Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dunia Online Aku Di Laman Sosial Untuk Blogging Dan Bisnes

2:35:00 PM Noor Akma 1 Comments

Terkadang-kala aku dah naik lelah dan lemah @ lemau untuk meneruskan aktiviti penulisan @ blogger dan aktiviti jualan @ bisnes di laman sosial ni. Bila idea berkurangan untuk menulis dan mood jadi kurang untuk menjual, aku kena renung jauh untuk tujuan apa aku terus di laman sosial ini. Selain kerana minat yang mendalam terhadap dunia penulisan dan perniagaan, intipati utamanya adalah untuk mencari pendapatan.

Dunia Online Aku Di Laman Sosial Untuk Blogging Dan Bisnes
Dunia Online Aku Di Laman Sosial Untuk Blogging Dan Bisnes

Untuk menaikkan mood aku kini sedang menggali dan mencari idea untuk meningkatkan tahap pemahaman aku di dunia online ini. Dari situ aku  mempelajari cara untuk membina engagement dengan audiens di sekitar alam maya @ dunia online ini. Payah tapi tidak susah cuma kalau boleh aku tidak suka terlalu menonjolkan diri atau di kenali. 



Ramai yang pasti dah tahu, untuk memasuki dunia online, pelbagai media telah di wujudkan. Antaranya Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan Blog. Dah pun aku daftarkan diri walaupun ada di antara laman-laman itu kurang aktif. Antara laman online yang aku  paling aktif adalah Facebook, Instagram dan sudah tentulah blog. 

Dunia Online Aku Di Laman Sosial Untuk Blogging Dan Bisnes


Strategi  utama adalah sentiasa update dan relevan dengan isu semasa dan kehendak dunia online. Tak perlulah post benda-benda yang viral. Aku paling suka pada post yang relevan sepanjang masa. Untuk bisnes pada aku, paling mudah jual pakaian dan yang penting relevan senantiasa. 

Untuk penjenamaan @ branding  aku dah buat. Cuma masa dan usaha yang menentukan samaada branding aku ni menampakkan hasil. Tak nampak berat dan tak perlu mengada-ngada. Cukup mudah untuk di sebut dan di ingat. Aku tak buatlah branding nama sendiri sebab nama dah panjang berjela. Jadi aku pilih yang sesuai sesedap rasa pada aku.

Aku juga dah cari dan kaji apa yang perlukan. Siap dengan taglinenya sekali. Dan aku masih terus berjuang untuk menambahkan follower di laman-laman online aku ni. Alhamdulillah meningkat sedikit demi sedikit dengan jayanya. Tengah belajar untuk mencari idea dan ayat-ayat power agar dapat memikat hati audiens. 

Seterusnya moga blog perniagaan dan blog penulisan aku akan terus berkembang dengan jayanya. Juga semoga akan terus menambahkan pendapatan aku. Semoga rezeki akan terus hadir, hadir dan hadir demi menampung kehidupan kami sekeluarga. Semoga aku dan keluarga di beri kesihatan yang baik dan mudah untuk aku meneruskan kerjaya aku ini.

Laman Penulisan 

Laman Perniagaan

p/s: Membujur lalu, melintang patah... Patah kuku, bertongkat dagu... Demi untuk kelangsungan kehidupan ku teruskan jua... Doakan yer...!!

#pic fr google

1 comments:

jom sama berjuang :)

zira singgah sini

http://azirafreesia.blogspot.my/2018/03/how-to-know-your-skin-types.html

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...