Menang Giveaway Dapat Sebotol Wax... Ahakk!!

2:52:00 PM Noor Akma 3 Comments

Seringkali aku sertai giveaway yang di anjurkan oleh rakan-rakan blogger. Selain untuk menyokong rakan-rakan blogger yang buat giveaway, aku buat sajalah bila dah keputusan idea nak update blog ni.  Sekali sekala dapat menang giveaway... best jugak.!!

Menang Giveaway Dapat Sebotol Wax... Ahakk!!
Menang Giveaway Dapat Sebotol Wax... Ahakk!!

Sebenarnya aku tak kisah pun dapat hadiah ke tidak. Kalau dapat tu sangat-sangat lah bagus. Ada juga pernah berkali-kali dapat hadiah tapi hadiah tak kunjung tiba. Blogger yang buat macam tu memang melampau. Tak patut dan tak patut betul menghampakan orang... hurm!

Baru-baru hadiah tahun baru menang giveaway "Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi" Terkejut bila posmen hantar bungkusan. Garu kepala sekejap, rasanya tak beli apa-apa hujung tahun ritu. Rupa-rupanya dapat bungkusan menang hadiah... hehe!


Bila buka bungkusan terserlahlah sebotol Norah wax. Apa lagi, tukang mengoyakkan bungkusan poslaju anak perempuan aku ni. Tersuka dan tergembira lah dia sebab memang dia rajin pakai wax penanggal bulu-bulu kaki bagai ni. 

Aku pula, tak pernah sekalipun guna benda-benda cenggini. Al maklum jenis tak ambil kisah pasal-pasal nak melicinkan bulu-bulu ni. Cukur bulu kaki pun tidak. Kiranya aku tak ambil kisahlah hal-hal gini sejak dulu lagi.

Jadi, wax yang aku dapat ni jadi hak dia lah. Ada tidak, aku cakap kat dia, nanti cuba buat kat aku sikit. Tapi membayangkan ngeri kesakitan bila bulu-bulu itu di tarik, rasa takut juga. Macam mana lah di orang boleh tahan membuatnya. 

Apa orang putih kata tu... "beauty with pain"... Idok le nak rasa macam tu. Aku ini kalau rasa sakit tu boleh kepeningan di buatnya. Tapi ramai sanggup tempuh macam tu. Biar kulit halus mulus tanpa bulu-bulu kasar di kaki.

Ada cerita kelakar juga dengan botol wax ni. Boleh pula en. suami ingat itu sebotol jem. Nasib baik tak sempat di sapunya ke atas roti (siapalah letak atas meja makan ni...!). Aku tersedar waktu dia baru nak buka tutup botol tu. Kalau tidak, dah ngap masuk mulut wax tu jadi jem wax... hehe!

Nak baca banyak lagi cerita di blog ini... klik SINI

p/s: Wax kat bulu ketiak boleh tak... Uihhh, ngerinya bayangan kesakitan di situ... huhu!

3 comments:

Tahniah! ^^

mamapp said...

Tahniah kak.. meh join GA saya mana tau Ada rezeki lagi

naaaaasib baik tak sapu kat rootii adeh hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...