Masak Lemak Cili Api Lala Retak Seribu Dengan Keladi

10:59:00 PM Noor Akma 3 Comments

Lauk lala retak seribu masak lemak cili  api ni aku masak minggu lepas. Mulanya bercadang nak masak siput sedut masak lemak cili api atas permintaan anak, tapi  tak ada pula jual kat pasar. Padahal kelmarin pergi banyak sangat nampak siput sedut di jual. Masa tu, tak beli sebab nak masak lauk lain. Jadi, tak nak menghampakan, tukar dengan lala retak seribu. Bila nak, tak ada pula... haihhh!

Masak Lemak Cili Api Lala Retak Seribu Dengan Keladi
Masak Lemak Cili Api Lala Retak Seribu Dengan Keladi

Aku kirim pada suami beli kat pasar. mati-mati aku ingat ada siput sedut tu. Aku dah siap-siap tumbuk cili api dan siapkan bahan-bahan untuk buat masak lemak cili api. Bila suami aku balik dari pasar, tak ada pula siput sedut yang aku suruh beli. Jadi, en. suami beli lala retak seribu. Keladi tu memang aku suruh beli sekali nak campur siput sedut. Campur dengan lala boleh juga. Kita yang buat dan masak, ikut kita lah ya tak?

Apa lagi, aku kerjakanlah lala retak seribu masak lemak cili api dengan keladi. Nasib baik rasanya tidak menghampakan langsung. Sangat sedap hingga bertambah nasi dan lauk lala retak seribu berkali-kali jadinya. Semua anak-anak aku suka masakan ni. Tapi aku makan lebih kurang ajelah. Takut kesan sampingan alergik makanan laut menyerang... hahaha!


Nak resepi? Alah... resepi biasa je. Macam masak lemak cili api biasa juga. Cuma kalau aku masak mesti power dan pedas rasanya. Kalau tidak, mesti en. suami akan kata tak rasa sedap kalau tak  terasa mengaum pedasnya. Memang orang yang tak suka dan tak boleh makan pedas tak dapat lah nak hadap masakan aku ni... hihihi!

Masak Lemak Cili Api Lala Retak Seribu Dengan Keladi


Bahan-bahan: 

1/2 kilo lala retak seribu
1 ikat keladi (secekak)
2 cawan santan pekat
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun kunyit
2 keping asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara: 

Lala retak seribu di bersihkan. Keladi di kupas kulit luarnya dan di potong-potong. Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah dan bawang putih. Serai di titik hujungnya dan daun kunyit pula di carik-carik sahaja.

Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai dan daun kunyit. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Masukkan sekali asam keping. Didihkan periuk bersama bahan-bahan itu semua sekali.

Bila hampir mendidih, masukkan keladi. Setelah mendidih, masukkan lala retak seribu. Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air. 

Untuk langkah ini, letak garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian. Bila rasa bahan sudah masak dan bergaul sebati, bolehlah di angkat. Bolelah di hidangkan untuk lauk tengahari. Sudah pastinya terangkat dan lazat.

Proses memasak ini cuma mengambil masa dalam 10- 15 minit lebih kurang.  Dah namanya lala retak seribu ni sejenis makanan laut, mesti rasanya manis dan sedap. memang ramai penggemar makanan laut ni. Aku suka juga tapi tak larat nak layan alergik je.... hurm!

Nak dapatkan resepi macam-macam di blog ni... klik SINI

p/s: Anak perempuan aku ni masih teringin nak makan siput sedut juga walau dah dapat lauk lala retak seribu... Nantilah lain kali kalau jumpa pasti beli, tak nak tunggu lagi...

3 comments:

Gja said...

Sedap ni.. lama dah tak makan lala

Nafisah Musa said...

yummy2... ble masak lala hjg miggu ni. lalalla

mamapp said...

alahai.. rasa cam nak bawa pinggan ketuk pintu rumah akak hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...