Cara Buat Jeruk Belimbing Buloh Yang Menitik Air Liur Di Buatnya ...

1:55:00 PM Noor Akma 1 Comments

Dulu-dulu buah belimbing buloh ni tak bernilai langsung. Buahnya berlambak-belambak di pokok tak tau nak buat apa. Ada tidak, biasanya buat masak lemak, sambal belacan atau campur dalam masakan  sambal ikan, ayam atau udang. Belimbing buloh ni juga di buat untuk membasuh hanyir ikan.

Cara Buat Jeruk Belimbing Buloh Yang Menitik Air Liur Di Buatnya ...
Cara Buat Jeruk Belimbing Buloh Yang Menitik Air Liur Di Buatnya ...

Sekarang dah di jual di pasar di bandar-bandar besar. Boleh tahan juga harganya tu. Lebih-lebih lagi buah ni dah di kormersial kan sebagai salah satu bahan utama dalam pembuatan sambal hitam. Di Laman FB, usahawan sambal hitam dah makin ramai. Itu yang membuatkan buah ini ada harga di pasaran.

Di kampung aku belakang rumah mak ada sepokok buah belimbing ni. Kalau berbuah, sampai tak nampak batang dah. Memang lebat dan besar-besar buah dia sebesar ibu jari kaki. Geram apabila melihatnya. Masa kecil dulu selalu ku bayangkan, kalaulah buah anggur.. kan bagus..hahaha!


Bila berkahwin dengan en. suami, dia suka sangat dengan buah belimbing ni. Buat masak lemak cili api sedap katanya. Kalau terkena dengan musimnya aku balik kampung, buah ni banyak aku angkut bawa balik. Di kampung jatuh bertaburan sahaja di tanah tak ada siapa yang peduli.

Jadi, aku jumpa resepi buat jeruk buah belimbing ni di FB. Merancang untuk mencubanya nanti. Manalah tau kut-kut ada musimnya nanti, boleh aku tiru cara dia ni buat jeruk tu. Bukan aku tak pernah buat jeruk, tapi cara ini lain dari cara yang biasa. Itu yang nak simpan letak di blog ni. 


Cara Buat Jeruk Belimbing Buloh 


Bahan- bahan :

Belimbing buluh 
Cili Padi
Garam,
Gula,
Air Kapur Sirih

Cara- caranya:

- Belimbing Buluh di belah dua dan  direndam bersama air kapur (jangan banyak nanti pahit) selama 2 jam

- Toskan airnya, Rendam Belimbing buluh bersama air garam (jangan masin sangat), rendam selama 6 jam. Toskan airnya, tak perlu di cuci belimbing.

- Masak gula pasir bersama dgn air jadikan sugar syrup (sejukkan dahulu baru disatukan dengan buah belimbing)

- Rendam belimbing (air syrup gula mesti menutupi buah belimbing dan campurkan cili padi (nak bagi pedas sikit)

- Simpan dalam peti ais bagi sejuk. Lepas semalaman boleh makan, memang sedap.

Jeruk ini boleh disimpan lama. Enak rasanya, masam semulajadi tak perlu campur cuka. Jom kita buat. Boleh berniaga ni, jual dalam balang. Pasti tak terbuang lagi buah belimbing kat kampung aku yang penuh merimbun tu nanti. Berangan kejap... hihi!

Nak lebih informasi di blog ni... klik SINI

p/s: Belum apa-apa aku dah kecur ar liur di buatnya. Kena cepat-cepat cari buah ni di pasar lah jawabnya... huhu!

#kredit FB Chef Asma

1 comments:

Amanda Suria said...

Bergenang air liur SA kak oiii....aduhaiii..bagai terasa-terasa masamnya tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...