Antara Makanan Yang Mungkin Boleh Memberi Tenaga Dan Mempercepatkan Proses Kelahiran

3:43:00 PM Noor Akma 0 Comments

Waktu melahirkan anak adalah masa yang sangat kritikal bagi seorang wanita. Selain menjaga kesihatan yang baik sewaktu mengandung  Kandungan nutrisi yang tepat sebenarnya mampu mempercepatkan proses kelahiran. Selain melakukan senaman dan bergerak aktif dengan rajin berjalan, amalkan beberapa jenis makanan ini dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran.

Antara Makanan Yang Mungkin Boleh Memberi Tenaga Dan Mempercepatkan Proses Kelahiran
Antara Makanan Yang Mungkin Boleh Memberi Tenaga Dan Mempercepatkan Proses Kelahiran
Risau sakit lama sewaktu bersalin? Memang seksa.. Ia boleh jadi pengalaman paling sakit dalam hidup sesetengah wanita. Ada yang setengah hari, satu hari dan ada yang lebih. Sampai berdiri duduk atas katil bersalin pun ada, Tak selesa dan senang duduk baring punya pasal . Kesian sangat.

Aku  kongsikan  beberapa petua pemakanan untuk lancarkan proses bersalin. Ambil sewaktu sudah term dan atas nasihat doktor ya!

Antara Makanan Yang Mungkin Boleh Memberi Tenaga Dan Mempercepatkan Proses Kelahiran


MINYAK KELAPA
- Minyak kelapa dara (VCO) kaya dengan lemak MCT dan LCT
- Lemak MCT memberi tenaga segera kerana tidak perlu diproses di hati.
- Lemak LCT pula memberi tenaga berpanjangan.
Insha Allah tak perlu minum manis untuk tenaga ....

KURMA
Di dalam Al quran mengisahkan Maryam A.S ibu kepada nabi Isa A.S ketika sakit kuat dalam peringkat akhir kandungannya diperintahkan Allah menggoncangkan pokok kurma Kajian Al- Kuran O et al pada 2011 menunjukkan bahawa pesakit yang makan kurma 4 minggu sebelum tarikh kelahiran:

- 96% mengalami kelahiran spontan
( tanpa induce atau pembedahan)
berbanding 79% yang tak makan kurma.

- Hanya 28% memerlukan "penggalak kelahiran" (oxytocin/pitocin) berbanding 47% yang tak makan kurma.

- Purata fasa pertama kelahiran lebih singkat (510minit) berbanding mereka yang tak makan kurma (906minit).

Kajian oleh Razali N et al pada tahun 2017 di dept Obgyn Universiti Malaya juga menunjukkan kurma mengurangkan keperluan "induction of labour" menggunakan oxytocin.


EVENING PRIMEROSE OIL (EPO)
- EPO tinggi omega 6 yang meningkatkan keradangan maka dikatakan boleh "melembutkan" bukaan serviks.Kajian saintifik walaubagaimanapun menunjukkan tiada kesan ketara. Alaa..kalau nak, cuba je lah. Confirm tak bahaya macam trans fat. Sebaiknya ambil bila dah mula contraction. Tak di galakkan amal lama-lama sebab minyak EPO ini pro-keradangan.

EMPULUR NANAS

Bahagian tengah nanas ini mengandungi bromelain yang dikatakan boleh juga menyebabkan cervical ripening. Namun tiada bukti saintifik yang membuktikannya. Mungkin sebab nanas tinggi histamin juga.. Histamin tinggi menyebabkan pergerakan rahim juga bagi mereka yang alah.

PARSLEY

Daun ni tak mahal dan senang dapat. Berlebihan pengambilan mempunyai kesan uterotonik (menyebabkan pergerakan otot rahim). Low risk pregnancy boleh lah cuba ya ..

DAUN TEH RED RASPBERRY

Walaupun mempunyai banyak bukti anekdot mengatakan , kajian saintifik menunjukkan ia tidak berkesan. Boleh je cuba sebab kajian juga mengatakan tiada kesan sampingan pengambilannya.

Aku amalkan minum minyak kelapa dara waktu mengandung sebab ada masaalah semput. Alhamdulillah semput pun berkurang.  Sewaktu melahirkan anak-anak aku dulu tak pernah lama menahan kesakitan. Setengah jam tak sampai, proses kelahiran dah pun berlaku. Mungkin sebab makan minyak kelapa dara kot... wallah hu'alam.

Kurma pula sudah di ketahui akan khasiatnya. Apatah lagi, ia makanan sunnah sehingga di sebut 21 kali dalam Al-Quran. Antaranya ayatnya adalah: 

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ (Al-Mukminah ayat 19)

Apapun kebanyakan bahan makanan di atas tidak terbukti secara saintifik berkesan mencepatkan kelahiran. Namun tak salah mencuba tapi tetap ikut atas nasihat doktor. Amalkan yang mana baik untuk diri kita. Tak perlu ikut petua dan cara yang pelik dan merepek. Takut nanti, perkara lain yag jadi... 

Ada pelbagai informasi di blog ni.. Nak tahu, klik SINI

p/s: Semoga tips di atas membantu melancarkan proses kelahiran dan memberi tenaga ketika bersalin. Jangan lupa berdoa kerana kita hanya berusaha dan makanan di atas hanya asbab mudahnya bersalin. Barakallah... Sharing is caring :)

#kredit FB Hafiz Sulaiman
#pic fr google

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...