Biskut Susu 'Alien' Viral Meriahkan Group FB MAHN Dengan Pelbagai Karektor Lucu dan Comel

3:35:00 PM Noor Akma 3 Comments

Kelmarin dan dalam beberapa hari ni aku asyik ketawa dan gelak tak berhenti setiap kali biskut yang tengah viral iaitu biskut susu lalu lalang di wall FB. Mana tidaknya, biskut susu dah jadi macam-macam rupa bentuk yang melucukan dibuat oleh ahli group MAHN tu. Dah jadi rupa bentuk alien yang biasa di lihat dalam filem starwars tu. Kelakar dan sangat melucukan.... hoho!

Biskut Susu 'Alien' Viral Meriahkan Group FB MAHN
Biskut Susu 'Alien' Viral Meriahkan Group FB MAHN

Dari satu resepi yang sama tapi ada yang buat jadi lain macam pula. Biasanya terjadi selepas di masak iaitu selepas keluar dari oven. Ada yang rupa garang, berkedut, zombi, tunggang terbalik, berpusing macam baru lepas naik roller coaster pun ada... haihh!


Apapun aku tabik spring pada mak-mak yang rajin mencuba buat biskut ni. Walau kurang menjadi, tapi rasanya pasti sedap. Buat biskut ni mesti cukup citarasa. cukup ulinya pasti boleh menjadi. Kalau terlebih tepung akan keras dan kering rasanya. Kalau terlebih marjerin pula akan kembang dan bentuknya tak menjadi. 

Ada yang buat biskut ini sangat cantik kejadiannya. Iaitu comel lote dan kiut miut je. Resepi buat biskut ni sangat mudah je. Hanya menggunakan 4 bahan, dah boleh jadi sejenis biskut yang sedap dan cair di mulut. Ada pula yang buat berwarna warni, cantik sekali. Boleh le buat jualan di hari raya nanti.... huhu!

Mesti ada yang nak cari resepi dan buat pada hari raya yang bakal tiba. Aku pun belum cuba buat lagi. Jai aku tempek resepi biskut susu viral tu di sini. Mana tau, tergerak hati nak buat nanti, terus buka blog sendiri. Tak payah susah-susah nak google lagi.. tak gituuuu!

Biskut Susu 'Alien' Viral Meriahkan Group FB MAHN Dengan Pelbagai Karektor Lucu dan Comel


Bahan-bahan :
1/2 buku marjerin
1/2 cawan susu pekat manis
400gm tepung jagung
4 sudu makan susu tepung

Cara-cara:

Campurkan semua bahan hingga menjadi doh. Jika doh masih keras tambahkan sedikit marjerin sehingga mendapat doh yang lembut dan senang di bentuk.

Bila dah jadi doh, bentukkan ikut suka. Sekarang ni ramai yang buat bentuk coklat kisses/hersyes dan di tambah mata serta mulut menggunakan coklat cip dan coklat rice. Jadilah bentuk alien. 

Bakar dalam oven dengan suhu 165 - 170 celcius  dengan api bawah selama 25 minit atau sehingga masak ikut kepanasan oven masing-masing.

Bila dah buat dan jadi rupa bentuk macam-macam tu, redha je lah. Janji boleh di makan dan di jamu pada keluarga. Biskut ni sedap, gebu dan cair d mulut katanya. Aku belum cuba buat lagi ni sejak viral biskut ni. 

Dulu-dulu pernah buat biskut susu tapi buat bulat-bulat  dan letak inti ceri, sapu kuning telur. Entah sama bahan dengan biskut ni, tak taulah. Belum semak resepinya kat buku resepi yang dah berabuk tu... hihi!

Nak tengok informasi dan resepi, boleh klik SINI dan SINI

p/s : Tang rupa yang dah jadi macam-macam tu yang jadi viral gamaknya... hahaha!

#kredit FB Group MAHN
#pic kutip dari Group MAHN 

3 comments:

Sheila Adziz said...

alamak, cam seram tp menarik... hehe... yg ptg sedap...

Mrs. A said...

Hahaha... macam-macam idea kreatif orang sekarang.
Simple je resepinya tu macam nak cuba pun ada.

Hans said...

hahahaha
comel2 jer
budak2 kalau tengok nih mesti nak makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...