Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DIY Kabinet Dapur Bajet Yang Murah

2:09:00 PM Noor Akma 4 Comments

Siapa yang tak nak dapur yang cantik dan di hiasi dengan kabinet dapur yang boleh mengisi segala keperluan makanan. Tapi nak merealisasikan impian tu mahal. Jadi, alternatif lainnya cari cara yang praktikal adalah mendapatkan kabinet dapur ini dengan DIY kabinet dapur bajet yang murah. Do it yourself dengan kos rendah iatu DIY kabinet dapur bajet yang murah.

DIY Kabinet Dapur Bajet Yang Murah
DIY Kabinet Dapur Bajet Yang Murah

Kabinet dapur yang cantik dan di tempah khas boleh mencecah beribu-ribu ringgit harganya bergantung dengan keluasan dan material yang di gunakan. Lebih Luas dapur dan lebih berkualiti bahan binaannya lagi mahal lah harganya. Jadi untuk rumah golongan marhein macam aku ni, yang sesuai adalah buat sendiri atau DIY sahaja. 

DIY Kabinet Dapur Bajet Yang Murah


Aku dah lama tahu dengan idea DIY sendiri kabinet dapur dengan menggunakan rak serbaguna ni. Baru ni aku tertarik dengan  satu video DIY kabinet dapur. Macam inilah lebih kurang kabinet dapur yang aku bayangkan untuk rumah baru nanti. Aku dapat lihat idea ini sangat praktikal untuk dapur rumah baru nanti. Dapat menjimatkan kos ni...

Rak serbaguna yang biasanya untuk letak buku ni kena pandai cari yang harganya murah. Harga biasa yang aku selalu jumpa adalah RM19.90. Sekali-sekala boleh dapat dalam harga RM14.90 bila ada jualan murah. Waktu sekarang ini pun aku ada guna  2 rak serbaguna ni di dapur rumah sewa ni untuk letak barang dapur. Tapi tak gantung, letak di bahagian bawah tepi sinki dapur. 


Aku membayangkan bahagian bawah aku nak pasang meja batu. Tak perlu beli meja memasak. Nanti untuk tutup bawah tu aku pasang langsir sajalah sementara tunggu bajet pasang penutup kayu. Bahagian atas tu yang aku nak letak rak serbaguna seperti gambar. Dah ada contoh dari gambar-gambar ni senang sikit kerja aku nak buat. 

Jadi aku kongsikan di sini cara dan idea ini untuk rujukan di kemudian hari....

DIY KABINET DAPUR. BAJET RM98
=========

untuk isteri tersayang...

"...kami baru kawen. berpindah ke rumah sewa baru, bini selalu bising nak beli kabinet dapur tempat dia berperang. dalam diam aku decide nak buat sendiri sebagai hadiah.

sementara dia oustation seminggu, aku siapkan dalam tempoh 24 jam. semalam dia balik, dia gelak sambil senyum meleret-leret.

hihi akhirnya aku lulus menjadi surarumah...yeyy"

** Fasa 1 - Kabinet Dapur - Kos pembikinan keseluruhan jauh lebih murah RM98.00#

- rak buku Tesco-tengah promotion RM14.90 - 6 biji (boleh menampung 30kg setiap satu)
- pallet sultan lade' pelapik katil (Ikea)
- paku dinding (saya tak pakai drill langsung)
- besi L untuk sangkut (beli kat hardware/D.I.Y 12 pcs RM3.30)


Itulah secebis cerita yang aku dapat dari DIY kabinet dapur ini. Bertuah betul isteri tersayangnya dapat suami yang memahami kehendaknya. Pandai dia mencari idea yang mudah dan murah ini. Dapur pun menjadi tempat yang indah dan sudah pastinya masakan yang terhasil di sini akan menjadi sedap dan lazat... huhu!

Nak lebih lagi tips dan informasi di blog ni... klik SINI

p/s: Tak sabarnya nak dekorasi dapur rumah baru nanti... Apapun tungguuuu... perkongsian aku lagi di sini... huh!!

#kredit FB Shuhaimi Zulkefli

4 comments:

Lady SHAH said...

Almari ni mcm2 boleh buat..rak buku pun ok

Illya LeYa said...

Wahh...best...
Lebih jimat dan cantik juga

Farahain ZFA said...

wowww ,,, nampak menarik ..

Hans said...

wah
murah jer
tapi nampak cantik dan mahal
terbaik lah

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...