku juga. Banyak permintaannya.

DIY Bunga Rose Crochet Yang Cantikkk .....


Bahan yang di perlukan hanya benang bulu kambing dan jarum mengait. Mula-mula, buat chain sebanyak 7 kali. Lepas tu sambungkan menjadi satu bulatan. Untuk membuat kelopak, buat chain 3 kali. Selepas tu buat double crochet (dc)  3 kali. Tutup kelopak dengan 3 chain.

Ulang jadikan 3 kelopak bunga. Selepas tu buat lagi 3 chain dan sangkut di belakang kelopak pada setiap kelopak bunga. Sambung balik buat kelopak di belakan kelopak bunga pertama tadi. Tapi yang ini dari satu kelopak jadikan 2 kelopak.  Menjadikan lapisan kedua 6 kelopak bunga. 

Untuk barisan kelopak yang ketiga, buat kelopak besar sikit. Sebagaimana tadi buat 3 chain di belakang setiap kelopak untuk meletakkan kelopak bunga yang barisan ketiga. Seterusnya buat 3 chain dan kait 5 double crocher dan tutup dengan 3 chain. Buat sehingga 6 kelopak. Dah siap, boleh matikan kaitan.

  Cara Buat  Bunga Rose Crochet Yang Cantikkk .....
Cara Buat  Bunga Rose Crochet Yang Cantikkk .....

Aku ada buat bunga rose yang kecil sedikit dari yang besar ni. Caranya dengan kurangkan double crochet tu. Iaitu kelopak barisan pertama dan kedua hanya 1 double crochet manakala kelopak yang ketiga atau besar buat 3 double crochet. Jadi, menjadi kecil lah bunga tu. 

Harap ada yang mendapat manafaat dari perkongsian ini. Nak lihat perkongsian aku di blog ini tentang crochet, klik SINI

p/s : Kalau ada tempahan, aku masih buat juga. Untuk tambah pendapatan lah katakan...!

4 comments:

  1. Wah akak..boleh buat duit ni...jual la kak..buat keronsang...kalau SA memang la x pandai mengait ni

    ReplyDelete
  2. Cantiknya, tapi tu lah tangan berseni ni senang nak mengait

    ReplyDelete
  3. pandainya akak buat. comel je. teringin nak mengait tapi tak pandai. kena belajar jugak la camni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. comel. bleh jadik side income ni.
    aida memang tak reti pegang jaruh crochet ni.
    felt pun tak brape jadik rose kecik yg aida buat :) ha ha ha....

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...