Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dah Bertukar Ke Unifi Mobile, Harap Dapat Data Percuma Je....

4:26:00 PM Noor Akma 2 Comments

Bila unifi tawarkan kad sim percuma, aku pun tak melepaskan peluang untuk mendapatkannya. Selain bertukar no. yang  sedia ada ke unifi mobile ambil juga no. baru. Nak meperbanyakkan no. yang dah sedia ada. Bagi anak-anak sorang satu. Sementelahan masih percuma. Ya tak?

Dah Bertukar Ke Unifi Mobile, Harap Dapat Data Percuma Je....
Dah Bertukar Ke Unifi Mobile, Harap Dapat Data Percuma Je....

Selain tu aku bagi no. unifi mobile ni satu pada anak yang duduk jauh. Ingat boleh pakai dan senang nak whassap dengan dia. Rupanya talipon dia pula tak support 4G. Jadi terperam je lah data 20gb 4G yang percuma tu. Apasal la unifi ni asingkan data 4G dengan 3G. Itu memang tak aku tak faham dan yang paling mengejutkan kawasan perumahan  aku tak ada liputan 4G. 


Nak memujuk hati sendiri dengan anak, nantilah kita beli Iphone yer...! Kena mimpi dulu, baru lah jadi kenyataan. Aku pula di rumah pakai wifi unifi unlimited dah 4 tahun. Setakat ni, wifi unifi kat rumah tak pernah memberi masaalah pada aku. Itu yang excited dengan unifi ni... Rupanya unifi mobile ni sama je dengan telco mobile yang lain.


Dah Bertukar Ke Unifi Mobile, Harap Dapat Data Percuma Je....


No. yang aku pakai sekarang ni pun sudah ku tukar dengan unifi mobile. Ini di sebabkan aku sedikit bengang dengan telco kaler merah tu. Tak payahlah cerita kenapa, buat sakit jiwa je. Ingatkan tak dapat nak di tukar sebab aku ada dapat informasi dulu yang no. tu bukan atas nama aku. Tapi boleh pula di tukar. Selesai juga satu masaalah... hehe!

Unifi Mobile menawarkan perkhidmatan tanpa tarikh luput, tetapi pengguna perlu memastikan akaun mereka aktif untuk tempoh setiap 90 hari. Untuk penambahan nilai, anda boleh lakukannya pada harga bermula RM13 untuk 1GB internet asas, sehingga kepada 8GB untuk RM50.

8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
1GB internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13

Bagi pelan panggilan dan SMS pula, anda boleh menambahnya pada harga bermula RM10 untuk 60 minit panggilan dan 60 SMS. 200 minit + 200 SMS untuk RM30 dan 60 minit + 60 SMS untuk RM10

Siapkan sajalah duitnya untuk mengaktifkan plan di atas. Boleh tahan mahalnya juga. Hampir sama saja dengan plan syarikat telco yang sedia ada. Boleh mencuba dan mendapatkan kad sim percuma dari unifi dengan mengupload apps unifi mobile dari talipon bimbit masing-masing.  Satu juta kad sim di tawarkan percuma, masih di buka lagi untuk yang berkeinginan... huhu!

Ada aku tengok dekat mana tah...  ada yang kata, mungkin nampak mahal tapi bila di lihat betul-betul ada keuntungannya di situ. Iaitu tak ada tarikh expired data dan sms. Top up pula, bila nak sahaja. Memanglah tak sesuai pada pengguna yang rajin download atau tengok movie. Tapi sesuai untuk penggunaan ringan yang biasa iaitu yag tak pakai banyak data.

Aku tak pakai banyak sebab bila di rumah dah pakai wifi unifi rumah. Cuma bila keluar dari rumah, baru data unifi mobile ini di gunakan. So, jimatlah di situ. Kalau tidak, setiap kali keluar rumah terpaksa topup untuk dapatkan akses internet. Kalau hampir tiap hari keluar, berduyun-duyunlah duit keluar nak topup... hurm!

Nak baca cerita dan catatan di blog ini... klik SINI

p/s: Masaalahnya anak aku di asrama tu kencang juga mobile unifi ni di gunakan. Katanya hanya guna untuk whassap dan instagram saja... huhu!

2 comments:

Maria Firdz said...

Saya pakai untuk sementara je kot ni... Sementara dia BG percuma je... Sbb data yg dia bagi MMG tak sesuai untuk kaki movie MCM kami

Amanda Suria said...

Memang menarik package ni...tapi asalkan nak pergi je orang beratur ramai...erm...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...