Diet : Tips Berkesan Mengatasi Perasaan Keinginan Yang Kuat Pada Makanan @ Food Carving

2:59:00 PM Noor Akma 2 Comments

Kali ni aku terpanggil bercerita pasal diet pula. Ini di sebabkan aku tengok anak perempuan sulung aku yang sedang berkobar-kobar berdiet. Ada tidak, sejak diet, nampaklah sikit tahap penurunan berat dia tu. Biasanya nak mengatasi food craving tu yang paling susah. Apa tidaknya, selalu tersadai diet dek food craving pada makanan segera seperti maggi. Lebih-lebih lagi ramen dari korea tu.. huhu!

Diet : Tips Berkesan Mengatasi Perasaan Keinginan Yang Kuat Pada Makanan @ Food Carving
Diet : Tips Berkesan Mengatasi Perasaan Keinginan Yang Kuat Pada Makanan @ Food Carving

Cabaran utama dalam proses turun berat badan adalah godaan hawa nafsu yang kuat pada  makanan yang melampau. Ini di sebabkan perasaan tahap kebuluran yang tinggi apabila dah lama tak betul-betul menjamah makanan seperti kebiasaannya sebelum ini. 

Justeru itu ramai yang beria- ia berdiet gagal mengawal godaan akan tersungkur di pintu McDonald, di meja makan KFC, di tepi bar Starbucks atai di depan kaunter Hokaido Cheese Tart. Rugi masa terbuang berdiet selama berminggu-minggu. Biasanya yang jadi macam ni pada yang tak sampai sebulan berdiet. Iman belum teguh lagi... hehe!


Jom amalkan tip-tip ini untuk kawal cubaan gelodak dan gelora jiwa raga tu... Bukan senang nak dapatkan berat ideal ni. Ibarat menempuh dan  melalui jalan dan lorong yang berliku.. heh! 

Diet : Tips Berkesan Mengatasi Perasaan Keinginan Yang Kuat Pada Makanan @ Food Carving


DELAY
- Dah teringin nak makan makanan tak sihat tu jangan terus pegi beli. Tangguh dulu. kita kan suka menangguh kerja, nak kurus pun kena tangguh bertahun-tahun. Tapi bila bab makan laju semua tepat  masa. Tangguhkan dulu sekurang-kurangnya sebab berjimat ke, tak cukup duit ke... haha!

DISTRACT
- Alamak ada kerja lain nak buat. Buat-buat  sibuk pun tak apa. Alih tumpuan dari makanan tapi jangan alih tumpuan dengan scroll gambar atau  tengok video makanan pulak. Alih tumpuan dari gambar makanan tu ke gambar orang potong kaki sebab kencing manis atau terlampau gemuk sampai terbaring di katil tak boleh berjalan ke ... hihi!

DISTANCE
- Jauhi yang haram!! (haram sebab menyebabkan kegemukan la!) Kalau lalu kat shopping complex tu tak perlu nak jalan-jalan dekat fastfood restoran. Tak perlu lalu rak aiskrim atau coklat. Jauhkan diri!! Kawan suka ajak makan? Jauhi mereka!! Boleh dak.... !

DETERMINE
- Ini kena ada faktor WHY yg kuat. Apa yg kita makan tu pilihan sendiri tak ada paksaan. So, tentukan makanan tu sihat dan berkhasiat bukan main bedal dan melantak sahaja.

DECIDE
- Yang menyebabkan badan kita gemuk hari ini adalah hasil pilihan makanan yang salah sebelum ini. Nak teruskan buat pilihan yang salah atau ? haaa sambunglah sendiri ayat tu.

Pilihan anda menentukan masa depan anda. Bukan tak boleh makan, cuma pilih makanan yang betul. Banyak pilihan makanan berkhasiat untuk menu orang berdiet yang boleh di makan. Teringin pisang goreng cheese? Balik rumah sapu roti wholemeal dengan peanut butter dan tabur pisang atas tu. Sedap kenyang dan tak menggemukkan. Gittew!!

Jom baca tips dan informasi berguna di blog ini di SINI

p/s : Semoga tips ni bermanfaat dan dapat membantu. cuma memperpanjangkan sharing dari FB dan di olah sesedap rasa...

#kredit FB Coach Yatie Nadzli
#pic fr google

2 comments:

aima hassan said...

Sama macam nak berhenti rokok pun gitu juga kan basic tipsnya.
Tq for sharing kak

tersungkur depan mekdi n kfc hehe lawak je ayat tu =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...