Khasiat Pokok Dokong Anak Sebagai Tumbuhan Herba Yang Tumbuh Liar

8:41:00 PM Noor Akma 2 Comments

Aku pernah rebus pokok dokong anak ini untuk jaga kesihatan lama dulu. Masa tu ada jiran yang rajin mengutip pokok dokong anak yang tumbuh liar ini untuk buat ubat katanya. Jadi aku terpengaruh dengan dia, aku pun dapat kutip secekak, cuci bersih akarnya, rebus dan minum airnya. Boleh hilang letih dan lenguh badan.... hehe!

Khasiat Pokok Dokong Anak Sebagai Tumbuhan Herba Yang Tumbuh Liar
Khasiat Pokok Dokong Anak Sebagai Tumbuhan Herba Yang Tumbuh Liar

Masa tu hanya ikut-ikut kata jiran yang suka sangat cari pokok ni hingga ke rumah aku yang pada waktu tu banyak menanam pokok bunga. Pokok dokong anak sering  ini tumbuh dalam pasu bersama pokok bunga yang aku tanam. Biasanya aku cabut pokok ni sebab menggangu pertumbuhan bunga yang di tanam.

Sejak itu, kalau tumbuh dalam pasu aku biarkan. Dah besar, baru cabut untuk di gunakan. Seperti biasa jiran itu lah yang rajin minta pokok itu pada aku. Jadi, ada sesekali bila timbul rajin tu aku pula merebus untuk di minum dan mendapat khasiatnya. Terasa segar juga lah badan selepas minum air rebusan pokok dokong anak ini. 


Sekarang ini iniformasi di hujung jari. Jadi aku boleh baca dan tengok khasiat pokok dokong anak ni. Banyak rupanya khasiat pokok ini selain untuk merawat dan menghilangkan letih dan lenguh-lenguh badan. Aku cari informasi tentang ini di internet. Korang bacalah serba sedikit carian aku ni.

Khasiat Pokok Dokong Anak Sebagai Tumbuhan Herba Yang Tumbuh Liar


Pengamal perubatan tradisional menggunakan pokok dukung anak ini bagi merawat masalah ketidaklancaran darah dan kencing. Ia akan dicampurkan bersama sirap, yogurt atau susu kambing. Perubatan Ayurveda menggunakan tumbuhan herba ini sebagai penghilang dahaga, bronchitis (gejala pernafasan), kusta, anemia dan asma.

Air rebusan daun dukung anak ini juga boleh merawat bisul di mata dan mengubati luka gigitan anjing gila. Diantara khasiat Dokong Anak adalah kesannya terhadap masaalah hati dan ada yang kata ianya sebagai 'Agen Perlindung Hati'. Herba in lazimnya digunakan untuk merawat sakit kuning dan hepatitis.

Jika bayi baru lahir terkena jaundis atau kuning elok di mandikan dengan air rebusan pokok dokong anak ni. Di katakan bagus untuk merawat masaalah jaundis dan penyakit kuning pada bayi  Boleh juga di gunakan   untuk merawat penyakit batu karang, malaria, asma, kencing manis, gigitan berbisa dan cirit birit.

Banyak lagi khasiat pokok dokong anak ini. Juga dah ramai yang mengkormersial pokok ni di jadikan jus untuk sedia di minum. Tapi aku rasa lebih suka rebus sendiri. Lebih segar dan terjamin dari segi khasiat serta manafaatnya.

Siapa sangka tumbuhan liar yang tumbuh melata di kawasan semak samun dan celah pasu pokok bunga sebenarnya satu tumbuhan yang penuh dengan ribuan kahasiat yang tak terhingga. Banyak lagi khasiat dan manafaat yang tak terjangkau yang boleh di dapati dari pokok ini yang tak sempat aku sebutkan.

Cara penyediaannya sangat mudah untuk di amalkan. Kita hanya perlu mengambil pokok dokong  anak bersama akarnya sekali (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian rebus dalam periuk dengan 2 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi 1 gelas.  Minum sewaktu masih suam.

Untuk informasi seterusnya.... klik SINI

p/s: Suatu hari nanti akan ku manafaatkan lagi pokok ni untuk menjaga kesihatan... Tunggu rumah siap dulu yer!

2 comments:

Pokok nie saya selalu buang jugak kat dalam pasu, tapi bila baca entri akak nie, so lepas nie saya takdelah nak buang.. Banyak jugak khasiat dia..

Usry Norie said...

Saya pun selalu buang pokok ni sebab mangganggu pokok bunga yang saya tanam. Nanti pokok saya tu terpaksa kongsi baja dengan dia pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...