Beli Kasut Online Dan Cara Menentukan Saiz Yang Sesuai

2:18:00 PM Noor Akma 5 Comments

Baru-baru ni aku beli kasut online. Terpinga-pinga sekejap memikirkan saiz kasut. Kalau pergi ke kedai kasut senang je. Tanya jurujual tu, dia tengok kaki, bagi saiz kasut yang dia rasakan sesuai untuk di cuba. Ini nak beli kasut online. Dapat tengok gambar sahaja. Kalau salah saiz,bukan senang nak tukar. Kena tambah kos hantar lagi. Itupun kalau boleh tukar.... kan!

Beli Kasut Online Dan Cara Menentukan Saiz Yang Sesuai
Beli Kasut Online Dan Cara Menentukan Saiz Yang Sesuai
Jadi aku cari penyelesaian masaalah ni di google. Banyak cara dan saiz yang berlainan aku dapati. Ada ukuran US, ukuran Europe @ UK dan ukuran China. Bukan semuanya sama. Dari pemerhatian aku, kasut jualan online ni biasanya buatan China dan ikut ukuran Europe atau UK. Tapi bukan semua kasut di buat ikut saiz yang sama. Pening... huh!

Beli Kasut Online Dan Cara Menentukan Saiz Yang Sesuai


Ambil jalan yang selamat, ukur kaki sendiri pakai kertas, tape ukur atau pembaris dan pensil atau pen. Tekap ukuran kaki pada kertas. Lukis keliling kaki. Ukur bahagian paling panjang dan paling lebar di kaki. Itulah ukuran yang di gunakan untuk mengenalpasti ukuran kasut yang sepatutnya di pakai.

Carta Beli Kasut Online
Carta Beli Kasut Online 

Lihat dan padankan carta di atas dengan ukuran kaki yang di dapati sebelum ni. Panjang ukuran kaki aku adalah 25 dan lebar pula adalah 10. Carta menunjukkan aku pakai kasut saiz 8 untuk Malaysia saiz dan 41 untuk UK saiz. Kasut pilihan yang di beli online pun dah sampai. Muat dan elok sahaja di pakai. 

Lain kali bolehlah beli secara online lagi. Dulu aku risau sangat membeli kasut secara online ni. Sekarang dah tak payah risau tak muat lagi. Ikut sahaja carta di atas. Tak perlu lagi tawaf keliling supermarket mencari kasut yang sesuai. Penat dan sakit lutut jalan-jalan shopping keliling ni.... hihi!



Aritu mencari kasut sukan sebab nak ganti balik kasut sukan aku yang di bawa anak ke asrama. Selepas ni nak cari sandal pula. Dah lama sandal aku tu tak berganti baru. Seingat aku dah 2 kali raya ni. Nak belek beberapa laman web jualan online dulu. 

Bukan senang aku nak pilih. Banyak kriteria yang perlu difikirkan. Yang penting, cantik, efisyen daan tahan lasak. Kalau pergi supermarket maunya lebih dari setengah hari tu. Letih jangan di kira lagi. Beli online ni cuma lenguh jari scroll kiri kanan, atas dan bawah je... hihi!

Udah le tu merepek meraban je lebih ni... nak baca info dan tips di blog ni,  klik SINI

p/s: Kalau dah mula pandai shopping online ni, tak sempat beranak pinaklah duit kat bank.. huhu!

#pic fr google

5 comments:

Raydah said...

ray pernah try this method hahaha. it's good

Miza Talib said...

Pernah beli sekali jew pastu stil tak muat pulak, bila pulangkan dah tak de design yang berkenan tu. Tq share tips yang berguna ne

mamapp said...

good info kak. tq for sharing

Mrs Pip said...

Tq share tips ni...

salam ukurann kaki sy sama ngan awak tapi kalo kt shopee bnyak saiz 40.
if sy bli gak saiz 40, agak2 sempit tak?
tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...