Masak Lemak Cili Api Siput Sedut Yang Menggamit Kenangan Kepada Kampung Halaman

6:58:00 PM Noor Akma 0 Comments

Sebelum ni ada aku cerita kat blog ni pasal keinginan anak yang teringin nak makan masak lemak cili api siput sedut. Beberapa hari lepas tertunai sudah keinginan dia. Pada aku pula masak lemak siput sedut ini membuatkan aku teringat sebuah bandar kecil di kampung aku yang bernama Sungai Siput.. hehe!

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut
Masak Lemak Cili Api Siput Sedut 

Bila aku tunjuk gambar gulai siput sedut ini di group whassap kawan sekolah, rata-rata mengatakan  aku ini  memang orang Sungai Siput  suka siput sedut sebab dulu sungai kat kampung banyak siput. Tapi yang aku masak ni siput sedut laut @ siput belitung. Siput sungai warnanya hitam berkilat tapi rasanya tak jauh beza.

Siput sedut ini sebelum di masak kena kerat hujung bontotnya tu. Nanti baru boleh di sedut. Kalau di lihat gambar masak lemak siput sedut aku tu, ternampak seekor siput sedut yang belum di potong ekor @ bontotnya.  Tersesat pula seekor yang belum di potong lagi.

Resepi masak lemak cili api siput sedut ni cara memasaknya sama saja dengan masak lemak cili api yang lain. Tak ada beza cuma mesti di letakkan serai dan daun kunyit baru terasa lebih kesedapannya. Lagi satu aku masak bersama terung panjang.

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut Yang Menggamit Kenangan Kepada  Kampung Halaman


Bahan-bahan:

1 paket siput sedut @ siput belitung
(anggaran 2 cawan)
3 biji sederhana terung panjang
15 biji cili api
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah
1 batang serai
1 helai daun kunyit
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping 
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara: 

Siput sedut di rendam lebih kurang 1 atau setengah jam lebih. Selepas itu di potong hujung ekor atau bontotnya dan di bersihkan. Terung di belah dua dan di potong menyerong. Jika mahu terung lebih lembut, celur dulu sebelum di masak. Kalau tidak, tak apa di masukkan terus dalam gulai.

Cili api, kunyit hidup dan bawang merah di tumbuk lumat. Serai pula hanya di titik dan ketuk hujungnya. Manakala daun kunyit di carik-carik sahaja. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama secawan santan dan air. Masukkan juga siput sedut. 

Masukkan sekali serai, daun kunyit dan asam keping. Didihkan bahan-bahan di dalam periuk. Sementara itu masukkan juga terung. Kena kacau sentiasa agar santan tidak pecah dan menjadi berketul.

Setelah benar-benar mendidih, masukkan  secawan lagi santan dan secawan air. Sekiranya nak lebih berkuah boleh masukkan air lagi tapi kalau nak agak pekat-pekat,  tak perlu dah. Perasakan dengan garam dan gula. Bila mendidih sekali lagi, dah boleh di angkat. 

Makan tengahari memang sangat menyelerakan dek rasa kemanisan siput sedut yang di latari dengan lemak-lemak santan dan kepedasan cili api. Tapi kalau untuk yang tak pandai menyedut tu memang menggelikan hati. Macam-macam bunyi wisel keluar... hihi!

Rupanya anak aku yang teringin nak makan siput sedut tu tak pandai menyedut. Nasib baik adiknya iaitu anak aku yang bongsu tolong sedutkan. Aku tengokkan aje dua beradik tu makan bersama. Selalu asyik tak sependapat saja, dek siput sedut boleh pula bekerjasama...hahaha!

Nak resepi lagi di blog nih..... klik SINI

p/s: Tak boleh selalu makan lauk siput sedut ni, leceh memotong bontotnya tu. Berkecah dapur waktu mengetuk bontot yang terbang entah kemana... huh!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...