Resepi Puding Roti Yang Sedap Dan Senang Membuatnya .....

1:57:00 PM Noor Akma 2 Comments

Bila ada sahaja stok roti yang tak habis di makan dan dekat nak tamat tempoh aku mesti manafaatkan  roti tu dari terbuang begitu. Rugi sekiranya membazir dan di abaikan. Anak-nak ni bila tak ada roti bertanya tapi bila dah lama, jemu pula katanya. Jadi, aku gunakan roti ini untuk buat puding roti yang sedap dan senang sangat nak buat. Aku buat puding roti dengan cara kukus. Maka, terjadilah kuih puding roti yang sedap dan senang membuatnya.

Puding Roti Yang Sedap
Puding Roti Yang Sedap

Dah berpuluh kali dan mungkin beratus kali juga aku buat puding roti ini. Suka tengok roti yang hampir terbuang menjadi makanan yang sedap dan di gemari oleh anak-anak. Dulu-dulu masa berniaga burger, roti burger yang dah hampir tamat tempoh tu aku kerjakan untuk membuat puding roti. Sedap juga, tak ada beza dengan menggunakan kepingan roti tu.


Puding ni menggunakan 7 keping roti keping yang untuk buat sandwich tu. Kalau nak buat menggunakan roti burger dalam 5 ketul. Boleh di bakar atau di kukus puding roti ni. Iaitu bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 30 - 40 minit. Sama sahaja rasanya cuma yang kukus lebih lembut sedikit.

Resepi Puding Roti Yang Sedap Dan Senang Membuatnya .....


Bahan-bahan :

7 keping roti
1 tin susu cair (375 ml) 
2 biji telur 
4 sudu besar gula 
1 sudu kecil esen vanilla 
1 sudu besar marjerin
Sedikit kismis 

Cara-cara: 

Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sebati dan sekata. Masukkan susu cair dan marjerin pula dan kacau adunan hingga sebati sekali lagi. 

Roti pula terpulang pada diri masing-masing iaitu samada nak di potong kecil-kecil dan disusun rapi dalam loyang. Selepas tu, curahkan adunan dan pastikan semua roti terkena adunan.tadi Tabur kismis. Biarkan seketika sehingga adunan meresap ke dalam roti. Baru di kukus atau bakar

Atau boleh juga di carik-carikkan sahaja roti tu. Masukkan roti ke dalam adunan yang di bancuh tadi. Kacau agar semua roti meresap dengan adunan. Boleh juga di kacau agar menjadi satu adunan yang sekata. Masukkan kismis dan gaul rata.

Puding Roti Yang Sedap
Puding Roti Yang Sedap

Masukkan ke dalam loyang yang sesuai. Di sebabkan aku hanya mengukus puding roti ni, aku pakai loyang plastik yang tahan panas untuk kukusan  sahaja. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Nak tengok resepi yang lain di blog ini... klik SINI

p/s : Boleh juga puding roti ini di makan dengan kuah kastard atau kuah durian cuma kalau nak makan berkuah, kurangkan sikit gula dalam bancuhan adunan roti.

2 comments:

Ucing said...

resepi yang mudah dan sedap (^_^)

Nampak menarik je puding tu.. Buat juadah minum petang, memang ohsem ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...