05 January 2018

Resepi Peria Goreng Perisa Kari

Hari ni nak kongsi resepi  yang mudah, sedap dan berkhasiat. Pada yang gemar dengan sayur peria, peria goreng ni memang sedap rasanya. Rangup-rangup dan pahit-pahit lemak rasanya. Apatah lagi bila ada rasa kari dalam peria goreng tu, lagi sedap sangat. 

Resepi Peria Goreng Perisa Kari
Resepi Peria Goreng Perisa Kari

Biasanya lauk peria goreng ni popular di restoran mamak. Tapi sekarang ni kat mana-mana  restoran dah ada jual yang dah siap goreng. Lagi bagus bila buat sendiri. Boleh makan banyak dan ratah-ratah sekali. Emm.. sedapppp....!

Di sini aku bagi sedikit info tentang khasiat peria. Peria bagus untuk penjagaan kulit sebab boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.

Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang. Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.




Peria juga dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan seterusnya menurunkan berat badan. Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.

Banyak kebaikan peria ni. Justeru itu, ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara lain pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Seterusnya kita tengok resepi peria goreng pula ya!

Resepi Peria Goreng Perisa Kari


Bahan-bahan:

1 biji peria yang besar
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk kari 
1/2  sudu teh garam (campur adunan tepung)
2 sudu besar garam (untuk rendam hirisan peria)
Secubit kapur makan
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:

Peria di hiris nipis bulat-bulat. Buang biji dan empulur tengahnya. Rendam dalam air bercampur 2 sudu besar garam halus sekurang-kurangnya dalam 10 minit. Seelok-eloknya dalam setengah jam. Selepas itu buangkan air dan cuci bersih. Keringkan hirisan peria sehingga tos.

Campurkan tepung gandum, serbuk kari ( tak kisah serbuk kari ayam atau ikan). Campurkan sekali dengan sedikit garam. Bancuh kapur makan bersama air dan masukkan ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Bancuhan seperti membuat tepung goreng pisang. 

Panaskan minyak masak kedalam kuali. Celupkan hirisan peria ke dalam bancuhan tepung dan goreng di dalam minyak yang betul-betul panas. Bila dah bewarna keemasan, bolehlah diangkat dan di toskan.

Peria goreng ni sedap di makan bersama nasi dan lauk iringan. Makan begitu saja pun sodap... Tak kisahlah, kita yang buat dia kan.. !

Nak lihat pelbagai resepi di blog ini... klik SINI

p/s: Lebihan adunan tepung jangan di buang, boleh di goreng garing di tepi kuali seperti buat tempeyek... sedap!

4 comments:

  1. takpernah makan lagi. haha rasanya takboleh telan kot. peria ni hmmm

    ReplyDelete
  2. Peria goreng ni belum pernah buat dan makan lagi...

    ReplyDelete
  3. Tak suka makan peria sebab rasa yang pahit..tapi pahit tu lah ubat sebenarnya betul tak

    ReplyDelete
  4. sedap sedap suka.. goreng rangup sedap masak dgn telur sedap semuala sedap. memula tak sukaa tapi lama2 addicted jugak hehe..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...