Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Amalkan Makan Bawang Putih Untuk Kesihatan Yang Baik Secara Berterusan

8:14:00 PM Noor Akma 2 Comments

Beberapa hari ini aku cuba amalkan makan bawang putih 3 ulas sehari untuk mendapatkan manafaat dan khasiat bawang putih yang telah di buktikan oleh pakar dalam bidang sains. Jadi aku cari cara yang mudah untuk aku amalkan makan bawang putih ini. Nak makan secara mentah rasanya aku tak mampu sebab rasanya yang menjengkelkan sunguh... !


Amalkan Makan Bawang Putih Untuk Kesihatan Yang Baik Secara Berterusan
Amalkan Makan Bawang Putih Untuk Kesihatan Yang Baik Secara Berterusan

Aku ada baca di FB seseorang ni dalam setahun di mengamalkan makan 3 ulas bawang putih, tubuh badannya lebih sihat, perut menjadi kempis dan katanya segala angin di dalam badan dapat di atasi. Kalau dulu selalu sakit kaki bila bangun dari tidur, sekarang dah baik. Bangun dari tidur sudah boleh berjalan laju tanpa rasa sakit.


Itu yang aku nak cuba sangat tu. Ini di sebabkan pergelangan tangan dan kaki aku sering merasa kebas. Rasanya ada nampak kurang kebas sikit rasa tu hari ini. Mungkin dengan memakan bawang putih itu beberapa hari ini telah menampakkan petanda berkesan. Jadi aku nak teruskan dan berkongsi pada yang membaca tulisan ini.

Amalkan Makan Bawang Putih Untuk Kesihatan Yang Baik Secara Berterusan


Cara-caranya:

Cara 1
Ambil 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulitnya sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil. Lepas tu boleh makan isinya.

Cara 2
Ambil 3 ulas bawang putih dan letak dengan kulit atau tanpa kulit pun boleh ke dalam nasi yang sedang di masak iaitu sewaktu airnya sudah kering. Biarkan sehingga masak bersama nasi. Lepas tu bolehlah di makan isinya. 

Rasa selepas di bakar atau di rebus bersama nasi  macam rasa kacang yang agak kelat tapi masih boleh di telan berbanding rasa bawang putih mentah. Abaikan rasanya itu dan fikirkan khasiat dan manafaat bawang putih itu sendiri.. kan!

Antara Manafaat Yang Baik Dengan Amalkan Makan Bawang Putih Untuk Kesihatan 


Mengurangkan risiko strok

Tahu tak bawang putih boleh merangsang penghasilan nitric oxide yang ada pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang yang menghidap kanser.

Anti bakteria dan antivirus

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi banyak iodin

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

Membantu sistem pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Meningkatkan sistem imunisasi

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 – 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor. Tapi anda perlu berjaga-jaga, jangan sampai sel darah putih banyak dalam badan tu pulak!

Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih dapat menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Bila anda makan bawang putih rasa agak panas dan mungkin inilah yang membantu kolestrol dibakar dalam badan.

Jadi aku akan amalkan makan bawang putih ini secara berterusan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Cara alami untuk menjaga kesihatan agar tubuh badan sentiasa sihat. Tanpa perlu membazirkan wang membeli produk kesihatan yang berlambak di pasaran tapi entah apa-apa tu. 

Untuk lebih informasi klik SINI

p/s : Makan bawang putih ni tak boleh banyak, 3 ulas sehari sahaja. Nanti mulut dan badan berbau... kan!

#kredit FB siti raudzah

2 comments:

macam best je. nak try la hehe :)

https://azirafreesia.blogspot.my/

Amanda Suria said...

Menarik ni kak..SA plak memang suka makan bawang putih cuma belum pernah makan macam ni..nanti nak cuba la..

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...