Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Memilih Dan Membeli Buah Tembikai Agar Dapat Yang Merah Dan Manis

1:47:00 PM Noor Akma 4 Comments

Ari ni nak cerita pasal buah tembikai. Asyik buah durian je yang di sebut orang. Buah tembikai ni ramai juga orang suka. Boleh makan begitu saja, juga di buat jus. Kalau cuaca panas, dapat sepotong buah tembikai atau segelas air tembikai, alangkah nikmatnya.... !

Tips Memilih Dan Membeli Buah Tembikai Agar Dapat Yang Merah Dan Manis
Tips Memilih Dan Membeli Buah Tembikai Agar Dapat Yang Merah Dan Manis

Buah tembikai senang di dapati. Di kedai buah-buahan, di pasaraya, di tepi-tepi jalan orang menjual buah pun ada. Kadang-kadang bila membeli buah tembikai kita terkena buah yang tak elok. Ada kala rasanya tawar dan warnanya pucat sahaja. 

Nampak dari luar besar, cantik, kulit berkilat. Apabila di belah dan di potong-potong rasanya tawar. Warnanya pun merah pucat tak bermaya. Ada cara dan teknik untuk memilih buah tembikai yang baik dan berkualiti isinya. Dengan itu dapat kita ketahui status isinya.


Sebelum membeli, kita belek-belek dan teliti dulu buah tembikai tu. Periksa setiap bentuk dan tanda-tanda di kulit buah. Dari situ, kita akan dapat mengetahui, samada buah yang di beli adalah yang berkualiti atau tidak... Ok?

Tips Memilih Dan Membeli Buah Tembikai Agar Dapat Yang Merah Dan Manis


- Lihat  di bontot atau punggung buah tembikai, periksa alur atau garisan di bahagian bawah tu. Jika garisan lebih dekat atau bertemu dengan bontot atau punggungnya maka elok lah tembikai tu, Bolehlah di beli.

- .Periksa tangkai tembikai itu. Di sarankan pilih tangkai yang bengkok berbanding yang lurus. Nescaya baguslah tembikai tu. Petua orang dulu... hehe!

-  Lihat warnanya juga,  eloklah di pilih  buah yang berwarna hijau gelap kerana ia dipercayai lebih manis dan bersari. 

- Corak pada buah tembikai wajar juga di teliti . Garisan di badan tembikai yang rata dipercayai akan mempunyai rasa yang lebih manis dan berjus.

Nanti bila korang beli buah tembikai boleh praktikan tips ini. Memang berkesan sangat tau. Tak ada lagi terbeli buah yang tawar dan buah yang bewarna merah pucat. Rasa buah yang di pilih dengan teliti  dah tentu manis dan bersari jusnya. 

Nak lihat lebih banyak petua dan tips di blog ni... klik SINI

p/s: Korang tau tak.. nama lain bagi tembikai adalah buah semangka... budak-budak sekarang mesti tak tau  :)

#pic fr google


4 comments:

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

my fav!selalu bantai je..ptut la kadg terkena manis..kadg tawar

Memang saya gunakan petua ni tiap kali nak beli tembikai, cumanya yang masalah .. kalau beli tembikai kat pasaraya ... susah nak pilih sbb ia bertimbun.

nice shaaaring.. sedapnyaaa tembikai lagi2 yang crunchy sikit tak lembik sangat.. daaaapnye..!! hehe..

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...